Dah baca entry terdahulu??
Kalau dah, jom baca seterusnya...
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
- Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
- Penyakit seperti jangkitan cacing.
- Tekanan.
- Senaman yang berlebihan
- Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
- Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
- Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
Pic Credit |
- Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
- Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
- Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
Pic Credit |
- Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
- Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
Pic Credit |
- Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
emel : syuhada_wahi@yahoo.com
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan