Selasa, 16 September 2014

~ MENU UNTUK ANAK KURANG BERAT BADAN ~


Sebelum tu, jom baca entry terdahulu..

1. Anak Kurang Berat Badan??
2. Faktor Kurang Berat Badan Kanak-kanak

Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
Nasi / buburDitambah ayam / daging / minyak / marjerin
RotiDitambah marjerin / mentega kacang / keju
Biskut krakerDitambah marjerin / mentega kacang / keju
SusuDitambah serbuk coklat / aiskrim
TelurDitambah susu / minyak / marjerin / keju
Kentang – dilenyek / dibakarDitambah susu /minyak / marjerin

Berapa banyakkah harus anak saya makan?
  • Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
  • Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
  • Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
  • Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Contoh Menu Berkalori Tinggi Untuk Kanak-Kanak berumur 1-3 tahun dan 4-6 tahun


Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Selamat mencuba ya ibu-ibu.. :-)


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..


Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Ahad, 14 September 2014

~ VITAMIN TERBAIK SI MANJA ANDA ~


Masih mencari-cari Vitamin untuk si manja anda??

Nah.. Apa kata anda pertimbangkan Vitamin Shaklee ini..


Jom lihat apa kata ibu-ibu yang telah mencuba.. Ini baru sebahagiannya dari beratus testimoni yang ada..



Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Jadi, anda tunggu apa lagi?? Takkan nak tengok je kan.. Jom sama-sama berikan yang terbaik untuk anak anda..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Sabtu, 13 September 2014

~ PENGHARGAAN DARI SHAKLEE ~


Shaklee sentiasa membuatkan hati saya gembira.. dalam banyak hal tau.. Sebab tu saya sayang sangat dengan Shaklee.. Antaranya ialah :
  • Bonus
  • Penghargaan
  • Ukhwah
  • Penghormatan
  • Pelancongan
  • Anugerah
Macam-macam lagi sebenarnya.. Tapi kali ni nak cerita tentang Penghargaan..

Setiap kali naik pangkat, kami akan diraikan.. Dalam setahun sekali dalam majlis gilang gemilang iaitu Shaklee National Conference.. yang disertai dengan Majlis Makan Malam khas untuk penerima anugerah..

Dalam majlis tersebut, kami berpeluang menaiki pentas mengambil anugerah untuk pencapaian kami sepanjang Cycle Shaklee..

Selain dari itu, ada juga majlis kecil-kecilan untuk meraikan kami.. 

Alhamdulillah.. Saya bakal diraikan pada 28 September 2014 ini sempena kenaikan pangkat ke Coordinator di dalam majlis ini...

Kedua-dua Speaker di atas adalah dari Group Jutawan di bawah Master Cery

Dan ini adalah surat jemputan rasmi...



Program ini terbuka.. Anak2 Cucu2 Cicit dari susur galur saya, anda adalah sangat dialu-alukan untuk hadir.. Anda pelanggan-pelanggan dan bakal pelanggan saya juga boleh hadir sama..

Jumpa anda di sana.. :-)

Jumaat, 12 September 2014

~ FAKTOR KURANG BERAT BADAN KANAK-KANAK DAN CARA MENANGANINYA ~


Dah baca entry terdahulu??


Kalau dah, jom baca seterusnya...

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:

  • Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
  • Penyakit seperti jangkitan cacing.
  • Tekanan.
  • Senaman yang berlebihan
  • Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
  • Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
  • Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
Pic Credit
  • Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
Pic Credit
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  • Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
Pic Credit
  • Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..


Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 11 September 2014

~ MEMBELI SAMBIL BERAMAL ~

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, teruja lagi dengan Shaklee.. Best sangat tawaran-tawaran yang Shaklee buat bulan ni.. Dah la ada 2 promo sekaligus iaitu Collagen Powder & Mealshakes.. ni ada 1 lagi tawaran tau...

Anda nak tau apa dia???



Dengan setiap pembelian Mealshakes Promo Beli 3 Percuma 1 ni, 10% hasil jualan akan didermakan.. Banyak tu.. Dah la dapat harga murah.. Dapat lagi menderma.. Kan best tu..

Macam mana kalau beli 1 canister sahaja??

Jangan risau, anda tetap juga sebahagian dari penderma.. Sebab saya yang akan beli Promo tu.. So, walau anda beli 1 canister pun, anda tetap menyumbang..

So apa tunggu lagi?? Jangan lambat2.. Kalau ikut pengalaman sebelum ni, belum sempat habis bulan lagi dah sold out kat Shaklee tau.. Tu Promosi Buy 6 Free 1... Yang ni Buy 3 Free 1 lagilah hebat kan.. 

Sekarang ni musim anak menjalani peperiksaan kan.. elok sangat la bagi mereka Mealshakes ni setiap pagi.. Selain menjaga kesihatan, dapat juga bagi tenaga untuk mereka menjawab periksa dengan tenang..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 10 September 2014

~ IMPIAN JADI WAHM (Work At Home Mom) MENJADI KENYATAAN DENGAN SHAKLEE ~

Assalammualaikum dan Selamat Petang..

Siapa yang saya maksudkan seperti tajuk di atas?? Oh, maaf.. bukan saya tau.. saya masih lagi setia berkhidmat dengan Kerajaan.. hihhih..

Yang saya maksudkan seperti di atas adalah Anak Shaklee saya.. beliau merupakan Anak Shaklee saya yang keenam tetapi merupakan Leader pertama saya..

Beliau ialah.......
Nurul Aainaa Nadirah binti Zainul Fuad

Perkenalan dengan Aina dah lama.. Sejak tahun 2005 lagi.. Dia adalah rakan sekerja kawan baik saya.. dan dari situ kami berkenalan dan agak rapat juga.. pernah berjiran semasa sewa rumah dulu.. waktu tu kami sama2 PJJ dengan suami masing2..

Kami jadi semakin rapat setelah Aina join Shaklee di bawah saya.. kami lebih kerap berhubung.. Wassup, jumpa, dating, pergi kelas Shaklee dan macam2 lagi...

     

Alhamdulillah.. Aina kini bergelar Sr. Supervisor.. Semasa National Conference bulan Jun 2014 yang lalu, Aina turut sertai saya turun naik pentas untuk mengambil award.. Malah Aina juga berpeluang layak untuk mendapat percutian 3 hari 2 malam di Sunway Resort Hotel.. Percutian 5 star tu...


 Aina bersama award yang diterima

Semasa Dinner untuk penerima Award

Bersama Mentor kami iaitu Presidential Master Shareeza (PM Cery)
     
Income Aina setiap bulan kini tetap 4 angka.. Malah kalau nak tau, income Aina lebih banyak dari gaji hakiki beliau.. Beliau telah merasai ketiga2 'C' Bonus yang Shaklee tawarkan iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION di samping bonus2 lain.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Terasa sungguh puan dan bahagia bila anak didik berjaya perolehi apa yang kita juga perolehi.. Syukur sangat2..

Alhamdulillah juga, Impian Aina untuk menjadi WAHM telah menjadi kenyataan.. Kini sudah beberapa bulan beliau bergelar WAHM.. Bahagia mengurus rumahtangga, suami dan anak2.. Rasa puas dapat melihat anak sendiri membesar depan mata.. Tapi dalam masa yang sama income 4 angka tetap dalam genggaman..


Aina merupakan Pengedar Shaklee di Aman Putra, Puchong.. Anda boleh mengenali Aina dengan lebih dekat di sini...



Photo: All the details is there.
Terfikir2 nak mencuba suplemen Shaklee, jangan segan contact saya ya. 
Tak jadi beli pun xpe.. sembang2 dulu 󾌵


Ingin menjadi seperti Aina???

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362

Selasa, 9 September 2014

~ ANAK KURANG BERAT BADAN?? ~


Pengenalan

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Pic Credit

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.


Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

  • Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
  • Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
  • Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Credit : www.myhealth.gov.my


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 8 September 2014

~PETUA RAWATAN SEMBELIT KANAK-KANAK~

Assalam semua..

Kalau anak kita sembelit mesti risau kan.. Kesian kat mereka meneran nak poo poo.. kadang2 tu sampai menangis.. Kita sendiri kalau sembelit pun rasa tak tertanggung.. Memang dah lalui pun.. Masa berpantang anak Sulung dan Kedua.. Aduh siksanya.. kadang2 sampai pedih2 sebab luka..

Saya nak share Petua di bawah ni yang saya ambil di laman HIMPUNAN.NET


1. Galakkan Anak Minum Lebih Air

Cairkan bancuhan susunya dengan harapan bahan kumuh itu akan jadi lebih lembut.  Anda juga boleh memberi air kosong jika anak anda sudah melebihi 6 bulan.  Air yang diberi hendaklah suam sedikit agar mudah diminum.

2. Tukar Jenis Susu

Lain orang lain jugalah tahap penerimaan susu oleh badan masing-masing.  Sesetengah anak tidak terkesan dengan apa jua jenis susu yang diberi tetapi sesetengah lagi mempunyai impak yang besar


3. Diet Rendah Lemak, Gula dan Kanji 

Proses penghadapan akan menjadi perlahan apabila terdapatnya kandungan lemak, gula dan kanji yang tinggi dalam makanan.  Penghadaman yang perlahan akan menghasilkan bahan kumuh yang keras.


4. Beri Lebih Makanan Berserat

Makanan yang tinggi serat seperti buah pisang, betik, epal, jagung dan sayur-sayuran hijau akan mempercepatkan proses penghadaman.


5. Bagi Minuman Probiotik

Probiotin dalam kata lain adalah bakteria baik yang diperlukan oleh usus dan perut manusia.  Pengambilannya sudah tentu akan membantu pelancaran usus dan proses penghadaman.  Contoh minuman probiotik yang boleh didapati di pasaran adalah Yakult, Vitagen, Bliss dll.  Malah makanan beryis seperti tempe dan yogurt juga mempunyai bakteria baik ini.

     


6. Berikan Ruang dan Masa

Ketika proses penyahtinjaan berlaku, elakkan dari mengganggu fokus anak anda.  Beri masa dan ruang untuknya menghabiskan urusan.  Sesetengah ibubapa akan memandang dengan kasihan pada anak tersebut, ianya juga suatu gangguan. 


7. Bawa Anak Main Air Dalam Tandas

Kadang kala lampin pakai buang dan posisi anak yang berdiri membantut proses penyahtinjaan yang berlaku.  Salah satu cara untuk membantu anak anda dalam proses ini adalah dengan membuka terus lampin itu dan biarkan anak anda bermain dengan air di dalam gayung dalam kedudukan cangkung di dalam tandas.  Tapi harus diingat, pastikan bilik air anda itu mesra-bayi dengan menyimpan apa sahaja yang tidak patut.

Rabu, 3 September 2014

~ BONUS UNTUK MAK ~

Assalam.. Selamat petang..

Hari ni saya nak cerita sikit salah satu sebab kenapa saya sayang dengan Bisnes Shaklee ni..

Saya mula kerja pada umur 20 tahun.. Muda lagi.. kerja di Putrajaya, bandar yang serba serbi mahal, tapi gaji lepas tolak KWSP cuma RM700 je.. 

Ditakdirkan pula jodoh saya cepat.. heheh.. saya berkahwin setahun setengah selepas kerja.. Saya dan suami PJJ.. so kebanyakkan perbelanjaan kami double.. takdelah di tahap kesempitan, tapi cukup2 untuk kami..

Saya memang beri mak saya duit, tapi ikut keadaan kewangan.. saya beri ikut mampu.. kadang2 RM50.. Kadang2 RM100.. Waktu raya je lebih sikit.. RM300 ke.. 

Saya selalu berangan nak beri duit banyak pada ibu bapa saya.. tapi saya tak mampu.. Kenapa saya nak beri banyak?? Sebab kami dari keluarga sederhana.. Mak suri rumah.. Ayah sgt penjimat dalam urus duit.. So mak saya ni selalu pendam kemahuan dia untuk kepentingan keluarga kami.. Disitulah saya berazam nak beri kesenangan itu pada mak.. nak beri dia kebebasan berbelanja apa yang dia nak..


Saya bertuah bertemu dengan Shaklee.. Sangat2 bertuah.. Macam2 kelebihan yang saya dapat, tp saya nak cerita tentang impian saya ni..

Sejak saya dapat 4 angka dengan Shaklee, saya dah mula beri duit lebih kepada mak.. belanja itu ini yang dia nak.. pergi shopping dgn dia saya bayar.. sehinggalah sekarang saya mampu berikan duit bulanan 4 angka kepada mak ayah saya.. Alhamdulillah..

Yang paling saya rasa happy, InsyaAllah awal tahun depan mak nak pergi umrah.. InsyaAllah saya dapat hantar mak pergi hasil tabungan saya dalam akaun Tabung Haji mak saya.. Benar.. sgt terharu.. (nak nangis dah ni..)

Kalau saya tak buat Bisnes Shaklee ni, belum tentu saya dapat nak tampung perbelanjaan mak nak ke sana dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. 

Terima kasih Ya Allah.. Kau berikan aku rezeki melalui Shaklee..


Mak saya adalah orang yang menyuruh saya join Shaklee satu ketika dulu.. Dia jugalah yang sentiasa mendoakan saya berjaya dalam Bisnes ini selain suami saya..

Terima kasih Mak..

Selasa, 2 September 2014

~ SEPTEMBER 2014 DOUBLE PROMOTION ~

Assalam.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Bulan ni special sangat tau.. Kalau nak tau, 1st time ni tau Shaklee buat DOUBLE PROMOTION.. Dah la double.. Gempak pulak tu..

Nak tau apa produk pilihan bulan ni??

MEALSHAKES BUY 3 FREE 1 !!!


COLLAGEN BUY 6 FREE 1 !!!


Jangan lepaskan peluang ni.. Untuk anak ada, Untuk Ibu pun ada.. haa.. adil kan.. hihih

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**