Memaparkan catatan dengan label Keahlian Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keahlian Shaklee. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mac 2016

~ 2 MAC 2016 : 5 TAHUN BERSAMA SHAKLEE ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ya Allah.. Lama sungguh saya menyepikan diri dari update blog ni.. Kesian bersawang2 dah.. Hihihi.. Maafkan saya..

Hari ni, saya nak kongsi dengan anda semua pembaca rasa gembira saya sempena ulang tahun ke 5 saya bersama Shaklee..

Saya mendaftar Shaklee pada 2 Mac 2011 iaitu selepas 4 bulan saya makan vitamin Shaklee dan merasa sendiri khasiatnya pada tubuh badan saya.. Takde niat pun asalnya nak jadi ahli apatah lagi nak berniaga.. Orang kuat saya adalah emak saya sendiri.. Bila saya ceritakan tentang vitamin yang saya makan, emak yang cadangkan untuk saya jadi ahli.. 

Saya mula berniaga dengan hasrat nak share kebaikan vitamin ini kepada orang lain dan juga menambah sedikit pendapatan agar saya dapat makan vitamin secara free setiap bulan.. Berapa tu?? Cukuplah dapat RM200-300 sebulan.. Hihihi.. sikit sangat target tu kan.. 

Alhamdulillah.. Allah makbulkan permintaan saya.. Dalam masa beberapa bulan saya memang dapat merasa RM200 sebulan.. Kemudian ia meningkat kepada RM500.. Genap 2 tahun saya berniaga, saya mula merasa bonus RM1000 ke atas.. Dan ia semakin meningkat.. Alhamdulillah..

Banyak yang saya dapat capai sepanjang 5 tahun bersama Shaklee, bisnes pertama saya.. Suka duka semua ada.. Tapi, saya sangat bersyukur masih lagi bertahan sehingga kini hasil sokongan semua, family, kawan2, upline, downline, sideline, customer dll.. Syukur Allah masih memberi rezeki melalui Shaklee..

Antara pengalaman manis :


  • Customer semakin sihat
  • Customer semakin sembuh dari penyakit
  • Customer mengandung asbab mengambil Set Kesuburan (antara kenangan paling manis)
  • Dapat bantu ekonomi keluarga
  • Dapat hantar mak buat umrah
  • Dapat bantu suami downpayment beli rumah, tanah
  • Dapat bawa family bercuti
  • Dapat beri mak ayah duit lebih banyak setiap bulan
  • Terima award
  • Dapat pakej percutian
  • Dapat pergi majlis ilmu bersama rakan Shaklee
  • Dll
Semua pengalaman ini akan sentiasa terpahat di dalam ingatan saya.. InsyaAllah saya akan teruskan perjuangan dalam bisnes Shaklee ni.. Semoga saya dapat bantu lebih ramai lagi untuk lebih sihat dan berjaya asbab Shaklee.. InsyaAllah..

Free VIP Trip Ke Kota Kinabalu - 2013

Free VIP Trip Ke Kota Kinabalu - 2013

Majlis Recognition - 2014
National Conference - 2014
Sunway Resort 
Hotel & Spa

Free VIP Trip Ke Sunway Resort Hotel & Spa - 2014

National Conference - 2014
Sunway Resort 
Hotel & Spa

Recognition & Award - 2014

Free VIP Trip Ke Sunway Resort Hotel & Spa - 2014
Mak Pergi Umrah - 2015

Dinner - 2015

Majlis Ilmu - 2015
   
Free VIP Trip (Lawatan sekitar KL) - 2015

Recognition & Award - 2015

Gambar2 kenangan sepanjang 5 tahun bersama Shaklee.. Banyak lagi.. Tapi cukuplah saya share yang ni je di sini.. Hihihi..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
nded to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 28 Mei 2015

~ DARI 200 KEPADA 2,000.. PART TIME JER ~

Sape pernah dengar pepatah melayu ni?? Rasanya zaman sekolah dulu mesti pernah dengar atau pernah belajar kan?? 


"JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG,
MANAKAN DAPAT SAGUNYA"


Betul tu.. Kalaulah dulu saya tak mengambil langkah pertama untuk keluar dari comfort zone saya, tak berani untuk mencuba sesuatu yang baru.. mungkin saya juga tidak berpeluang untuk menikmati apa yang saya perolehi sekarang..

Nak buat 1st step tu memang agak payah... Semuanya serba baru.. Semuanya serba tak tau... Semuanya kena belajar.. Yesss.. itu adalah perkara pertama yang bertuah untuk kita miliki.. Kita DAPAT ILMU BARU..

Kalau kita tak ambil langkah pertama itu, selama-lamanya kita buat rutin yang sama.. Takde yang baru dalam hidup kita..

Contoh macam kita mendirikan rumah tangga.. Ia juga sesuatu yang baru yang kita tempuh.. Dari selesa hidup membujang, kita ambil keputusan untuk berkahwin dan ada komitmen.. Hidup berubah.. Dulu hidup sorang ikut suka nak buat apa.. Tapi sekarang ada suami/isteri yang perlu kita jaga.. Kalau isteri, dari tak pandai memasak, kita google, kita tanya mak cara memasak, kita belajar benda baru dan akhirnya kita jadi chef untuk keluarga kita..

Sama juga dalam dunia bisnes ni.. Ambillah langkah pertama itu.. Kita takkan tau hasilnya selagi kita tidak mencuba.. 

Dulu masa ambil langkah pertama, saya hanya MENGHARAPKAN HASIL RM200 sebulan.. Tetapi kini, SAYA MENGECAPI HASIL LEBIH RM2,000 sebulan.. Kalaulah 4 tahun dulu saya tak mulakan langkah itu, saya takkan berpeluang untuk merasainya..




Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 20 Januari 2015

~ DARI 700 JADI LEBIH 70,000 DALAM 3 TAHUN!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak berkongsi satu pelaburan dengan anda semua.. Pelaburan yang sangat menguntungkan.. Saya sendiri merasainya.. Yang penting HALAL, InsyaAllah.. Dari 700 saya telah GANDAKAN duit saya lebih 100 kali ganda iaitu lebih 70,000 dalam masa 3 TAHUN sahaja..

Jom.. saya nak ajak anda renung sebentar.. Dengan bermodalkan 700..

Jika anda labur di dalam ASB dengan kadar keuntungan bonus + dividen 9% setahun.. 

700 x 9% = 63 (tahun pertama)
763 x 9% = 68.67 (tahun kedua)
831.67 x 9% = 74.85 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 906.52

Jika anda labur di dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) dengan kadar keuntungan bonus + dividen 15% setahun.. 

700 x 15% = 105 (tahun pertama)
805 x 15% = 120.75 (tahun kedua)
925.75 x 15% = 138.86 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 1,064.61

Tapi, saya gunakan 700 saya untuk saya labur di dalam Bisnes Shaklee.. Dan keputusan saya tepat sekali.. 

Jumlah keuntungan saya selepas 3 tahun ialah 100 kaliganda atau 10,000% dari jumlah pelaburan.. 

Jumlah terkumpul duit saya selepas 3 tahun ialah = 70,000 !!

So, anda nampak tak beza di situ?? 

Saya buat bisnes ni hanya PART TIME.. Saya bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.. Saya ada 3 orang anak.. Tapi masih boleh buat bisnes ini.. Maknanya anda juga boleh.. Lebih-lebih lagi suri rumah.. anda boleh jadikan bisnes ini sebagai platform untuk menambah pendapatan keluarga sambil2 melayan anak dan menguruskan rumahtangga.. Ramai yang telah buktikannya.. Hanya tunggu anda untuk bertindak..

MULAKAN & BERTINDAK SEKARANG !!

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 27 November 2014

~DAFTAR SHAKLEE FREE??~

Assalam.. Salam sejahtera..

Nak tak saya cadangkan macam mana nak Daftar Shaklee Free?? Mungkin masih ramai yang tak tahu kan??

Ok, saya ada beberapa pilihan untuk anda..





Sebenarnya tidak terhad kepada set-set kat atas ni je.. Tak kisah kalau anda ada vitamin pilihan sendiri.. Asalkan pembelian anda melebihi 200UV (RM650+-), anda layak untuk dapat membership secara percuma!!


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 11 November 2014

~ BONUS NAIK?? ~

Assalam.. Salam sejahtera..



Hari ni saya nak cerita sikit tentang BONUS.. Dalam Shaklee ni memang macam-macam bonus yang saya terima.. Bonus Tunai, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Bonus Pangkat.. Tu belum masuk dengan Bonus Kesihatan, Bonus bantu orang, dll.. Haaa.. macam2 kan..

Tapi kali ni kan, saya nak share tentang kenaikan BONUS je.. 

Saya ni kerja kerajaan.. Umum tau tiap2 tahun ada kenaikan gaji kan.. dari T1 kepada T2, T3, T4 dan seterusnya.. Masa mula2 saya berkhidmat, kenaikan TAHUNAN saya cuma sekitar RM45.. Kemudian beberapa tahun selepas itu ada pelarasan gaji.. So kenaikan TAHUNAN saya naik kepada RM90.. Beberapa tahun kemudian ada pelarasan pangkat.. So sekarang ni kenaikan TAHUNAN saya adalah RM145.. Alhamdulillah..

TAPI.... Dalam Shaklee, saya bukan merasa kenaikan secara TAHUNAN.. Tetapi BULANAN.. Yaa.. BULANAN.. Awal2 dulu, kenaikan BULANAN saya cuma 2 angka sahaja.. Tetapi kini kenaikan BULANAN saya stabil 3 angka.. pernah juga capai 4 angka SEBULAN.. Alhamdulillah..

2-3 hari lagi InsyaAllah BONUS SHAKLEE saya masuk.. Saya dapat KENAIKAN BONUS RM815.19!! Alhamdulillah.. Ohhh.. dah macam gaji saya ketika mula2 kerja 10 tahun dulu.. Hiihihi

Dalam bisnes ni, berapa kenaikan yang kita nak adalah bergantung kepada usaha kita sendiri.. Kalau kita nak kenaikan banyak, kita kena usaha dengan lebih gigih.. usaha LEBIH DARI BIASA..


USAHA YANG BIASA..
HASILNYA BIASA-BIASA SAHAJA..
USAHA YANG LUAR BIASA !!
HASILNYA JUGA LUAR BIASA !!


Bagaimana dengan anda?? Jangan tunggu lagi.. Takkan hanya nak melihat orang lain menggapai impian?? Mengorak langkah ke depan?? Meningkatkan taraf hidup??


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  

Isnin, 10 November 2014

~ SHAKLEE ONLINE ~

Assalam.. Salam sejahtera..

Sejak Shaklee Malaysia lancarkan sistem online pada Oktober 2013, ianya sangat memudahkan Pengedar2 Shaklee seluruh Malaysia.. Mana taknya, semua urusan boleh dilakukan di hujung jari.. Tak kira hari bekerja ke, hari cuti umum ke, cuti khas ke.. Tak kira kat bandar ke, kat hujung kampung ke, kat hutan ke... JANJI ADA CAPAIAN INTERNET.. hihihi..

Kalau offline dulu, waktu closing sangat huru hara tau.. Branch sesak, telefon sibuk sentiasa, fax pun sangkut.. Ada cucu sampai tengah malam masih di branch penangan hari closing tau.. Sekarang nak closing jam 11.59 malam pun rileks lagi.. Hihihi..

Haa.. ni CONTOH SISTEM ONLINE...

**Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Meh saya terangkan sikit2:

1. Member Message


Member Message adalah ruang di mana maklumat2 yang Shaklee nak sampaikan kepada semua pengedarnya seperti Promosi Produk, Insentif, Seminar, Produk Talk dll.  Selain melalui online, Leader/Pemimpin akan dapat maklumat ini melalui SMS..


2. Genealogy Inquiry


Genealogy ni kami panggil GE.. Dulu masa offline, kena tunggu 15hb baru boleh check.. Kena call atau pergi branch.. Kalau pergi branch boleh la print.. tapi kalau call ni kenalah bg ID satu2 yang kita nak check GE.. Sekarang mudah jer.. Nak check setiap hari ke, setiap jam ke, setiap minit ke, setiap saat ke.. ikut suka kan.. hihihi..


3. Bonus Inquiry


Bonus Inquiry ni pun salah satu yang ditunggu2.. Dulu masa offline, kita memang takkan tau la berapa bonus dapat melainkan bila bonus dah masuk.. memang sentiasa berdebar2 nak tau dapat bonus berapa.. Tapi sekarang ni, setiap hari isnin akan diupdate bonus semasa.. dan selepas 25hb update hari2.. Bagus dapat tengok bonus semasa kita ni.. Semakin menuju hari closing semakin bersemangat kita berusaha.. Sebab apa?? sebab nak tengok bonus meningkat dari hari ke hari sampai la closing.. hihihi..


4. UV Transfer


UV transfer ni gunanya untuk transfer UV (Unit Volume) untuk downline2 yang mana ada ambil stok dengan kita.


5. Online Enrollment


Online Enrollment ni untuk daftarkan 'anak' atau downline baru..  Mudah sangat.. minta details pada mereka, kemudian key in.. lepas submit automatik kita akan dapat No. ID untuk mereka.. sangat mudah.. Mereka juga akan menerima sms dan emel No. ID dan password online mereka.. Dan mereka boleh terus shopping guna Shaklee Online ni..


6. Shopping


Shopping ni salah satu feberet saya.. Dulu order guna emel/faks atau pergi branch.. Tapi sekarang senang sangat.. Klik2, kemudian bayar.. mudah sangat.. Penghantaran 3-5 hari bekerja.. Bergantung pada syarikat penghantaran.. Shaklee guna Citylink dan Gdex.. Nak guna shopping ni kena ada Kad Kredit/Debit.. Selain untuk shopping, kita juga boleh monitor pembelian kita.. Shaklee akan update Tracking No. di sini.. Selain order untuk stok sendiri, kaedah ini juga boleh digunakan untuk pengeposan direct ke pelanggan.. Tukar alamat penghantaran je.. Mudah kan??


Ok, rasanya tu je yang penting.. yang lain2 tu jarang bukak pun.. hihihi.. Haa.. kat bawah ni contoh kalau kita Shopping Online.. Ni resit online namanya.. boleh print sendiri kalau nak failkan.. kalau tak print terus pun ada je dalam rekod ni..

**Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Mudah kan nak buat bisnes ni?? Tak susah pun.. Takde modal?? No problem.. Tunggu pelanggan bayar dulu, kemudian baru order ke Shaklee.. Yang jauh tu minta Shaklee poskan jer.. Haa.. kan senang tu..