Memaparkan catatan dengan label Shaklee Effect. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Effect. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2016

~ SENANG vs SUSAH? TENANG vs STRESS? ~

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Cuba perhati gambar ni.. Mana satu yang anda mahukan? Mana satu yang anda alami sekarang?



Secara jujurnya memang gambar yang bawah sedang saya alami sekarang.. Cuma bezanya, saya berusaha cuba untuk menjadi seperti gambar yang di atas.. Mungkin suatu hari nanti, impian saya, dalam 10 tahun lagi dah dapat buat rumah impian tanpa loan.. kereta dah habis bayar.. bebas semua hutang.. InsyaAllah..

Impian perlu ada.. Tetapi perancangan juga perlu ada.. Alhamdulillah, side income dari Shaklee banyak membantu saya.. Kalau ada impian tapi hanya angan2 sahaja tak kemana.. 

Contoh saya kata dalam masa 10 tahun saya dapat buat rumah impian tanpa loan.. Bagaimana?? Rumah impian besar mana?? Boleh baca entry Rumah Idaman ni kalau nak tau rumah impian saya besar mana.. So kalau untuk rumah sebegitu bukan sikit modalnya.. So bagaimana nak realisasikan? 1st step kami beli tanah dulu.. memang rasa macam membazir sebab tanah terbiar.. Tapi takpe.. Harga tanah ni makin lama makin naik.. So biarlah beli sekarang.. Lagi pun kalau nak beli masa nak buat rumah nanti entah ada lagi ke tidak tanah kat kawasan yang saya nak tu..

Kedua, kalau simpan cash rasanya tak tau bila cukup duit tu kan.. Maklumlah.. makan gaji je kan.. itu pun nasib baik bisnes Shaklee banyak bantu.. So caranya, kami kumpul aset kecil2 dulu.. Beli rumah yang mampu2 dulu.. Bila dah ready nak buat rumah, kami jual aset2 ni jadikan modal.. Alhamdulillah.. sekarang ni kalau nak jual aset yg ada ni, adalah untung sikit2.. Tapi belum cukup budget nak buat rumah impian kami tu.. So kita tunggu dulu..

Itu antara perancangan awal kami.. Saya dan suami tidak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya.. Semua yang kami miliki setakat ini adalah atas usaha kami sendiri.. Lain kepuasannya bila kita dapatkan sesuatu dengan titik peluh sendiri..

Jika anda juga ada impian, masih belum terlambat untuk kejar impian itu.. 

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut
bagaimana untuk jana duit melalui Bisnes SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

Khamis, 10 Mac 2016

~ 2 MAC 2016 : 5 TAHUN BERSAMA SHAKLEE ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ya Allah.. Lama sungguh saya menyepikan diri dari update blog ni.. Kesian bersawang2 dah.. Hihihi.. Maafkan saya..

Hari ni, saya nak kongsi dengan anda semua pembaca rasa gembira saya sempena ulang tahun ke 5 saya bersama Shaklee..

Saya mendaftar Shaklee pada 2 Mac 2011 iaitu selepas 4 bulan saya makan vitamin Shaklee dan merasa sendiri khasiatnya pada tubuh badan saya.. Takde niat pun asalnya nak jadi ahli apatah lagi nak berniaga.. Orang kuat saya adalah emak saya sendiri.. Bila saya ceritakan tentang vitamin yang saya makan, emak yang cadangkan untuk saya jadi ahli.. 

Saya mula berniaga dengan hasrat nak share kebaikan vitamin ini kepada orang lain dan juga menambah sedikit pendapatan agar saya dapat makan vitamin secara free setiap bulan.. Berapa tu?? Cukuplah dapat RM200-300 sebulan.. Hihihi.. sikit sangat target tu kan.. 

Alhamdulillah.. Allah makbulkan permintaan saya.. Dalam masa beberapa bulan saya memang dapat merasa RM200 sebulan.. Kemudian ia meningkat kepada RM500.. Genap 2 tahun saya berniaga, saya mula merasa bonus RM1000 ke atas.. Dan ia semakin meningkat.. Alhamdulillah..

Banyak yang saya dapat capai sepanjang 5 tahun bersama Shaklee, bisnes pertama saya.. Suka duka semua ada.. Tapi, saya sangat bersyukur masih lagi bertahan sehingga kini hasil sokongan semua, family, kawan2, upline, downline, sideline, customer dll.. Syukur Allah masih memberi rezeki melalui Shaklee..

Antara pengalaman manis :


  • Customer semakin sihat
  • Customer semakin sembuh dari penyakit
  • Customer mengandung asbab mengambil Set Kesuburan (antara kenangan paling manis)
  • Dapat bantu ekonomi keluarga
  • Dapat hantar mak buat umrah
  • Dapat bantu suami downpayment beli rumah, tanah
  • Dapat bawa family bercuti
  • Dapat beri mak ayah duit lebih banyak setiap bulan
  • Terima award
  • Dapat pakej percutian
  • Dapat pergi majlis ilmu bersama rakan Shaklee
  • Dll
Semua pengalaman ini akan sentiasa terpahat di dalam ingatan saya.. InsyaAllah saya akan teruskan perjuangan dalam bisnes Shaklee ni.. Semoga saya dapat bantu lebih ramai lagi untuk lebih sihat dan berjaya asbab Shaklee.. InsyaAllah..

Free VIP Trip Ke Kota Kinabalu - 2013

Free VIP Trip Ke Kota Kinabalu - 2013

Majlis Recognition - 2014
National Conference - 2014
Sunway Resort 
Hotel & Spa

Free VIP Trip Ke Sunway Resort Hotel & Spa - 2014

National Conference - 2014
Sunway Resort 
Hotel & Spa

Recognition & Award - 2014

Free VIP Trip Ke Sunway Resort Hotel & Spa - 2014
Mak Pergi Umrah - 2015

Dinner - 2015

Majlis Ilmu - 2015
   
Free VIP Trip (Lawatan sekitar KL) - 2015

Recognition & Award - 2015

Gambar2 kenangan sepanjang 5 tahun bersama Shaklee.. Banyak lagi.. Tapi cukuplah saya share yang ni je di sini.. Hihihi..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
nded to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 28 Mei 2015

~ DARI 200 KEPADA 2,000.. PART TIME JER ~

Sape pernah dengar pepatah melayu ni?? Rasanya zaman sekolah dulu mesti pernah dengar atau pernah belajar kan?? 


"JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG,
MANAKAN DAPAT SAGUNYA"


Betul tu.. Kalaulah dulu saya tak mengambil langkah pertama untuk keluar dari comfort zone saya, tak berani untuk mencuba sesuatu yang baru.. mungkin saya juga tidak berpeluang untuk menikmati apa yang saya perolehi sekarang..

Nak buat 1st step tu memang agak payah... Semuanya serba baru.. Semuanya serba tak tau... Semuanya kena belajar.. Yesss.. itu adalah perkara pertama yang bertuah untuk kita miliki.. Kita DAPAT ILMU BARU..

Kalau kita tak ambil langkah pertama itu, selama-lamanya kita buat rutin yang sama.. Takde yang baru dalam hidup kita..

Contoh macam kita mendirikan rumah tangga.. Ia juga sesuatu yang baru yang kita tempuh.. Dari selesa hidup membujang, kita ambil keputusan untuk berkahwin dan ada komitmen.. Hidup berubah.. Dulu hidup sorang ikut suka nak buat apa.. Tapi sekarang ada suami/isteri yang perlu kita jaga.. Kalau isteri, dari tak pandai memasak, kita google, kita tanya mak cara memasak, kita belajar benda baru dan akhirnya kita jadi chef untuk keluarga kita..

Sama juga dalam dunia bisnes ni.. Ambillah langkah pertama itu.. Kita takkan tau hasilnya selagi kita tidak mencuba.. 

Dulu masa ambil langkah pertama, saya hanya MENGHARAPKAN HASIL RM200 sebulan.. Tetapi kini, SAYA MENGECAPI HASIL LEBIH RM2,000 sebulan.. Kalaulah 4 tahun dulu saya tak mulakan langkah itu, saya takkan berpeluang untuk merasainya..




Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 24 April 2015

~ RUMAH IDAMAN SAYA ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Semua orang ada rumah idaman kan?? Saya dan suami juga.. Suami suka konsep moden.. Saya tak kisah sangat.. Asalkan cantik.. dan yang penting ada ciri2 berikut :

1. Master Bedroom besar + bilik air + custom almari


 

Hubby kata kena asingkan wardrobe dari ruang bilik.. maknanya ada ruang mcm bilik kecil dalam Master bedroom tu khas untuk wardrobe ni.. Almaklum ler.. baju kan banyak.. hahah.. saya ok je.. sebab tu master bedroom kena BESARRR...

2. 4 Bilik anak2 + bilik air 


 Image result for teenage bedroom designs boysImage result for teenage bedroom designs boys

3. 2 Bilik tetamu + bilik air
4. Bilik Bacaan + Mini Library



Cantik juga ni.. Mini library ni tempat untuk anak2 belajar dan juga simpan segala buku.. takdelah sepah sana sini kan.. hihihi

5. SOHO


 

Mama kan bisnes.. Wajiblah kena ada SOHO kan.. tak gitu?? hihihi

6. Gym


 

Yang ni request by Hubby.. hihihi

7. Surau


 

Pernah tengok rumah Kris Dayanti kalau tak silap.. Cantik ruang solat yang dia buat dalam rumah dia..

8. Stor
9. Ruang Tamu yang luas



10. Ruang makan



11. Dapur kering & basah


 
 

13. Ruang keluarga


 

14. Kebun mini (boleh tanam sayur sikit2)


 


15. Gazebo (untuk santai2)


  

Hihihi.. Banyak lagi sebenarnya ciri2 tu.. Buat masa ni pasang angan2 dulu.. Rumah Idaman tu InsyaAllah nak buat dalam 5-10 tahun lagi.. Sekarang ni proses simpan duit dulu..

Kalau ikutkan sekarang ni pun ada dah rumah yang selesa.. Walau tak seperti ciri2 di atas.. tapi agak selesa la.. Cuma masalahnya rumah jauh dari tempat tinggal sekarang.. beli pun untuk investment jer.. Hihihi..

Jom layan design2 rumah hasil google.. saje je kan.. 



 


 


Tanah pun bukan besar mana.. sekangkang kera jer.. Jadi tgk yang kecik2 je la kan.. Duit pun bukan banyak mana pun.. Ni pun rasanya over budget dah design2 atas ni.. Hahahah.. 

Takpe.. berangan dulu.. letak dalam Vision Board.. InsyaAllah semoga semua dipermudahkan Allah.. Mudah2an impian nak ada rumah idaman dimakbulkan..

Jom share rumah idaman anda dengan saya pula.. boleh tukar2 pandangan kan..

TANPA IMPIAN,
MIMPI TIDAK AKAN JADI REALITI

Isnin, 16 Februari 2015

~ SIDE EFFECT SHAKLEE - DAPAT NOTIS CP500 DARIPADA LHDN!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Lunch hour macam biasa saya akan uruskan anak sekolah dan KAFA.. Kebetulan masa kat rumah, posmen datang hantar surat.. Masuk dalam Post Box je.. So sebelum nak hantar Syahmi pergi KAFA, Syahmi ambilkan surat..


1st impression muka terkejut sebab dapat surat dari LHDN dengan tertulis di muka depan..

CP500
NOTIS BAYARAN ANSURAN


Haaa.. Maunya tak berdebar2 jantung ni dapat Notis kan.. Rasa tak sabar2 nak sampai ofis.. Nak bukak surat dan baca isinya.. 

Dah baca konfius pulak.. Aik, nape nak kena bayar ni pulak.. Bukan ke boleh potong gaji jer.. Kenapa nak kena bayar sendiri pulak ni.. So bukak web LHDN untuk tau dengan lebih lanjut..

Image result for lhdn

**********************************************************************************

Skim Ansuran CP500

Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan Mac setiap tahun.

Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut. Bagi individu yang tidak menerima pada penghujung bulan Februari setiap tahun, boleh membuat semakan pengeluaran CP500 di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di tanpa tol 1-800-88-LHDN (5436).

Pembayar cukai yang menerima notis ansuran CP500 dan tidak bersetuju dengan amaun yang ditetapkan, mereka boleh memohon untuk membuat pindaan arahan bayaran ansuran tersebut melalui Borang CP502. Borang CP502 kebiasaanya dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkaitan.

Semakan terhadap jumlah ansuran yang telah dibayar dan amaun cukai kena di bayar, tidak termasuk cukai untuk pendapatan pengajian, jika ada.Sekiranya ansuran tidak mencukupi, jumlah yang terkurang perlu dibayar semasa penghantaran BNCP pada tahun berikutnya.Sekiranya jumlah ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dbayar, pembayar cukai boleh membuat tuntutan bayaran balik di atas lebihan bayaran itu.


**********************************************************************************

Ok, faham la sikit2.. So maksudnya yang potong gaji khas untuk penggajian.. Yang ni untuk side income @ Shaklee ni lah.. Sebelum ni bukan tak bayar.. Cuma sebelum ni bayar terus semua bila isi e-filing tu.. Tapi ni LHDN dah buat anggaran sendiri berapa kita kena bayar dan bayar secara ansuran 2 bulan sekali..

Yang bagusnya - Tak perlu pening kepala nak keluarkan duit selepuk banyak2 bulan Jun 2016 nanti..

Yang kurang bagusnya - Nak kena bayar 2 bulan sekali.. Kalau lupa mcm mana?? Hahahah..

Khamis, 9 Oktober 2014

~ SAPE NAK RM200?? ~

Haa... saper nak RM200???



RM200 lepas kos SUSU anak SEBULAN
RM200 lepas kos PAMPERS anak SEBULAN
RM200 lepas kos MINYAK keje dekat2 SEBULAN
RM200 lepas kos TOL keje kat KL SEBULAN
RM200 lepas kos BIL API & AIR rumah SEBULAN
RM200 lepas kos BIL TEL SUAMI & ISTERI SEBULAN
RM200 lepas DUIT LUNCH keje SEBULAN

Ishh.. kalau nak list, banyak lagi la.. anda tak nak ke??

Sape nak boleh :

PM FB saya : Syuhada Wahi @
Call/SMS/ WA : 019-7062362 @
Emel : syuhada_wahi@yahoo.com

Jangan bertangguh lagi.. Masa tak tunggu kita.. Peluang pun tak tunggu kita.. Semakin lambat kita bertindak, semakin kita ketinggalan dan kerugian..

FAST ACTION FAST RESULT

Sabtu, 13 September 2014

~ PENGHARGAAN DARI SHAKLEE ~


Shaklee sentiasa membuatkan hati saya gembira.. dalam banyak hal tau.. Sebab tu saya sayang sangat dengan Shaklee.. Antaranya ialah :
  • Bonus
  • Penghargaan
  • Ukhwah
  • Penghormatan
  • Pelancongan
  • Anugerah
Macam-macam lagi sebenarnya.. Tapi kali ni nak cerita tentang Penghargaan..

Setiap kali naik pangkat, kami akan diraikan.. Dalam setahun sekali dalam majlis gilang gemilang iaitu Shaklee National Conference.. yang disertai dengan Majlis Makan Malam khas untuk penerima anugerah..

Dalam majlis tersebut, kami berpeluang menaiki pentas mengambil anugerah untuk pencapaian kami sepanjang Cycle Shaklee..

Selain dari itu, ada juga majlis kecil-kecilan untuk meraikan kami.. 

Alhamdulillah.. Saya bakal diraikan pada 28 September 2014 ini sempena kenaikan pangkat ke Coordinator di dalam majlis ini...

Kedua-dua Speaker di atas adalah dari Group Jutawan di bawah Master Cery

Dan ini adalah surat jemputan rasmi...



Program ini terbuka.. Anak2 Cucu2 Cicit dari susur galur saya, anda adalah sangat dialu-alukan untuk hadir.. Anda pelanggan-pelanggan dan bakal pelanggan saya juga boleh hadir sama..

Jumpa anda di sana.. :-)

Rabu, 3 September 2014

~ BONUS UNTUK MAK ~

Assalam.. Selamat petang..

Hari ni saya nak cerita sikit salah satu sebab kenapa saya sayang dengan Bisnes Shaklee ni..

Saya mula kerja pada umur 20 tahun.. Muda lagi.. kerja di Putrajaya, bandar yang serba serbi mahal, tapi gaji lepas tolak KWSP cuma RM700 je.. 

Ditakdirkan pula jodoh saya cepat.. heheh.. saya berkahwin setahun setengah selepas kerja.. Saya dan suami PJJ.. so kebanyakkan perbelanjaan kami double.. takdelah di tahap kesempitan, tapi cukup2 untuk kami..

Saya memang beri mak saya duit, tapi ikut keadaan kewangan.. saya beri ikut mampu.. kadang2 RM50.. Kadang2 RM100.. Waktu raya je lebih sikit.. RM300 ke.. 

Saya selalu berangan nak beri duit banyak pada ibu bapa saya.. tapi saya tak mampu.. Kenapa saya nak beri banyak?? Sebab kami dari keluarga sederhana.. Mak suri rumah.. Ayah sgt penjimat dalam urus duit.. So mak saya ni selalu pendam kemahuan dia untuk kepentingan keluarga kami.. Disitulah saya berazam nak beri kesenangan itu pada mak.. nak beri dia kebebasan berbelanja apa yang dia nak..


Saya bertuah bertemu dengan Shaklee.. Sangat2 bertuah.. Macam2 kelebihan yang saya dapat, tp saya nak cerita tentang impian saya ni..

Sejak saya dapat 4 angka dengan Shaklee, saya dah mula beri duit lebih kepada mak.. belanja itu ini yang dia nak.. pergi shopping dgn dia saya bayar.. sehinggalah sekarang saya mampu berikan duit bulanan 4 angka kepada mak ayah saya.. Alhamdulillah..

Yang paling saya rasa happy, InsyaAllah awal tahun depan mak nak pergi umrah.. InsyaAllah saya dapat hantar mak pergi hasil tabungan saya dalam akaun Tabung Haji mak saya.. Benar.. sgt terharu.. (nak nangis dah ni..)

Kalau saya tak buat Bisnes Shaklee ni, belum tentu saya dapat nak tampung perbelanjaan mak nak ke sana dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. 

Terima kasih Ya Allah.. Kau berikan aku rezeki melalui Shaklee..


Mak saya adalah orang yang menyuruh saya join Shaklee satu ketika dulu.. Dia jugalah yang sentiasa mendoakan saya berjaya dalam Bisnes ini selain suami saya..

Terima kasih Mak..