Isnin, 8 September 2014

~PETUA RAWATAN SEMBELIT KANAK-KANAK~

Assalam semua..

Kalau anak kita sembelit mesti risau kan.. Kesian kat mereka meneran nak poo poo.. kadang2 tu sampai menangis.. Kita sendiri kalau sembelit pun rasa tak tertanggung.. Memang dah lalui pun.. Masa berpantang anak Sulung dan Kedua.. Aduh siksanya.. kadang2 sampai pedih2 sebab luka..

Saya nak share Petua di bawah ni yang saya ambil di laman HIMPUNAN.NET


1. Galakkan Anak Minum Lebih Air

Cairkan bancuhan susunya dengan harapan bahan kumuh itu akan jadi lebih lembut.  Anda juga boleh memberi air kosong jika anak anda sudah melebihi 6 bulan.  Air yang diberi hendaklah suam sedikit agar mudah diminum.

2. Tukar Jenis Susu

Lain orang lain jugalah tahap penerimaan susu oleh badan masing-masing.  Sesetengah anak tidak terkesan dengan apa jua jenis susu yang diberi tetapi sesetengah lagi mempunyai impak yang besar


3. Diet Rendah Lemak, Gula dan Kanji 

Proses penghadapan akan menjadi perlahan apabila terdapatnya kandungan lemak, gula dan kanji yang tinggi dalam makanan.  Penghadaman yang perlahan akan menghasilkan bahan kumuh yang keras.


4. Beri Lebih Makanan Berserat

Makanan yang tinggi serat seperti buah pisang, betik, epal, jagung dan sayur-sayuran hijau akan mempercepatkan proses penghadaman.


5. Bagi Minuman Probiotik

Probiotin dalam kata lain adalah bakteria baik yang diperlukan oleh usus dan perut manusia.  Pengambilannya sudah tentu akan membantu pelancaran usus dan proses penghadaman.  Contoh minuman probiotik yang boleh didapati di pasaran adalah Yakult, Vitagen, Bliss dll.  Malah makanan beryis seperti tempe dan yogurt juga mempunyai bakteria baik ini.

     


6. Berikan Ruang dan Masa

Ketika proses penyahtinjaan berlaku, elakkan dari mengganggu fokus anak anda.  Beri masa dan ruang untuknya menghabiskan urusan.  Sesetengah ibubapa akan memandang dengan kasihan pada anak tersebut, ianya juga suatu gangguan. 


7. Bawa Anak Main Air Dalam Tandas

Kadang kala lampin pakai buang dan posisi anak yang berdiri membantut proses penyahtinjaan yang berlaku.  Salah satu cara untuk membantu anak anda dalam proses ini adalah dengan membuka terus lampin itu dan biarkan anak anda bermain dengan air di dalam gayung dalam kedudukan cangkung di dalam tandas.  Tapi harus diingat, pastikan bilik air anda itu mesra-bayi dengan menyimpan apa sahaja yang tidak patut.

18 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul tu.. memang bagus.. cuma tak boleh amal selalu.. minuman2 ni tinggi kandungan gula..

      Padam
    2. tak pasti... anak i mmg minum 1 yakult I hari.... kanak kanak I rasa okie ke

      Padam
    3. Betul, memang tinggi kandungan gula.. cuba check label..

      Padam
  2. Petua ni mmg bagus, sudah cuba dan mmg berkesan. Tapi susah nak guna petua ni utk jangka lama kerana skrg ni kita sebagai ibubapa bukannya ade byk masa nak jaga anak2 semua. Jadi mak mertua saya recommend utk ambik Mamil Dumex utk rawatan sembelit kanak-kanak utk jangka masa yg lama sbb Mamil Dumex boleh mencegahkan masalah sembelit kanak2. Bby sy sudah guna utk 3 bulan dan masalah sembelit tu sudah hilang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga tu.. boleh juga masuk list.. Cuma kadang2 setiap anak tidak sama penerimaannya.. Kadang2 anak kita ok, tp tidak ok dgn anak yg lain.. Apa2 pun kita sebagai parents perlu sentiasa mencuba sesuatu yang baru.. Tq for your info..

      Padam
    2. tak faham.. banyak orang kata... susu adalah cause menyebab kanak kanak sembelit... y? ar?? skr pula u kata Dumex mamil bagus,.. pening!!

      Padam
    3. Elemant Limau, mengenai susu Mamil Dumex tu perkongsian John Liew.. Tapi betul, ada sesetengah susu yang buat anak sembelit.. so kena try n error.. Anak saya tak sembelit dah sekarang sebab saya beri dia Multivitamin Mealshakes..

      Padam
  3. jgn sesekali beli susu formula cheaplak smue ibu bape mesti bimbang bile berita susu formula Fontera dicemari dn ramai baby sakit
    klao xnak baby anda menjadi kanak2 ribena jgn la beli susu formula yg murah
    tp yg ape saya paham bb smue sembelit krna minum byk susu formula dn kekurangan air

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu.. Kadang2 susu formula adalah penyebab kepada sembelit..

      Padam
  4. Betul jugak sebab hari tu anak saya pun ada masalah sembelit dan saya tukar formula kepada Mamil.. Lepas tu ada buat research online dan dapat tahu Mamil ada prebiotic yg boleh membantu kanak2 yg ada masalah sembelit.. Kalau ibu mau tukar susu tepung bagi anak mestilah check tengok ada Prebiotic and DHA yg paling tinggi antara jenama yg lain.. Boleh bagi anak cuba dlm 7 hari tengok ada kesan or not.

    BalasPadam
  5. Sebenarnya, bukan saja tepung susu formula yg blh bantu dlm rawatan sembelit kanak-kanak. Mcm aq ni suka kasi bby minum jus buah buahan utk membekalkan fiber kat dia org. Kurangkan makanan yg keras semua sbb nanti susah nak hadam utk kanak2. Boleh jugak kasi lebih air utk bby minum, bantu pergerakan kat usus nanti yg boleh cegah masalah sembelit kanak2 tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Azizah Hamzah.. Seperti point saya No. 4 tu..

      Padam
  6. Betul ke Mamil blh rawat masalah sembelit tu?? mmg pening kepala i ni sbb bby selalu sembelit. Dah cuba byk tepung susu, semua mcm sama je. Skrg ni aq mcm sampai tahap yg tak percaya lagi kat susu formula la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena try dulu Kaki Skodeng.. Tu pengalaman parents lain.. Saya tak pernah try.. :-)

      Padam
  7. Thanks for the info.. Betul, saya perasan jika ambil pil zat besi juga akan menyebabkan sembelit.. Pengalaman semasa mengandung anak pertama, dapat pil dari klinik..

    BalasPadam
  8. anak saya makan vitagen.alhamdulillah senang nak poo poo

    BalasPadam