Memaparkan catatan dengan label Tips Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kewangan. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2017

~ DUIT RAYA!! JOM MENABUNG 100 HARI!! ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 93 hari lagi umat islam nak menyambut bulan Ramadhan 1438H.. Wahhh.. Cepat sungguh masa berlalu.. Rasa macam belum lama je puasa berlalu kan??.. Tapi, nasib baik dah habis ganti puasa.. So takderlah tergesa2 nak ganti kan?? Hihihi..

Makanya, Raya Aildilfitri tinggal lagi 122 hari je tau.. Dah ada simpanan?? Sikit2, jimat2 pun tetap kena ada extra budget dari biasa kan?? Ye lah, nak beli baju raya sekurang2nya sepasang pun, kalau 1 family beratus juga tu.. Kuih raya sikit2, 2-3 jenis pun perlu ada.. Habis tu tetamu datang takkan nak hidang air kosong je kan?? Hihihi.. Pagi raya, mestilah nak meriah sikit dengan hidangan raya.. bukan selalu pun.. setahun 2 kali je.. Ditambah pula sikit2 bagi anak buah duit raya.. Saje2 bagi seronok kanak2 nak membesar.. kita dulu2 pun gigih kan beraya 1 kampung nak kumpul duit raya punya pasal.. Masa tu duit raya 20 sen je pun.. kalau dapat 50 sen tu Ya Allah seronok yang amat.. Hihihi


Ok, berbalik pada budget?? Nak sedia berapa?? Semua terpulang kepada anda.. Bagaimana anda guna duit anda, apa yang anda nak beli, yang tak perlu beli tu semua ikut perancangan masing.. Cuma saya nak ajak anda sama2 join saya buat tabung 100 hari untuk raya.. Kira tabung express la ni.. ADA YANG NAK JOIN??

~ Cara pertama adalah ikut target.. Contohnya :

Nak RM500 - simpan sehari RM5
Nak RM1000 - simpan sehari RM10
Nak RM2000 - simpan sehari RM20

~ Cara kedua ikut warna duit.. Contohnya :

Simpan note RM1 atau RM5 atau RM10 atau RM20

Nak simpan macam mana?? Haa.. Contohnya kalau pilih kaler hijau (RM5), so setiap kali ada RM5 dalam wallet tu, asingkan dan masuk dalam tabung.. Macam tu lah..

Ada lagi cara2 lain.. yang tu anda boleh baca dalam entry saya sebelum ni, Tips Kewangan

Saya nak pilih cara pertama dan saya pilih menabung RM10 sehari memandangkan saya dah ada tabung note (RM5) yang saya buat untuk setahun dan juga tabung lain.. So boleh la ambil sikit kan.. Hihihi..

Ni gambar Tabung Express Matta Fair saya. RM20 sehari selama 115 hari 

Jom sama-sama kita jadikan menabung sebagai amalan harian.. Ajak suami/isteri dan anak-anak2 join sekali.. Boleh cakap dengan anak2, sape nak baju raya jom kita sama2 menabung.. Haa.. mungkin mereka pun teruja kan?? 

TABUNG 100 HARI RAYA 2017
1 MAC 2017 - 8 JUN 2017

Isnin, 28 Mac 2016

~ TABUNG 100 HARI, PERSEDIAAN UNTUK RAYA ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni, 28 Mac 2016 nak mulakan tabung 100 hari untuk raya nanti.. Hari ni hari pertama, so hari ke 100 adalah pada 5 Julai 2016.. Raya puasa dijangka pada 6 Julai 2016.. Haaa.. sedang elok sangatlah tu kan.. Namanya pun tabung raya.. hihihi..




So kali ni saya nak buat cara macam ni.. Saya akan peruntukkan RM50 untuk perbelanjaan harian saya.. Biasa pun perbelanjaan harian dalam RM30-RM70 gitu.. tak tentu.. So saya ambil purata RM50 sehari.. So baki duit setiap hari itulah yang akan masuk dalam tabung ini..

Katakan saya belanja RM45, so baki RM5 itu yang akan masuk ke dalam tabung.. Kalau saya belanja RM55.. so hari esok budget yang saya ada tinggal RM45 je.. Kalau saya belanja RM30, so RM20 akan masuk ke dalam tabung..

Kenapa saya pilih cara ini?? Sebab cara ini menarik.. Saya takkan tau berapa jumlah yang akan dapat saya kumpul kelak.. Kalau saya pilih jumlah tertentu, saya dah tau jumlahnya.. Contohnya jika saya pilih RM5, jadi dalam 100 hari saya dah tau saya akan dapat kumpul sebanyak RM500.. heheh..




Nak tau cara2 lain?? Boleh baca entry saya di Tips Kewangan.. ada 5 tips yang telah saya kongsikan sebelum ini..


JOM MENABUNG !!

Selasa, 22 Mac 2016

~ SENANG vs SUSAH? TENANG vs STRESS? ~

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Cuba perhati gambar ni.. Mana satu yang anda mahukan? Mana satu yang anda alami sekarang?



Secara jujurnya memang gambar yang bawah sedang saya alami sekarang.. Cuma bezanya, saya berusaha cuba untuk menjadi seperti gambar yang di atas.. Mungkin suatu hari nanti, impian saya, dalam 10 tahun lagi dah dapat buat rumah impian tanpa loan.. kereta dah habis bayar.. bebas semua hutang.. InsyaAllah..

Impian perlu ada.. Tetapi perancangan juga perlu ada.. Alhamdulillah, side income dari Shaklee banyak membantu saya.. Kalau ada impian tapi hanya angan2 sahaja tak kemana.. 

Contoh saya kata dalam masa 10 tahun saya dapat buat rumah impian tanpa loan.. Bagaimana?? Rumah impian besar mana?? Boleh baca entry Rumah Idaman ni kalau nak tau rumah impian saya besar mana.. So kalau untuk rumah sebegitu bukan sikit modalnya.. So bagaimana nak realisasikan? 1st step kami beli tanah dulu.. memang rasa macam membazir sebab tanah terbiar.. Tapi takpe.. Harga tanah ni makin lama makin naik.. So biarlah beli sekarang.. Lagi pun kalau nak beli masa nak buat rumah nanti entah ada lagi ke tidak tanah kat kawasan yang saya nak tu..

Kedua, kalau simpan cash rasanya tak tau bila cukup duit tu kan.. Maklumlah.. makan gaji je kan.. itu pun nasib baik bisnes Shaklee banyak bantu.. So caranya, kami kumpul aset kecil2 dulu.. Beli rumah yang mampu2 dulu.. Bila dah ready nak buat rumah, kami jual aset2 ni jadikan modal.. Alhamdulillah.. sekarang ni kalau nak jual aset yg ada ni, adalah untung sikit2.. Tapi belum cukup budget nak buat rumah impian kami tu.. So kita tunggu dulu..

Itu antara perancangan awal kami.. Saya dan suami tidak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya.. Semua yang kami miliki setakat ini adalah atas usaha kami sendiri.. Lain kepuasannya bila kita dapatkan sesuatu dengan titik peluh sendiri..

Jika anda juga ada impian, masih belum terlambat untuk kejar impian itu.. 

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut
bagaimana untuk jana duit melalui Bisnes SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

Rabu, 24 Jun 2015

~ TIPS URUS DUIT SEPANJANG 47 HARI SEBELUM GAJI ~




TIPS URUS DUIT SEPANJANG
47 HARI SEBELUM GAJI


TIPS 1 :

  • Gaji 25 Jun 2015 - Guna mcm biasa
  • Bonus RM500 - Guna untuk Hari Raya (tambang, tol, lauk untuk juadah raya dll). Kena tambah la kalau tak cukup kan..
  • Gaji 9 Julai 2015 - Guna pada 25 Julai 2015 mcm biasa

TIPS 2 :

  • Start 25 Jun 2015, simpan RM10 sehari dalam tabung.. Hari ke 40 iaitu 3 Ogos 2015 dah ada RM400.. Hari ke 50 iaitu 13 Ogos 2015 dah ada RM500.. Boleh la cover sikit2 sebelum gaji 25 Ogos 2015 kan..




TIPS 3 :


  • Simpan la dari awal.. So takde la kalut gaji lambat atau cepat.. Hihihi..

Boleh baca TIPS KEWANGAN ini atau TIPS MENABUNG di bawah ini ya..



TIPS 4 :

  • Pergi memenuhi undangan rumah terbuka yang diadakan oleh kawan-kawan atau komuniti.. Jimat sikit duit makan.. hihihi

TIPS 5 :

  • Hari yang takde undangan rumah terbuka tu, apa kata anda puasa ganti ke, puasa sunat 6 ke, puasa sunat Isnin dan Khamis ke.. hahahah...

TIPS 6 :

  • Pinjam dulu duit raya anak2.. Dah masuk gaji nanti GANTI yer.. Ni kalau dah takde sangat dah duit ni.. Terpaksa la kan.. Hahahah..



SELAMAT MENCUBA!!


Khamis, 28 Mei 2015

~ DARI 200 KEPADA 2,000.. PART TIME JER ~

Sape pernah dengar pepatah melayu ni?? Rasanya zaman sekolah dulu mesti pernah dengar atau pernah belajar kan?? 


"JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG,
MANAKAN DAPAT SAGUNYA"


Betul tu.. Kalaulah dulu saya tak mengambil langkah pertama untuk keluar dari comfort zone saya, tak berani untuk mencuba sesuatu yang baru.. mungkin saya juga tidak berpeluang untuk menikmati apa yang saya perolehi sekarang..

Nak buat 1st step tu memang agak payah... Semuanya serba baru.. Semuanya serba tak tau... Semuanya kena belajar.. Yesss.. itu adalah perkara pertama yang bertuah untuk kita miliki.. Kita DAPAT ILMU BARU..

Kalau kita tak ambil langkah pertama itu, selama-lamanya kita buat rutin yang sama.. Takde yang baru dalam hidup kita..

Contoh macam kita mendirikan rumah tangga.. Ia juga sesuatu yang baru yang kita tempuh.. Dari selesa hidup membujang, kita ambil keputusan untuk berkahwin dan ada komitmen.. Hidup berubah.. Dulu hidup sorang ikut suka nak buat apa.. Tapi sekarang ada suami/isteri yang perlu kita jaga.. Kalau isteri, dari tak pandai memasak, kita google, kita tanya mak cara memasak, kita belajar benda baru dan akhirnya kita jadi chef untuk keluarga kita..

Sama juga dalam dunia bisnes ni.. Ambillah langkah pertama itu.. Kita takkan tau hasilnya selagi kita tidak mencuba.. 

Dulu masa ambil langkah pertama, saya hanya MENGHARAPKAN HASIL RM200 sebulan.. Tetapi kini, SAYA MENGECAPI HASIL LEBIH RM2,000 sebulan.. Kalaulah 4 tahun dulu saya tak mulakan langkah itu, saya takkan berpeluang untuk merasainya..




Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 8 April 2015

~ JOM MENABUNG : CABARAN 100 HARI BERAKHIR!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Anda dah baca entry saya yang lepas mengenai TIPS KEWANGAN?? Kalau belum baca boleh baca dulu yer.. Hihihi..

Saya dan teman2 pejabat ada buat cabaran 100 hari.. Alhamdulillah.. 5 Mac 2015 yang lalu kami telah pun sempurnakan cabaran tu.. Sebenarnya ada 4 orang.. Tapi oleh kerana seorang cuti dan seorang lagi lupa bawa tabung, so saya dan Yanti je yang 'PECAH TABUNG'.. heheh

Yanti memilih TIPS KEWANGAN 2 dan saya memilih TIPS KEWANGAN 3..

Hasil untuk 100 hari..

Yanti = RM175.00
Saya = RM2,300.00



Alhamdulillah.. Sikit atau banyak, sekurang-kurangnya dapat menyimpan.. Perlu diingat, tabungan ini bukanlah simpanan tetap setiap bulan.. Simpanan tetap tu memang wajib.. Tabungan ni sebagai tambahan.. 

Sekarang ni kami meneruskan cabaran kami lagi.. Untuk 100 hari yang berikutnya.. Dan hari pecah tabung nanti beberapa hari sebelum menyambut bulan Ramadhan.. Alhamdulillah..

Anda pun patut cuba!!
JOM MENABUNG !!

Jumaat, 12 Disember 2014

~ TIPS KEWANGAN #5 ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Ada yang dah cuba buat beberapa Tips yang telah saya kongsikan sebelum ini?? Kalau masih belum, masih belum terlambat.. Saya pun sekarang sedang buat CABARAN 100 HARI bersama-sama 3 orang lagi kawan-kawan pejabat.. Seronok jika ada kawan sama-sama buat cabaran ini..

Seorang memilih Tips Kewangan 1
2 orang memilih Tips Kewangan 2
Dan saya memilih Tips Kewangan 3

Alhamdulillah..

Ok, sekarang nak share dengan anda Tips berikutnya..

Tips Kelima : Tabung-tabung




Tips ni memerlukan anda menyediakan beberapa tabung. Berapa jumlah sebenar adalah terpulang kepada anda sendiri.. Apakah contoh tabung yang boleh anda buat?? Antaranya ialah :

  • Tabung Kecemasan
  • Tabung Percutian
  • Tabung Persekolahan (untuk persediaan naik sekolah awal tahun)
  • Tabung Rumah (untuk deposit rumah)
  • Tabung Umrah/Haji
  • Tabung Perayaan (untuk persiapan Hari Raya)
  • Tabung Kereta (untuk Insurans/Road Tax/Service/Spare part)
  • Tabung Emas (untuk beli emas)

Itu cuma contoh sahaja.. Terpulang kepada anda yang nak menciptanya. Tujuannya di sini adalah untuk menggalakkan kita menyimpan dan berbelanja dengan lebih berhemah.

Bagaimana cara pembahagian?? Anda boleh tetapkan dengan pelbagai cara.. Sama ada dengan jumlah yang tepat atau tidak..

Contoh jumlah yang tepat adalah RM5 sehari untuk setiap tabung.. Atau boleh juga berbeza2.. Label nama tabung anda serta jumlah sumbangan harian.. Contohnya, Tabung Kecemasan RM5/day.. Tabung Perayaan RM3/day.. Tabung Percutian RM10/day dan sebagainya.. pastikan bersesuaian dengan gaji anda..

Saya pernah buat untuk Tabung Perayaan dan Tabung Zakat.. Tabung perayaan saya simpan baki hasil belanja seharian.. Sampai bulan puasa saya ada jumlah terkumpul melebihi RM1k untuk kegunaan saya membeli persiapan perayaan..

Tabung zakat pula.. Saya bayar zakat setahun sekali.. Jadi setiap bulan saya dah asingkan jumlah zakat yang saya perlu keluarkan setiap bulan.. So hujung tahun saya tiada masalah nak keluarkan amaun yang banyak sekaligus..

~ SELAMAT MENCUBA ~

Sabtu, 6 Disember 2014

~ TIPS KEWANGAN #4 ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak berkongsi tips yang seterusnya..

Tips Keempat : Asingkan gaji ikut percen (%) 

Pic Credit
Caranya adalah asingkan siap2 berapa percen yang anda nak simpan setiap kali gaji.. Percen yang dicadangkan adalah sekitar 10% - 30%.. Lebih tinggi adalah lebih baik..

Contohnya anda pilih 10% dari gaji.. Maka jika gaji anda RM1,500 sebulan, anda perlu asingkan sebanyak RM150 setiap bulan..

Cara ini lebih mudah jika anda membuat potongan gaji.. Contohnya ke akaun Tabung Haji sepertimana yang saya telah buat selama ini.. Apabila ada peningkatan gaji, potongan juga boleh dikemaskini untuk tambah amaun yang hendak dipotong..

Sebab apa potongan gaji?? Sebab ia automatik ditolak sebelum anda dapat gaji.. So gaji yang anda terima itu adalah setelah ditolak simpanan.. So tak perlu fikir lagi.. Kalau nak tambah simpanan lagi digalakkan..

Sekiranya anda tak buat potongan gaji, adalah dinasihatkan untuk ketepikan awal2 seawal gaji masuk.. 

Amal SIMPAN DULU, BELANJA KEMUDIAN
Bukan BELANJA DULU, SIMPAN KEMUDIAN

Kenapa?? Kerana jika anda belanja dulu, potensi untuk menyimpan kelak adalah menurun.. Jika kita dah simpan dulu, kita boleh gunakan selebihnya tanpa perlu fikir untuk simpan lagi.. Tetapi jika kita belanja dulu, adakalanya kita berbelanja lebih dari perancangan..

Belum baca Tips lain?? Klik Tips Kewangan ini..

SELAMAT MENCUBA !!

Selasa, 2 Disember 2014

~ TIPS KEWANGAN #3 ~

Assalam..

Dah baca Tips Pertama dan Tips Kedua??


Jom saya sambung tips berikutnya..

Tips Ketiga : Asingkan ikut percen (%)


Maksudnya anda pilih nak tetapkan berapa percen (%)? Contohnya 5%, 10%, 15%, 20% terpulang pada anda.. Biasanya 10-20% adalah jumlah yang sesuai..

Letakkan jangka masa yang sesuai.. Sama macam tips sebelum ini.. Contohnya 3 bulan ke.. 100 hari ke.. 6 bulan ke.. terpulang kepada anda.. 

Caranya adalah : Contohnya anda tetapkan 10%.. Setiap hari, sebelum tidur keluarkan 10% dari jumlah duit yang ada dalam wallet anda dan masukkan dalam tabung..

Katakan duit anda ada RM500 ketika itu.. maklumlah baru cucuk kan.. So asingkan 10% iaitu RM50 dan masukkan dalam tabung.. Kemudian esok pulak ada baki RM50 dalam wallet.. So keluarkan RM5 dan masukkan dalam tabung..

Haaa.. macam tu lah hari2 yang anda perlu lakukan sampailah tempoh masa yang anda tetapkan..

Menarik kan cara ni?? Anda pun tak dapat nak agak jumlah terkini duit anda sehinggalah tempoh masa yang telah ditetapkan..

Saya pernah buat juga kaedah ni.. hasilnya memang lumayan.. dalam beberapa bulan sahaja dah lebih RM1000..

~ SELAMAT MENCUBA !! ~

Jumaat, 28 November 2014

~ TIPS KEWANGAN #2 ~

Assalam..

Jom saya sambung tips berikutnya.. Boleh baca Tips Pertama di sini..

Tips Kedua : Asingkan 'note' tertentu


Maksudnya pilih sama ada nak RM1 / RM5 / RM10 / RM20 untuk anda simpan setiap hari.. Note RM50 / RM100 tu mustahil la kan.. hihihi..

Letakkan jangka masa yang sesuai.. Contohnya 3 bulan ke.. 100 hari ke.. 6 bulan ke.. terpulang kepada anda.. 

Caranya adalah : Setiap hari, sebelum tidur keluarkan note pilihan anda dari wallet.. Jika anda pilih RM5.. so keluarkan semua note RM5 dan masukkan dalam tabung.. Sekiranya pada hari tersebut langsung tiada note RM5, tak mengapa.. Manakala kalau hari tersebut ada 6 note RM5, keluarkan dan masukkan kesemuanya di dalam tabung..

Cara ini agak menarik kerana kita tidak akan dapat menjangka jumlah terkini duit kita sehinggalah tempoh masa yang telah ditetapkan..

Saya pernah buat dengan note RM10.. dalam tempoh beberapa bulan, hasil simpanan saya melebihi RM1000..

~ SELAMAT MENCUBA !! ~

Rabu, 26 November 2014

~ TIPS KEWANGAN #1 ~

Assalam..

Nak share dengan anda beberapa tips kewangan yang saya sendiri amalkan.. Alhamdulillah, saya memang seorang yang mampu uruskan kewangan saya dengan baik.. Tak pernah tak cukup duit sampai ikat perut.. Masih berbaki gaji yang lepas sebelum gaji berikutnya masuk.. 

Yang paling biasa saya buat dan kawan-kawan pun dah tahu, keluarkan duit gaji bulan lepas sehari sebelum gaji bulan ni.. maksudnya, katakan bulan ni bulan 11.. Hari esok gaji, so hari ni saya baru nak keluarkan gaji bulan 10.. Haaa.. macam tu lah kiranya..

Nak kata gaji saya banyak?? Tak sebenarnya.. sebab awal2 kerja gaji saya hanya RM700-RM800 je sebulan.. Kerja kat Putrajaya.. Tapi duit tu cukup untuk sewa rumah, bil api/air/tel, tambang, duit makan, bagi mak, kos balik kampung dan menyimpan dengan tetap setiap bulan..

18 bulan saya kerja dengan gaji banyak tu tapi saya boleh menyimpan sehingga RM6000++.. Jom saya share..

Tips Pertama : Asingkan 'note' mengikut nilai tertentu


     

Maksudnya pilih sama ada nak RM1 / RM5 / RM10 / RM20 untuk anda simpan setiap hari.. 

Letakkan jangka masa yang sesuai.. Contohnya 3 bulan ke.. 100 hari ke.. 6 bulan ke.. terpulang kepada anda.. 

Caranya adalah : Contohnya anda memilih RM10 sehari. Maka setiap hari ambil RM10 dan simpan di dalam tabung.. Setiap hari wajib simpan RM10..

Cara ini kita dah boleh agak jumlah yang bakal tersimpan.. contohnya jika kita pilih 100 hari, jadi jumlah simpanan kita kelak adalah RM1000.. 

Tapi tak mengapa.. yang penting istiqomah.. Kalau nak keluarkan terus RM300 sebulan mungkin nampak berat  bagi sesetengah orang kan?? Tapi kalau nak asingkan RM10 sehari mungkin agak mudah kot.. Semudahnya orang lelaki keluarkan RM10 untuk beli rokok.. Tak gitu?? Hihihi

Cuba isteri minta RM300 nak beli handbag?? Mesti payah kan.. Walau nilainya antara beli rokok hari2 dengan beli handbag sekali tu sama, tetapi mind set kita ni bila tengok nilai besar cepat menolak..


Cukup tempoh masa tu, boleh la simpan duit tu dalam bank pulak.. Atau beli emas ke.. Yang penting untuk simpanan jangka masa panjang.. Untuk masa hadapan.. Asalkan jangan buat shopping sudahlah.. Rasa tak berbaloi pulak menyimpan.. yer tak??

**Nantikan Tips Kewangan berikutnya di lain entry..


~ SELAMAT MENCUBA !! ~