Memaparkan catatan dengan label Syafi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syafi. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2016

~ BEKAL ANAK-ANAK SAYA ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya saje nak share bekal anak2 yang saya buat sebelum ni.. Alkisahnya, masa hari pertama persekolahan hari tu, saya tanya Syahmi, apa yang dia makan waktu rehat.. Dia kata tak sempat makan sebab tak sempat nak beli makanan.. Alahai.. kesian pulak saya dengar.. Jadi hari kedua dan seterusnya saya buatkan bekal..

 

 

 

 

 

 

 

   

  

 

Dah buatkan abang bekal, adik pun nak jugak.. So Syafi pun bawak juga bekal walaupun sekolah dia ada sediakan makanan.. takpelah.. dia nak juga makan air tangan mama.. hihihi.. 


Isnin, 28 Mac 2016

~ BAGAIMANA SAYA URUSKAN DUIT SIMPANAN ANAK2 ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Saje nak share dengan anda semua..... Nak tau gak macam mana anda uruskan duit anak-anak (maksudnya duit2 yang orang beri pada mereka).... Simpan ke? Guna untuk mereka ke? Guna untuk anda ke? hehehe... atau bagaimana?....

Bagi saya, sejak anak sulung saya iaitu Syahmi lahir lagi saya dah fikir macam mana nak buat dengan duit mereka... Prinsip saya, saya takkan gunakan duit mereka walau sesen pun... So kalau mereka dapat duit orang bagi hatta singgit pun saya simpan juga... siap ader rekod siapa yang bagi dan jumlahnya... hihihi... rekod ni penting untuk saya keep track jumlah semasa supaya senang untuk saya simpan....

Bagi anak-anak saya, sejak berumur 2 bulan ke atas (kadang2 terlajak juga ikut kesempatan diri.. hehehe) saya akan bukakan mereka 2 akaun... iaitu SSPN dan Tabung Haji.... kenapa 2 akaun ni???


SSPN ni persiapan utk pelajaran akan datang mereka... since PTPTN mewajibkan peminjam mesti ada akaun SSPN, so saya buatlah awal2... ader orang kata, kenapa nak mengajar anak berhutang (PTPTN)... jawapan saya, saya bukan nak ajar mereka, tp ini lebih kepada persiapan masa depan... yerla, kita mmg mengharap anak kita akan cemerlang di dlm pelajaran dan boleh dapat biasiswa, tp kena fikir juga jika mereka tak berapa bernasib baik untuk dapat biasiswa, so bolehla guna kemudahan PTPTN ni.... lagi pun deposit bulanan minimum RM20... so sebagai ibu bapa, kita punya kelebihan dan lebih fleksibel untuk menentukan jumlah peruntukan simpanan bulanan bagi setiap anak... sudah pasti, kami juga perlu ada simpanan sendiri....


Tabung Haji pula, kebanyakkan duit yang mereka dapat saya akan masuk ke akaun ini... Antaranya duit raya yang kami bagi setiap tahun yang dapat dari saudara mara, duit atuk nenek bagi atau dari mana2 jua yg mereka dapat, saya akan masukkan dalam akaun ini.  Saya pilih TH sebab saya yakin dengan TH ni.. Lagi pun TH dah siap2 potong Zakat, so tak perlu fikir2 or susah2 nak bayar zakat macam kalau kita simpan kat tempat lain kan... lagi pun senang nak simpan... saya guna transfer online jer... sama mcm SSPN tu... so tak perlu nak pergi kaunter... pergi setahun sekali jer utk update buku... jimat masa di situ...

Simpanan saya pula ada di KPF dan TH dan juga di aset2 saya dan suami... jom share anda pula bagaimana..

Kalau nak belikan apa2 untuk anak2, kami guna duit sendiri.. Duit mereka biarlah simpan untuk mereka.. Saya anggap kami pemegang amanah sahaja kepada duit2 mereka ni.. Sampai satu masa nanti, saya akan serahkan kembali duit itu kepada mereka.. Bila masanya tu, hanya kami je yang tau..

Isnin, 19 Januari 2015

~ 1ST DAY SEKOLAH SYAHMI DAN SYAFI ~

Assalam dan Selamat Petang..

Hari isnin lepas 1st day sekolah kan.. Mula la rutin harian nak hantar dan jemput anak2 dari 3 tempat berlainan.. Fuhh.. berpeluh jugak ni.. hihihi.. 

Abang Syahmi dah masuk darjah tiga.. So takde masalah dah.. Cuma Abang Syafi ni 1st time la tadika.. last year masuk jugak tadika.. tapi sekejap.. 3 jam sehari je..

Mama risau juga sebab Syafi ni macam pendiam, tapi dia cepat sentap.. kuat merajuk sikit.. kena lembut2 sikit dengan dia.. Masa hantar tu berdebar jugak kot dia taknak masuk ke, nangis ke kan.. Tapi Alhamdulillah mudah sangat.. Sampai je sekolah, terus masuk..

Tengah hari, sebelum ambil abang dari sekolah singgah tadika Syafi sekejap.. Jumpa cikgu.. Tanya Syafi ok tak.. Cikgu kata ok.. tengah tidur.. Ok, mama lega.. 

Petang ambil dia, tanya dia macam2.. So far dia kata dia suka.. So mama senang hati.. Dah seminggu pun sekolah.. so far ok.. Harap2 berterusan..


Syafi ni kalau nak suruh bergambar memang payah sikit.. susah nak senyum, susah nak beri kerjasama.. Walau muka macam muncung, masam tapi dia tak buat hal.. elok je masuk dalam kelas.. hihihi

Khamis, 6 November 2014

~ BRAINY BUNCH ~

Assalam..

Dah bulan November ni, tapi saya masih lagi survey-survey sekolah tadika untuk Syafi.. Asalnya nak masukkan ke tadika lama Syahmi sebab kami berpuas hati dengan performance Syahmi masa belajar di sana.. Selain itu, tempat tu juga adalah laluan saya untuk pergi kerja dan balik kerja sebelum ambil Alisha di rumah pengasuh.. So senang.. semua satu jalan..


Tapi hubby suruh survey Brainy Bunch ni.. Ok, saya survey la.. Memang ada di Putrajaya.. Tapi di Presint 14.. Lokasi sangat jauh dan memang sah2 saya tak lalu langsung hari2 kecuali COD Vitamin pada customer..


Nak share sikit maklumat yang diambil dari laman web Brainy Bunch...

What is Preschool?

Our preschool uses a holistic approach in shaping our young generation. We aim towards a balanced education that will ensure your child will learn both academic subjects at the same time gain an Islamic outlook on life. English is used solely as medium of instruction including in all the Islamic subjects (Seerah, Hadeeth, Ibadah, Akhlaq and many more). Guided by the Montessori approach, our method inculcates the four pillars of Brainy Bunch which are:
  • Love Allah
  • Love Prophets
  • Love Parents
  • Love Jannah

What will they learn?

Activities such as:
  • Exercises of Practical Life
  • Sensorial Education
  • Language (Phonics)
  • Mathematics
  • Cultural Studies
  • Arts and Craft
  • Storytelling and Conversations
  • Music and Movement
  • Physical Education
  • Islamic studies
  • Brainy Muslim (Do’a, Hafazan, Solat Dhuha and Quranic Reading)
  • Practical Skills *
  • Gymnastic/Martial Arts
  • Mandarin
  • Arabic

Our Preschool Hours are:

Regular AM     8.00am till 12.00pm  (4 hours daily/5 days a week)
Regular PM     12.30pm till 4.30pm  (4 hours daily/5 days a week)
Star                   8.00am till 3.00pm  (7 hours daily/5 days a week)
Full Day           7.30am till 6.30pm  (11 hours daily/5 days a week)

*          For Star and Full day students only


What is Elementary?

Our elementary programme is the very first homegrown Cambridge Elementary Islamic Montessori School in South East Asia. We aim towards a well-rounded education that will ensure your child will learn both academically and at the same time will learn to understand and practice the Quran and Hadeeth as guidance of life. English is used solely as medium of instruction including in all the Islamic subjects.

What will they learn?

Activities such as:
  • Exercises of Practical Life
  • Sensorial Education
  • Language
  • Mathematics
  • Arabic Language
  • Mandarin
  • Cultural Studies (Botany, Geography, Zoology, History)
  • Creative Studies (Arts, Music, Movement, English Literature & Drama)
  • ICT Cambridge (Technology)
  • Physical Education
  • Islamic studies (Tauhid, Seerah, Akhlaq and Fiqh)
  • Brainy Muslim (Do’a, Hafazan, Solat and Quranic Reading)
  • Martial Arts

Our Elementary Hours are:

School Hours          8.00am till 3.00pm  (7 hours daily/5 days a week)
Tahfiz Program      3.00pm till 6.00pm (3 hours daily/5 days a week)

Ni pulak yuran untuk Preschool dan Elementary:

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Maklumat lanjut boleh layari laman web ini http://my.brainybunch.com/


Satu cara yang memudahkan saya kalau nak hantar Syafi ke Brainy Bunch ini adalah dengan mendaftarkan Syahmi ke Elementary sekali.. So sekali je lah kan.. 

TETAPI.............................. melihat kepada yuran tu rasanya belum mampu kami nak hantar.....

Total Yuran untuk Syahmi & Syafi..

Pendaftaran + Tahunan = RM5,620.00
Bulanan = RM1,700

Ohhh... Pengsannnn... Mama kena buat Shaklee ni betul2.. Mesti jadi MASTER COORDINATOR dan boleh hantar Syahmi, Syafi dan Alisha terus ke Brainy Bunch ni.. Ok, kena masuk VISION BOARD..


Selasa, 15 Mei 2012

Saya Sudah Grad Hari Ini!!!


Mood saya hari ni sangat2 baik.... Sangat2 happy.... Alhamdulillah, dengan izin Allah jua serta sokongan suami, mak, abah, keluarga, pengasuh, bos dan rakan2 saya akhirnya berjaya juga melengkapkan Penyusuan Susu Ibu selama genap 2 Tahun.  Hari ni saya dah grad... saya dah dapat genggam PhD in Breastfeeding.... Cuma bezanya, takder sijil, takder konvo, dan tak dpt title Dr.... huhuhu.... Tapi saya tetap bangga... saya sedar, tidak semua orang berjaya mengharunginya, tp yang penting, saya dah berjaya!!!! Alhamdulillah....

Jom saya cerita sikit.....

Saya mula pasang niat nak Full BF anak since saya gagal buat pada anak pertama, Syahmi... Sejak itu saya nekad untuk Full BF anak kedua.... Boleh baca di sini

Bagi ibu yang bekerja macam saya, kos persiapan untuk penyusuan memang agak tinggi... Tapi saya tak kisah kerana saya rasa ianya sangat2 berbaloi kerana saya bakal menyediakan susu yang paling BERKHASIAT & PALING MAHAL DI DUNIA.... memang la kita akan terasa sikit masa mula2 nak keluarkan duit.... tapi bila selama 2 tahun tak perlu mengeluarkan duit tiap2 bulan untuk susu formula, Oh... senangnya hati saya....

Nak beli pam, tak semestinya yang mahal... terpulang pada keselesaan, keperluan dan budget individu... Saya memilih pam ini.....

Inilah dia anakanda saya yang bertuah itu....



Sepanjang menyusukan dan membuat stok, saya ada buat buku khas untuk update stok-stok EBM....



Kenangan Gambar stok EBM.... mana yang sempat ambil jer....




Dalam perjalanan penyusuan, tidak sah kalau tidak mengharungi cabaran dan dugaan.  Cuma setiap orang tidak sama... bagi saya pula.... Inilah dugaannya ..... Dalam tempoh itu, saya kehabisan 100 botol stok EBM = 500oz.... huhuhu

Semasa tempoh penyusuan juga, saya ambil vitamin... Saya ambil vitamin bukan kerana saya ada masalah susu tak cukup atau drop ketika itu... tapi saya ambil kerana kesihatan dan untuk diri saya sendiri.... Ini sebabnya saya ambil vitamin....  saya makan vitamin-vitamin ini....



Alhamdulillah... kini saya boleh menarik nafas lega.... Saya sudah sempurnakan HAK PENYUSUAN 2 TAHUN untuk anakandaku SYAFI....



Hari ni, 15 Mei 2012, jam 2.06am.... Syafi genap berumur 2 tahun.... SELAMAT HARI LAHIR sayang.... Mama doakan Syafi menjadi anak yang Soleh, Beriman, Bertanggungjawab, Terpuji, Cerdik, Pandai, Cerdas, Cergas, Lembut Hati, Berani dan sentiasa menjadi Penawar hati mama (Syafi bermaksud Penawar/Yang Menyembuhkan).... Mama halalkan Susu Mama buat kamu DUNIA & AKHIRAT...

pssssttt...... saya masih lagi bawa beg pam yang sama sejak pertama kali saya membawanya ke ofis 2 tahun yang lalu... hihihi... masih tidak terfikir untuk wean off....



Selasa, 17 Januari 2012

Bayi & Jaundis - Apa Yang Saya Perlu Tahu???


Sumber : Yahoo images
 Apa Itu Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan.  Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa Yang Menyebabkan Jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa.  Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah.  Ia proses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.  Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna.  Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan.  Keadaan inilah yang menyebabkan Jaundis.

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?

  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi yang kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya
    • Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve)
    • Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis Merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah Tanda-tanda Bayi Dalam Bahaya?

Apabila bayi anda mengalami:
  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibubapa Sekiranya Bayi Mengalami Jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI

Apakah Masalah Jangka Panjang Daripada Jaundis?

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, bayi boleh mengalami:
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum (cerebral palsy)



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengalaman Sendiri : Saya berdarah O +ve

Anak Sulung : Syahmi

Syahmi lahir pada minggu ke-37 dengan berat 2.3kg sahaja.  Ketika nak discharge (Sabtu) dah ada tanda2 Jaundis.  Sepatutnya datang semula check up pada hari Isnin.  Tapi memandangkan tiada sesiapa yang boleh hantar ke klinik, so tunggu husband balik dari Lumut.  Hari Khamis husband sampai terus bawa ke klinik.  Jaundis dah tinggi, so klinik refer ke Hospital.  Di hospital, dijalankan ujian sekali lagi dan confirm warded.  Tinggal 2 malam di NICU menjalani rawatan phototherapy.

Anak Kedua : Syafi

Semasa mengandungkan Syafi, ada terbaca tentang Susu IgC Biodex (Susu Kambing) yang boleh mengelakkan Jaundis, (Selain kerap menyusukan baby).  Saya amalkan minum susu tu dari kandungan berusia 5 bulan.  Ketika itu ambil selang 2-3 hari sekali.  Ketika masuk ke minggu 36, saya mula kerapkan pengambilan kepada 1-2 hari sekali sehingga bersalin.  Selepas bersalin, saya minum sekali sehari.  Alhamdulillah, dengan kekerapan penyusuan dan izin Allah jua , Syafi bebas dari Jaundis.  Namun saya tidak pasti sama ada Susu IgC itu membantu mengelakkan Syafi dari mendapat Jaundis.  Walau apa pun, saya sebagai mama, hanya berusaha yang terbaik untuk anak saya.

Khamis, 12 Januari 2012

~ Cara Saya Panaskan EBM Guna Warmer ~

Saya selalu dengar tentang masalah ibu-ibu yang hendak menggunakan warmer untuk memanaskan EBM.  Saya tak pasti ibu-ibu di luar sana macam mana.  Tapi saya sangat selesa menggunakan warmer untuk memanaskan EBM saya untuk diberi kepada anak.  Jom saya share sikit.

Saya menggunakan Warmer Snow Bear macam gambar di bawah ini:

pic credit

Kalau anda dapat lihat, pada button biru tu, ada penunjuk gambar botol susu (40'C), makanan (70'C) dan 100'C.  Sebenarnya dari situ dah boleh tahu, setakat suhu mana yang diperlukan untuk memanaskan EBM.  Tentu sekali suhu 40'C iaitu pada gambar botol susu.

Ada ibu-ibu yang menyatakan bahawa apabila dipanaskan pada suhu 40'C, dan apabila lampu terpadam, susu masih sejuk.  Adalah diingatkan bahawa apabila suhu dilaraskan kepada 40'C, dan apabila suhu air mencecah 40'C, lampu akan terpadam.  Ini adalah perlu bagi mengekalkan suhu air tersebut.  Dan apabila suhu air menurun tindakbalas dari susu sejuk tadi, maka lampu akan bernyala semula dan air akan dipanaskan semula sehingga 40'C.  Proses ini akan berlaku secara berterusan selagi ia tidak dilaraskan kepada suhu lain ataupun suis dimatikan. 

Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah:

1.  Isikan 90-100ml air ke dalam tempat pemanas.
2.  On kan suis dan laraskan kepada suhu 40'C.
3.  Letakkan susu yang telah dicairkan.  Pastikan susu telah cair sepenuhnya.  JANGAN PANASKAN SUSU YANG MASIH BERAIS.  Biarkan selama 10-15 minit. 
4.  Sekiranya ingin memanaskan makanan bayi, laraskan suhu kepada 70'C.
5.  Sekiranya ingin mensteril puting bayi, laraskan suhu kepada 100'C.

*** Pastikan susu dipanaskan lebih awal dari waktu anak menyusu kerana susu akan panas/sedia digunakan dalam masa lebih kurang 10-15 minit.

*** Pastikan susu dipanaskan menggunakan botol.  Sekiranya susu disimpan di dalam plastik, pindahkan susu ke dalam botol terlebih dahulu.  Ia juga memudahkan tugas pengasuh dalam mengendalikan EBM kita.

Suhu 40'C adalah suhu yang paling sesuai untuk memanaskan EBM.  Dengan suhu 40'C, sebahagian besar nutrien susu dapat dikekalkan.  Sekiranya kita memanaskan EBM pada suhu lebih dari 40'C, semakin banyak nutrien akan musnh. manakala pada 100'C, maka semua nutrien dalam susu ibu akan musnah.  Sama ertinya memberi anak minum air kosong je.  Sebab tu kita tidak boleh memanaskan susu direct di atas api atau dengan air panas kerana kita tidak pasti dengan suhu air yang kita gunakan.

Malah, kita tidak risau untuk terus memberikan susu pada anak, kerana suhu susu adalah hampir sama dengan suhu tubuh badan manusia iaitu seperti kita DF anak.  Tidak perlu risau jika kita telah memanaskan susu lebih lama kerana suhu susu tetap akan kekal di 40'C.  Namun begitu, jangan melebihi 1 jam kerana susu yang telah dipanaskan hanya bertahan selama 1 jam sebelum dibuang.

Bagi saya, warmer amat memudahkan saya.  Saya bekalkan warmer berkenaan di rumah pengasuh.  Pengasuh juga lebih senang menggunakan warmer.  Bagi beliau, takder masalah untuk menunggu kerana beliau telah tahu jadual menyusu anak.  Lagi pun, susu itu bertahan kekal suam dan boleh digunakan dalam tempoh 1 jam.  Malah ibu saya sendiri lebih selesa menggunakan warmer sekiranya beliau menjaga anak saya.

Selain makanan baru dimasak, saya juga ada membekalkan makanan yang saya bekukan.  Caranya sama seperti saya mengendalikan EBM.  Ianya perlu dinyahbekukan, kemudian dipanaskan menggunakan warmer pada suhu 70'C.

Jadi ibu-ibu yang ada warmer ni, manfaatkan warmer itu untuk kebaikan Susu Ibu dan kemudahan anda.  Sesuatu perkara itu akan jadi mudah sekiranya kita faham konsep sebenar.  Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Selasa, 15 November 2011

Master In Breastfeeding Dalam Genggaman... Alhamdulillah!!!

Alhamdulillah... Syukur ke Hadrat Ilahi.... Dengan limpah kurniaNya serta izinNya dan rezeki dariNya... Akhirnya berjaya jua diriku menggenggam Master In BF bersama anakku Syafi... Impian yang sering dalam bayangan dan ingatan sejak Syafi di dalam kandungan lagi... Hari ni, genap 1 tahun 6 bulan Syafi menyusu denganku, dan hanya minum SUSU IBU sahaja...

Alhamdulillah ... Terima kasih Ya Allah...

Memulakan fasa ini (1 tahun - 1 tahun 6 bulan) ni, awal2 lagi telah diberikan ujian dari Allah... sedikit ujian kesihatan yang Allah berikan telah menyebabkan susu sangat merudum seperti di Entry ini... Sejak dari itu, stok tidak pernah lagi bertambah... cuma Alhamdulillah... dari merudum teruk, dapat juga naikkan semula production hingga mencukupi untuk bekalan harian... namun ada kalanya terpaksa juga mencuri stok yang tinggal tak banyak mana... Tapi Alhamdulillah, setakat ini masih ada stok walaupun tidak sebanyak dulu.... Tidak mengapa, sekurang2nya masih ader back up utk seminggu dua jika ada emergency...

Kini perjuangan akan diteruskan untuk menuju dan menggapai PhD pula... Bagi melengkapkan perjuangan penyusuan SUSU IBU selama 2 tahun untuk Syafi... Harapanku semoga ianya berjaya ku laksanakan dan dapat memenuhi HAK Syafi yang perlu ku sempurnakan.

Ya Allah.... Berikanlah Aku Kesihatan Yang Baik..... Murahkanlah Rezeki SUSU IBU Untuk Anakku SYAFI...... Dan Permudahkanlah Perjalanan Penyusuanku Ini..... Amin...

Khamis, 20 Oktober 2011

Buku Catatan EBM Syafi

Salam....

Kali ni nak share Buku Catatan EBM ni... Since peknen lagi dah buat... Semangat waja nak BF kan... heheh... So mesti kena ader rekod... Senang nak update stok... So takder la lalai sampai ader yang expired pun tak perasan... Dan juga dapat memantau prestasi dan hasil dari semasa ke semasa....


Muka Depan Buku

Isi Kandungan (sorry gambar kabur)

So anda semua pun boleh buat juga... Bagi saya, ianya amat memudahkan kerja... dan lagi, sgt seronok setiap kali membelek buku ini... Kenangan terindah memori perjalanan penyusuan Syafi.... Buku pun dah buruk sikit... akibat dibelek hari2 sepanjang setahun setengah ni... hehehe...

Rabu, 28 September 2011

~ Syafi Tak Nak Menyusu?? ~

Hari Ahad lepas (25/9/2011) aku pergi open house Yong (kak ipar) kat Banting. Balik dari rumahnya dah malam jugak la... bertolak lebih kurang jam 8.30 malam... Sepanjang perjalanan, Syafi tidur di car seatnya di sebelah tempat duduk pemandu... aku dan Syahmi duduk di belakang. Sampai rumah, mandikan Syafi dan terus ajak tidur... Kebiasaannya, kalo nak tidur, Syafi mesti nak 'ngempeng' (menyusu lama2)... biasalah budak breastfeed ni mmg nak 'ngempeng' kalo nak tidur ni... ala2 mcm fungsi bantal busuk tu... mesti kena ader la... Selalunya, bila aku selak jer baju, dia dah tak sabar nak menyusu... tapi lain pulak jadi kali ni... bila aku selak baju nak sua 'nenen'(panggilan Syafi kalo nak nyusu) kat dia, dia taknak.... dia nyusu sekejap dan lepaskan... lepas tu dia melalak mengamuk... pada mulanya aku ingat dia penat, sebab tu dia mengamuk... sepanjang malam sampai ke pagi dia mcm tu... merengek jer...

Pagi aku bangun macam biasa untuk bersiap gi keje... bila dia sedar dari tidur, tgk aku takder, dia nangis.. aku pun masuk bilik dan nak nyusukan dia since breast pun dah penuh cos dia kurang minum malamnya... tapi aku terkejut kerana dia taknak menyusu... siap berpaling muka bila aku selak baju nak bagi... aku suakan juga nenen ke mulutnya, tapi dia taknak hisap... aku dah mula tak sedap hati... siap aku pun nangis sama tgk dia ngamuk tu...

Aku hantar dia ke rumah pengasuh berbekalkan EBM seperti biasa... kemudian, dalam kol 10.00am aku telefon pengasuh tanya sama ada dia nak menyusu atau tidak... pengasuh kata dia menyusu mcm biasa... ini tambah menguatkan firasatku bahawa ader sesuatu yang tak kena... aku plan nak minta tolong hubby pengasuh, tetapi aku nak tgk dulu sama ada malamnya dia dah nak atau tidak...

So balik dari rumah pengasuh aku bawa dia ke dalam bilik.. kemudian gurau2 dgnnya sambil nak nyusukan... sebelah kanan dia reject terus... tp sebelah kiri dia minum sikit... aku ingat, bila nak tidur mlm nanti mungkin ok sket.... tapi rupa2nya tak... nak bawa rumah pengasuh untuk berubat, hujan lebat pulak... so bersengkang mata la aku menjaga/memujuk syafi untuk tidur kerana dia meragam dan menangis sepanjang malam... aku dah cuba bagi susu dalam botol/cawan, tapi dia taknak... bagi air msk pun dia taknak....

Esok pagi (Selasa) aku hantar ke rumah pengasuh mcm biasa... kat rumah pengasuh aku tak risau cos dia menyusu mcm biasa... So malamnya, pengasuh kol, kata hubby dia tak dpt nak tolong.... So diorang suggest jumpa member diorang (Abg Lan)... So aku pergi rumah Abg Lan dgn pengasuh n hubbynya... Abg Lan ubatkan Syafi dan bekalkan air utk kami.... Kata Abg Lan, mmg Syafi ader diganggu...

So, balik dari rumah Abg Lan, aku ambil air tu then sapu ke muka, ubun2 dan kepala Syafi dan  bagi dia minum sket.... Aku pun minum sket dan sapu di breast... lepas tu aku bawa Syafi masuk bilik dan nyusukan dia... Alhamdulillah!!!! Dengan Izin Allah... Syafi menyusu seperti biasa!!! ... Gembiranya rasa hati aku sampai mengalir air mata kerana Syafi dah kembali seperti sedia kala... Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah...

Ni la buah hati mama....

Gambar ketika berusia 3 hari