Memaparkan catatan dengan label Pap Smear. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pap Smear. Papar semua catatan

Isnin, 17 November 2014

~ PAP SMEAR ~

Pertengahan Ogos yang lalu sempatlah saya buat Pap Smear yang ketiga.. Sebenarnya datang bawa Syahmi check mata.. Kemudian saje tanya kaunter kalau bilik nurse kosong.. Petugas kaunter kata ada sorang je que.. Kira2 balik memang waktu sesuai dan lepas semua syarat2 nak buat ujian, so daftar la..

Sekejap je nak buat ni.. dari proses daftar sampai siap prosedur tu dalam masa lebih kurang setengah jam jer.. keputusan akan diterima sebulan kemudian.. Kalau semua ok, mereka akan pos result tu.. Kalau ada apa2 masalah, mereka akan hubungi kita.. So far, keputusan dah dapat dan Alhamdulillah semua ok..

Ok, meh nak cerita sikit tentang Pap Smear ni.. Untuk panduan anda semua..


Apakah itu ujian Pap Smear?
  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
  • Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? 
  • Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.



Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.


Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?


  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :

  1. Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  2. Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
  3. Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :

  1. Rawatan susulan
  2. Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  3. Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan.

Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
Ministry of Health, 2002. Annual Report
Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer


Selasa, 12 April 2011

Sudahkah Anda Menjalani Ujian Pap Smear???

Hah, jawab pertanyaan ku itu... hehehe... Aku jawab ok... DAH!!!!.... hahah, teruja bagi tau... baru jer lagi pun... bulan lepas... Meh aku citer sket kat korang ok.... Semua tulisan aku ni bukan ayat2 kenyataan perubatan tau... ni ayat aku sendiri ikut apa yg aku tau serba sikit...

Siapa yang perlu buat?

Ok, Ujian Pap Smear ni perlu dilakukan oleh wanita yang pernah/telah melakukan hubungan seks... Dalam erti kata lain, bagi kita sebagai orang islam ni mestilah yang dah kawen kan... tp kalo dah lepas kawen pun tak buat hubungan seks, baik korang rujuk kat pejabat agama.. hahah... gurau okeh....

Nak buat bila?

Waktu yang disarankan pulak adalah 2 minggu selepas hari pertama period..... lebih kurang hari ke 16 ke atas..... tp jgn pulak nak dekat2 next period.... dan lagi satu, korang kena 'puasa' dari bersama dengan hubby atleast sehari sebelum buat ujian... aku suruh hubby aku puasa 2 hari... hahaha.... aku taknak hasil yang tak accurate... for my own good right???..... Rasionalnya, supaya vagina kita betul2 bersih dan sampel yang diambil mmg betul2 sampel dinding serviks...... takmo lah ader saki baki darah or 'protein' plak... (korang tau maksud aku)... hahah... nanti hasil tak tepat...

Keputusan?

Keputusan ujian akan diperolehi dalam masa 2 bulan... Sekiranya ok, keputusan ujian akan di pos kepada korang... namun jika sebaliknya, doktor akan hubungi korang personally... jeng3... aku pun masih nebes nih...

Kekerapan?

Untuk pertama kali, ujian perlu dilakukan sebanyak 3 kali berturut2 selama 3 tahun iaitu setahun sekali.... selepas itu, memadai dilakukan setiap 2 tahun sekali...

Ok, meh aku citer lak pengalaman aku buat ujian ni hari tu.....

Aku datang nak buat ujian dengan penuh semangat masa hari ke 9 dlm period cycle... sekali silap daa.... huhuhu... takleh wat, takut masih ader saki baki darah....tunggu turn sikit punyer lama... last2 balik jer la... tp oleh kerana hari Rabu, aku pun dgn rajinnya join ceramah SUSU IBU kat klinik tu... ala, sejam jerk... so aku buat appointment semula pada hari ke 18... kalo di Klinik Putrajaya, korang pergi kat bhgn Ibu mengandung n kanak2 yer... kalo korang tunggu giliran kat sini sorang diri, mesti orang ingat korang mengandung... orang takkan sangka korang nak wat pap smear punyer... hahah..

Kemudian, bila dah dapat kad, aku carik la tempat duduk betul2 depan bilik No. 14 (Bilik Rawatan Pap Smear & Perancangan Keluarga)... Sekejap jer tunggu dah kena panggil... org pertama pulak tu... nampak sgt masih ramai orang tak wat Pap Smear ni kan..kan..kan... Aku masuk,  dan....

Nurse : Pandang aku
Aku : Nak apa2 ker? (aku tanya kot2 dia nak tgk apa2 dokumen i.e. buku check up mengandung dulu ke... heheh)
Nurse : Puan datang untuk apa?
Aku : Oh, saya nak buat Pap Smear.
Nurse : Pernah buat?
Aku : Tak
Nurse : Ok, ujiannya mcm ni... bla.. bla.. bla.. (dia terangkan apa dia akan buat)
Aku : Ok...
Nurse : Puan isi alamat kat sini (kat envelop)... kalo takder apa, kita akan pos keputusan pd puan... sekiranya ada apa2 Doktor akan hubungi puan... keputusan dalam 2 bulan...
Aku : Ok
Nurse : Ok, puan baring dulu, tanggalkan bra dan seluar dalam...
Aku : Ok..
Nurse : Puan tau dari mana tentang ujian ni..
Aku : (sambil baring) Saya dah tau lama... tapi tak tergerak nak buat... skrg tergerak nak buat.. untuk kebaikan diri sendiri juga...

Pastu nurse datang, check breast... pastu dia kata, puan tgh tunggu hari untuk period yer... aku ckp tak... cos aku yakin lambat lagi... maybe dia rasa breast aku keras sket (sebenarnya dah masa utk ngepam... hahaha)

Nurse : Ok, puan naikkan kaki, buka kaki mcm nak bersalin tu... punggung letak jgn angkat yer... relaks jer... (korang yang pernah bersalin normal mesti tau, hah, ni sebijik la mcm tu keadaannya...)

Pastu dia bual2 tanya pasal keluarga aku, suddenly aku rasa ader benda masuk... ader la dlm seminit dua... pastu selesai... lah sekejap jer... TAK SAKIT LANGSUNG!!!... korang rasa macam 'waktu make love' tu jer... tu yg aku rasa la... hahaha... maybe sbb aku relaks jer...

Aku : lah, tak sakit pun...
Nurse : mmg pun puan, tp org dah terbiasa dgr kata sakit...
Aku : Leh sy tgk benda alahnya...
Nurse : Kalo puan tgk pun, mesti puan takut... sebab tu saya tak tunjuk n saya ajak bual2...
Aku : takper... saya ok jer....

Then nurse tu tunjuk aku....

Sumber : yahoo
Lebih kurang mcm ni la... tp plastik... bukan besi camni... pastu rasanya tak sebesar ni... heheh... yang ni plak, apa yang dia buat sebenarnya....

Sumber : yahoo
Ok, nurse tu cakap, nanti balik ofis, cerita la dgn kawan2... suruh diorang buat... so korang gi la buat yer, bg yg tak pernah buat tu... utk kebaikan korang jugak... baik cegah dari awal... cos kanser serviks ni kurang simptom... n kdg2 pengidapnya tak perasan... bila dah tau, dah kritikal... tak dapat nak diselamatkan....

Kalo korang byk duit, boleh la gi amik vaksin kat spital swasta... yg mcm budak2 tingkatan 1 dpt skrg tu... ader 3 dos, 3 kali injection... kos dlm lingkungan RM800-RM1000...

Ok, tu jer entry panjang lebar aku ni... harap korang tak bosan yer....