Pengenalan
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
![]() |
Pic Credit |
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
- Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
- Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
- Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
- Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
- Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
- Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Credit : www.myhealth.gov.my
Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
emel : syuhada_wahi@yahoo.com
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan