Memaparkan catatan dengan label Syahmi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syahmi. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2016

~ BEKAL ANAK-ANAK SAYA ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya saje nak share bekal anak2 yang saya buat sebelum ni.. Alkisahnya, masa hari pertama persekolahan hari tu, saya tanya Syahmi, apa yang dia makan waktu rehat.. Dia kata tak sempat makan sebab tak sempat nak beli makanan.. Alahai.. kesian pulak saya dengar.. Jadi hari kedua dan seterusnya saya buatkan bekal..

 

 

 

 

 

 

 

   

  

 

Dah buatkan abang bekal, adik pun nak jugak.. So Syafi pun bawak juga bekal walaupun sekolah dia ada sediakan makanan.. takpelah.. dia nak juga makan air tangan mama.. hihihi.. 


Isnin, 28 Mac 2016

~ BAGAIMANA SAYA URUSKAN DUIT SIMPANAN ANAK2 ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Saje nak share dengan anda semua..... Nak tau gak macam mana anda uruskan duit anak-anak (maksudnya duit2 yang orang beri pada mereka).... Simpan ke? Guna untuk mereka ke? Guna untuk anda ke? hehehe... atau bagaimana?....

Bagi saya, sejak anak sulung saya iaitu Syahmi lahir lagi saya dah fikir macam mana nak buat dengan duit mereka... Prinsip saya, saya takkan gunakan duit mereka walau sesen pun... So kalau mereka dapat duit orang bagi hatta singgit pun saya simpan juga... siap ader rekod siapa yang bagi dan jumlahnya... hihihi... rekod ni penting untuk saya keep track jumlah semasa supaya senang untuk saya simpan....

Bagi anak-anak saya, sejak berumur 2 bulan ke atas (kadang2 terlajak juga ikut kesempatan diri.. hehehe) saya akan bukakan mereka 2 akaun... iaitu SSPN dan Tabung Haji.... kenapa 2 akaun ni???


SSPN ni persiapan utk pelajaran akan datang mereka... since PTPTN mewajibkan peminjam mesti ada akaun SSPN, so saya buatlah awal2... ader orang kata, kenapa nak mengajar anak berhutang (PTPTN)... jawapan saya, saya bukan nak ajar mereka, tp ini lebih kepada persiapan masa depan... yerla, kita mmg mengharap anak kita akan cemerlang di dlm pelajaran dan boleh dapat biasiswa, tp kena fikir juga jika mereka tak berapa bernasib baik untuk dapat biasiswa, so bolehla guna kemudahan PTPTN ni.... lagi pun deposit bulanan minimum RM20... so sebagai ibu bapa, kita punya kelebihan dan lebih fleksibel untuk menentukan jumlah peruntukan simpanan bulanan bagi setiap anak... sudah pasti, kami juga perlu ada simpanan sendiri....


Tabung Haji pula, kebanyakkan duit yang mereka dapat saya akan masuk ke akaun ini... Antaranya duit raya yang kami bagi setiap tahun yang dapat dari saudara mara, duit atuk nenek bagi atau dari mana2 jua yg mereka dapat, saya akan masukkan dalam akaun ini.  Saya pilih TH sebab saya yakin dengan TH ni.. Lagi pun TH dah siap2 potong Zakat, so tak perlu fikir2 or susah2 nak bayar zakat macam kalau kita simpan kat tempat lain kan... lagi pun senang nak simpan... saya guna transfer online jer... sama mcm SSPN tu... so tak perlu nak pergi kaunter... pergi setahun sekali jer utk update buku... jimat masa di situ...

Simpanan saya pula ada di KPF dan TH dan juga di aset2 saya dan suami... jom share anda pula bagaimana..

Kalau nak belikan apa2 untuk anak2, kami guna duit sendiri.. Duit mereka biarlah simpan untuk mereka.. Saya anggap kami pemegang amanah sahaja kepada duit2 mereka ni.. Sampai satu masa nanti, saya akan serahkan kembali duit itu kepada mereka.. Bila masanya tu, hanya kami je yang tau..

Isnin, 19 Januari 2015

~ 1ST DAY SEKOLAH SYAHMI DAN SYAFI ~

Assalam dan Selamat Petang..

Hari isnin lepas 1st day sekolah kan.. Mula la rutin harian nak hantar dan jemput anak2 dari 3 tempat berlainan.. Fuhh.. berpeluh jugak ni.. hihihi.. 

Abang Syahmi dah masuk darjah tiga.. So takde masalah dah.. Cuma Abang Syafi ni 1st time la tadika.. last year masuk jugak tadika.. tapi sekejap.. 3 jam sehari je..

Mama risau juga sebab Syafi ni macam pendiam, tapi dia cepat sentap.. kuat merajuk sikit.. kena lembut2 sikit dengan dia.. Masa hantar tu berdebar jugak kot dia taknak masuk ke, nangis ke kan.. Tapi Alhamdulillah mudah sangat.. Sampai je sekolah, terus masuk..

Tengah hari, sebelum ambil abang dari sekolah singgah tadika Syafi sekejap.. Jumpa cikgu.. Tanya Syafi ok tak.. Cikgu kata ok.. tengah tidur.. Ok, mama lega.. 

Petang ambil dia, tanya dia macam2.. So far dia kata dia suka.. So mama senang hati.. Dah seminggu pun sekolah.. so far ok.. Harap2 berterusan..


Syafi ni kalau nak suruh bergambar memang payah sikit.. susah nak senyum, susah nak beri kerjasama.. Walau muka macam muncung, masam tapi dia tak buat hal.. elok je masuk dalam kelas.. hihihi

Isnin, 15 Disember 2014

~ HAPPY 8TH BIRTHDAY ABG SYAHMI!! ~

Assalam..

Alhamdulillah.. Hari ni Abang Syahmi dah 8 tahun.. Dah besar.. Tahun depan dah nak masuk Darjah 3.. Nak cerita sikit la tentang kelahiran Syahmi ni..


Sejak kahwin saya dan suami tinggal berjauhan.. Saya di Putrajaya dan suami di Lumut.. Suami balik 2 minggu sekali.. adakalanya sampai 1-2 bulan sekali bergantung kepada tugas pelayaran kerana ketika itu, suami bertugas di dalam kapal..

So sepanjang kehamilan saya hadapi sendiri.. Pergi check up, pergi beli barang, pergi keje, pergi sana sini semua sendiri.. Masa tu saya kerap kena cramp or kejang dari pinggang ke kaki.. Sakitnya hanya yang pernah alami je tau.. Memang tak boleh bergerak.. Sedih.. Sebab sorang-sorang.. (Masa tu tak kenal Shaklee lagi.. hihihi)

Pagi 15 Disember 2006, saya sedar jam 4.30am.. Tersedar sebab sakit perut.. Pergi toilet.. Tak nak pun membuang.. Lepas tu keluar bilik air.. Nak sambung tido tapi tak boleh sebab sakit datang lagi.. Pergi toilet lagi.. Tapi masih taknak membuang.. Cuma perasan ada tanda coklat2.. Terfikir juga.. Takkanlah tanda kot.. baru 37 minggu..

Sakit perut berulang2.. Memang tak boleh tidur dah.. Call hospital, mereka suruh datang.. So saya call kawan baik saya Watie minta dia temankan ke Hospital.. Saya mandi dan bersiap2 macam nak pergi keje tu.. Kemudian drive kereta ke Putrajaya ambil Watie.. Masa tu lebih kurang jam 6.00 pagi..

Jam 6.20 sampai rumah Watie dan terus ke Hospital Putrajaya.. Nak dijadikan cerita, saya tak tau mana Wad Bersalin.. Sebab belum survey.. Ingat nak survey minggu tu lah lepas hubby balik.. So saya park kereta di parking awam dan berjalan ke Kecemasan untuk tanya Wad Bersalin.. Nak ke Wad Bersalin tu kena naik tangga.. Hahah.. gagahlah naik dengan contraction tu..

Sampai Wad Bersalin jam 7.00 pagi.. Ketika tu hubby telefon.. Dia tanya dah nak bersalin ke?? Saya kata taklah.. Nak check jer.. Sebab masa tu saya sendiri tak tau lagi bersalin ke tak.. Hubby kebetulan pagi tu ada exam.. So dia masuk exam dia..

Kemudian saya daftar kat Wad Bersalin.. Kemudian check tekanan, check air kencing semua tu.. kemudian dalam jam 8.00 pagi doktor datang check bukaan dah 3cm.. So doktor pecahkan air ketuban.. Yang kelakarnya boleh tanya doktor tu..

Saya : "Saya bersalin hari ni ke doktor?" Hahah.. 
Doktor : "ye lah.. puan bersalin hari ni.. Bagi tau suami puan untuk daftar wad"
Saya : "Suami saya takde.. dia kat Lumut"
Doktor : "Habis tu puan datang dengan sape?"
Saya : "Saya datang dengan kawan"
Doktor : "Ok, nanti saya bagi tau kawan awak"

Watie yang tolong daftarkan wad.. Kemudian saya minta dia kembali ke pejabat dulu.. Kesian dia nak tunggu.. Belum tentu lagi saya bersalin bila.. Doktor pun dah call beritahu suami saya.. Thank you so much Watie..

Contraction semakin kerap.. Kemudian dalam jam 11.20 doktor check bukaan dah full.. Mereka buat persiapan.. Kemudian saya start meneran.. Waktu saya nak teran tu, waktu tu jugalah pinggang saya sakit.. Tak tahan rasa.. tapi kuatkan jugalah nak bagi baby keluar.. tak ingatlah bape kali teran.. tapi sekejap je.. 11.36 pagi lahirlah putera sulung.. Papa tak sempat sampai..  

Nama : MUHAMMAD HAZIQ SYAHMI BIN AZMAN
DOB : 15 DISEMBER 2006, JUMAAT, 11.36 AM
POB : HOSPITAL PUTRAJAYA

Papa sampai jam 1.30pm.. Dah selamat semuanya.. Dah nak pindah wad pun.. Hihihi..

Now dah 8 tahun berlalu.. Abang Syahmi dah besar.. Dah ada 2 adik pun.. Mama harap Abang Syahmi akan jadi seorang abang yang penyayang, menjadi contoh dan tauladan terbaik untuk adik2.. Semoga jadi anak yang Soleh, Beriman dan Bertaqwa kepada Allah, menuruti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNYA.. Menjadi anak yang mendengar kata, Terpuji, Cerdik, Pandai, Mulia, Bijak, Berani sesuai dengan nama yang Mama dan Papa berikan.. InsyaAllah.. Amin..

Mama, Papa, Syafi dan Alisha sayang Abang Syahmi..



Terima kasih Atuk, Nenek, Paklong dan Maklong sebab tolong belikan kek dan KFC.. Nanti Mama dan Papa balik kita celebrate kat Legoland pulak yer..

Happy 2nd Birthday untuk Aqilah juga..

Khamis, 13 November 2014

~ PENCAPAIAN SYAHMI ~

Assalam.. Selamat petang..

Pagi tadi sempat pergi perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah Syahmi.. sebelum cerita result tu, cerita mukaddimah dulu yer.. hihihi..

Masa masuk darjah 1, Syahmi kelas ke-5 dari 5 kelas.. Papanya agak kurang setuju memandangkan Syahmi dah pandai membaca Melayu, English dan simple Math.. Mungkin masa saringan linus untuk menentukan kelas tu Syahmi ni banyak main.. So duduk di kelas ke-5.. Saya tenangkan papanya kata mungkin memang budak2 lain lagi advance..

Keputusan2 Syahmi dari segi ujian ok, kebanyakkan A.. Tapi penilaian menggunakan Band mengelirukan saya.. Saya sendiri tak tau sejauh mana prestasi sebenarnya sampai la akhir tahun..


Sebelum naik sekolah Darjah 2, saya hubungi sekolah untuk mengetahui kelas Syahmi.. Amat terkejut dan terkedu apabila diberitahu yang Syahmi naik ke kelas Pertama!!.. Melompat 4 kelas.. dari kelas Kelima ke kelas Pertama!!

Semasa peperiksaan awal tahun, prestasi Syahmi agak merosot.. Dia dapat tempat 33/34 di dalam kelas dan 82/153 dari darjah 2.. Cikgu kata kalau berterusan mungkin dia akan turun kelas tahun hadapan.. Malah ada cikgu2 lain yang beritahu guru kelas Syahmi bahawa kemungkinan menaikkan Syahmi terus ke kelas pertama adalah terlalu drastik dan takut memberi tekanan pada Syahmi.. Tambahan pula Syahmi dah kurang bimbingan masa belajar kerana Papa takde.. Masa darjah satu Papa yang selalu mengajar dia.. Bila Papa kerja jauh, saya tak banyak masa nak ajar.. dan Syahmi tak boleh belajar sendiri tanpa pengawasan.. Biasalah budak lelaki.. heheh..

Saya mula lebihkan masa untuk mengajar dia lebih dari sebelumnya.. Beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir tahun, saya ubah cara ajar.. Sebab Syahmi senang leka dan bosan kalau buat latihan.. Jadi saya ambil pendekatan untuk memberikan 1 ujian dalam masa sejam setiap malam untuk subjek yang berbeza.. Kemudian saya akan tanda kertas ujian tu.. Jika ada salah saya akan terangkan kepada dia apa jawapan yang betul dan cara nak buat/jawab.. Alhamdulillah.. dia boleh terima cara ini..


Hari ni, saya rasa gembira.. Walaupun Syahmi bukan best student, tetapi pencapaian beliau meningkat dengan banyak sekali.. Waktu guru kelasnya beritahu, dia sendiri teruja.. Dia sendiri percaya Syahmi mampu buat..

Alhamdulillah.. Syahmi dapat tempat 5/34 di dalam kelas dan 11/153 dari darjah 2.. Bagi saya itu cukup buat saya bangga dan puas hati.. 

Nampaknya saya kena teruskan sesi pembelajaran seperti itu untuk Syahmi.. Dan perlu juga cipta beberapa cara baru supaya dia tidak bosan..



Khamis, 6 November 2014

~ BRAINY BUNCH ~

Assalam..

Dah bulan November ni, tapi saya masih lagi survey-survey sekolah tadika untuk Syafi.. Asalnya nak masukkan ke tadika lama Syahmi sebab kami berpuas hati dengan performance Syahmi masa belajar di sana.. Selain itu, tempat tu juga adalah laluan saya untuk pergi kerja dan balik kerja sebelum ambil Alisha di rumah pengasuh.. So senang.. semua satu jalan..


Tapi hubby suruh survey Brainy Bunch ni.. Ok, saya survey la.. Memang ada di Putrajaya.. Tapi di Presint 14.. Lokasi sangat jauh dan memang sah2 saya tak lalu langsung hari2 kecuali COD Vitamin pada customer..


Nak share sikit maklumat yang diambil dari laman web Brainy Bunch...

What is Preschool?

Our preschool uses a holistic approach in shaping our young generation. We aim towards a balanced education that will ensure your child will learn both academic subjects at the same time gain an Islamic outlook on life. English is used solely as medium of instruction including in all the Islamic subjects (Seerah, Hadeeth, Ibadah, Akhlaq and many more). Guided by the Montessori approach, our method inculcates the four pillars of Brainy Bunch which are:
  • Love Allah
  • Love Prophets
  • Love Parents
  • Love Jannah

What will they learn?

Activities such as:
  • Exercises of Practical Life
  • Sensorial Education
  • Language (Phonics)
  • Mathematics
  • Cultural Studies
  • Arts and Craft
  • Storytelling and Conversations
  • Music and Movement
  • Physical Education
  • Islamic studies
  • Brainy Muslim (Do’a, Hafazan, Solat Dhuha and Quranic Reading)
  • Practical Skills *
  • Gymnastic/Martial Arts
  • Mandarin
  • Arabic

Our Preschool Hours are:

Regular AM     8.00am till 12.00pm  (4 hours daily/5 days a week)
Regular PM     12.30pm till 4.30pm  (4 hours daily/5 days a week)
Star                   8.00am till 3.00pm  (7 hours daily/5 days a week)
Full Day           7.30am till 6.30pm  (11 hours daily/5 days a week)

*          For Star and Full day students only


What is Elementary?

Our elementary programme is the very first homegrown Cambridge Elementary Islamic Montessori School in South East Asia. We aim towards a well-rounded education that will ensure your child will learn both academically and at the same time will learn to understand and practice the Quran and Hadeeth as guidance of life. English is used solely as medium of instruction including in all the Islamic subjects.

What will they learn?

Activities such as:
  • Exercises of Practical Life
  • Sensorial Education
  • Language
  • Mathematics
  • Arabic Language
  • Mandarin
  • Cultural Studies (Botany, Geography, Zoology, History)
  • Creative Studies (Arts, Music, Movement, English Literature & Drama)
  • ICT Cambridge (Technology)
  • Physical Education
  • Islamic studies (Tauhid, Seerah, Akhlaq and Fiqh)
  • Brainy Muslim (Do’a, Hafazan, Solat and Quranic Reading)
  • Martial Arts

Our Elementary Hours are:

School Hours          8.00am till 3.00pm  (7 hours daily/5 days a week)
Tahfiz Program      3.00pm till 6.00pm (3 hours daily/5 days a week)

Ni pulak yuran untuk Preschool dan Elementary:

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Maklumat lanjut boleh layari laman web ini http://my.brainybunch.com/


Satu cara yang memudahkan saya kalau nak hantar Syafi ke Brainy Bunch ini adalah dengan mendaftarkan Syahmi ke Elementary sekali.. So sekali je lah kan.. 

TETAPI.............................. melihat kepada yuran tu rasanya belum mampu kami nak hantar.....

Total Yuran untuk Syahmi & Syafi..

Pendaftaran + Tahunan = RM5,620.00
Bulanan = RM1,700

Ohhh... Pengsannnn... Mama kena buat Shaklee ni betul2.. Mesti jadi MASTER COORDINATOR dan boleh hantar Syahmi, Syafi dan Alisha terus ke Brainy Bunch ni.. Ok, kena masuk VISION BOARD..


Selasa, 21 Oktober 2014

~ PERLUKAH HANDPHONE UTK PELAJAR SEKOLAH?? ~

Assalam dan selamat petang..

Saje nak share perbualan dengan anak bujang saya iaitu Syahmi.. Syahmi ni umur 8 tahun, darjah 2.. Saya pernah beritahu dia, mama akan bagi henfon bila abang sambung belajar nanti, iaitu umur 18 tahun.. hihihihi.. Dia tak kata apa.. Lama dah saya cakap mcm tu.. Tapi baru2 ni lain pula... Dia selalu ckp nak henfon... ada beberapa situasi tentang telefon ni..

Situasi 1

Syahmi : Mama kata nak bagi henfon bila abg habis belajar.. tapi umur 18 tahun kan abg belajar lagi.. masa tu kan abg belajar kat universiti.. Mama bagi umur 21 lah.. masa tu abg dah habis belajar..
Mama : Ok..

Situasi 2

Masa ni dia main kat luar, ada kawan2 dia yang ada henfon..

Syahmi : Mama, kenapa mama kata tunggu umur abg 18 tahun baru nak bagi abg henfon? bagi lah sekarang..
Mama : Abg nak buat apa dgn henfon tu??
Syahmi : ...... (diam je)
Mama : ...... (senyum je)

Situasi 3

Masa Kafa sekolahnya tutup, saya tumpangkan dia di rumah pengasuh. Jadi anak pengasuh tu sebaya dia, dah ada henfon.. diorang dah kawan dari baby lagi.. Balik rumah petang tu..

Syahmi : Mama, Ahmad (bukan nama sebenar) tu dah ada henfon.. abg pun nak jugak..
Mama : Abg nak buat apa dgn henfon tu??
Syahmi : ...... (diam lg)
Mama : ...... (senyum je)
Syahmi : Papa kata kan nak bagi hadiah kalau abg dpt A periksa ni.. Ok, kalau abg dpt semua A (11A) abg nak henfon..
Mama : Abg tanya la papa..


Heheh, macam2 ragam.. 

Kadang2 saya perhati budak2 ni guna telefon hanya semata2 untuk main game, tengok facebook, twitter, ambil/share gambar/video yg bukan2.. bukan yang berfaedah pun.. saya pun tak tau mcm mana nak elak dari dedahkan awal sangat henfon kepada anak2..


Anda ada pendapat atau pengalaman nak share??

Selasa, 17 Januari 2012

Bayi & Jaundis - Apa Yang Saya Perlu Tahu???


Sumber : Yahoo images
 Apa Itu Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan.  Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa Yang Menyebabkan Jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa.  Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah.  Ia proses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.  Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna.  Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan.  Keadaan inilah yang menyebabkan Jaundis.

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?

  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi yang kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya
    • Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve)
    • Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis Merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah Tanda-tanda Bayi Dalam Bahaya?

Apabila bayi anda mengalami:
  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibubapa Sekiranya Bayi Mengalami Jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI

Apakah Masalah Jangka Panjang Daripada Jaundis?

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, bayi boleh mengalami:
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum (cerebral palsy)



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengalaman Sendiri : Saya berdarah O +ve

Anak Sulung : Syahmi

Syahmi lahir pada minggu ke-37 dengan berat 2.3kg sahaja.  Ketika nak discharge (Sabtu) dah ada tanda2 Jaundis.  Sepatutnya datang semula check up pada hari Isnin.  Tapi memandangkan tiada sesiapa yang boleh hantar ke klinik, so tunggu husband balik dari Lumut.  Hari Khamis husband sampai terus bawa ke klinik.  Jaundis dah tinggi, so klinik refer ke Hospital.  Di hospital, dijalankan ujian sekali lagi dan confirm warded.  Tinggal 2 malam di NICU menjalani rawatan phototherapy.

Anak Kedua : Syafi

Semasa mengandungkan Syafi, ada terbaca tentang Susu IgC Biodex (Susu Kambing) yang boleh mengelakkan Jaundis, (Selain kerap menyusukan baby).  Saya amalkan minum susu tu dari kandungan berusia 5 bulan.  Ketika itu ambil selang 2-3 hari sekali.  Ketika masuk ke minggu 36, saya mula kerapkan pengambilan kepada 1-2 hari sekali sehingga bersalin.  Selepas bersalin, saya minum sekali sehari.  Alhamdulillah, dengan kekerapan penyusuan dan izin Allah jua , Syafi bebas dari Jaundis.  Namun saya tidak pasti sama ada Susu IgC itu membantu mengelakkan Syafi dari mendapat Jaundis.  Walau apa pun, saya sebagai mama, hanya berusaha yang terbaik untuk anak saya.

Rabu, 6 Julai 2011

Penyesalanku...

Yer, memang ader perkara yang aku sesalkan hingga kini... Namun apa daya, semua tu tak dapat aku nak perbetulkan semula... yang dah berlalu, terus berlalu.. Aku ambil iktibar untuk adik2 Syahmi seterusnya.. Tapi, penyesalan itu tetap bersarang di hati.... Kadang2 bila pandang Syahmi, sayu hati ni....

Syahmi beberapa jam selepas lahir.
Aku rasa bersalah pada anakku Syahmi, kerana suatu masa dulu, aku tak sempurnakan haknya... Hak anakku untuk MENYUSU sehingga 2 tahun seperti yang disyariatkan... Memang aku menyusukan dia hingga 2 tahun, tp bukan sepenuhnya... Malah seawal usianya belum pun 6 bulan, dah mcm2 yang diberikan padanya... tambahan pula Syahmi mendapat jaundice di awal kelahiran, jadi segala petua yang disampaikan akan dicuba.... bagi minum air masak, air gula kundur, susu kambing... oh kesian anak mama... Mama minta maaf sayang...

Ketika itu, aku masih cetek ilmu... pendedahan BF pun masih tidak meluas... malah hospital pun tanpa rasa bersalah memberi susu formula pd Syahmi ketika dia di NICU akibat jaundice... sedangkan aku nak demam bengkak susu dan kesejukkan air-cond kat luar NICU tu... Aku dah pesan, aku akan tunggu kat luar dan panggil aku bila tiba masa utk menyusukan... tapi nurse tak panggil2 pun, and aku tak sedap hati terus masuk... tgk2 elok jer dia susukan Syahmi dgn susu formula.... alasannyer dia tak tau cos tukar shift... terus mak aku paksa hubby utk mintak wad... diorang berkeras kata takder, ntah apa hubby aku cakap, last2 aku dapat wad... ader je kosong rupanya... so bermalam la aku 2 malam sambil menemani Syahmi di bawah lampu... huhuhuh....

Lepas keluar wad, terus balik kg... tapi jaundice Syahmi lambat sgt nak surut... so mmg mcm2 petua diamalkan.... Arrgghhh... kenangan dan kesilapan lalu...

Setelah masuk keje, aku juga pam susu, tp kerana ilmu yang tiada, jadual pam yang bercelaru, pengurusan EBM byk yang salah... aku menyesal tak belajar dgn Angah tentang BF... Angah ada ckp2 tntg BF tapi aku langsung tak terfikir ketika itu bahawa nak BF anak utk ibu bekerja ini perlu menimba ilmu yang amat banyak sekali... berbeza dgn fulltime housewife ni.... Ketika itu, di ofis tak boleh bukak blog spt skrg... kat rumah pun takder internet... kat ofis pun takder yang seangkatan.. so kurang sgt pendedahan.. Satu2nya yang pernah cerita tntg BF adalah Angah... Akibatnya, seawal 6 bulan aku dah campur susu... siang EBM + FM dan malam direct feeding (DF)... tapi lama-kelamaan susu semakin sikit... dan aku cuma DF waktu malam... kemudian, malam pun terpaksa campur... Akhirnya, genap usianya 2 tahun, aku berhenti menyusukannya....

Itulah penyesalanku hingga kini... Aku redha.... Sekarang ni, aku tebus kekesalan itu dgn Syafi... InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan HAK Syafi utk menyusukannya sehingga 2 tahun.... Cerita Syafi and Our BF Journey akan aku ceritakan di lain entry....

p/s : Pagi tadi, sedang aku berkemas beg anak2... perhatian aku tertarik ke arah iklan penyusuan SUSU IBU di tv... Aku tersenyum kerana kerajaan kini mencuba pelbagai cara untuk menyampaikan maklumat dan menggalakkan ibu2 sekarang untuk menyusukan anak2 mereka dengan SUSU IBU.... Amin.... Semoga semakin ramai ibu2 di luar sana yang menyusukan anak2 mereka dan juga membuka mata orang-orang tua skrg bahawa bayi di bawah 6 bulan TIDAK BOLEH DIBERIKAN APA-APA SELAIN SUSU IBU shj.