Selasa, 31 Januari 2012

~ Perbezaan Dan Keistimewaan Shaklee ~

Jom layan Video Shaklee yang best ni....




SHAKLEE IS :

NATURALLY SAFE
PROVEN EFFECTIVE

ALWAYS SAFE
ALWAYS WORKS
ALWAYS GREEN

OUR MISSION IS TO PROVIDED :

HEALTHIER LIFE FOR EVERYONE
BETTER LIFE FOR ANYONE


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 26 Januari 2012

~ Hak Seorang Ibu ~

Tahukah anda bahawa....

  • Sejurus selepas melahirkan bayi, ibu mempunyai hak untuk terus meminta bayinya ke sisi untuk SENTUHAN KULIT KE KULIT dalam masa SATU JAM KELAHIRAN (skin to skin contact).

  • Ibu mempunyai HAK untuk menyusukan bayinya SECARA EKSKLUSIF tanpa dipengaruhi oleh pihak lain kecuali sebab perubatan.

  • Seorang BAYI BERHAK untuk mendapatkan makanannya yang terbaik iaitu SUSU IBU SAHAJA dari lahir sehingga berumur 6 bulan.

Credit : varietyhealthyfood.com

KETAHUI HAK ANDA
SEBAGAI SEORANG IBU YANG BIJAK!!!


Hak 1 : Penyusuan Eksklusif : Hanya Susu Anda Sahaja Untuk Si Manja
Sebagai ibu yang bijak, pastinya anda membuat keputusan untuk memberi SUSU IBU kepada bayi sepenuhnya tanpa air masak atau susu formula sehingga dia berumur 6 bulan.  Ini dinamakan PENYUSUAN EKSKLUSIF.  Di hospital, suarakan keputusan dan hak anda kepada jururawat dan doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda.

Hak 2 : Sentuhan Kulit Ke Kulit
Pastikan bari diletakkan ke dada anda sejurus selepas bersalin sama ada bersalin normal atau pembedahan caesarean.  Sentuhan kulit anda ke kulit bayi sekurang-kurangnya selama 30 minit ini membantu memulakan penyusuan dan mewujudkan ikatan istimewa bersama anda dan si manja.

Hak 3 : 24 Jam Sehari Waktu Bersama
Anda boleh meminta si manja untuk sebilik bersama anda 24 jam sehari.  Penyusua SUSU IBU akan lebih mudah kerana anda sentiasa di sisi si manja.  Sekiranya bayi perlu dirawat, minta supaya rawatan dilakukan di bilik bersama anda atau dipisahkan tidak lebih 2 jam.

Hak 4 : Dibantu Memulakan Penyusuan
Jangan segan atau takut untuk meminta pertolongan daripada jururawat dalam mengajar cara menyusu yang tepat, teknik memerah susu dengan tangan serta penggunaan breast pump sama ada sewaktu sebelum atau selepas kelahiran kerana ia adalah hak anda.

Hak 5 : Lindungi Bayi Anda
Bayi tidak memerlukan sebarang air/susu formula/puting tiruan/botol susu selepas kelahiran.  Pastikan bahan-bahan ini tidak diberi kepada bayi anda tanpa kebenaran anda dan pasangan anda.

Hak 6 : Dibekalkan Maklumat Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
Kumpulan sokongan ini bersedia membantu anda sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan penyusuan.


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Semua Ibu Digalakkan Menyusui Anaknya Dengan SUSU IBU Sahaja
Dari Lahir Sehingga Berumur 6 Bulan
Dan Meneruskannya Sehingga Berumur 2 Tahun. 
Makanan Pelengkap Perlu Diberikan Mulai Umur 6 Bulan.


Sumber : Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya

Khamis, 19 Januari 2012

~ Program Kesejahteraan Keluarga ~

Program Kesejahteraan Shaklee memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.




Kebaikan :

~ Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh

~ Membantu anda berasa lebih bertenaga

~ Menguatkan sistem imun anda

~ Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat




Vitamin2 yang terkandung di dalam Program Kesejahteraan Keluarga adalah :

1. Energizing Soy Protein - Merupakan sumber protein biologi yang lengkap  berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.  Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan SUSU IBU, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan membantu kawal paras kolestrol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.  Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.  Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol.  Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah.  Kualitinya sangat tinggi.*

 2. Vita-Lea Iron Formula - Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dan diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.*

3. Sustained Release Vita-C - Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*

4. B-Complex - Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang.  Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*

Set ini boleh diambil oleh semua individu kecuali kanak-kanak.

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 17 Januari 2012

Bayi & Jaundis - Apa Yang Saya Perlu Tahu???


Sumber : Yahoo images
 Apa Itu Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan.  Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa Yang Menyebabkan Jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa.  Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah.  Ia proses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.  Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna.  Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan.  Keadaan inilah yang menyebabkan Jaundis.

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?

  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi yang kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya
    • Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve)
    • Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis Merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah Tanda-tanda Bayi Dalam Bahaya?

Apabila bayi anda mengalami:
  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibubapa Sekiranya Bayi Mengalami Jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI

Apakah Masalah Jangka Panjang Daripada Jaundis?

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, bayi boleh mengalami:
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum (cerebral palsy)



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengalaman Sendiri : Saya berdarah O +ve

Anak Sulung : Syahmi

Syahmi lahir pada minggu ke-37 dengan berat 2.3kg sahaja.  Ketika nak discharge (Sabtu) dah ada tanda2 Jaundis.  Sepatutnya datang semula check up pada hari Isnin.  Tapi memandangkan tiada sesiapa yang boleh hantar ke klinik, so tunggu husband balik dari Lumut.  Hari Khamis husband sampai terus bawa ke klinik.  Jaundis dah tinggi, so klinik refer ke Hospital.  Di hospital, dijalankan ujian sekali lagi dan confirm warded.  Tinggal 2 malam di NICU menjalani rawatan phototherapy.

Anak Kedua : Syafi

Semasa mengandungkan Syafi, ada terbaca tentang Susu IgC Biodex (Susu Kambing) yang boleh mengelakkan Jaundis, (Selain kerap menyusukan baby).  Saya amalkan minum susu tu dari kandungan berusia 5 bulan.  Ketika itu ambil selang 2-3 hari sekali.  Ketika masuk ke minggu 36, saya mula kerapkan pengambilan kepada 1-2 hari sekali sehingga bersalin.  Selepas bersalin, saya minum sekali sehari.  Alhamdulillah, dengan kekerapan penyusuan dan izin Allah jua , Syafi bebas dari Jaundis.  Namun saya tidak pasti sama ada Susu IgC itu membantu mengelakkan Syafi dari mendapat Jaundis.  Walau apa pun, saya sebagai mama, hanya berusaha yang terbaik untuk anak saya.

Khamis, 12 Januari 2012

~ Cara Saya Panaskan EBM Guna Warmer ~

Saya selalu dengar tentang masalah ibu-ibu yang hendak menggunakan warmer untuk memanaskan EBM.  Saya tak pasti ibu-ibu di luar sana macam mana.  Tapi saya sangat selesa menggunakan warmer untuk memanaskan EBM saya untuk diberi kepada anak.  Jom saya share sikit.

Saya menggunakan Warmer Snow Bear macam gambar di bawah ini:

pic credit

Kalau anda dapat lihat, pada button biru tu, ada penunjuk gambar botol susu (40'C), makanan (70'C) dan 100'C.  Sebenarnya dari situ dah boleh tahu, setakat suhu mana yang diperlukan untuk memanaskan EBM.  Tentu sekali suhu 40'C iaitu pada gambar botol susu.

Ada ibu-ibu yang menyatakan bahawa apabila dipanaskan pada suhu 40'C, dan apabila lampu terpadam, susu masih sejuk.  Adalah diingatkan bahawa apabila suhu dilaraskan kepada 40'C, dan apabila suhu air mencecah 40'C, lampu akan terpadam.  Ini adalah perlu bagi mengekalkan suhu air tersebut.  Dan apabila suhu air menurun tindakbalas dari susu sejuk tadi, maka lampu akan bernyala semula dan air akan dipanaskan semula sehingga 40'C.  Proses ini akan berlaku secara berterusan selagi ia tidak dilaraskan kepada suhu lain ataupun suis dimatikan. 

Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah:

1.  Isikan 90-100ml air ke dalam tempat pemanas.
2.  On kan suis dan laraskan kepada suhu 40'C.
3.  Letakkan susu yang telah dicairkan.  Pastikan susu telah cair sepenuhnya.  JANGAN PANASKAN SUSU YANG MASIH BERAIS.  Biarkan selama 10-15 minit. 
4.  Sekiranya ingin memanaskan makanan bayi, laraskan suhu kepada 70'C.
5.  Sekiranya ingin mensteril puting bayi, laraskan suhu kepada 100'C.

*** Pastikan susu dipanaskan lebih awal dari waktu anak menyusu kerana susu akan panas/sedia digunakan dalam masa lebih kurang 10-15 minit.

*** Pastikan susu dipanaskan menggunakan botol.  Sekiranya susu disimpan di dalam plastik, pindahkan susu ke dalam botol terlebih dahulu.  Ia juga memudahkan tugas pengasuh dalam mengendalikan EBM kita.

Suhu 40'C adalah suhu yang paling sesuai untuk memanaskan EBM.  Dengan suhu 40'C, sebahagian besar nutrien susu dapat dikekalkan.  Sekiranya kita memanaskan EBM pada suhu lebih dari 40'C, semakin banyak nutrien akan musnh. manakala pada 100'C, maka semua nutrien dalam susu ibu akan musnah.  Sama ertinya memberi anak minum air kosong je.  Sebab tu kita tidak boleh memanaskan susu direct di atas api atau dengan air panas kerana kita tidak pasti dengan suhu air yang kita gunakan.

Malah, kita tidak risau untuk terus memberikan susu pada anak, kerana suhu susu adalah hampir sama dengan suhu tubuh badan manusia iaitu seperti kita DF anak.  Tidak perlu risau jika kita telah memanaskan susu lebih lama kerana suhu susu tetap akan kekal di 40'C.  Namun begitu, jangan melebihi 1 jam kerana susu yang telah dipanaskan hanya bertahan selama 1 jam sebelum dibuang.

Bagi saya, warmer amat memudahkan saya.  Saya bekalkan warmer berkenaan di rumah pengasuh.  Pengasuh juga lebih senang menggunakan warmer.  Bagi beliau, takder masalah untuk menunggu kerana beliau telah tahu jadual menyusu anak.  Lagi pun, susu itu bertahan kekal suam dan boleh digunakan dalam tempoh 1 jam.  Malah ibu saya sendiri lebih selesa menggunakan warmer sekiranya beliau menjaga anak saya.

Selain makanan baru dimasak, saya juga ada membekalkan makanan yang saya bekukan.  Caranya sama seperti saya mengendalikan EBM.  Ianya perlu dinyahbekukan, kemudian dipanaskan menggunakan warmer pada suhu 70'C.

Jadi ibu-ibu yang ada warmer ni, manfaatkan warmer itu untuk kebaikan Susu Ibu dan kemudahan anda.  Sesuatu perkara itu akan jadi mudah sekiranya kita faham konsep sebenar.  Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Rabu, 11 Januari 2012

Kebaikan Susu & Keperluan Tulang Kita

Salam... Jom kita baca sikit tentang tulang kita...

TULANG

Bagaimanakah tulang terbina?

Pembentukan tulang manusia dimulai pada saat masih janin dan umumnya akan bertumbuh dan berkembang terus sampai sehingga 35 tahun.  Sekiranya dari awal proses pertumbuhan, banyak kalsium ada dalam darah maka tulang akan terbentuk dengan baik.  Sebab tu Kalsium yang mencukupi amat diperlukan oleh ibu yang hamil dan menyusu kerana bayi dalam kandungan hanya bergantung pada Kalsium yang disalurkan oleh ibu untuk pembentukan tulang yang sihat.  Begitu juga bayi yang menyusu dari ibunya.  Bayi pasti akan mendapat kalsium yang mencukupi dari SUSU IBU.  Jadi ibu perlu menggantikan Kalsium yang telah diserap ke dalam SUSU IBU tadi untuk kegunaan badannya sendiri.

Pada usia 0 - 30/35 tahun, proses ini dinamakan modeling kerana pada masa ini terbentuknya model tulang seseorang. Ini bermakna tulang kita tidak sama antara satu sama lain. Kerana itulah kita mempunyai rupa paras yang berbeza.

Mencegah

Pada usia 30 - 35 tahun, pertumbuhan tulang sudah selesai, waktu ini disebut remodeling di mana modeling sudah selesai tinggal proses penggantian tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih muda. Setelah pembentukan tulang selesai, maka akan terjadi penurunan jisim tulang. Hal ini boleh dicegah dengan menjaga kandungan kalsium setelah tercapainya puncak jisim tulang.

Dengan mengambil kalsium 800 - 1200 mg sehari, jisim ini boleh dipertahankan.  Untuk mencegah penurunan jisim tulang, di mana penurunan ini akan mengakibatkan berkurangnya kepadatan tulang dan tulang akan mengalami osteoporosis.  Osteoporosis lebih baik dicegah dengan cara pengambilan kalsium yang cukup setelah usia 30 atau 35 tahun.

Kesimpulan

Dalam proses pembentukan tulang, tulang mengalami regenerasi iaitu penggantian tulang-tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih muda, proses ini berjalan seimbang sehingga terbentuk puncak jisim tulang. Setelah terbentuk puncak jisim tulang, tulang masih mengalami penggantian tulang yang sudah tua dengan tulang yang masih muda. Tetapi proses ini tidak berjalan seimbang di mana tulang yang diserap untuk diganti lebih banyak daripada tulang yang akan menggantikan, maka terjadi penurunan jisim tulang. Apabila keadaan ini berjalan terus menerus, akan terjadi osteoporosis.



SUSU

KEBAIKAN pengambilan susu terhadap tubuh manusia sememangnya tidak dapat disangkal, apalagi kajian membuktikan ia makanan lengkap yang mengandungi semua nutrien diperlukan untuk kesihatan optimum bagi pelbagai peringkat umur, daripada golongan kanak-kanak hingga orang dewasa.  Susu mengandungi zat bermanfaat, antaranya kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain diperkaya dengan vitamin A, vitamin B, zink, riboflavin, potassium, sodium, zat besi dan sulfat.

Susu berada dalam kategorinya yang tersendiri kerana ia mengandungi mineral penting yang tidak dapat digantikan oleh kumpulan makanan lain. Pengambilan susu sejak kecil dan sepanjang hayat membolehkan seseorang itu memiliki tahap tulang yang kuat serta kesihatan tubuh badan keseluruhannya.

Susu sama juga seperti makanan lain mengandungi gula semula jadi di dalamnya dalam bentuk laktosa selain bentuk gula lain seperti fruktosa, sukrosa dan sirap pejal yang semuanya bergabung untuk memberi tenaga kepada mereka yang meminumnya.

Menepis tanggapan sesetengah orang, susu tidak menggemukkan walaupun ia diberi tambahan gula dan kajian menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan susu dan makanan bersusu tampil lebih langsing berbanding mereka yang tidak minum susu

Kajian juga menunjukkan pengambilan susu sebagai sebahagian diet untuk mengawal kalori berjaya mempercepatkan pengurangan berat badan, terutama di kawasan abdomen, sekali gus merendahkan risiko penyakit memandangkan pertambahan lemak di kawasan terbabit sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Oleh itu, kepercayaan bahawa gula tambahan dalam susu mampu menggemukkan adalah tidak berasas memandangkan penyumbang masalah berat badan berlebihan bukan berdasarkan hanya satu jenis makanan tetapi ia disumbangkan oleh lebihan gula dalam keseluruhan pemakanan lain yang diambil secara tidak terkawal.

Malah kajian menunjukkan pengambilan susu secara berterusan mampu mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat kencing manis jenis dua, iaitu masalah yang sudah lama membelenggu masyarakat, termasuk kanak-kanak.



Bagi mereka yang tidak minum susu pula bagaimana ya? Sebenarnya, masih banyak lagi sumber kalsium dalam makanan kita untuk menampung keperluan kalsium harian kita.  Antaranya ialah biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan), kekacang, makanan laut seperti tiram, udang halus, ikan bertulang lembut seperti sardin, bayam, gandum penuh, kailain, brokoli, sayuran hijau, roti dll.  Namun begitu, pengambilan Kalsium juga perlu disertai dengan Vitamin D dan Magnesium kerana Magnesium diperlukan untuk menggabungkan Kalsium ke dalam tulang dan Vitamin D pula diperlukan untuk penyerapan Kalsium dengan lebih baik.  Selain itu, agak sukar untuk memastikan pengambilan Kalsium harian kita mencukupi antara 1000-1300mg kerana kita sendiri tidak tahu jumlah Kalsium yang ada dalam makanan2 seharian kita. 

Oleh itu, selain mendapatkan kalsium dari sumber makanan harian, anda juga boleh mendapatkan makanan tambahan Kalsium untuk memenuhi keperluan harian tubuh badan anda.  Ostematrix Shaklee adalah Kalsium yang dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D.  1 biji Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium, 100mg Magnesium dan 100 IU Vitamin D.

Lagi tentang Kalsium - 10 kebaikan kalsium


Bulan ni ada promosi Ostematrix ni.... Kalau anda nak tahu apa promosinya, sila hubungi saya yer...

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

 

Khamis, 15 Disember 2011

~ Keperluan Vitamin Bagi Ibu Hamil / Mengandung ~

Adalah lebih penting dari biasa bagi ibu yang mengandung untuk makan pemakanan yang sihat. Kecuali sekiranya anda mengalami masalah kesihatan khusus (contoh, diabetes mellitus atau edema) kebanyakan nasihat permakanan biasa: karbohidrat, lemak, protein seimbang, makan pelbagai makanan termasuk keluaran tenusu dan beberapa buah dan sayuran setiap hari.

Credit : amazon

Bagaimanapun, sesetengah nasihat khas boleh diberikan:

1.   Asid Folik (= folates = Vitamin B9)

Amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum persenyawaan.  Asid folik diperlukan bagi menutup tiub saraf (neural tube).  Ia dengan itu menghalang spina bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad, tembikai, dan humus.  Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee) ditambah dengan asid folik. Vita-lea (Multivitamin) dan B-Complex Shaklee dilengkapi dengan Asid Folik @ Folate

2.   Kalsium dan Zat Besi

Amat diperlukan oleh fetus yang cepat membesar.  Wanita mengandung perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian).  Wanita seringkali diberikan pil zat besi kerana ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada kekurangan sel darah merah).  Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup vitamin D.  Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah untuk berjemur setiap hari selama 10-15 minit.  Namun dengan keadaan atmosfera serta lapisan ozon kita sekarang ni, kita tidak digalakkan untuk berjemur direct di bawah pancaran cahaya matahari.  Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik.  Kalsium (Ostematrix) Shaklee dilengkapi Vitamin D bagi meningkatkan kadar penyerapan Kalsium.

3.   Vitamin B-Complex

Pengambilan Vitamin B-Complex mestilah lengkap dengan kelapan-lapan jenis vitamin B.  Salah satunya, Vitamin B6 atau yang dikenali juga sebagai piridoksin.  Wanita hamil memerlukan vitamin B6 sejumlah 1.9 miligram yang membantu untuk membentuk antibodi, sel darah merah, dan neurotransmiter.  Menurut kajian, pengambilan vitamin B6 akan membantu mengurangi rasa mual - muntah pada beberapa wanita, tetapi tidak pada semua wanita.  Untuk mengatasi rasa mual - muntah saat kehamilan, dos vitamin B6 yang diperlukan adalah lebih besar, dimana dos yang disyorkan iaitu 10mg untuk 3-4 kali sehari.  Vita-lea (Multivitamin)Shaklee mengandungi 1mg B6 dan B-Complex Shaklee mengandungi 13.5mg B6.

 
Vitamin B6 juga boleh diperolehi daripada berbagai variasi makanan seperti pisang, cereal, kentang, ikan, ayam, gandum, jagung, kacang-kacangan.

4.  Vitamin C

Vitamin C bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga amat baik dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Seringkali ibu-ibu yang mengandung menghadapi masalah apabila selsema kerana banyak ubat yang tidak boleh diambil ketika mengandung.  Vitamin C amat baik untuk bakal ibu yang mahu mengelakkan diri daripada selsema.  Ia mampu meningkatkan sistem pertahanan ibu sepanjang mengandung dan selepas daripada itu.  Sebaiknya bakal ibu perlu mempelbagaikan sumber vitamin C. Selain pengambilan vitamin C melalui supplements sama ada dalam bentuk kapsul, tablet atau affervesent perkara yang penting ialah kepelbagaian melalui sumber makanan.  Ambillah buah-buahan yang kaya dengan vitamin C setiap hari.  Jika boleh pastikan pengambilan vitamin C seharian melebihi 85mg tetapi kurang daripada 2000mg.  Vita-C Shaklee adalah 500mg bagi setiap tablet.


Vitamin C boleh ditemui di dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti lada benggala hijau, broccoli, tomato, kentang putih dan manis (sweet potato), buah-buahan jenis citrus seperti oren, strawberry dan kiwi.

5.   Lemak

Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron.  Dengan itu pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina.  Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi antara risiko dengan kebaikannya: ikan 2 atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa.  Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang asli dan bebas pencemaran logam berat, merkuri dan kadmium dan merupakan minyak ikan terbaik dunia. 

6.   Fluorine

Fluorine membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi: sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini fluorine pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan (tetapi awas dos tinggi adalah beracun!).  Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine.  Sesetengah wanita mengandung mengalami edema, dan diberitahu untuk mengurangkan pengambilan garam.


Vitamin Shaklee yang disyorkan bagi ibu hamil adalah seperti berikut:

Trimester Pertama (0-12 minggu)




Trimester Kedua dan Ketiga (13-40 minggu)





Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Khamis, 8 Disember 2011

Oprah Pun Suka Shaklee!!!

Jom tengok video ni....



Produk-produk untuk penjagaan rumah adalah seperti berikut:




Lain-lain kegunaan Basic H klik di sini


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Rabu, 7 Disember 2011

Testimoni : Dari Berat 74kg Turun Kepada 60kg!!! Dari Saiz 34 Kepada 29!!!

Teruja baca testimoni seorang rakan Group kami.... berangan-angan nak turun banyak macam tu... tapi berangan jer la.. heheh... Since badan pun takder la gemuk sangat... Tembam sket jer... hahahha.... perasan!!!

Malaysia ni memang terkenal dengan rakyatnya yang ada 3G... Apa itu 3G???  GEBU, GEMPAL, GEMUK!!!... Cuba tgk artikel ni....

sumber

Apa kata kita ikuti testimoni Hasmah yang diambil dari webnya http://www.ibuhakimhaikal.com/

*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***

************************************************************************

Sebelum saya mula berkongsi mari tengok gambar ni dulu ye..


Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu).. berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6 bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..
SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..

************************************************************************
Thanks Hasmah untuk testimoni yang sgt2 menarik dan menaikkan semangat saya untuk diet juga... Hahahah... berangan lagi.... Kena ikut kata-kata Hasmah tu... NEKAD + AZAM + USAHA + SABAR.... Kena ada 4 kunci tu... kalo tak lengkap, baik berangan jer nak jadi Anggun, Jelita dan Slim macam Hasmah tu yer...

Ok, untuk Program Diet Shaklee... Secara amnya kita suggest 3 Perkara....

Pertama : DETOX ( Herb-Lax / Alfalfa / Fiber )


Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-Lax atau Alfalfa atau Fiber mengikut budget anda. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa atau Fiber (lebih optimum) - Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.  Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit, selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..  Manakala Herb-Lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herb-Lax pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak.

Kedua : Protein (Cinch / ESP / Meal Shakes)


Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih Cinch manakala bagi ibu yang menyusukan anak, gantikan dengan ESP / MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Ketiga : Lecithin


Berfungsi untuk memecahkan lemak2.  Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak....dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah... dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

So bagi anda yang dalam perancangan Diet tu, apa kata anda cuba progam ni... InsyaAllah selamat dan ternyata berkesan... yang penting kena ikut 4 kunci (NEKAD + AZAM + USAHA + SABAR) itu serta mendapatkan produk yang betul... Boleh gantikan 3G kepada 3C, CANTIK, COMEL, CERIA... heheheh



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Isnin, 5 Disember 2011

Cyst Mengecut Dari 2.73cm kepada 1.4cm Dalam Masa 4 Bulan Dan Tak Perlu Bedah!!! Menakjubkan!!

Salam...

Sedang melayan FB... terbaca testimoni rakan Group Euphoria Dilla Roslan mengenai penyakit Cyst yang beliau hidapi... Tumpang gembira dengan kegembiraan beliau... Jom baca...


Pengalaman sebelumnya boleh baca sendiri di web Dila

*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***

Apa itu GLA Complex????

RM91.25 WM / RM95.00 EM

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.



Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal Kolestrol
  • Untuk fungsi saraf




Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**