Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESP. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mac 2017

IBU HAMIL MESTI BACA!

TAHUKAH ANDA??
===============

Wanita perlukan nutrisi tambahan sejak sebelum kehamilan kerana ia berkaitan dengan kesuburan.

Semasa hamil, wanita memerlukan :

🌹 300 kalori tambahan berbanding wanita biasa. 
🌹 Protein berkualiti tinggi sekurang-kurangnya 60g setiap hari. 
🌹 Zat besi.
🌹 Asid Folic sekurang-kurangnya 400mcg setiap hari. 
🌹 Kalsium dan Vitamin D sekurang-kurangnya 1000mg setiap hari. 
🌹 Minyak ikan tinggi kualiti 200-300mg setiap hari.


Oleh itu, produk Shaklee yang saya cadangkan bagi memenuhi keperluan di atas adalah :

1. ESP (Soy Protein) - Sumber protein yang lengkap dengan 9 jenis Asid Amino perlu.

No automatic alt text available.

2. Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk Zat Besi yang sangat penting untuk ibu hamil.

No automatic alt text available. 

3. B-Complex - Vitamin yang lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B seperti Thiamine (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Phantothenic Acid (B5), Pyrodoxine (B6), Biotin (B7), Folate (Acid Folic B9), Cobalamin (B12).  Sebab itu ia dipanggil B-Complex.

Image may contain: text

4. Ostematrix - Kalsium/Magnesium yang istimewa kerana dilengkapi Vitamin D untuk penyerapan maksimum. 1 tablet bersamaan 250mg Kalsium. 4 biji sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan Kalsium oleh tubuh badan kita.

Image may contain: text  

5. Omega Guard - Minyak ikan laut dalam yang tulen dan mengandungi Asid Lemak Omega-3 Pharmaceutical Grade serta bebas merkuri.

No automatic alt text available.

Bakal-bakal ibu jangan ambil remeh keperluan nutrisi ini ya. Selain untuk badan kita sendiri, nutrisi ini juga penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

====================================================

Nak maklumat lanjut untuk setiap vitamindan testimoni?? Klik link di bawah :


====================================================

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 21 Februari 2017

~ ANDA ADA GASTRIK?? JOM BACA!! ~

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak cerita pasal GASTRIK.. Sape ada Gastrik?? Setakat ni, saya takde Gastrik, Alhamdulillah.. Mak saya ada.. Tapi Alhamdulillah.. Sekarang dah jarang sangat kena.. Saya bagi Vitamin Shaklee je.. Apa Vitamin tu?? Haa.. Nanti saya cerita.. Tapi sebelum tu apa kata kita baca sikit Apa Itu Gastrik?? Jom baca di bawah ni..


GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.


Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit. (pmr.penerangan.gov.my/)


Ok, dah baca info kat atas tu kan?? So ni saya nak share pulak tentang mak saya.. Mak saya ni memang ada gastrik.. tak boleh lambat makan.. tak boleh sebarangan makan.. makanan2 yang berangin tu kalau boleh elakkan.. kat rumah memang ada standby ubat klinik.. Kalau puasa, waktu sahur memang kena makan ubat.. 

Tapi sejak saya join Shaklee, saya bekalkan mak ESP.. Minum awal pagi.. Sejak dari tu dia dah jarangggg sangat2 kena gastrik ni.. kalau lambat sikit sarapan pun tak jadi masalah.. Asalkan dah minum ESP dulu.. So, lepas minum ESP boleh la dia berkebun dulu barulah dia sarapan.. Takdelah sakit perut lagi.. Puasa pun Alhamdulillah.. 


Seronok kan dapat bantu orang tua kita jadi lebih sihat?? Kalau anda ada masalah yang sama, boleh la cuba ESP ni.. Semoga anda juga dapat hasil seperti mak saya.. InsyaAllah.. :-)



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,


Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 30 Mac 2016

~ VITAMIN TAMBAHAN SEMASA HAMIL ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak cerita tentang Vitamin Tambahan Semasa Hamil..

Memakan pelbagai makanan yang sihat semasa hamil akan membantu anda untuk mendapatkan kebanyakan vitamin dan mineral yang anda perlukan.  Terdapat beberapa vitamin dan mineral yang sangat penting.

Memang adalah lebih baik untuk mendapatkan vitamin dan mineral daripada makanan yang anda makan, tetapi apabila anda hamil anda perlu mengambil makanan tambahan juga untuk memastikan anda mendapat semua yang anda perlukan . Adalah disyorkan anda mengambil :
  • 10 mikrogram vitamin D setiap hari sepanjang kehamilan / menyusukan
  • 400 mikrogram asid folik setiap hari - anda perlu ambil daripada sebelum anda hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan

Asid Folik Sebelum dan Semasa Mengandung

Asid folik adalah penting untuk kehamilan kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran dikenali sebagai kecacatan tiub neural seperti spina bifida.  Anda perlu mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari semasa anda cuba untuk hamil dan sepanjang kehamilan anda.  Jika anda tidak mengambil asid folik sebelum anda hamil, anda perlu bermula sebaik sahaja anda mengetahui bahawa anda hamil.


Anda juga perlu makan makanan yang mengandungi folat (bentuk semula jadi asid folik), seperti sayur-sayuran berdaun hijau dan beras perang. Sesetengah bijirin sarapan pagi, roti dan marjerin mempunyai asid folik yang ditambah kepadanya.


Dos asid folik yang lebih tinggi

Sesetengah wanita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kehamilan dipengaruhi oleh kecacatan tiub neural, dan dinasihatkan mengambil dos yang lebih tinggi daripada 5 miligram (5mg) asid folik setiap hari sehingga mereka hamil 12 minggu. Wanita mempunyai risiko yang tinggi jika mereka:

  • atau pasangan mereka mempunyai kecacatan tiub neural
  • mempunyai kehamilan sebelumnya terjejas oleh kecacatan tiub neural
  • atau pasangan mereka mempunyai sejarah keluarga kecacatan tiub neural
  • mempunyai diabetes

Di samping itu, wanita yang mengambil ubat anti-epileptik harus berunding dengan doktor mereka untuk mendapatkan nasihat,  kerana mereka juga mungkin perlu mengambil dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika mana-mana faktor di atas ada pada anda, beritahu doktor anda supaya mereka boleh menetapkan dos asid folik yang lebih tinggi untuk anda. Doktor anda juga boleh mencadangkan ujian saringan tambahan semasa kehamilan anda.

Vitamin D

Vitamin D mengawal jumlah kalsium dan fosfat dalam badan, ini diperlukan untuk mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.  Anda perlu mengambil vitamin D semasa hamil untuk memberikan bayi anda  vitamin D yang cukup untuk beberapa bulan pertama hayatnya.  Anda perlu mengambil makanan tambahan 10 mikrogram vitamin D setiap hari apabila anda hamil dan jika anda menyusukan bayi.

Pada kanak-kanak, kekurangan vitamin D boleh menyebabkan tulang mereka lembut dan boleh membawa kepada penyakit riket (penyakit yang menjejaskan perkembangan tulang pada kanak-kanak).


Vitamin D boleh didapati secara semula jadi dalam ikan berminyak (seperti salmon, ikan kembung dan sardin), telur dan daging.  Sesetengah pengeluar menambah kepada beberapa bijirin sarapan, produk soya, sesetengah produk tenusu, susu tepung, dan marjerin.

Sumber terbaik vitamin D adalah sinaran cahaya matahari pada kulit anda.  Jumlah masa yang anda perlukan di bawah matahari untuk membuat cukup vitamin D adalah berbeza untuk setiap orang, dan bergantung kepada perkara-perkara seperti jenis kulit, masa hari dan masa tahun.  Jika anda mempunyai kulit gelap atau sentiasa melindungi kulit anda, anda mungkin berisiko kekurangan vitamin D.

Zat Besi


Jika anda kekurangan zat besi, anda mungkin akan menjadi sangat letih dan mungkin mengalami anemia.  Daging tanpa lemak, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering dan kacang mengandungi zat besi. Jika anda lebih suka makan kacang atau makanan yang mengandungi kacang tanah (seperti mentega kacang) semasa mengandung, anda boleh berbuat demikian sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang sihat melainkan jika anda alah kepada mereka atau doktor anda menasihatkan anda untuk tidak berbuat demikian. Banyak bijirin sarapan mempunyai zat besi yang ditambah. Jika tahap zat besi dalam darah anda rendah, doktor anda akan menasihati anda untuk mengambil makanan tambahan zat besi.


Vitamin C

Vitamin C melindungi sel-sel dan membantu menjaga mereka supaya sihat.  Diet yang seimbang yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk brokoli, buah-buahan sitrus, tomato, dan blackcurrants, boleh memberikan semua vitamin C yang anda perlukan.


Kalsium

Kalsium adalah penting untuk membuat tulang dan gigi bayi anda.  Produk tenusu dan ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti sardin kaya dengan kalsium.   Bijirin sarapan, buah-buahan kering seperti buah ara dan aprikot, roti, badam, tauhu (diperbuat daripada kacang soya) dan sayur-sayuran hijau berdaun seperti selada air, brokoliadalah  sumber kalsium yang baik.



Vitamin Shaklee yang saya cadangkan semasa hamil adalah :

TRIMESTER PERTAMA



TRIMESTER KEDUA DAN KETIGA


ADD ON



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 22 Mac 2016

~ SAHUR DENGAN ESP, BADAN KEKAL BERTENAGA!! ~

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sempena promo ESP ni, saya nak share testimoni pelanggan yang ambil ESP ketika bulan puasa.. Haaa.. puasa kan tak lama dah ni.. Tak sampai 3 bulan pun lagi tau.. Dah habis ganti?? hihihi..







Saya sendiri amalkan setiap kali bersahur.. Alhamdulillah.. Berpuasa ketika hamil dan menyusu pun takde masalah.. InsyaAllah ESP banyak membantu.. Nak best lagi, campur dengan MealShakes dan Performance.. kita panggil Mighty 3 Gem.. heheh..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 21 Mac 2016

~ RISIKO KEKURANGAN PROTEIN ~

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali ni saya nak share tentang risiko kekurangan protein.. Jom baca..



Risiko Kekurangan Protein

• Kurang darah atau kurang oksigen dalam darah
• Penyakit buah pinggang
• Penyakit hati
• Kolesterol tinggi
• Tekanan darah rendah
• Kandungan gula darah rendah
• Fungsi saraf tak stabil
• Ulser perut + usus
• Luka ambat sembuh
• Pengaliran darah yang tidak lancar
• Penglihatan kurang baik
• Badan menggeletar
• Letih lesu
• Lemah
• Tinggi kandungan air dalam tisu badan
• Terancat akal
• Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan


Produk Shaklee yang lengkap 9 asid amino perlu untuk tubuh badan kita ialah ESP.. Perlu ingat ya, badan kita tak hasilkan 9 jenis asid amino ni tau.. Ia perlu diambil dari makanan.. So ESP salah satu sumber protein yang terbaik untuk anda..

Sempena promosi ESP bulan ni kan, elok sangatlah kalau anda grab 2-3 botol kan.. Kalau ambil 1 set lagi super jimatttt.. Sehingga RM395 penjimatan tau.. 


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

~ BELI 1 PERCUMA 4!!! ~

Hah?? Biar betul ni... Takkan Beli 1 PERCUMA 4 kan??

Heheh... Jangan tak percaya tau!! Kalau anda beli 1 Set ESP Promo, anda dapat PERCUMA 4 perkara.. Apa dia???


1. BELI DENGAN HARGA AHLI !!! (Wow.. mcm mana tu?? Sila lihat No. 2)

2. PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (Worth RM69 !!!)

3. PERCUMA 1 CANISTER ESP (Worth RM150 !!!)

4. PERCUMA BONUS (Cash Back bulan April 2016)




Jumlah penjimatan???
RM395++... Berbaloi tak???


So apa lagi???

Ambil peluang untuk dapatkan sementara Promo ni.. Kalau tak promo pun mesti order, apatah lagi time Promo kan???

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 


Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 16 September 2015

~ 10 SEBAB RAMAI SUKA ESP!! ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Bulan ni ada promosi ESP tau.. Maaf lambat update kat sini.. Tapi saya pasti ramai yang dah tau kan?? Maklumlah.. Peminat ESP ni kan ramaiiii.. Hihihi..


1. NAK HAMIL ambil untuk sihat..
2. HAMIL ambil untuk membantu tumbesaran bayi sebab ESP ni sumber protein terbaik..
3. BERPANTANG ambil untuk tenaga extra..
4. MENYUSU ambil untuk tenaga dan juga boleh jadi Milk Booster tau!!
5. NAK KULIT CANTIK ambil bagi tona kulit sekata..
6. PARUT ambil bagi pudarkan kesan sebab ESP ni BAIKI SEL2 rosak dan memBINA SEL2 BARU yang lebih sihat..
7. TAMBAH BERAT ambil sebagai minuman sampingan..
8. DIET ambil sebab ESP bg kesan KENYANG lebib lama.. So kurang la nak makan je..
9. GASTRIK ambil supaya perut tidak kosong jika lambat makan.. Orang gastrik tak boleh biarkan perut kosong yer..
10. TENAGA sebab protein diproses secara perlahan berbanding karbohidrat.. Jadi pengambilan ESP dapat mengekalkan tenaga lebih lama..

Ok, tu baru antara 10 sebab yang saya senaraikan.. Ada banyak lagi sebenarnya hasil dari testimoni2 customer sendiri.. 

So dah tau tu kan, apa lagi.. Meh la order dengan saya.. Saya jamin harga bulan ni memang meletop2 u all.. Siap ada special gift nak bagi ni.. Apa dia?? Haaa.. kena la contact saya..

Psssttt.. baru jer minggu lepas customer ambil 4 canister terus.. taknak lepaskan peluang harga promo katanya.. Anda bagaimana??

Syuhada Wahi
Call/Wassup/SMS 019-7062362

Rabu, 19 Ogos 2015

~ TESTIMONI ESP YANG OHSEM!! ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama betul tak update blog ni.. Mintak maaf banyak2 pada pembaca yang sudi singgah blog saya tapi agak bersawang.. Agak busy jaga negara (chewahhh).. Hahahah..

Ok lah, just quick update.. Nak share Testimoni ESP ni.. Ada beribu2 testimoni sebenarnya.. Sebab apa?? Sebab ramai sangat yang sukakan ESP ni.. Banyak manfaat kesihatan yang diperolehi hasil ambil ESP.. Alhamdulillah..

Ok, enjoy baca testimoni ni ya.. 




Dah teruja?? Jangan tunggu2 lagi.. Ambil fon tu contact saya yer.. Hihihi..

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 10 Julai 2015

~ DAPATKAN KULIT CANTIK DENGAN ESP ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

ESP ni kan memang salah satu Vitamin HOT yang ramaaaiiii customer ambil.. Bukan sebab trend tau.. Tapi sebab keberkesanannya.. Malah kalau nak cari testimoni tentang ESP ni, memang hujung jari je.. beribu2 testimoni ada.. 

ESP ni bantu pelbagai masalah.. Sebab tu ia jadi pilihan ramai.. Sebab ia bukan untuk 1 fungsi tertentu je.. Sebab apa?? Sebab ESP ni Protein.. MAKANAN SEL kita.. Maknanya, bila kita bagi makanan terbaik untuk sel kita, sudah tentu la keseluruhan badan kita mendapat khasiat dan manfaatnya..

Okey, hari ni nak share 2 testimoni  ESP yang berkaitan dengan kulit..





Haaaa... Dah baca?? teruja tak??.. Tak perlu risau apa2 bad effect tau.. Sebab ESP ni makanan tambahan.. MAKANAN tau.. bukan ubat-ubatan.. So BEBAS KIMIA.. Tak perlu dah nak amik bahan kimia untuk dapat kulit cantik dan pudarkan parut2 ni..

Nak harga SPECIAL kena contact saya yer.. Memang special.. Dan dengan pembelian MINIMA RM100 (Mei hingga Julai 2015) dari saya juga layak untuk menyertai CABUTAN BERTUAH.. Hadiah Cash menanti anda.. Oh yer, pembelian sebelum raya juga akan dapat SAMPUL RAYA PERCUMA.. Apa tunggu lagi??

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 28 Mei 2015

~ TESTIMONI ESP BANTU MENINGKATKAN TENAGA ~

ESP ni umum tau adalah minuman protein dengan sumber soya.. Yang menariknya ESP menggunakan soya Non-GMO tau.. Hasil terbaik dan semulajadi.. Bukan soya 'mutan' tau... Hihihih.. Almaklumlah, kat pasaran sekarang ni banyak sangat makanan 'mutan' ni.. Mana tak penyakit pun berleluasa..

Ok, oleh kerana ESP ni protein, maka ia dapat membantu individu yang mengambilnya untuk kekal bertenaga.. sebab apa?? sebab protein ni dihadam secara perlahan2.. So kita rasa kenyang lama.. dan selain itu, kita ada sumber tenaga juga untuk tempoh yang lama..

Jom layan testimoni.. 








Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 15 April 2015

~ ORANG LELAKI TAK BOLEH MINUM SOYA?? ~

Banyak kali juga saya dengar perkara ni.. Terutama sekali yang mempengaruhi tahap kesuburan lelaki.. Jom baca sedikit penerangan yang saya ambil dari web https://drzubaidi.wordpress.com

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Soya dan hormone Estrogen.

Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones.

Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.

Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?

Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya.Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.

Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.

Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimana isu ini bermula?

Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.

Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.

Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.

Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.

Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyak peserta ini adalah org Eropah  Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.

Di manakah kelemahan kajian ini?

Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati  42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55%  lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah.

Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.

Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilangan sperma yang kurang.

Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah ;

  • Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta erjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.
  • Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat (rekod) setiap kali mengambil soya. 
  • Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan (overweight), sedang para saintist mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.

So takde salahnya lelaki nak ambil soya ni.. Yang penting, apa2 yang kita makan biarlah berpada-pada.. Jangan berlebihan.. Apa2 pun yang diambil berlebihan kan memudaratkan.. Ye tak??

Ni saya nak share salah seorang LELAKI yang ambil ESP.. Ok je.. Malah ada ramai lagi lelaki-lelaki kat luar sana yang ambil ESP tau.. Hihihi..




Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**