Khamis, 12 Januari 2012

~ Cara Saya Panaskan EBM Guna Warmer ~

Saya selalu dengar tentang masalah ibu-ibu yang hendak menggunakan warmer untuk memanaskan EBM.  Saya tak pasti ibu-ibu di luar sana macam mana.  Tapi saya sangat selesa menggunakan warmer untuk memanaskan EBM saya untuk diberi kepada anak.  Jom saya share sikit.

Saya menggunakan Warmer Snow Bear macam gambar di bawah ini:

pic credit

Kalau anda dapat lihat, pada button biru tu, ada penunjuk gambar botol susu (40'C), makanan (70'C) dan 100'C.  Sebenarnya dari situ dah boleh tahu, setakat suhu mana yang diperlukan untuk memanaskan EBM.  Tentu sekali suhu 40'C iaitu pada gambar botol susu.

Ada ibu-ibu yang menyatakan bahawa apabila dipanaskan pada suhu 40'C, dan apabila lampu terpadam, susu masih sejuk.  Adalah diingatkan bahawa apabila suhu dilaraskan kepada 40'C, dan apabila suhu air mencecah 40'C, lampu akan terpadam.  Ini adalah perlu bagi mengekalkan suhu air tersebut.  Dan apabila suhu air menurun tindakbalas dari susu sejuk tadi, maka lampu akan bernyala semula dan air akan dipanaskan semula sehingga 40'C.  Proses ini akan berlaku secara berterusan selagi ia tidak dilaraskan kepada suhu lain ataupun suis dimatikan. 

Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah:

1.  Isikan 90-100ml air ke dalam tempat pemanas.
2.  On kan suis dan laraskan kepada suhu 40'C.
3.  Letakkan susu yang telah dicairkan.  Pastikan susu telah cair sepenuhnya.  JANGAN PANASKAN SUSU YANG MASIH BERAIS.  Biarkan selama 10-15 minit. 
4.  Sekiranya ingin memanaskan makanan bayi, laraskan suhu kepada 70'C.
5.  Sekiranya ingin mensteril puting bayi, laraskan suhu kepada 100'C.

*** Pastikan susu dipanaskan lebih awal dari waktu anak menyusu kerana susu akan panas/sedia digunakan dalam masa lebih kurang 10-15 minit.

*** Pastikan susu dipanaskan menggunakan botol.  Sekiranya susu disimpan di dalam plastik, pindahkan susu ke dalam botol terlebih dahulu.  Ia juga memudahkan tugas pengasuh dalam mengendalikan EBM kita.

Suhu 40'C adalah suhu yang paling sesuai untuk memanaskan EBM.  Dengan suhu 40'C, sebahagian besar nutrien susu dapat dikekalkan.  Sekiranya kita memanaskan EBM pada suhu lebih dari 40'C, semakin banyak nutrien akan musnh. manakala pada 100'C, maka semua nutrien dalam susu ibu akan musnah.  Sama ertinya memberi anak minum air kosong je.  Sebab tu kita tidak boleh memanaskan susu direct di atas api atau dengan air panas kerana kita tidak pasti dengan suhu air yang kita gunakan.

Malah, kita tidak risau untuk terus memberikan susu pada anak, kerana suhu susu adalah hampir sama dengan suhu tubuh badan manusia iaitu seperti kita DF anak.  Tidak perlu risau jika kita telah memanaskan susu lebih lama kerana suhu susu tetap akan kekal di 40'C.  Namun begitu, jangan melebihi 1 jam kerana susu yang telah dipanaskan hanya bertahan selama 1 jam sebelum dibuang.

Bagi saya, warmer amat memudahkan saya.  Saya bekalkan warmer berkenaan di rumah pengasuh.  Pengasuh juga lebih senang menggunakan warmer.  Bagi beliau, takder masalah untuk menunggu kerana beliau telah tahu jadual menyusu anak.  Lagi pun, susu itu bertahan kekal suam dan boleh digunakan dalam tempoh 1 jam.  Malah ibu saya sendiri lebih selesa menggunakan warmer sekiranya beliau menjaga anak saya.

Selain makanan baru dimasak, saya juga ada membekalkan makanan yang saya bekukan.  Caranya sama seperti saya mengendalikan EBM.  Ianya perlu dinyahbekukan, kemudian dipanaskan menggunakan warmer pada suhu 70'C.

Jadi ibu-ibu yang ada warmer ni, manfaatkan warmer itu untuk kebaikan Susu Ibu dan kemudahan anda.  Sesuatu perkara itu akan jadi mudah sekiranya kita faham konsep sebenar.  Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

9 ulasan:

  1. Tq sis syuhada.sblm ni sy salah gunakan warmer.sy sangka lps lampu terpadam susu dah sedia diminum.tp bila dirasa susu msh sejuk.rupanya kene pnskan dlm ms 10-15 mnt..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ia membantu puan.. Saya faham, memang ramai yang salah faham tentang penggunaan warmer ni.. Sama2 kita kongsi ilmu.. :-)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika susu beku, perlu untuk turunkan susu dan letak di dalam chiller terlebih dahulu pada malam sebelumnya.. Keesokkannya insyaAllah telah cair dan boleh dipanaskan seperti biasa..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Susu yg dah diwarmkan hanya boleh bertahan 1 jam shj ye? Bkn 4 jam? Sy confused.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul puan.. susu yang DIPANASKAN hanya bertahan 1 jam shj.. susu FRESH yang letak diluar boleh tahan 4 jam..

      Padam
  5. Slm...sy pn pakai warmer ni...tp xblh nk agk waktu ank nk minum susu brpa jam skli...buntu..tq

    BalasPadam
  6. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    BalasPadam