Memaparkan catatan dengan label Vitamin Utk Anak/Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin Utk Anak/Kanak-Kanak. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2016

~ CARA AJAR ANAK MAKAN MAKANAN SEIMBANG!! ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Anak anda mudah tak nak makan menu yang pelbagai? Yang lengkap dan seimbang untuk memenuhi keperluan vitamin untuk tubuh badannya membesar dengan sihat, cerdas dan cergas? Atau anak anda seorang yang sangat memilih makanan.. Contohnya hanya nak nasi lauk ayam je.. Atau nak telur je.. Sayur2 langsung taknak.. Buah2an pun tak suka.. Habis tu, macam mana nak dapat cukup vitamin tu??

Sebagai ibu bapa, kita kena kreatif la kan.. Pelbagaikan jenis masakan.. Pelbagaikan cara untuk untuk menarik minat mereka..  Jom baca, bagaimana cara saya ajar anak2 saya..

1. Saya sendiri perlu memakan makanan yang seimbang.. Saya sendiri mesti tidak memilih makanan.. Barulah kita boleh jadi teladan untuk anak kita.. Kalau kita sendiri tak makan sayur, macam mana nak ajar anak suka makan sayur??

2. Saya suka suruh mereka rasa dulu sesuatu makanan tu.. kalau tak suka boleh letak tepi.. kadangkala mereka tak tahu rasanya macam mana.. mereka buat keputusan untuk terus taknak.. Betul tak?? Tapi bila dah rasa, adakalanya mereka tolak, tetapi ada kalanya mereka suka!!


3. Saya suka potong sayuran kecil2 dan masukkan dalam kuah masakan.. contohnya jika saya masak spaghetti, saya masukkan tomato, lobak, celeri, cendawan yang saya potong kecil2.. jadi mereka tiada pilihan lain selain memakan terus daripada mengasingkannya..


4. Udang, sotong, ketam, kerang, lala tidak menjadi masalah untuk anak2 saya.. Mereka suka.. Cuma ikan ni kurang sikit.. Sama ada mereka tidak suka rasanya ataupun sebab mereka takut tercekik tulang.. So saya cuba perkenalkan satu2 jenis ikan.. So far mereka akan makan ikan bawal, siakap, cencaru, keli sebab ikan2 ini takde tulang tersembunyi.. mudah untuk makan..

5. Saya akan selang seli menu mereka supaya tidak hari2 mereka makan telur atau ayam.. Kadang2 ada protes juga bila tak dapat makan apa yang mereka nak.. Tapi saya akan terangkan kenapa saya pelbagaikan makanan mereka

6. Rumah saya sentiasa ada buah2an.. Pelbagai jenis buah2an yang saya biasa beli dan makan bersama anak2 seperti Epal, Lai, Pear, Oren, Mangga/Pelam, Tembikai, Tembikai Susu, Nangka, Strawberi, Pisang, Anggur, Kiwi, Jambu Batu, Jambu Air, Longan, Rambutan, Pulasan, Durian dll.. Alhamdulillah.. semua jenis buah2an ini anak2 saya makan.. Kebiasaannya setiap masa akan ada 2-3 jenis buah2an di rumah..


7. Anak-anak saya, saya tidak dedahkan kepada fast food, junk food.. Bukan bermaksud mereka tidak pernah makan.. tapi amatlah jarang.. KFC, Pizza, McD dll tu memang jarang sekali makan.. Maybe setahun tu 2-3 kali jer kot.. Jajan2 kadang2 je sesekali saya belikan.. Air kotak/tin saya memang tak bagi beli.. tinggi kandungan gula tu.. kalau saya beli, saya akan belikan air kotak susu (full cream) sahaja.. Bukan yang berperisa sebab sama je tinggi kandungan gula.. Selain dari itu, minum air mineral je.. Sesekali je lah bagi chance nak minum air2 kotak/tin lain2 perisa ni..


8. Air mineral / masak menjadi kewajipan mereka.. Jarang saya bancuhkan air manis.. Biasanya hanya selepas sarapan dan makan malam sahaja.. Itu pun, air mereka ni saya buat 2:1 tahap kemanisan tu.. Contohnya saya buat air untuk saya, tapi bila nak beri kepada anak2, saya akan tambah air masak lagi.. Mereka dah terbiasa untuk tidak minum manis.. So mereka tak pernah komplen air tawar.. Malah kalau saya buat termanis sikit di tekak mereka, mereka akan tegur saya..

Walaubagaimanapun, saya juga tetap berikan mereka multivitamin.. Sebagai makanan tambahan je.. bukan sebagai pengganti makanan harian mereka.. Ada 2 jenis multivitamin yang saya berikan.. sama ada serbuk atau tablet.. mana2 pun boleh.. 








Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, 
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 5 Mei 2015

~ BAGAIMANA NAK BERI OMEGA GUARD KEPADA ANAK?? ~


Assalam dan Salam Sejahtera..

Ada tak mak-mak yang tak tau macam mana nak beri anak makan Omega Guard?? Tak tau macam mana cara nak bagi Omega Guard ni.. Mesti pening kan?? Nak beri macam tu je takut tercekik pulak kalau tak pandai telan.. Hihihi..


  • Kalau anak yang dah pandai telan, boleh bagi macam tu je untuk telan..
  • Kalau anak yang dah pandai kunyah, boleh bagi macam tu je untuk kunyah.. Ada budak suka kunyah dan suka rasanya.. Tapi ada juga yang tak suka..
  • Last sekali caranya boleh cucuk kapsul (gunakan gunting/jarum YANG BERSIH).. Picit isinya dan campur dalam makanan atau minuman.. Campur dalam susu pun boleh..


Haaa.. Settle dah masalah..




Ok, Dah tau caranya tu kan.. Bagi yang belum berikan Omega kepada anak tu, inilah masa yang sesuai.. Sebab bulan ni PROMOSI OMEGA GUARD.. Rugi tak dapatkannya tau!!

Selain itu, anda berpeluang untuk dapat Vita-Lea PERCUMA tau.. Haa.. belikan untuk anak, mak pun dapat sama.. Bagaimana caranya?? Hubungi saya sekarang!!


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Ahad, 15 Februari 2015

~ 10 MANFAAT MEALSHAKES VITAMIN TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak share secara ringkas tentang 10 MANFAAT MEALSHAKES.. Boleh rujuk poster di bawah..


Penerangan yang lebih banyak boleh baca di Entry lain mengenai MEALSHAKES ya..

Happy Sunday u all.. :-)


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 25 September 2014

~ 10 SEBAB MEALSHAKES TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK ~

Assalam..

Kali ni saya nak share tentang  10 sebab kenapa anda perlu pilih Mealshake sebagai makanan tambahan anak2 anda.. hihihi..



1.Mengandungi Zat Besi (Iron) yang berperanan menghasilkan sel darah merah untuk mengangkut oksigen.  Kekurangan sel darah merah akan mengakibatkan anemia dan bekalan oksigen ke otak tidak mencukupi.

2.Mengandungi Kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi.  Ia juga berperanan mengekalkan kadar degupan jantung dan fungsi otot.

3.Mengandungi Vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium untuk tumbesaran yang sihat.

4.Mengandungi Vit B yang membantu penghasilan sel baru dan sel darah merah, meningkatkan fokus, mengawal kolesterol, menggalak hormon anti-stress, menjaga kesihatan kulit, kuku dan rambut, serta membentuk hemoglobin untuk mengangkut oksigen.

5.Mengandungi Vitamin C untuk menguatkan sistem imun tubuh.  Memelihara kesihatan gusi, kulit dan salur darah.  Bertindak sebagai anti-oksidan yang memerangi radikal bebas.

6.Sumber Karbohidrat dengan indeks glisemik rendah untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

7.Sumber Protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu badan.

8.Mengandungi Sodium dan Magnesium yang mengawal keseimbangan cecair di dalam badan.

9.Mengandungi Antioksidan yang akan bertindak melumpuhkan aktiviti radikal bebas dan mengelakkan sel kanser menjadi aktif.

10.Mengandungi Serat yang membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 24 September 2014

~ KOLAGEN MURAH?? MEALSHAKES MURAH?? ~

Assalam..

Eh.. esok gaji kan?? Haa.. nak buat JUALAN HARI GAJI lah..

Bermula hari ni sampai esok, 25 September 2014, nak bagi HARGA SPECIAL punya.. terhad 5 SET je tau..




Boleh booking dulu, esok gaji bayar.. 5 set tu tak banyak tau.. jgn gigit jari pulak kalau melepas..

Meh cepat tempah set anda..

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 23 September 2014

~ RM1 SEHARI UNTUK KESIHATAN/KEBURUKAN ANAK?? ~

Assalam.. Salam sejahtera..

Isshh, tajuk macam kontroversi pulak yer.. hihihi.. saya nak ajak anda renung seketika..

Dengan berbelanja minima RM1 untuk anak, anda nak RM1 ringgit tu meningkatkan kesihatan anak atau memberi keburukan kepada anak??

Apa boleh dapat dengan RM 1 sehari?

(Gambar sebagai contoh sahaja)

Pakej sekali berisiko untuk mendapat:
  • Masalah tingkah laku dan emosi, termasuk keresahan dan kemurungan
  • masalah sosial dan psikologi
  • obesiti
  • kolesterol tinggi
  • tekanan darah tinggi
  • faktor2 risiko penyakit kardiovaskular,
  • prediebetes
  • penyakit tulang, sendi
  • apnea tidur
  • otak lembab, dll


Sama ada anda memilih yang di atas..

ATAU


          

Pakej kebaikan yang anak anda akan dapat ialah : 


Meal Shakes


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Nota : 

Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

OmegaGuard

  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Chewable Vita-C @ 100mg


Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.

  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan



Jadi ibu ayah di luar sana, dah buat pilihan?? Mana yang lebih baik dengan nilai RM1 sehari?? Tidak bermaksud saya tidak pernah memberi anak2 saya makanan2 seperti di atas.. Ada juga sekali sekala.. Tapi yang saya berikan kepada mereka setiap hari adalah pilihan kebaikan kesihatan dengan nilai minima RM1 sahaja..

Jadilah pemilih yang bijak.. Oppsss.. bukan pilih calon yer.. hihihi..

Anda mampu PILIH.. :-)


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 22 September 2014

~ ANAK MEMILIH MAKANAN (PICKY EATER)?? ~

Assalam.. Selamat pagi..

Anak anda cerewet tak tentang makan?? Biasa kan dengar ibu2 cerita.. Anak taknak makan ni, taknak makan tu.. Saya pun hadapi juga.. Kena try and error.. bagi pelbagai jenis makanan untuk tengok mana yang anak suka..

Tak kurang ada juga yang jenis suka makan apa sahaja.. suka tengok anak2 berselera makan kan.. Pantang bagi mesti habis.. bertambah2 lagi..

Oh ye, hari ni nak share 1 Testimoni anak memilih makan (picky eater) ni.. Testimoni dari aainaa-nadirah.com..

*********************************************************************************

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian dari seorang mama kepada seorang mama... Isu pemakanan dan kesihatan anak. Tapi sebelum tu, mari saya perkenalkan anak-anak saya yang seramai tiga orang ini...

 Nur Safiyyah Aqilah. Lahir 20 April 2008

Nur Sarah Atiqah, lahir 14 Januari 2010. Nur Amirah Hannani, lahir 18 April 2012.

Alhamdulillah, mereka membesar dengan sihat dan aktif dengan izin Allah. Cuma, mungkin mereka tak nampak chubby. Nampak kecik dan kurus je. Hmmm.. mungkin follow baka mama nya yang memang tak tinggi dan kurus. Hehe. Anak sulung dan anak ke dua saya, ke dua-duanya minum susu Dugro 3-6 tahun. Anak kecik saya tu, baru je beberapa bulan menerima susu Dutch Lady 123 Chocolate. Anak yang kecik tu bermasalah sikit nak diberikan susu tepung sebab dia sangattt memilih susu. Dari brand murah sampai mahal saya cuba, semua dia reject. Akhirnya, Dutch Lady saja yang dia nak minum.



Bercerita mengenai Meal Shakes dan mereka. Sebenarnya saya mula perkenalkan Meal Shakes ni pada hujung tahun 2012. Itupun, saya cuma berikan pada anak sulung dan anak ke dua. Amirah masih breastfeed masa tu. Umur pun belum setahun. Niat asal saya mencuba... supaya selera makan anak-anak saya bertambah, dan kesihatan diorang lebih baik. Biasalah, budak² hantar ke taska kan selalu demam selsema.

Mengenai selera makan.. memang agak sadis jugaklah. Disebabkan diorg ni memang agakpicky eater. Asyik minum susu aje kan. Mama mana yang tak risau. Sebab nampak takbalance diet di situ. Maka dari situ lah saya ikhtiar dengan Meal Shakes. Untuk permulaan, hanya sesudu teh sahaja saya tambah ke dalam susu diorang. Start dengan dos yang rendah. Untuk permulaan tu, dekat seminggu kot diorang berak². Seingat saya sebelum tu diorang ni jenis tak lancar 'membuang' juga. Tapi, saya redha je. Dan saya teruskan je beri setiap hari.... anggap tu healing crisis. Selepas satu minggu, Alhamdulillah dah okay.. xde berak². Berak macam biasa dah.. lancar dan selesa =)

Sekarang, selera makan diorang bertambah baik. kesihatan juga baik. Sangat jarang demam batuk selsema. Seingat saya, sangattt lama diorang tak diserang demam. Alhamdulillah! Sekarang pun saya dah naikkan dos kepada satu sudu teh, tiga kali sehari.


Untuk Amirah, saya baru mulakan dalam sebulan lebih. Awal² tu saya just letak sesudu kecil je. Tapi, disebabkan saiz badan Amirah tak seperti umurnya, maka saya terus bagi 1 sudu teh, 3 kali sehari. Alhamdulillah, kalau awal² dulu.. kalau bancuh susu dia 180ml, mesti dia tak habis dalam 90ml. Tapi sekarang ni, bancuh 180ml pun tak cukup. Memang satu perkembangan yang best sebab macam saya bgtau tadi, dia sangat memilih susu dan cerewet. Bab makan pun Alhamdulillah... selera sangat². Bab poo poo pun... best sebab hari² mesti membuang. Bab aktif dan IQ dia pun semakin baik.

Saya memang tak boleh nak berikan diorang Pediasure atau lain² susu untuk galakkan tumbesaran diorang. Sebabnya, anak² saya susah nak terima susu lain dr yang diorg biasa minum. Jadi, solution-nya, Meal Shakes adalah yang terbaik. Satu sude teh ke dalam susu diorang tak mengubah rasa asal susu, malah lebih sedap berkrim =)

Alhamdulillah... kadang² apa yang kita buat untuk anak kita tu nampak remeh je. Tapi impak dia besar. Mungkin bagi sesetengah mama, Meal Shakes tu agak mahal. Tapi, bagi saya taklah. Satu tin Meal Shakes boleh bertahan hingga 3 bulan penggunaan. Malah, saya sendiri join minum. Hihii... Mahal hanya pada harga. Tapi efek kesihatan yang anak² dapat adalahpriceless!

*********************************************************************************

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Sabtu, 20 September 2014

~ MEALSHAKES DAN OMEGA PILIHAN IBU UNTUK ARYAN (PENGHIDAP CONGENITAL HEART DISEASE) ~


Sebagai seorang ibu, pastinya kita inginkan yang terbaik untuk anak kita kan.. Apatah lagi jika anak kita didapati menghidap sesuatu penyakit..

Begitu jugalah yang dilakukan oleh Puan Siti terhadap anaknya Aryan.. Beliau mengambil masa untuk mengkaji suplemen terbaik yang ingin beliau berikan untuk anak tersayang.. Akhirnya, Shaklee menjadi pilihan..

Jom saya nak share testimoni adik Ahmad Dhani Aryan ni yang menghidap Congenital Heart Disease dan mengamalkan Mealshakes + Omega sebagai suplemen harian..


Alhamdulillah.. berkat konsisten selama 2 tahun, adik Aryan kini semakin sihat.. Dengan izin Allah jua..

Klik Mealshakes & Testimoni untuk baca entry lain..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 19 September 2014

~ SIAPA SEBENARNYA YANG PERLUKAN MEALSHAKES? ~


Hari ni saya nak share.. siapa sebenarnya yang perlukan Mealshakes ni..


Selain berikan Mealshakes pada anak-anak saya, saya pun suka juga.. Kalau bulan puasa saya suka campur Mealshakes + ESP + Performance.. memang best.. Sepanjang hari rasa bertenaga, kurang haus dan kurang letih..


So bagi anda yang ada masalah seperti gambar di atas, boleh la ambil Mealshakes sebagai suplemen harian anda..

Sementara masih berlangsung promo ni baik jangan lepaskan peluang.. Nanti melepas, sape yang rugi?? hihihi.. Bulan depan dah takder offer ni tau..

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 16 September 2014

~ MENU UNTUK ANAK KURANG BERAT BADAN ~


Sebelum tu, jom baca entry terdahulu..

1. Anak Kurang Berat Badan??
2. Faktor Kurang Berat Badan Kanak-kanak

Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
Nasi / buburDitambah ayam / daging / minyak / marjerin
RotiDitambah marjerin / mentega kacang / keju
Biskut krakerDitambah marjerin / mentega kacang / keju
SusuDitambah serbuk coklat / aiskrim
TelurDitambah susu / minyak / marjerin / keju
Kentang – dilenyek / dibakarDitambah susu /minyak / marjerin

Berapa banyakkah harus anak saya makan?
  • Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
  • Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
  • Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
  • Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Contoh Menu Berkalori Tinggi Untuk Kanak-Kanak berumur 1-3 tahun dan 4-6 tahun


Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Selamat mencuba ya ibu-ibu.. :-)


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..


Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**