Memaparkan catatan dengan label Menderma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menderma. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Januari 2015

~ BEKALAN DARAH KRITIKAL!! : JOM DERMA DARAH ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Akibat dari banjir yang berlaku di negara kita sekitar penghujung bulan Disember 2014, bekalan darah di hospital-hospital terutamanya di sekitar Pantai Timur adalah kritikal.. Oleh yang demikian, Pusat Darah Negara akan mengadakan KEMPEN DERMA DARAH pada hari Sabtu dan Ahad ini.. 


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Di bawah ini saya sertakan kriteria-kriteria untuk penderma..  Bagi yang memenuhi kriteria tersebut, saya sarankan kita derma.. Jika tidak mampu nak derma wang ringgit, sekurang2nya dermakan apa yang Allah pinjamkan ini untuk membantu insan yang memerlukan.. InsyaAllah, Allah ganti dengan darah yang lebih baik.. 


KRITERIA PENDERMA DARAH

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.


10. Untuk penderma wanita:

  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.

11. Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Untuk maklumat-maklumat lain tentang DERMA DARAH ni boleh ke link INFORMASI


      

Khamis, 11 September 2014

~ MEMBELI SAMBIL BERAMAL ~

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, teruja lagi dengan Shaklee.. Best sangat tawaran-tawaran yang Shaklee buat bulan ni.. Dah la ada 2 promo sekaligus iaitu Collagen Powder & Mealshakes.. ni ada 1 lagi tawaran tau...

Anda nak tau apa dia???



Dengan setiap pembelian Mealshakes Promo Beli 3 Percuma 1 ni, 10% hasil jualan akan didermakan.. Banyak tu.. Dah la dapat harga murah.. Dapat lagi menderma.. Kan best tu..

Macam mana kalau beli 1 canister sahaja??

Jangan risau, anda tetap juga sebahagian dari penderma.. Sebab saya yang akan beli Promo tu.. So, walau anda beli 1 canister pun, anda tetap menyumbang..

So apa tunggu lagi?? Jangan lambat2.. Kalau ikut pengalaman sebelum ni, belum sempat habis bulan lagi dah sold out kat Shaklee tau.. Tu Promosi Buy 6 Free 1... Yang ni Buy 3 Free 1 lagilah hebat kan.. 

Sekarang ni musim anak menjalani peperiksaan kan.. elok sangat la bagi mereka Mealshakes ni setiap pagi.. Selain menjaga kesihatan, dapat juga bagi tenaga untuk mereka menjawab periksa dengan tenang..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**