Khamis, 27 Oktober 2011

Bawak Apa Dalam Beg Besar-Besar Ni???? Heheh

Salam...

Rasa nak share pasal beg ni... Since masuk kerja bulan Julai 2010 yang lalu, saya memang tak lepas dari menggalas 1 beg ni... kalau yang dah tau tu, sekadar senyum jer... tapi sebenarnya lebih ramai yang tak tau... macam2 andaian diorang buat... tak kurang juga persoalan dan pertanyaan yang mengundang senyuman di bibir saya... heheheh

Kalau cakap beg pam, ader yang terus faham... tapi ader jugak yang tak faham... dah kena terangkan pulak... hahha... jenuh gak... bukan apa, kat ofis ni agak kurang orang yang buat macam yang saya buat... so diorang masih lagi tak biasa... takperlah... diorang tak salah... as long as ianya tak mengganggu MISI saya, itu dah cukup bagus....

Until now, dah setahun 3 bulan kendong beg ni... ader yang mula bertanya soalan lain... Eh, masih mengepam??? ader lagi ker susu?? byk ek susu?? untunglah ader susu.... dan macam2 lagi... Jawapan saya??? Senyum lebar.... heheh... apa tandanya?? BIARLAH RAHSIA....

Ok, panjang gak saya membebel dah ni... jom kita tengok, macam mana rupa beg yang saya bawa hari2 tu...

Ni rupa begnya.....

Dalamnya ader Cooler Bag Stylo Mama

Dalam Cooler Bag ada Ice Pack MLO & Stylo Mama

Taraaaa.... Ni hasil pam seharian di ofis

Ok, dah tau la kan, apa isi beg tu... heheh... nampak beg mmg besar.... atas cooler bag tu biasanya letak dompet atau bekal atau apa saja la nak isi (dah lama tak bawak handbag okehh)... hehehe.... side belakang pulak bawak set pam dan botol....

Khamis, 20 Oktober 2011

Buku Catatan EBM Syafi

Salam....

Kali ni nak share Buku Catatan EBM ni... Since peknen lagi dah buat... Semangat waja nak BF kan... heheh... So mesti kena ader rekod... Senang nak update stok... So takder la lalai sampai ader yang expired pun tak perasan... Dan juga dapat memantau prestasi dan hasil dari semasa ke semasa....


Muka Depan Buku

Isi Kandungan (sorry gambar kabur)

So anda semua pun boleh buat juga... Bagi saya, ianya amat memudahkan kerja... dan lagi, sgt seronok setiap kali membelek buku ini... Kenangan terindah memori perjalanan penyusuan Syafi.... Buku pun dah buruk sikit... akibat dibelek hari2 sepanjang setahun setengah ni... hehehe...

Rabu, 19 Oktober 2011

Apa Istimewanya Set B????

Pasti ada keistimewaannya... Kalau tak, takkan set ni sangat glamour kan??? Set B ataupun juga dikenali sebagai Set Ibu Menyusu ni mengandungi Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Alfalfa...Sehingga ke hari ini ramai ibu-ibu yang mendapat manfaat dan hasil yang cukup memberansangkan.... Tak percaya? jom kita ikuti testimoni di bawah ini:

Testimoni 1 : copy dari blog mamafaiz dan sumber asal dari blog Arissa

".........Saya masih ingat lagi tiba2 susu saya merundum dengan teruknya sebulan sebelum puasa. At that time Arissa terkena flu dan batuk..Huhu..Penat tau jaga budak kecik yang sakit..Lebih2 lagi flu sebab hidungnya tersumbat..Nak hembus tak reti..sedut pakai penyedut tu makin kuat pulak dia nangis...Masa tu saya seminggu2 tak cukup tido and rest...End up susu drop!!! Skali pump dpt 3oz jer..Minum air berkoyan2 dah..Makan nasik berkawah2 bnyk2.. Apa je petua untuk banyakkan susu saya dah buat..Tapi hasil nya tetap sama...Mood tosah cakap lah..Rasa nak lempang marah jer kalau orang bertanya itu ini...Masa tu risau sangat.. Dah nak berakhir ke zaman penyusuan ini???? Syukur kepada Allah, saya berjumpa dengan kawan maya baru saya skang dah jadi sahabat baik saya yang banyak membantu dan memperkenalkan saya dengan Shaklee Set B. Khas untuk ibu-ibu yang menyusu macam saya..Selepas seminggu consume Set B badan saya ni lembap kot tapi tak kisahlah..hehe hasil tenusu saya back to normal dan bertambah2 lagi...Hehe...Oh lupa....Semasa bulan puasa pulak, saya dapat menghabiskan sebulan berpuasa sbb tak period lg...woohoo..tayah ganti pose.. Mula2 mmg tak konfiden boleh berpuasa sebab masih fully bf Arissa..Tapi syukur Alhamdulillah...Niat baik saya diperkenankan Allah...Bukan sahaja saya dapat berpuasa penuh, dapat menyusukan Arissa, dapat buat stock hampir 30 x 3oz dan bertenaga jer..Ofismate saya pun hairan tau..Hehe...~.... "

Testimoni 2 :Kak Shida (customer Kak N) copy dari blog mamafaiz

"alhamdulillah sebenarnya nak cerita pasal penyusuan Firdaus yang dah mencecah 1tahun 3 bulan 5 hari, dulu Nabil menyusu selama 1 tahun 7 bulan ja..sbbnya masatu aku dah mengandungkan Firdaus 5 bulan. Walaupun mengandung aku tetap menyusudan mengepam macam biasa tanpa ada halangan alhamdulillah mungkin disebabkanpemakanan aku yang baik serta amalan pengambilan supplement shaklee yangmengikut jadual oleh N maka Nabil dapat juga menyusu walaupun aku mengandung.Aku mula kenal shaklee masa Nabil umo 4 lebih bulan...aku mmg mencari suplemnent yang boleh membantu aku kembali sihat sbbnya sejak bersalin anak sulong akuselalu demam dan selsema sampaikan doktor bagi pelbagai-bagai vitamin katanyaaku ni kekurangan vitamin dan darah huhuhuhuhu tapi tak nampak plak kesannya akumasih tak sihat somkmo sehinggalah aku jumpa N yang sangat aktif menulismengenai shaklee mellaui tulisan beliau lah aku bagaikan rasa perlu mencuba..alhamdulillah berkat usaha mengamalkan vitamin-vitamin shaklee serta doa akhirnya aku kembali sihat dan dapat menyusukan Nabil tanpa halangan,percaya tak mula-mula stok susu Nabil hanya ada 6 botol jer..lama kelamaan bertambah-tambah syukur sangat2. ..."

Secara umumnya, Vitamin-vitamin ini memberikan manfaat seperti berikut:


Full Pack Set B

Vita-Lea @ Multivitamin dengan formula zat besi : sangat perlu demi memastikan badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjamin kesejahteraan dan banyak lagi seperti di entry ini

B-Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh demi membantu tubuh bertenaga, otak lebih fokus, EMOSI LEBIH STABIL dan MENGURANGKAN STRESS dan wajah lebih berseri.

Vita-C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan kulit yang lebih cantik.

Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium bagi ibu-ibu menyusu dan sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU.

Walau bagaimanapun, set breastfeeding Shaklee bukan makjun ajaib yang boleh mengembalikan susu sesiapa sahaja. Ia merupakah supplement atau pelengkap bagi membantu usaha mengembalikan susu yang dibuat oleh ibu itu sendiri, iaitu:
  1. Mengepam dengan kerap, sekurang-kurangnya 3 jam sekali.
  2. Menyusui bayi dengan kerap, mengikut kehendak,menawarkan susu badan kpd bayi.
  3. Minum air yang banyak (apabila mengambil set ini kerana ia adalah vitamin dan mineral yang concentrated, memerlukan air yang banyak untuk melancarkan proses penyerapan dan sebagainya) iaitu sekurang-kurangnya 2-3L sehari.
  4. Banyak berdoa dan berhajat kepada Allah SWT..(for muslim).
Seorang ibu yang mahu mencuba set breastfeeding Shaklee haruslah melengkapkan pengetahuan tentang penyusuan dan teknik pengambilan supplement semulajadi terlebih dahulu, bagi mengelakkan rasa kecewa apabila tidak ada kesan, atau keadaan makin buruk.  Dapatkan konsultansi percuma daripada pengedar Shaklee sekiranya anda mengalami masalah selepas mengambil set ini.

So ibu-ibu di luar sana... macam mana? ingin mencuba Set B ni???? Hubungi saya Syuhada 019-7062362 / emel syuhada_wahi@yahoo.com untuk maklumat lanjut mengenai cadangan Vitamin, konsultasi, harga dll... bagi ibu-ibu yang mempunyai kekangan bajet, jangan risau... hubungi saya untuk rundingan... saya sedia membantu anda...

Isnin, 3 Oktober 2011

Apa Kelebihan Vitalea Iron Formula/Multivitamins?

Multivitamins dalam Shaklee dikenali sebagai Vita-Lea... Masa mula-mula dapat vitalea ni, aku termenung jap... aduh besarnye... hahaha.... tapi aku telan jugak... ok jerk... since sihat ni apa salahnya telan vitamin2 ni kan... sok2 kalo berpenyakit (harap2 dijauhkan la..) lagi la byk ubat nak telan mcm 2-3 org ofis mate veteran kat sini.. huhuh.... so sebelum dtg penyakit2 tu, baiklah kita mencegahnya dulu....

Okey, jom kita lihat, apa kebaikan yang ada pada Vita-Lea Shaklee ini... Di copy dari sini



Vita-Lea® Iron Formula - Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat


Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan.  Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

So apa lagi... jom kita makan Vita-Lea ramai2 yerk... anda berminat? dapatkannya dari saya dengan harga istimewa... Hubungi saya Syuhada di talian 019-7062362 @ emel syuhada_wahi@yahoo.com

Rabu, 28 September 2011

~ Syafi Tak Nak Menyusu?? ~

Hari Ahad lepas (25/9/2011) aku pergi open house Yong (kak ipar) kat Banting. Balik dari rumahnya dah malam jugak la... bertolak lebih kurang jam 8.30 malam... Sepanjang perjalanan, Syafi tidur di car seatnya di sebelah tempat duduk pemandu... aku dan Syahmi duduk di belakang. Sampai rumah, mandikan Syafi dan terus ajak tidur... Kebiasaannya, kalo nak tidur, Syafi mesti nak 'ngempeng' (menyusu lama2)... biasalah budak breastfeed ni mmg nak 'ngempeng' kalo nak tidur ni... ala2 mcm fungsi bantal busuk tu... mesti kena ader la... Selalunya, bila aku selak jer baju, dia dah tak sabar nak menyusu... tapi lain pulak jadi kali ni... bila aku selak baju nak sua 'nenen'(panggilan Syafi kalo nak nyusu) kat dia, dia taknak.... dia nyusu sekejap dan lepaskan... lepas tu dia melalak mengamuk... pada mulanya aku ingat dia penat, sebab tu dia mengamuk... sepanjang malam sampai ke pagi dia mcm tu... merengek jer...

Pagi aku bangun macam biasa untuk bersiap gi keje... bila dia sedar dari tidur, tgk aku takder, dia nangis.. aku pun masuk bilik dan nak nyusukan dia since breast pun dah penuh cos dia kurang minum malamnya... tapi aku terkejut kerana dia taknak menyusu... siap berpaling muka bila aku selak baju nak bagi... aku suakan juga nenen ke mulutnya, tapi dia taknak hisap... aku dah mula tak sedap hati... siap aku pun nangis sama tgk dia ngamuk tu...

Aku hantar dia ke rumah pengasuh berbekalkan EBM seperti biasa... kemudian, dalam kol 10.00am aku telefon pengasuh tanya sama ada dia nak menyusu atau tidak... pengasuh kata dia menyusu mcm biasa... ini tambah menguatkan firasatku bahawa ader sesuatu yang tak kena... aku plan nak minta tolong hubby pengasuh, tetapi aku nak tgk dulu sama ada malamnya dia dah nak atau tidak...

So balik dari rumah pengasuh aku bawa dia ke dalam bilik.. kemudian gurau2 dgnnya sambil nak nyusukan... sebelah kanan dia reject terus... tp sebelah kiri dia minum sikit... aku ingat, bila nak tidur mlm nanti mungkin ok sket.... tapi rupa2nya tak... nak bawa rumah pengasuh untuk berubat, hujan lebat pulak... so bersengkang mata la aku menjaga/memujuk syafi untuk tidur kerana dia meragam dan menangis sepanjang malam... aku dah cuba bagi susu dalam botol/cawan, tapi dia taknak... bagi air msk pun dia taknak....

Esok pagi (Selasa) aku hantar ke rumah pengasuh mcm biasa... kat rumah pengasuh aku tak risau cos dia menyusu mcm biasa... So malamnya, pengasuh kol, kata hubby dia tak dpt nak tolong.... So diorang suggest jumpa member diorang (Abg Lan)... So aku pergi rumah Abg Lan dgn pengasuh n hubbynya... Abg Lan ubatkan Syafi dan bekalkan air utk kami.... Kata Abg Lan, mmg Syafi ader diganggu...

So, balik dari rumah Abg Lan, aku ambil air tu then sapu ke muka, ubun2 dan kepala Syafi dan  bagi dia minum sket.... Aku pun minum sket dan sapu di breast... lepas tu aku bawa Syafi masuk bilik dan nyusukan dia... Alhamdulillah!!!! Dengan Izin Allah... Syafi menyusu seperti biasa!!! ... Gembiranya rasa hati aku sampai mengalir air mata kerana Syafi dah kembali seperti sedia kala... Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah...

Ni la buah hati mama....

Gambar ketika berusia 3 hari

Selasa, 23 Ogos 2011

~ Persiapan Ilmu BF ~

Salam...

Kali ni aku nak citer sikit-sikit mengenai persiapan ilmu BF.  Untuk BF dengan berjaya, InsyaAllah, memerlukan ilmu yang bukan sedikit... Malah sehingga sekarang, setelah Full BF Syafi selama 15 bulan, aku masih lagi menimba ilmu, memperbaiki mana-mana yang mungkin silap...

Menimba ilmu BF ini aku buat sejak aku tau aku pregnant lagi... Sejak tu aku mula mencari info di blog2 seperti di Entry Ini. Bukan sedikit ilmu yang perlu diketahui.... Yang paling penting, konsep penyusuan itu sendiri... kalo dari situ pun dah tak tau, susah la untuk meneruskan perjuangan penyusuan itu sendiri...

Antara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu yang ingin BF anak adalah:

~ Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
~ Faedah Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
~ Fisiologi Penyusuan Bayi Berlaku
~ Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu
~ Teknik Penyusuan Yang Betul
~ Cara Pengendalian Perahan Susu Ibu
~ Cara Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja @ Jika Terpaksa Berpisah Dengan Bayi
~ Masalah-Masalah Penyusuan Susu Ibu Dan Cara Pengendaliannya
~ Pemakanan Ibu Sihat Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi
~ Peranan Suami Dan Keluarga Dalam Menyokong Susu Ibu


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU (SI) SECARA EKSKLUSIF

Mengapa Penting Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif & Mengapa Jangan Campur SI Dengan Air Masak/Kosong/Susu Formula(FM)?

* Penyusuan Secara Eksklusif adalah bayi yang diberikan SI sahaja tanpa makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
* Bahan pelindung penyakit yang terkandung dalam SI bertindak dengan menyalut usus bayi.  Air masak/kosong/FM akan menghakis saluran tersebut.  Bayi tidak akan mendapat perlindungan.
* Bayi juga terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan FM
* Bagi akan kurang kerap menyusu & menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu.  Bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan-bahan pelindung penyakit dari SI.

Kepentingan Penyusuan Menurut Islam:

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

* Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu jika ia mampu.

Kepentingan Kandungan SI

Sumber : di sini

Sumber : Mercola.com

* Zat dan Vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi
* Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan
* Melindungi bayi dari penyakit
* Zat berubah mengikut keperluan bayi
* Kandungannya berbeza antara individu, waktu, peringkat kandungan, semasa penyusuan dan payudara:
          ~ Susu pramasa berbeza dengan susu 'cukup bulan', kurang Laktosa, lebih
             Protein, Laktoferin, IgA dalam kolostrum (membantu mencegah alahan
             dan jangkitan), lebih sesuai dengan keperluan bayi pramasa.
* Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung dari penyakit
* Mengandungi faktor tumbesaran
* Tiada pencemaran
* Mengandungi enzim

Kepentingan Ibu Dan Anak Bersama Setiap Masa (Rooming-In)

*Membolehkan ibu menyusukan anak pada bila-bila masa siang/malam dan memudahkan ibu membangunkan bayi sekiranya bayi tidur terlalu lama.
* Merangsang pengaliran dan pengeluaran SI.
* Membolehkan bayi mendapat cukup SI.
* Mengurangkan jangkitan.
* Mengeratkan lagi kasih sayang diantara ibu dan bayi.

Setakat ini dahulu... aku akan sambung di lain entry untuk point-point berikutnya...

p/s : Info di atas (tidak termasuk gambar) adalah berdasarkan Buku Penyusuan Susu Ibu, Unit Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WPKL.

Selasa, 16 Ogos 2011

~ My Birthday ~

Salam...

15 Ogos 1984, hari Rabu jam 6.40 pagi aku selamat dilahirkan.... Dan semalam 15 Ogos 2011, genap usia aku 27 tahun.... 3 tahun lagi angka depan akan berubah kepada 3!!! Oh no!!! I'm getting old... hahahah... semua orang akan tempuhi saat yang sama... so terima ajer lah kan... kalo usia kita tu tak berganjak setiap tahun, kita pun takkan tempuh pengalaman2 baru dan tidak dapat merasai semua kenangan2 itu... so ader baiknya juga usia kita berubah dari tahun ke tahun...

Di usia 27 tahun ni, alhamdulillah.... aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia oleh Allah untuk bersama insan-insan tersayang disekelilingku.... Aku kini telah memiliki sebuah keluarga kecil sendiri bersama suami dan juga kurniaan terindah dua orang putera kesayanganku Syahmi dan Syafi... Syukur Ya Allah, Kau masih lagi memberi kesempatan kepadaku untuk melihat anak-anakku membesar... Masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada kedua orang tuaku.... Masih dapat meneruskan perjuangan menyusukan anakku dengan Susu Ibu sepenuhnya....Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah...

Aku takderlah buat apa2 celebration pun... cuma masa balik kampung hari tu, mak ader minta kakak ipar aku buatkan kek untuk aku dan adik bongsuku Alia.... Kitorang share birth date... lain tahun jer... heheh... dia sambut yang ke 18 tahun... Tapi hadiah dari hubby mestila ader kan... hehehe... Hubby bagi hadiah ni...


Sumber : Yahoo

Kebetulan hp aku rosak... aku mmg tak beli lagi... masih survey lagi... yang penting mesti ader kamera depan... senang nak video call dengan mak abah kat kampung... boleh atuk nenek tgk cucunya kat sini kan... lg pun video call aku dengan mak free jer... heheh... So, Thank You So Much Abg.... Love U So Much... heheh...


pssst : Terngiang2 lagu CH618 tu... It's today my special day.... I'm so happy....happy...happy.... today.... heheh..

Selasa, 12 Julai 2011

~ My Breast Pump ~

Dear all....

This time aku nak cerita tentang Breast Pump (BP) pilihanku...

Since mengandungkan Syafi, aku mula search tentang BP... merata2 website, kedai2... aku survey... tak lupa juga testimoni2 orang yang dah guna pelbagai jenama BP ni... Aku minat dan mengimpikan untuk memiliki Medela Freestyle (FS)... lebih-lebih lagi hands free.... sambil drive pun leh ngepam tau... huhuhu.... tapi harganya hanya mampu buat aku tersenyum kelat... :-( ... 

Medela Freestyle (FS)
Gambar dari Google

Aku mahukan BP yang mempunyai ciri2 berikut.... hehehe...

~ Double Pumping (jimat masa apatah lagi di pejabat)
~ Boleh Guna Elektrik & Bateri (senang kalau takder elektrik, leh guna bateri jer)
~ Ringan (mudah nak usung ke hulu ke hilir, takder la penat sgt..)
~ Mampu Milik (dlm range budget lah.. hehe)
~ Suction Yang Baik (tak sakit)....

Itu adalah antara ciri2 BP yang aku nak... So FS dah terkeluar dari list sebab di luar budget... Huhuhu, sedih...

So setelah puas survey selama berbulan2 (heheh, lama tu...), tanya pendapat kawan2 tentang BP2 yang terpilih....  akhirnya, tatkala masuk usia kandungan 7 bulan aku pun telah membuat keputusan untuk membeli BP ini.... :-)

Ameda Lactaline Personal Breastpump
Gambar dari Google
Hak Milikku Bersama Hasilnya Di Pejabat Ketika Syafi Berusia 4 Bulan
Aku beli BP ni dari enjoybreastfeed .... urusan jual beli hanya di hujung jari... hahaha... hari ni aku order dan buat payment, esoknya BP dah berada dalam tangan aku.... Sangat pantas keje diorang ni... dan aku juga suka berurusan dengan diorang....

Reason kenapa aku beli dengan kedai ni???.... Sebab ketika aku nak beli tu (diulangi, ketika itu yer...) kedai ni yang paling murah sekali... RM599.00 (harga pam shj + 2pcs botol Ameda).... at that time, every single cents count ok... heheh.... yer la, bukan setakat tu jer aku nak beli kan... aku beli sekali Set Cooler Bag (Stylo Mama Cooler Bag + Ice Pack + 8pcs botol Stylo Mama), 10pcs Bumble Bee Storage Bottle dan Buku Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya.... Total pembelian ketika itu adalah RM751.51..... Postage adalah FREE cos beli lebih dari RM300... So mmg banyak nak kena beli.... lom lagi persiapan sikit2 utk Syafi kan... walaupun barang2 Syahmi masih boleh digunakan, tp belikan juga la sikit2 benda baru i.e. baju dsbnya..... yang besar2 mcm Stroller, Carseat, Baby Cot, Bath Tub dll tu guna Syahmi punyer jer....

Setelah kandungan 39 minggu, tiba2 aku terfikir utk beli lagi storage botol dan ice pack... hahaha... so aku order lah lagi 20pcs botol dan 3pcs icepack... oh, aku sgt2 bersyukur aku beli lagi botol2 tu... cos mmg tak cukup... heheh....

Tips:

1. Beli BP ikut kemampuan dan ciri-ciri yang kita perlukan dan testimoni pengguna.
2. Survey harga dari pelbagai sumber i.e. website, kedai dll.
3. Banding harga dari pelbagai sumber i.e. website, kedai dll termasuklah perbandingan antara belian secara pakej atau berasingan. Contohnya mcm aku, aku tak beli pakej kerana aku rasa lebih mahal berbanding kalau beli asing....So aku beli BP shj, tetapi Cooler Bag aku beli Set cos lebih murah.
4. Elok untuk mempunyai 2 Set Cooler Bag (cooler bag + icepack) iaitu 1 utk bawa ke ofis dan 1 lagi utk ke umah Baby Sitter (BS) atau Nursery. Terpulang kepada masing2.

Ok, sampai sini dulu.... Kita sambung next entry....

Isnin, 11 Julai 2011

Kesedaran Dan Keazaman

Kesedaran dan Keazaman aku untuk Full BF anak berlaku secara spontan dan bertambah kuat bila mana aku menjelajah blog2 ibu2 yang menyusukan anak2 mereka... Dari situ aku berazam untuk Full BF anak yang berikutnya... Oleh itu, apabila aku mengandung anak kedua, aku mula menimba ilmu BF dari merata tempat... Kebanyakkannya dari blog2 ibu menyusu, Peer Counselor (PC), buku dsb... Bagi sesiapa yang ingin mencari blog-blog sebagai rujukan penyusuan, di bawah ini aku sertakan serba sedikit...


Ini adalah antara blog2 yang selalu aku jenguk untuk mendapatkan ilmu dan merujuk masalah... tetapi semuanya sebagai silent reader jer... huhuhu...

Selain dari menimba ilmu penyusuan, aku juga mula survey Breast Pump (BP) dari pelbagai website yang menjual secara online, juga dari kedai2 sekitar... Aku bandingkan harga, testimoni pengguna dan sebagainya... Bawah ni pulak antara website yang aku survey2 tu....


Kebanyakkannya aku beli barang2 penyusuan dari website enjoybreastfeed & onebabyworld ..... Servis diorang pun baik dan sangat pantas... Aku beli BP dengan enjoybreastfeed.... dah pernah pergi kedainya di Klang.... Storage botol pulak banyak aku beli kat onebabyworld....

Rabu, 6 Julai 2011

Penyesalanku...

Yer, memang ader perkara yang aku sesalkan hingga kini... Namun apa daya, semua tu tak dapat aku nak perbetulkan semula... yang dah berlalu, terus berlalu.. Aku ambil iktibar untuk adik2 Syahmi seterusnya.. Tapi, penyesalan itu tetap bersarang di hati.... Kadang2 bila pandang Syahmi, sayu hati ni....

Syahmi beberapa jam selepas lahir.
Aku rasa bersalah pada anakku Syahmi, kerana suatu masa dulu, aku tak sempurnakan haknya... Hak anakku untuk MENYUSU sehingga 2 tahun seperti yang disyariatkan... Memang aku menyusukan dia hingga 2 tahun, tp bukan sepenuhnya... Malah seawal usianya belum pun 6 bulan, dah mcm2 yang diberikan padanya... tambahan pula Syahmi mendapat jaundice di awal kelahiran, jadi segala petua yang disampaikan akan dicuba.... bagi minum air masak, air gula kundur, susu kambing... oh kesian anak mama... Mama minta maaf sayang...

Ketika itu, aku masih cetek ilmu... pendedahan BF pun masih tidak meluas... malah hospital pun tanpa rasa bersalah memberi susu formula pd Syahmi ketika dia di NICU akibat jaundice... sedangkan aku nak demam bengkak susu dan kesejukkan air-cond kat luar NICU tu... Aku dah pesan, aku akan tunggu kat luar dan panggil aku bila tiba masa utk menyusukan... tapi nurse tak panggil2 pun, and aku tak sedap hati terus masuk... tgk2 elok jer dia susukan Syahmi dgn susu formula.... alasannyer dia tak tau cos tukar shift... terus mak aku paksa hubby utk mintak wad... diorang berkeras kata takder, ntah apa hubby aku cakap, last2 aku dapat wad... ader je kosong rupanya... so bermalam la aku 2 malam sambil menemani Syahmi di bawah lampu... huhuhuh....

Lepas keluar wad, terus balik kg... tapi jaundice Syahmi lambat sgt nak surut... so mmg mcm2 petua diamalkan.... Arrgghhh... kenangan dan kesilapan lalu...

Setelah masuk keje, aku juga pam susu, tp kerana ilmu yang tiada, jadual pam yang bercelaru, pengurusan EBM byk yang salah... aku menyesal tak belajar dgn Angah tentang BF... Angah ada ckp2 tntg BF tapi aku langsung tak terfikir ketika itu bahawa nak BF anak utk ibu bekerja ini perlu menimba ilmu yang amat banyak sekali... berbeza dgn fulltime housewife ni.... Ketika itu, di ofis tak boleh bukak blog spt skrg... kat rumah pun takder internet... kat ofis pun takder yang seangkatan.. so kurang sgt pendedahan.. Satu2nya yang pernah cerita tntg BF adalah Angah... Akibatnya, seawal 6 bulan aku dah campur susu... siang EBM + FM dan malam direct feeding (DF)... tapi lama-kelamaan susu semakin sikit... dan aku cuma DF waktu malam... kemudian, malam pun terpaksa campur... Akhirnya, genap usianya 2 tahun, aku berhenti menyusukannya....

Itulah penyesalanku hingga kini... Aku redha.... Sekarang ni, aku tebus kekesalan itu dgn Syafi... InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan HAK Syafi utk menyusukannya sehingga 2 tahun.... Cerita Syafi and Our BF Journey akan aku ceritakan di lain entry....

p/s : Pagi tadi, sedang aku berkemas beg anak2... perhatian aku tertarik ke arah iklan penyusuan SUSU IBU di tv... Aku tersenyum kerana kerajaan kini mencuba pelbagai cara untuk menyampaikan maklumat dan menggalakkan ibu2 sekarang untuk menyusukan anak2 mereka dengan SUSU IBU.... Amin.... Semoga semakin ramai ibu2 di luar sana yang menyusukan anak2 mereka dan juga membuka mata orang-orang tua skrg bahawa bayi di bawah 6 bulan TIDAK BOLEH DIBERIKAN APA-APA SELAIN SUSU IBU shj.