Jumaat, 2 Januari 2015

~ SELAMAT DATANG 2015 ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sungguh masa berlalu.. Tahun 2014 yang lalu meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis dalam hidup.. Hal-hal peribadi, biarlah menjadi Kenangan Indah, Pengalaman, Pengajaran yang berguna untuk saya tempuh hari-hari mendatang.. Tapi, kenangan-kenangan bersama Shaklee rasa tak best kalau saya tak kongsi kan..

MAC 2014

Bulan Mac setiap tahun sejak 2011 merupakan ulangtahun saya dengan Shaklee.. bukan sebagai pengguna, tetapi sebagai Pengedar yang sah.. Alhamdulillah kini hampir 4 tahun saya bersama Shaklee dan masih lagi meneruskan bisnes ni.. Saya memang sayang sangat bisnes ni.. Ia banyak merubah hidup saya..

JUN 2014

Seperti tahun2 sebelumnya, bulan Jun adalah bulan yang dinanti-nanti oleh setiap Pengedar Shaklee kerana pada bulan inilah kami diraikan secara besar-besaran.. Kalau tahun 2013, National Trip kami di bawa ke Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam FULLY SPONSORED, kali ni National Trip diadakan bersekali dengan National Conference.. Jadi tahun ni saya dapat 1 bilik di HOTEL 5 BINTANG Sunway Resort Hotel & Spa selama 3 hari 2 malam FULLY SPONSORED by Shaklee.. Alhamdulillah.. Pada majlis tersebut saya MENERIMA 6 AWARDS, diundang menghadiri GALA DINNER UNTUK 2 MALAM dan MASUK PERCUMA ke Taman Tema Sunway Lagoon untuk 2 orang..

OGOS 2014

Urusan pembelian lot tanah kami telah selesai.  Alhamdulillah, selain menggunakan Slip gaji dan Penyata bank, PENYATA BONUS SHAKLEE banyak membantu untuk apply loan dengan bank.. Beli tanah lot je mampu duduk bandar mahal ni.. Kena kumpul duit pulak nak bina rumahnya..

NOVEMBER 2014

Alhamdulillah rezeki Allah pinjamkan untuk kami.. Kali ni urusan pembelian rumah kami pula selesai.. Seperti urusan tanah tu, urusan loan bank untuk rumah ini juga dibantu dengan PENYATA BONUS SHAKLEE.. Alhamdulillah loan lulus.. Rumah dalam proses untuk disewakan..

DISEMBER 2014

Duit bonus bulan ni memang dah niat nak bawa keluarga ke Legoland.. Janji dengan anak kena tunaikan.. So 29 Disember hari tu dapatlah pergi.. Alhamdulillah.. 

Selain daripada perkara-perkara di atas, banyak lagi yang saya dapat dari bisnes Shaklee ini.. 
  • Saya dapat MEMBERI LEBIH KEPADA MAK ABAH saya.. Boleh katakan lebih 5 kali ganda dari dulu.. Alhamdulillah.. itu adalah antara matlamat saya cari income lebih..
  • Alhamdulillah, dapat kumpul duit untuk MAK SAYA BUAT UMRAH InsyaAllah bulan Februari ni..
  • Saya dapat BERKENALAN DENGAN RAMAI ORANG YANG HEBAT dari seluruh Malaysia.. Malah dari Brunei juga..
  • Saya DAPAT BANYAK ILMU hasil bacaan dan sharing sesama pengedar.. Ilmu yang mungkin kalau saya tidak buat bisnes ni saya sendiri tak ambil tahu..
  • Selain ilmu dunia, ILMU BISNES, ILMU AKHIRAT juga yang saya dapat..
  • Dapat TINGKATKAN DIRI dari segi PEMIKIRAN, TINDAKAN, AMALAN KEROHANIAN dll..
Alhamdulillah.. Bersyukur sangat Allah pertemukan saya dengan Shaklee..


1 ulasan:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    BalasPadam