Memaparkan catatan dengan label Set Tripple M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Tripple M. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2012

Kekal Bertenaga Walaupun Puasa Dan Menyusu???

Sekarang ni dah bulan Rejab... Lepas tu Sya'aban... Diikuti dengan bulan Ramadhan.... Ketiga-tiga bulan ni memang berkait dengan puasa... Ramadhan, tentu sahaja menjadi kewajipan untuk semua umat islam melaksanakan ibadah Puasa... Jika lalai, atau sengaja meninggalkannya, jawablah dengan Allah kelak.... Namun tak kurang hebat bulan Rejab dan Syaa'ban ni... Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berpuasa sunat... Tak kurang juga ada yang kelam kabut baru nak ganti puasa... Hahaha betul tak... jangan tipu... Allah tau... hehehe.... termasuklah saya... Tapi Alhamdulillah... saya dah habis menggantikan puasa... Alhamdulillah juga, saya dapat berpuasa dengan baik walaupun masih menyusukan anak saya Syafi....

Menjadi kebiasaan saya untuk bersahur dengan makanan berat sejak-sejak selepas berkahwin... kerana kebiasaannya ketika bulan puasa, sama ada saya hamil atau menyusu... jadi untuk bekalan tenaga diri sendiri dalam dua keadaan demikian, tentu sahaja saya perlukan makanan yang berat ketika bersahur... dan sejak itu, saya tak pernah turun berat badan ketika berpuasa lagi... hahaha.... Sebab masa bujang dulu, saya tak kisah sgt tentang sahur, minum air je pun dah cukup... so masa bulan puasa je saya dapat turunkan berat badan... suka2... sambil beribadat, sambil dpt manfaat yang lain...

Namun tahun ini, saya ubah makanan sahur saya ketika berpuasa ganti... kira ni percubaan la ni sebelum tempuh Ramadhan nanti.... Apa yang saya buat ialah... Saya amalkan makan vitamin (kata pengedar vitamin kan??? hikhikhik...) Sepanjang berpuasa, saya akan ambil Vitalea, B-Comp, Vit-C, Ostematrix, Alfalfa, Energizing Soy Protein dan Performance Drink (hubungi saya untuk mengetahui jadual dan cara makan vitamin2 berkenaan, eksklusif untuk customer saya...)


Vita-Lea Iron Formula - Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dan diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Ia mampu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi serta memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.  Oleh kerana berpuasa ni kita kurangkan pengambilan makanan, Vitalea ini sangat membantu untuk menampung kekurangan zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita.


B-Complex - Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.  Mengubah makanan kepada bentuk molekul.  Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.  Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak. 


Sustained Release Vita-C - Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah. Ia boleh mengurangkan gejala penyakit asma, memetabolismakan asid folik, tairosin dan phenylalanine, menolong mencegah kanser, meningkatkan imuniti, meningkatkan penyerapan zat besi (Vitalea), mengurangkan LDL (kolestrol tidak baik), meningkatkan HDL (Kolestrol baik), menurunkan tekanan darah tinggi, membantu mencegah 'atherosclerosis', agen dalam pembentukan collagen, mencegah pembekuan darah yang tidak normal, mempercepatkan penyembuhan luka.


Energizing Soy Protein - Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan SUSU IBU, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan membantu kawal paras kolestrol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.  Ianya sangat sesuai diambil oleh pesakit gastrik ketika berpuasa. 



Shaklee Performance - Terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap radiasi berbanding air. Ia mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.  Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum dan meningkatkan stamina.




Antara Khasiat Alfalfa -
- Milk Booster bagi ibu menyusu
- Melegakan sakit sendi dan belakang
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan
- Memberi kelegaan semasa haid
- Mencuci usus dan membuang toksik
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Meneutralkan asid dalam badan
- Melegakan sembelit



Ostematrix (Kalsium & Magnesium) - Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis, membina tulang dan gigi yang kuat. Ostematrix dilengkapi dengan Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan juga Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.  Ia memberi tidur yang lena, bangun pagi yang cergas dan ceria serta lawas.  Baca juga kebaikan lainnya di sini


Alhamdulillah... sepanjang hari saya rasa bertenaga... Sampai waktu berbuka pun masih steady memasak... hanya berbuka dengan air sahaja dahulu... kemudian lepas siap masak & solat, baru makan... makan pun, macam makan malam biasa je... takdelah sampai double portion kan.... sangat berbeza dengan hari yang saya tak mkn vitamin... serius, saya bukan tipu... memang rasa sendiri... dan saya puasa straight 3-4 hari boleh turun 1kg... production susu juga seperti biasa... suka sgt2... heheh.... Memang kena ready la vitamin-vitamin ni untuk bulan puasa nanti...

Anda rasa byk ke vitamin yang saya makan? takpe2... anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi... saya akan berikan option terbaik untuk keperluan dan bersesuaian dengan budget anda... jgn risau yer... Jom dapatkannya dari saya... Bulan puasa tak lama jer lagi ni... sekarang ni pun boleh la ganti2 mana yang tak ganti tu... selain tu, puasa sunat juga byk pahalanya dalam bulan yang baik ni....


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 15 Mei 2012

Saya Sudah Grad Hari Ini!!!


Mood saya hari ni sangat2 baik.... Sangat2 happy.... Alhamdulillah, dengan izin Allah jua serta sokongan suami, mak, abah, keluarga, pengasuh, bos dan rakan2 saya akhirnya berjaya juga melengkapkan Penyusuan Susu Ibu selama genap 2 Tahun.  Hari ni saya dah grad... saya dah dapat genggam PhD in Breastfeeding.... Cuma bezanya, takder sijil, takder konvo, dan tak dpt title Dr.... huhuhu.... Tapi saya tetap bangga... saya sedar, tidak semua orang berjaya mengharunginya, tp yang penting, saya dah berjaya!!!! Alhamdulillah....

Jom saya cerita sikit.....

Saya mula pasang niat nak Full BF anak since saya gagal buat pada anak pertama, Syahmi... Sejak itu saya nekad untuk Full BF anak kedua.... Boleh baca di sini

Bagi ibu yang bekerja macam saya, kos persiapan untuk penyusuan memang agak tinggi... Tapi saya tak kisah kerana saya rasa ianya sangat2 berbaloi kerana saya bakal menyediakan susu yang paling BERKHASIAT & PALING MAHAL DI DUNIA.... memang la kita akan terasa sikit masa mula2 nak keluarkan duit.... tapi bila selama 2 tahun tak perlu mengeluarkan duit tiap2 bulan untuk susu formula, Oh... senangnya hati saya....

Nak beli pam, tak semestinya yang mahal... terpulang pada keselesaan, keperluan dan budget individu... Saya memilih pam ini.....

Inilah dia anakanda saya yang bertuah itu....



Sepanjang menyusukan dan membuat stok, saya ada buat buku khas untuk update stok-stok EBM....



Kenangan Gambar stok EBM.... mana yang sempat ambil jer....




Dalam perjalanan penyusuan, tidak sah kalau tidak mengharungi cabaran dan dugaan.  Cuma setiap orang tidak sama... bagi saya pula.... Inilah dugaannya ..... Dalam tempoh itu, saya kehabisan 100 botol stok EBM = 500oz.... huhuhu

Semasa tempoh penyusuan juga, saya ambil vitamin... Saya ambil vitamin bukan kerana saya ada masalah susu tak cukup atau drop ketika itu... tapi saya ambil kerana kesihatan dan untuk diri saya sendiri.... Ini sebabnya saya ambil vitamin....  saya makan vitamin-vitamin ini....



Alhamdulillah... kini saya boleh menarik nafas lega.... Saya sudah sempurnakan HAK PENYUSUAN 2 TAHUN untuk anakandaku SYAFI....



Hari ni, 15 Mei 2012, jam 2.06am.... Syafi genap berumur 2 tahun.... SELAMAT HARI LAHIR sayang.... Mama doakan Syafi menjadi anak yang Soleh, Beriman, Bertanggungjawab, Terpuji, Cerdik, Pandai, Cerdas, Cergas, Lembut Hati, Berani dan sentiasa menjadi Penawar hati mama (Syafi bermaksud Penawar/Yang Menyembuhkan).... Mama halalkan Susu Mama buat kamu DUNIA & AKHIRAT...

pssssttt...... saya masih lagi bawa beg pam yang sama sejak pertama kali saya membawanya ke ofis 2 tahun yang lalu... hihihi... masih tidak terfikir untuk wean off....



Sabtu, 26 November 2011

Mengapa Saya Ambil Supplement???

Selalu saya cerita tentang kebaikan vitamin dan juga produk Shaklee... Tapi kali ini berbeza... Saya nak cerita sendiri tentang pengalaman saya dengan supplement....

Saya mula mengenali Shaklee ketika melawat blog seorang ibu menyusu... Dari situ, saya mengenali Blog mamafaiz ni.  Ketika itu sekitar November 2010.  Saya pun mula mengulangkaji blog ni... saya baca entry by entry mengenai kebaikan vitamin yang dikongsikan oleh Kak Cery... Akhirnya sekitar Disember saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Menyusu...

Mengapa saya mencuba set menyusu? Sedangkan ketika itu, saya tidak menghadapi masalah untuk supply susu untuk anak yang berumur 7 bulan... hasil pam harian mmg cukup untuk menampung kepeluan baby saya.. Malah kadang-kadang boleh simpan buat stok... Dan kalau anda nak tahu, ketika itu, saya juga memiliki stok lebih kurang 750 Oz dalam DF saya!!!


Stok dalam DF

Jawapannya adalah, kerana saya ingin mencuba!!! Untuk maintain milk production saya demi meneruskan perjalanan penyusuan yang masih jauh dan dalam masa yang meningkatkan kesihatan saya sendiri... Mengapa saya kata begitu??? Tentu ibu-ibu bekerja maklum, menguruskan keluarga, anak-anak, suami disamping bekerja dan menjalankan rutin harian rumah tentu amat meletihkan... Tentu ramai yang kata, "aku pun kerja, aku pun ader anak dan suami"... yer, saya tak nafikan semua tu dan memang ramai yang mengalaminya.... Namun bagi saya, apa salahnya saya keluarkan sedikit duit untuk kesihatan saya sendiri, dan secara tidak langsung dapat menguruskan rumah tangga dengan baik... Malah saya sendiri sedar, pemakanan seharian saya tidak mampu menampung keperluan mineral, zat dan nutrien harian saya... Yerlah, kebanyakkan amalan memasak kita terutama hidangan melayu telah memusnahkan sebahagian besar zat dalam makanan itu... Menggoreng, menggunakan suhu melampau, masakan berlemak dsb.  Oleh itu, mana mungkin kita mampu menampung keperluan nutrien badan kita...

Kesannya selepas saya mengamalkan vitamin-vitamin ni... Saya semakin bertenaga... Bangun pagi lebih ceria, tak mengantuk... proses penghadaman dan nyahtinja berjalan dengan lancar sekali... kat ofis pun saya segar jer.. takderlah layu2 nak tido... penyusuan berjalan dengan baik sekali dan production memang maintain.... hubungan suami isteri semakin baik kerana saya sentiasa 'bersedia berkhidmat'... hahhaha..... Malah masalah rambut gugur yang sering dialami oleh ibu2 yang melahirkan anak juga berjaya diselesaikan... Malah, saya yang dahulu agak kurang minum air masak, kini menjadikan air masak peneman setia... bukankah itu juga satu kelebihan dan kebaikan???

Ramai yang persoalkan, perlu ke vitamin untuk ibu menyusu??? Jawapan saya memang perlu... tapi bukan kerana penyusuan semata-mata, ia adalah untuk kesihatan diri kita sendiri... bukan bermakna setelah berhenti menyusukan anak kita tidak perlu lagi vitamin-vitamin ini... ia seharusnya diteruskan demi menjaga kesihatan kita... Ia dinamakan set penyusuan bagi memudahkan ibu-ibu menyusu memilih vitamin yg diperlukan... kerana tidak semua vitamin sesuai diambil oleh ibu menyusu... bukan kerana wajib diambil oleh semua ibu menyusu... saya dan Group Euphoria hanya berkongsi apa yang kami makan dan apa yang kami rasa... kami tidak memaksa semua orang untuk membeli dan makan vitamin... kerana kesihatan kita tanggungjawab kita, bukan orang lain....

Sejak dari itu, saya memang berazam untuk meneruskan pengambilan vitamin ini... dari segi kos, memang nampak macam mahal sket... sebab kita kira harga untuk sebulan, 2 bulan, 3 bulan... tapi cuba kita bahagikan kepada hari... nilainya tak setinggi mana... saya jamin setakat vitamin basic seperti untuk penyusuan, nilai harian lebih kurang RM3-4, manakala untuk Set optimum lebih kurang RM5-6... mahal ker??? Harga itu adalah untuk Vitalea (Multivitamin), B-Comp, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix (Kalsium/Magnesium) & Soy Protein... Cuba bayangkan, untuk kalsium kalau kita minum susu segar, sekotak dah harga RM4.++.. tu baru kalsium... macam mana dengan vitamin-vitamin lain???... so, fikir-fikirkan lah sendiri dan nilailah sendiri yer...


Jadi, tentu sekali anda boleh nilai sendiri... mana satu yang terbaik dan mana satu yang menjadi pilihan anda... Tidak mengapa berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan yang berpanjangan... Pilihan di tangan anda.....


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Jumaat, 4 November 2011

Beza EBM Ketika Makan Shaklee Dgn Ketika Belum Makan Shaklee.....

Salam semua...

Kali ni sajer nak share... ni hasil EBM masa awal2 makan SHAKLEE dulu.... Bulan Disember 2010... Memang nampak perbezaan warna EBM berkenaan... saya bukan nak ckp lebih semata-mata kerana saya distributor... sebab waktu tu pun, saya belum jadi distributor... tapi tergerak nak ambil gambar untuk kenangan... tapi tak sangka pula ianya berguna hari ni... hehehe...


Kiri - EBM dgn SHAKLEE
Kanan - EBM tanpa SHAKLEE
Mungkin dalam gambar ni perbezaan warna tak begitu ketara... Tetapi realitinya mmg berbeza... kalau sebelum tu, warna EBM jernih sikit... ala2 air kanji beras gitu... tetapi setelah mengamalkan SHAKLEE, EBM jadi pekat berkrim... warna pun cantik jer... sendiri tengok pun rasa berselera... huhuhu.... yang penting layer lemak lebih tebal berbanding yg sebelumnya...

So kepada ibu-ibu yang menyusukan anak, anda boleh berfikir sendiri, menilai sendiri... yang mana menjadi pilihan anda? EBM yang cair @ EBM yang pekat dan berkrim untuk anak anda...


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**