Isnin, 16 Februari 2015

~ SIDE EFFECT SHAKLEE - DAPAT NOTIS CP500 DARIPADA LHDN!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Lunch hour macam biasa saya akan uruskan anak sekolah dan KAFA.. Kebetulan masa kat rumah, posmen datang hantar surat.. Masuk dalam Post Box je.. So sebelum nak hantar Syahmi pergi KAFA, Syahmi ambilkan surat..


1st impression muka terkejut sebab dapat surat dari LHDN dengan tertulis di muka depan..

CP500
NOTIS BAYARAN ANSURAN


Haaa.. Maunya tak berdebar2 jantung ni dapat Notis kan.. Rasa tak sabar2 nak sampai ofis.. Nak bukak surat dan baca isinya.. 

Dah baca konfius pulak.. Aik, nape nak kena bayar ni pulak.. Bukan ke boleh potong gaji jer.. Kenapa nak kena bayar sendiri pulak ni.. So bukak web LHDN untuk tau dengan lebih lanjut..

Image result for lhdn

**********************************************************************************

Skim Ansuran CP500

Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan Mac setiap tahun.

Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut. Bagi individu yang tidak menerima pada penghujung bulan Februari setiap tahun, boleh membuat semakan pengeluaran CP500 di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di tanpa tol 1-800-88-LHDN (5436).

Pembayar cukai yang menerima notis ansuran CP500 dan tidak bersetuju dengan amaun yang ditetapkan, mereka boleh memohon untuk membuat pindaan arahan bayaran ansuran tersebut melalui Borang CP502. Borang CP502 kebiasaanya dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkaitan.

Semakan terhadap jumlah ansuran yang telah dibayar dan amaun cukai kena di bayar, tidak termasuk cukai untuk pendapatan pengajian, jika ada.Sekiranya ansuran tidak mencukupi, jumlah yang terkurang perlu dibayar semasa penghantaran BNCP pada tahun berikutnya.Sekiranya jumlah ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dbayar, pembayar cukai boleh membuat tuntutan bayaran balik di atas lebihan bayaran itu.


**********************************************************************************

Ok, faham la sikit2.. So maksudnya yang potong gaji khas untuk penggajian.. Yang ni untuk side income @ Shaklee ni lah.. Sebelum ni bukan tak bayar.. Cuma sebelum ni bayar terus semua bila isi e-filing tu.. Tapi ni LHDN dah buat anggaran sendiri berapa kita kena bayar dan bayar secara ansuran 2 bulan sekali..

Yang bagusnya - Tak perlu pening kepala nak keluarkan duit selepuk banyak2 bulan Jun 2016 nanti..

Yang kurang bagusnya - Nak kena bayar 2 bulan sekali.. Kalau lupa mcm mana?? Hahahah..

Ahad, 15 Februari 2015

~ 10 MANFAAT MEALSHAKES VITAMIN TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak share secara ringkas tentang 10 MANFAAT MEALSHAKES.. Boleh rujuk poster di bawah..


Penerangan yang lebih banyak boleh baca di Entry lain mengenai MEALSHAKES ya..

Happy Sunday u all.. :-)


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 13 Februari 2015

~ NUTRIENT UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN ANDA MEMBESAR ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak share tentang Nutrient untuk bayi dalam kandungan anda membesar dengan sihat.. Sebenarnya saya google tentang kandungan Vita-Lea Iron Formula bila saya terjumpa info Nutrient untuk bayi dalam kandungan ni dalam web Baby Center ni.. Sangat menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua.. 

Nak tau sebab apa?? SEBAB SEMUA NUTRIENT UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN MEMBESAR INI TERDAPAT DI DALAM VITA-LEA IRON FORMULA!! Maka, bagi pendapat saya, ia adalah pilihan yang amat TEPAT dan BIJAK untuk ibu-ibu hamil ambil..

Ok, jom lihat apakah Nutrient yang bayi dalam kandungan anda perlukan..


Kalsium - Manfaat kepada bayi anda: Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.


Kromium - Manfaat kepada bayi anda: Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.


Tembaga - Manfaat kepada bayi anda: Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah


Fluorida - Manfaat kepada bayi anda: Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal


Asid Folik - Manfaat kepada bayi anda: Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.


Iodin - Manfaat kepada bayi anda: Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf.


Zat besi - Manfaat kepada bayi anda: Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi. 


Magnesium - Manfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu 


Mangan - Manfaat kepada bayi anda: Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat 


Asid Pantotenik - Manfaat kepada bayi anda: Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak. 


Fosforus - Manfaat kepada bayi anda: Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.


Potasium - Manfaat kepada bayi anda: Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf. 


Riboflavin - Manfaat kepada bayi anda: Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda. 


Thiamin - Manfaat kepada bayi anda: Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf. 


Vitamin A - Manfaat kepada bayi anda: Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah. 


Vitamin B6 - Manfaat kepada bayi anda: Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf. 


Vitamin C - Manfaat kepada bayi anda: Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi. 


Vitamin D - Manfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi.


Zink - Manfaat kepada bayi anda: Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran. 



Selain sangat bermanfaat untuk bayi di dalam kandungan, tentu sekali ia juga amat bermanfaat untuk ibunya.. Bagi ibu hamil yang memang mengamalkan Vitalea sebagai multivitamin harian dapat meningkatkan HB, InsyaAllah..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 11 Februari 2015

~ PENAPIS MURAH, MAMPU MILIK, SERVIS SENDIRI, TERBAIK ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari Selasa lepas kan cuti umum sempena Thaipusam.. So saya tak lepaskan peluang itu untuk bertemu dengan customer.  Customer ni nak beli Water Pitcher, tapi nak tengok dulu..

Bila dah tengok depan2 memang jatuh cinta la kan.. Water Pitcher ni mobile.. senang nak bawa ke mana2.. Balik kampung ke, bercuti ke... Kat rumah pun boleh bawak merata.. Letak kat dapur ke, bawak ke ruang tamu ke, bawak masuk bilik ke..

So customer beli Water Pitcher, Vitamin Promo ( Vita-Lea, Ostematrix ), Omega Guard dan Vitamin E.. Manakala anaknya ambil Set Resdung ( B-Complex, Vitamin C, Alfalfa ), GLA Complex & Herb-Lax.


Tinggal di kawasan bandar ni memang perlu sangat penapis air ni.. Air keruh, rasa pun x sedap.. Nak minum pun tak lalu.. Memang berbeza dengan hasil selepas tapis..

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 20 Januari 2015

~ DARI 700 JADI LEBIH 70,000 DALAM 3 TAHUN!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak berkongsi satu pelaburan dengan anda semua.. Pelaburan yang sangat menguntungkan.. Saya sendiri merasainya.. Yang penting HALAL, InsyaAllah.. Dari 700 saya telah GANDAKAN duit saya lebih 100 kali ganda iaitu lebih 70,000 dalam masa 3 TAHUN sahaja..

Jom.. saya nak ajak anda renung sebentar.. Dengan bermodalkan 700..

Jika anda labur di dalam ASB dengan kadar keuntungan bonus + dividen 9% setahun.. 

700 x 9% = 63 (tahun pertama)
763 x 9% = 68.67 (tahun kedua)
831.67 x 9% = 74.85 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 906.52

Jika anda labur di dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) dengan kadar keuntungan bonus + dividen 15% setahun.. 

700 x 15% = 105 (tahun pertama)
805 x 15% = 120.75 (tahun kedua)
925.75 x 15% = 138.86 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 1,064.61

Tapi, saya gunakan 700 saya untuk saya labur di dalam Bisnes Shaklee.. Dan keputusan saya tepat sekali.. 

Jumlah keuntungan saya selepas 3 tahun ialah 100 kaliganda atau 10,000% dari jumlah pelaburan.. 

Jumlah terkumpul duit saya selepas 3 tahun ialah = 70,000 !!

So, anda nampak tak beza di situ?? 

Saya buat bisnes ni hanya PART TIME.. Saya bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.. Saya ada 3 orang anak.. Tapi masih boleh buat bisnes ini.. Maknanya anda juga boleh.. Lebih-lebih lagi suri rumah.. anda boleh jadikan bisnes ini sebagai platform untuk menambah pendapatan keluarga sambil2 melayan anak dan menguruskan rumahtangga.. Ramai yang telah buktikannya.. Hanya tunggu anda untuk bertindak..

MULAKAN & BERTINDAK SEKARANG !!

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 19 Januari 2015

~ 1ST DAY SEKOLAH SYAHMI DAN SYAFI ~

Assalam dan Selamat Petang..

Hari isnin lepas 1st day sekolah kan.. Mula la rutin harian nak hantar dan jemput anak2 dari 3 tempat berlainan.. Fuhh.. berpeluh jugak ni.. hihihi.. 

Abang Syahmi dah masuk darjah tiga.. So takde masalah dah.. Cuma Abang Syafi ni 1st time la tadika.. last year masuk jugak tadika.. tapi sekejap.. 3 jam sehari je..

Mama risau juga sebab Syafi ni macam pendiam, tapi dia cepat sentap.. kuat merajuk sikit.. kena lembut2 sikit dengan dia.. Masa hantar tu berdebar jugak kot dia taknak masuk ke, nangis ke kan.. Tapi Alhamdulillah mudah sangat.. Sampai je sekolah, terus masuk..

Tengah hari, sebelum ambil abang dari sekolah singgah tadika Syafi sekejap.. Jumpa cikgu.. Tanya Syafi ok tak.. Cikgu kata ok.. tengah tidur.. Ok, mama lega.. 

Petang ambil dia, tanya dia macam2.. So far dia kata dia suka.. So mama senang hati.. Dah seminggu pun sekolah.. so far ok.. Harap2 berterusan..


Syafi ni kalau nak suruh bergambar memang payah sikit.. susah nak senyum, susah nak beri kerjasama.. Walau muka macam muncung, masam tapi dia tak buat hal.. elok je masuk dalam kelas.. hihihi

Khamis, 15 Januari 2015

~ CARA-CARA ATASI GUSI BERDARAH ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Anda ada masalah gusi tak? Bengkak gusi ke.. Gusi berdarah ke.. Sakit gusi ke.. Kalau ada kan, itu mungkin disebabkan anda kekurangan Vitamin C..

Beberapa bulan lepas saya juga ada alami gusi berdarah.. Bila gosok gigi mesti berdarah.. Masa tu saya cuma makan 1 biji Vitamin C sehari.. Tu pun kadang2 terlupa juga.. Hahah

So, bulan lepas kan Promosi Vitamin C.. Saya beli stock untuk diri sendiri lebih sikit.. Lepas tu start makan 2-4 biji sehari.. ikut suka.. kadang2 2 biji.. kadang2 3 biji, kadang2 4 biji.. Alhamdulillah dah tak berdarah lagi gusi.. 

Vitamin C ni larut air dan mudah musnah.. So badan kita ni sentiasa perlukan Vitamin C sebab badan tak boleh hasilkan Vitamin C.. Kita perlu dapatkan Vitamin C dari makanan seharian.. Cuma masalahnya apa yang kita makan tu tak membekalkan Vitamin C yang mencukupi.. Sebab apa?? Sebab kebanyakkannya telah musnah sepanjang proses dari dituai sampailah waktu kita makan.. Oleh kerana Vitamin C larut air dan mudah musnah dalam suhu yang tinggi, maka kebanyakkannya dah musnah dalam masakan.. 

Sustained Release Vita-C ni unik tau.. dilepaskan secara berperingkat selama 5 jam di dalam badan.. Maknanya, selepas kita makan, setiap sejam akan dilepaskan 100mg sahaja.. So bila 100mg tu musnah kerana suhu, air, stress dll, tak perlu risau... sebab jam berikutnya lagi 100mg dilepaskan untuk keperluan tubuh.. So katakan kita makan 4 biji, iaitu sebiji setiap selang 5 jam, bermakna selama 20 jam tubuh kita mempunyai Vitamin C yang mencukupi..





Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 14 Januari 2015

~ TANDA-TANDA MIGRAIN? PENING KEPALA? LETIH? LESU? INSOMNIA? ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Meh nak ajak anda renung sekejap.. Cuba check balik atau ingat balik, anda ada tak tanda-tanda seperti di bawah ini??


Haa.. kalau ada tanda-tanda tu semua memang elok sangatlah AMALKAN VIVIX ni sebab Vivix bagus untuk MENINGKATKAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH.. Sebab apa?? Sebab Vivix :

  • Membaiki & Melindungi Sel
  • Pertahanan Sel
  • Meningkatkan Tenaga Pada Sel
  • Meningkatkan Keupayaan Sel

Haa.. itulah manfaat utamanya.. SEL YANG SIHAT, MENJADIKAN TUBUH BADAN YANG SIHAT..

Sempena Promosi bulan ni memang elok sangatlah kan nak mula ambil Vivix ni.. Kalau ambil 2 botol dpt FREE MEMBERSHIP terus.. Rugi sape tak ambil peluang.. Hihihi


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 13 Januari 2015

~ PENCUCI BOTOL SUSU TANPA BAHAN KIMIA ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak share tentang DISH WASH yang merupakan salah satu pencuci dari Get Clean Home Care System.. Haa.. Get Clean Home Care System ni lengkap dah.. Ada Pencuci Baju, Pelembut/Pewangi, Pencuci Pinggan Mangkuk, Pencuci Serbaguna Lantai/Bilik Air/Dinding/Kereta dll.. Yang paling penting ialah SEMULA JADI SELAMAT, TIADA TOKSIK, TIADA KIMIA, MESRA ALAM.. Beli 1 set ni FREE SPRAY BOTTLE dari Shaklee..

Tapi kali ni nak fokus kepada DISH WASH.. Dish wash ni digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk.. Bagi ibu2 yang ada anak kecil, boleh guna Dish Wash untuk CUCI BOTOL.. SELAMAT.. Tak perlu risau ada bahan kimia ke apa.. Dah la takde bahan kimia, BERSIH BERKILAT segala daki2, kerak2 susu tu semua.. tak payah asyik nak tukar puting susu lagi kan.. kecuali la kalau dah koyak atau lebih 3 bulan.. tu memang kena tukar la kan..

Dish Wash ni murah je.. lebih kurang dengan pencuci botol di pasaran tu.. Tapi yang beza ia SEMULAJADI dan SELAMAT.. Bagi yang ada ALERGI SABUN tu kan, sesuai sangat la guna DISH WASH ni.. Kemudian ia pekat.. guna sikit je dah mencukupi.. 1 botol tu TAHAN BERBULAN2 tau.. LAGI JIMAT!!



Ok, jom baca info tentang DISH WASH ni..


Dish Wash Concentrate
Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan
Kod Produk:00255 (473ml)


Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja.  Masih tidak percaya?

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki


Tahukah Anda?

  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.


Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

Selamat

  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya


Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama


Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 9 Januari 2015

~ BEKALAN DARAH KRITIKAL!! : JOM DERMA DARAH ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Akibat dari banjir yang berlaku di negara kita sekitar penghujung bulan Disember 2014, bekalan darah di hospital-hospital terutamanya di sekitar Pantai Timur adalah kritikal.. Oleh yang demikian, Pusat Darah Negara akan mengadakan KEMPEN DERMA DARAH pada hari Sabtu dan Ahad ini.. 


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Di bawah ini saya sertakan kriteria-kriteria untuk penderma..  Bagi yang memenuhi kriteria tersebut, saya sarankan kita derma.. Jika tidak mampu nak derma wang ringgit, sekurang2nya dermakan apa yang Allah pinjamkan ini untuk membantu insan yang memerlukan.. InsyaAllah, Allah ganti dengan darah yang lebih baik.. 


KRITERIA PENDERMA DARAH

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.


10. Untuk penderma wanita:

  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.

11. Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Untuk maklumat-maklumat lain tentang DERMA DARAH ni boleh ke link INFORMASI