Syahmi beberapa jam selepas lahir. |
Ketika itu, aku masih cetek ilmu... pendedahan BF pun masih tidak meluas... malah hospital pun tanpa rasa bersalah memberi susu formula pd Syahmi ketika dia di NICU akibat jaundice... sedangkan aku nak demam bengkak susu dan kesejukkan air-cond kat luar NICU tu... Aku dah pesan, aku akan tunggu kat luar dan panggil aku bila tiba masa utk menyusukan... tapi nurse tak panggil2 pun, and aku tak sedap hati terus masuk... tgk2 elok jer dia susukan Syahmi dgn susu formula.... alasannyer dia tak tau cos tukar shift... terus mak aku paksa hubby utk mintak wad... diorang berkeras kata takder, ntah apa hubby aku cakap, last2 aku dapat wad... ader je kosong rupanya... so bermalam la aku 2 malam sambil menemani Syahmi di bawah lampu... huhuhuh....
Lepas keluar wad, terus balik kg... tapi jaundice Syahmi lambat sgt nak surut... so mmg mcm2 petua diamalkan.... Arrgghhh... kenangan dan kesilapan lalu...
Setelah masuk keje, aku juga pam susu, tp kerana ilmu yang tiada, jadual pam yang bercelaru, pengurusan EBM byk yang salah... aku menyesal tak belajar dgn Angah tentang BF... Angah ada ckp2 tntg BF tapi aku langsung tak terfikir ketika itu bahawa nak BF anak utk ibu bekerja ini perlu menimba ilmu yang amat banyak sekali... berbeza dgn fulltime housewife ni.... Ketika itu, di ofis tak boleh bukak blog spt skrg... kat rumah pun takder internet... kat ofis pun takder yang seangkatan.. so kurang sgt pendedahan.. Satu2nya yang pernah cerita tntg BF adalah Angah... Akibatnya, seawal 6 bulan aku dah campur susu... siang EBM + FM dan malam direct feeding (DF)... tapi lama-kelamaan susu semakin sikit... dan aku cuma DF waktu malam... kemudian, malam pun terpaksa campur... Akhirnya, genap usianya 2 tahun, aku berhenti menyusukannya....
Itulah penyesalanku hingga kini... Aku redha.... Sekarang ni, aku tebus kekesalan itu dgn Syafi... InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan HAK Syafi utk menyusukannya sehingga 2 tahun.... Cerita Syafi and Our BF Journey akan aku ceritakan di lain entry....
p/s : Pagi tadi, sedang aku berkemas beg anak2... perhatian aku tertarik ke arah iklan penyusuan SUSU IBU di tv... Aku tersenyum kerana kerajaan kini mencuba pelbagai cara untuk menyampaikan maklumat dan menggalakkan ibu2 sekarang untuk menyusukan anak2 mereka dengan SUSU IBU.... Amin.... Semoga semakin ramai ibu2 di luar sana yang menyusukan anak2 mereka dan juga membuka mata orang-orang tua skrg bahawa bayi di bawah 6 bulan TIDAK BOLEH DIBERIKAN APA-APA SELAIN SUSU IBU shj.
ok la tu..dpt diploma!!!he
BalasPadamDiploma yang ader ponteng kelas... hahahah... takperla, dah berlalu... :-(
BalasPadambagi iza ok la..sekurang² smpi juga sampai 2 tahun..kira Phd gak tu..he
BalasPadam