Sabtu, 8 April 2017

~ VITALEA IRON FORMULA (MULTIVITAMIN) ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mungkin ada di kalangan anda yang tidak pernah ambil apa2 makanan tambahan atau suplemen ni kan? Mungkin juga anda nak cuba, tapi terlalu banyak jenis yang ada, sampaikan tak tau mana satu yang perlu ambil..

Anda tak perlu risau, saya boleh bagi cadangan.. Kalau anda baru pertama kali nak mencuba dan nak 1 jenis je makan, saya cadangkan anda ambil Vitalea Iron Formula.. 

Kenapa Vitalea??


Image may contain: text


Vitalea Iron Formula adalah Multivitamin dan Multimineral yang mempunyai Kepelbagaian Khasiat.

Vita-Lea®, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan harian Vita-Lea® antaranya :

  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun 
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 7 April 2017

~ PENGUNJUNG BERTUAH YANG KE 200,000 SEMPENA ULANGTAHUN KE-6 BLOG SYUHADA WAHI ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedar tak sedar, hari ni genap 6 tahun saya berblog rupa-rupanya.. Post pertama saya bertarikh 7 April 2011.. Sehingga kini hampir 200,000 kunjungan.. Walaupun tak hebat mana kan.. Tapi saya berbangga atas pencapaian diri sendiri juga.. Hihihi.. diri sendiri la kena puji kan.. 

Image result for 6th anniversary

Terima kasih kepada semua pengunjung yang pernah melawat blog saya ni.. Semoga ada sedikit ilmu dan maanfaat yang anda terima dari perkongsian-perkongsian saya.. Terima kasih yang tak terhingga buat yang selalu melawat.. Manalah tau kan ada yang lawat blog saya ni lebih dari sekali kan? Terima kasih banyak2 saya ucapkan..

Memandangkan jumlah kunjungan kini berjumlah 193k++, So saya rasa nak bagi Anniversary Gift untuk kunjungan yang ke 200,000.. Caranya bagaimana? Mudah je.. 

Lawat blog saya.. Jika ketika itu anda pengunjung ke 200,000.. Print screen blog saya ni yang menunjukkan bukti anda pengunjung ke 200,000.. Kemudian emelkan bukti serta NAMA, ALAMAT dan NO. TEL anda ke syuhada_wahi@yahoo.com untuk tebusan hadiah.. Mudah kan??

So, GOOD LUCK to u all.. Teruskan melawat blog saya ya..

THANK YOU SO MUCH!!

Khamis, 30 Mac 2017

~ CAROTOMAX, TEMAN BAIK MATA ANDA!! ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Nak cerita sikit ni.. Pagi tadi ada sorang officer datang.. Sambil tunggu saya copy satu surat untuk beliau tu, beliau ternampak botol Ostematrix, dia ambil dan belek2.. Pastu beliau tanya, untuk mata ada tak? Saya jawab, ada tuan (sambil cari botol Carotomax, nasib baik ada, hihihi)..

Saya bagi dan beliau ambil, belek2.. berapa ni harga? RMxx je tuan.. Tiba2, nah (hulur duit).. Terkedu kejap..

Alhamdulillah.. Deal paling pantas dalam sejarah saya berniaga ni.. dalam 2 minit je kot.. Syukur..

Carotomax tu apa??

Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!

Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.

  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa

Perlindungan Antioksida daripada Sumber Semula Jadi 

Melindungi Tubuh Dengan Mengukuhkan Integriti Sel

Nikmati tahap perlindungan antioksida yang tinggi dengan Shaklee Carotomax®. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semula jadi dan menawarkannya dalam pelbagai bentuk yang mudah diambil. 



Karotenoid Bermanfaat 

Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena ialah 8mg sahaja - Carotomax® membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi.

  • Mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain.
  • Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**


Selasa, 28 Mac 2017

~ KEBAIKAN OMEGA 3 UNTUK WANITA HAMIL ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kebiasaannya, bila kehamilan masuk Trimester Kedua, saya akan cadangkan tambahan pengambilan OmegaGuard selain Vitalea (Multivitamin with Iron), Vitamin B-Complex, Vitamin C, Ostematrix dan ESP.

Kenapa Omega Guard?

Image may contain: 1 person, smiling, text and closeup


Sebab ia baik untuk perkembangan otak dan mata bayi di dalam kandungan kerana Omega Guard kaya dengan minyak ikan Omega 3, DHA, EPA yang diketahui amat baik untuk otak.

Selain itu, untuk menyokong kehamilan yang sihat, pilihan wanita terbaik adalah dengan mendapatkan Omega-3 melalui makanan tambahan minyak ikan yang telah dikeluarkan mana-mana kandungan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum, iaitu sebatian yang sering dijumpai dalam makanan laut.

Ambil dari sumber semulajadi itu bagus, tetapi kita tak pasti kandungan sebatian yang turut ada di dalamnya. Jadi, untuk kebaikan diri anda dan bayi dalam kandungan anda itu, pilihlah minyak ikan yang terbaik.

Semestinya pilihan saya ialah Omega Guard. Sebiji RM1.50 jer berbanding sepotong ikan salmon kan? Hihihi


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 17 Mac 2017

IBU HAMIL MESTI BACA!

TAHUKAH ANDA??
===============

Wanita perlukan nutrisi tambahan sejak sebelum kehamilan kerana ia berkaitan dengan kesuburan.

Semasa hamil, wanita memerlukan :

🌹 300 kalori tambahan berbanding wanita biasa. 
🌹 Protein berkualiti tinggi sekurang-kurangnya 60g setiap hari. 
🌹 Zat besi.
🌹 Asid Folic sekurang-kurangnya 400mcg setiap hari. 
🌹 Kalsium dan Vitamin D sekurang-kurangnya 1000mg setiap hari. 
🌹 Minyak ikan tinggi kualiti 200-300mg setiap hari.


Oleh itu, produk Shaklee yang saya cadangkan bagi memenuhi keperluan di atas adalah :

1. ESP (Soy Protein) - Sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis Asid Amino perlu.

No automatic alt text available.

2. Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk Zat Besi yang sangat penting untuk ibu hamil.

No automatic alt text available. 

3. B-Complex - Vitamin yang lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B seperti Thiamine (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Phantothenic Acid (B5), Pyrodoxine (B6), Biotin (B7), Folate (Acid Folic B9), Cobalamin (B12).  Sebab itu ia dipanggil B-Complex.

Image may contain: text

4. Ostematrix - Kalsium/Magnesium yang istimewa kerana dilengkapi Vitamin D untuk penyerapan maksimum. 1 tablet bersamaan 250mg Kalsium. 4 biji sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan Kalsium oleh tubuh badan kita.

Image may contain: text  

5. Omega Guard - Minyak ikan laut dalam yang tulen dan mengandungi Asid Lemak Omega-3 Pharmaceutical Grade serta bebas merkuri.

No automatic alt text available.

Bakal-bakal ibu jangan ambil remeh keperluan nutrisi ini ya. Selain untuk badan kita sendiri, nutrisi ini juga penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

====================================================

Nak maklumat lanjut untuk setiap vitamindan testimoni?? Klik link di bawah :


====================================================

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 22 Februari 2017

~ DUIT RAYA!! JOM MENABUNG 100 HARI!! ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 93 hari lagi umat islam nak menyambut bulan Ramadhan 1438H.. Wahhh.. Cepat sungguh masa berlalu.. Rasa macam belum lama je puasa berlalu kan??.. Tapi, nasib baik dah habis ganti puasa.. So takderlah tergesa2 nak ganti kan?? Hihihi..

Makanya, Raya Aildilfitri tinggal lagi 122 hari je tau.. Dah ada simpanan?? Sikit2, jimat2 pun tetap kena ada extra budget dari biasa kan?? Ye lah, nak beli baju raya sekurang2nya sepasang pun, kalau 1 family beratus juga tu.. Kuih raya sikit2, 2-3 jenis pun perlu ada.. Habis tu tetamu datang takkan nak hidang air kosong je kan?? Hihihi.. Pagi raya, mestilah nak meriah sikit dengan hidangan raya.. bukan selalu pun.. setahun 2 kali je.. Ditambah pula sikit2 bagi anak buah duit raya.. Saje2 bagi seronok kanak2 nak membesar.. kita dulu2 pun gigih kan beraya 1 kampung nak kumpul duit raya punya pasal.. Masa tu duit raya 20 sen je pun.. kalau dapat 50 sen tu Ya Allah seronok yang amat.. Hihihi


Ok, berbalik pada budget?? Nak sedia berapa?? Semua terpulang kepada anda.. Bagaimana anda guna duit anda, apa yang anda nak beli, yang tak perlu beli tu semua ikut perancangan masing.. Cuma saya nak ajak anda sama2 join saya buat tabung 100 hari untuk raya.. Kira tabung express la ni.. ADA YANG NAK JOIN??

~ Cara pertama adalah ikut target.. Contohnya :

Nak RM500 - simpan sehari RM5
Nak RM1000 - simpan sehari RM10
Nak RM2000 - simpan sehari RM20

~ Cara kedua ikut warna duit.. Contohnya :

Simpan note RM1 atau RM5 atau RM10 atau RM20

Nak simpan macam mana?? Haa.. Contohnya kalau pilih kaler hijau (RM5), so setiap kali ada RM5 dalam wallet tu, asingkan dan masuk dalam tabung.. Macam tu lah..

Ada lagi cara2 lain.. yang tu anda boleh baca dalam entry saya sebelum ni, Tips Kewangan

Saya nak pilih cara pertama dan saya pilih menabung RM10 sehari memandangkan saya dah ada tabung note (RM5) yang saya buat untuk setahun dan juga tabung lain.. So boleh la ambil sikit kan.. Hihihi..

Ni gambar Tabung Express Matta Fair saya. RM20 sehari selama 115 hari 

Jom sama-sama kita jadikan menabung sebagai amalan harian.. Ajak suami/isteri dan anak-anak2 join sekali.. Boleh cakap dengan anak2, sape nak baju raya jom kita sama2 menabung.. Haa.. mungkin mereka pun teruja kan?? 

TABUNG 100 HARI RAYA 2017
1 MAC 2017 - 8 JUN 2017

Selasa, 21 Februari 2017

~ ANDA ADA GASTRIK?? JOM BACA!! ~

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak cerita pasal GASTRIK.. Sape ada Gastrik?? Setakat ni, saya takde Gastrik, Alhamdulillah.. Mak saya ada.. Tapi Alhamdulillah.. Sekarang dah jarang sangat kena.. Saya bagi Vitamin Shaklee je.. Apa Vitamin tu?? Haa.. Nanti saya cerita.. Tapi sebelum tu apa kata kita baca sikit Apa Itu Gastrik?? Jom baca di bawah ni..


GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.


Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit. (pmr.penerangan.gov.my/)


Ok, dah baca info kat atas tu kan?? So ni saya nak share pulak tentang mak saya.. Mak saya ni memang ada gastrik.. tak boleh lambat makan.. tak boleh sebarangan makan.. makanan2 yang berangin tu kalau boleh elakkan.. kat rumah memang ada standby ubat klinik.. Kalau puasa, waktu sahur memang kena makan ubat.. 

Tapi sejak saya join Shaklee, saya bekalkan mak ESP.. Minum awal pagi.. Sejak dari tu dia dah jarangggg sangat2 kena gastrik ni.. kalau lambat sikit sarapan pun tak jadi masalah.. Asalkan dah minum ESP dulu.. So, lepas minum ESP boleh la dia berkebun dulu barulah dia sarapan.. Takdelah sakit perut lagi.. Puasa pun Alhamdulillah.. 


Seronok kan dapat bantu orang tua kita jadi lebih sihat?? Kalau anda ada masalah yang sama, boleh la cuba ESP ni.. Semoga anda juga dapat hasil seperti mak saya.. InsyaAllah.. :-)



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,


Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 16 Februari 2017

~ VITAMIN C TERBAIK DI PASARAN! ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar anda semua pembaca2 blog saya? Chewah.. macam ramai je kan.. Hihihi.. Terima kasih sangat2 bagi yang sudi melawat blog saya ni.. Saya doakan semoga anda diberikan kesihatan berpanjangan..

Kali ni nak cerita tentang Vitamin C ni je.. Vitamin C ni antara Vitamin yang popular kan? Kalau cakap Vitamin C, Vitamin B, Vitamin E ke kebanyakan orang tau.. Sebab Vitamin2 seperti ini boleh didapati dari klinik.. Ia adalah Vitamin basic untuk semua orang.. Tak kurang juga yang kaitkan Vitamin C ni dengan kulit.. Nak cantik kena ambil Vitamin C, tak kira dalam bentuk tablet ataupun suntikan.. Itu betul.. Saya tak nafikan.. Sebab salah satu manfaat Vitamin C ni adalah Anti-Oksida..

Tapi kan, walaupun Vitamin C ni banyak di pasaran, tak semua yang ada ciri-ciri istimewa seperti yang terdapat di dalam Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ni.. Ehh.. kenapa pulak?? Ok, jom tengok poster ni..


1 biji Vitamin C ni bersamaan dengan 7 1/2 biji oren??? Perghhh.. Ada yang sanggup makan 7 biji oren sehari?? Haaa.. kalau tak sanggup, telan Vit C Shaklee ni dah cukup.. mudah kan.. sekali telan je..

1 biji Vitamin C ni bersamaan dengan 500mg Vitamin C.. Ada yang kata, Alaa.. ada yang lagi hebat.. 1000mg lg.. Ada juga kata, eh.. tak banyak sangat ke 500mg? Ok, saya nak kongsi sikit dengan anda semua..


Badan kita ni tak boleh hasilkan Vitamin C sendiri.. memang kena ambil melalui makanan.. Setiap 1 jam, badan kita hanya akan serap 100mg.. kalau kita ambil lebih, yang lebih tu akan dibuang sahaja.. Habis tu, Vitamin C Shaklee kan 500mg? 400mg lagi akan terbuang ke? JAWAPANNYA TIDAK.. Sebab apa? Haa.. sebab Vitamin C Shaklee ni dicipta untuk melepaskan 100mg Vitamin C setiap 1 jam.. Kiranya 1 tablet tu akan dilepaskan secara perlahan dalam tempoh 5 jam.. Sebab tu namanya Sustained Release Vita C Plus.. 

Itulah kelebihannya berbanding Vitamin C jenama lain.. So berapa mg kandungan Vitamin C tu tak penting, tetapi cara ia berfungsi lebih utama.. Kalau 1000mg sekalipun, tapi takder ciri sustained release ni, lagi 900mg tu terbuang mcm tu shj.. Haa.. kan dah rugi..

Walaupun Vitamin C ni terbaik, tapi harganya murah je tau.. Sebiji lebih kurang 52 sen je.. Lebih murah dari kebanyakkan gula2 kat pasaran tuuu.. Malah, kalau beli 7 biji oren je dah lebih RM 5.. Betul tak??

Jom la contact saya cepat2.. :-)

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 14 Februari 2017

~ Ostematrix Untuk Kawal Gula Dalam Darah?? ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..





Baca tajuk rasa pelik tak?? Mesti pelik kan?? Bagi yang kenal Ostematrix mesti tau ia adalah Kalsium.. Alaa.. biasa orang ambil untuk tulang kan??

Haaa.. jangan lupa.. Ostematrix bukan sekadar Kalsium tau.. Selain Kalsium, Ostematrix juga dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D untuk menjadikan Ostematrix ni tablet kalsium yang terbaik di pasaran..

Magnesium adalah mineral yang penting untuk struktur tulang yang normal di dalam badan..  Selain melegakan sakit otot dan kekejangan, ia juga mengimbangi kalsium dalam badan.. 

Faedah Magnesium Kepada Kesihatan :

  • Membantu Meningkatkan Tenaga.
  • Menenangkan Saraf & Kebimbangan.
  • Membantu Penghadaman dan Melegakan Sembelit.
  • Melegakan Sakit Otot dan Kekejangan.
  • Mengawal Tahap Kalsium, Kalium dan Natrium.
  • Penting untuk Kesihatan Jantung.
  • Mencegah Sakit Kepala.
  • Membantu Mencegah Osteoporosis.


Dalam beberapa tahun lepas, terdapat beberapa kajian penting mengenai peranan magnesium dalam menjaga metabolisme anda berjalan lancar khususnya dari segi sensitiviti insulin, kawal atur glukosa, dan perlindungan daripada diabetes jenis 2. Berikut adalah beberapa kajian yang dinyatakan:
  • Satu kajian pada tahun 2013 yang melibatkan pra-diabetes mendapati bahawa kebanyakannya tidak mengambil magnesium yang mencukupi. Mereka yang mengambil magnesium paling tinggi kurang risiko untuk masalah gula dalam darah dan masalah metabolik sebanyak 71%.
  • Satu kajian ADA dari Oktober 2013 mendapati bahawa pengambilan magnesium yang lebih tinggi mengurangkan risiko glukosa dan metabolisme insulin dan melambatkan perkembangan dari pra-diabetes kepada diabetes di pertengahan umur rakyat Amerika. Para penyelidik menyatakan, "pengambilan Magnesium mungkin sangat bermanfaat dalam mengimbangi risiko mendapat penyakit kencing manis, apatah lagi jika anda adalah berisiko tinggi."
  • Dalam satu kajian besar Jepun (Kajian Hisayama) yang disiarkan dalam Diabetic Medicine Disember 2013, penyelidik mendapati pengambilan magnesium merupakan faktor perlindungan yang signifikan terhadap diabetes jenis 2 di kalangan penduduk umum Jepun, terutamanya di kalangan orang-orang "kekurangan insulin dan keradangan gred rendah"

Nampaknya, Magnesium ni antara mineral yang penting juga sebab ia mempengaruhi penyakit-penyakit popular kat Malaysia ni terutamanya Kencing Manis.. Nampak ganyanya tak boleh skip Ostematrix ni.. Selain berjaga2 dari mendapat risiko Osteoporosis, mudah-mudahan dapat membantu juga mengurangkan risiko mendapat Kencing Manis..

Tengah Promo bulan ni memang sesuai sangat nak buat stok.. Expired pun 2018.. Wajib beli simpan stok sendiri 1 set (7 botol) dan untuk mak abah kat kampung 1 set juga.. 

Kalau u all nak juga, boleh contact saya yer.. :-)


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 13 Februari 2017

~ Ambil VIVIX Jadi CERGAS! Terus Nak ORDER LAGI!! ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bulan lepas adalah Promosi Vivix.. Jadi, bagi yang biasa makan tu memang akan beli lebih untuk stok.. Tak kurang juga yang baru pertama kali nak cuba.. Waktu promo yang harga jauh lebih murah ni pasti waktu yang ditunggu-tunggu..

Semalam saya terima wassup dari customer.. Bertanya tentang harga promo Vivix.. Alahai.. sayangnya promosi dah berakhir.. Alang2 dia dah wassup tu, saya tanya sekali perkembangan ibunya yang baru mencuba ambil Vivix ni.. Masa promo tu dia ada beli..

Katanya, ibunya suka makan Vivix tu.. Sebab jadi semakin cergas.. Tu yang dia tanya harga promo tu.. Sebab nak beli lagi.. Wahhhh.. teruja saya dengar.. 


Salah satu kepuasan apabila saya buat bisnes Shaklee ni adalah bila dapat feedback positif dari customer.. memang teruja sangat.. lebih teruja berbanding dapat order tau!.. Hihihi..


Ok, memandangkan promo dah habis, saya tak dapat bantulah kan untuk dapat harga promo lagi.. Tapi, satu je saya boleh bagi cadangan.. Daftar menjadi ahli.. Sebab apa?? Sebab kalau jadi ahli, boleh dapat bonus tunai bila cukup point tu.. 


Alaaa.. sikit je bonus tu.. Ehh.. Nanti dulu.. tu baru beli 2 botol.. Kalau beli 6 botol, Bonus boleh dapat sehingga RM250+- tau!! Haaa.. banyak tak??


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**