Memaparkan catatan dengan label Anemia (HB Rendah). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anemia (HB Rendah). Papar semua catatan

Jumaat, 13 Februari 2015

~ NUTRIENT UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN ANDA MEMBESAR ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak share tentang Nutrient untuk bayi dalam kandungan anda membesar dengan sihat.. Sebenarnya saya google tentang kandungan Vita-Lea Iron Formula bila saya terjumpa info Nutrient untuk bayi dalam kandungan ni dalam web Baby Center ni.. Sangat menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua.. 

Nak tau sebab apa?? SEBAB SEMUA NUTRIENT UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN MEMBESAR INI TERDAPAT DI DALAM VITA-LEA IRON FORMULA!! Maka, bagi pendapat saya, ia adalah pilihan yang amat TEPAT dan BIJAK untuk ibu-ibu hamil ambil..

Ok, jom lihat apakah Nutrient yang bayi dalam kandungan anda perlukan..


Kalsium - Manfaat kepada bayi anda: Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.


Kromium - Manfaat kepada bayi anda: Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.


Tembaga - Manfaat kepada bayi anda: Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah


Fluorida - Manfaat kepada bayi anda: Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal


Asid Folik - Manfaat kepada bayi anda: Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.


Iodin - Manfaat kepada bayi anda: Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf.


Zat besi - Manfaat kepada bayi anda: Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi. 


Magnesium - Manfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu 


Mangan - Manfaat kepada bayi anda: Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat 


Asid Pantotenik - Manfaat kepada bayi anda: Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak. 


Fosforus - Manfaat kepada bayi anda: Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.


Potasium - Manfaat kepada bayi anda: Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf. 


Riboflavin - Manfaat kepada bayi anda: Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda. 


Thiamin - Manfaat kepada bayi anda: Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf. 


Vitamin A - Manfaat kepada bayi anda: Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah. 


Vitamin B6 - Manfaat kepada bayi anda: Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf. 


Vitamin C - Manfaat kepada bayi anda: Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi. 


Vitamin D - Manfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi.


Zink - Manfaat kepada bayi anda: Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran. 



Selain sangat bermanfaat untuk bayi di dalam kandungan, tentu sekali ia juga amat bermanfaat untuk ibunya.. Bagi ibu hamil yang memang mengamalkan Vitalea sebagai multivitamin harian dapat meningkatkan HB, InsyaAllah..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 7 Januari 2015

~ HB RENDAH BAHAYA?? ATASINYA SEKARANG!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak kongsikan sikit tentang ANEMIA yang saya ambil dari Berita Harian Online. Jom baca.

Anemia boleh ragut nyawa wanita, anak lemah mental.

“ANEMIA boleh menyebabkan kekurangan kalsium ketika mengandung.” - Wanita 1

“Kalau anemia masa hamil, anak boleh cacat.” - Wanita 2

LUAHAN dua wanita itu menerusi paparan slaid mengenai hasil tinjauan rambang wanita tempatan ketika bengkel’ Kehamilan dan Anemia : Lebih Lazim daripada yang Anda Jangka - Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera, di ibu negara, baru-baru ini amat mengejutkan.

Apa tidaknya, kenyataan mereka yang dibentangkan pada program anjuran Merck Consumer Healthcare itu turut membuktikan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat mengenai masalah anemia kekurangan zat besi ketika hamil biarpun ada di antara mereka sedang mendukung bayi berusia kurang setahun.

Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian?

Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.

Pic Credit
Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya.

Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

“Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Pic Credit
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.

“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan.

“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.

“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.


Info dari : Berita Harian Online (10 Mei 2012, Siti Nur Almizan Aripin)





Bagi yang ada masalah Anemia ni, saya cadangkan untuk ambil Vita-Lea with Iron Formula dan diambil bersama-sama Vita-C.  Sebab apa?? Sebab Vitamin C mampu meningkatkan serapan Zat Besi..

Bagi saya, sangat berbaloi jika kita belanja sedikit duit untuk kesihatan diri kita dan kandungan kan..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**