Memaparkan catatan dengan label Keistimewaan Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keistimewaan Shaklee. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mac 2016

~ 2 MAC 2016 : 5 TAHUN BERSAMA SHAKLEE ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ya Allah.. Lama sungguh saya menyepikan diri dari update blog ni.. Kesian bersawang2 dah.. Hihihi.. Maafkan saya..

Hari ni, saya nak kongsi dengan anda semua pembaca rasa gembira saya sempena ulang tahun ke 5 saya bersama Shaklee..

Saya mendaftar Shaklee pada 2 Mac 2011 iaitu selepas 4 bulan saya makan vitamin Shaklee dan merasa sendiri khasiatnya pada tubuh badan saya.. Takde niat pun asalnya nak jadi ahli apatah lagi nak berniaga.. Orang kuat saya adalah emak saya sendiri.. Bila saya ceritakan tentang vitamin yang saya makan, emak yang cadangkan untuk saya jadi ahli.. 

Saya mula berniaga dengan hasrat nak share kebaikan vitamin ini kepada orang lain dan juga menambah sedikit pendapatan agar saya dapat makan vitamin secara free setiap bulan.. Berapa tu?? Cukuplah dapat RM200-300 sebulan.. Hihihi.. sikit sangat target tu kan.. 

Alhamdulillah.. Allah makbulkan permintaan saya.. Dalam masa beberapa bulan saya memang dapat merasa RM200 sebulan.. Kemudian ia meningkat kepada RM500.. Genap 2 tahun saya berniaga, saya mula merasa bonus RM1000 ke atas.. Dan ia semakin meningkat.. Alhamdulillah..

Banyak yang saya dapat capai sepanjang 5 tahun bersama Shaklee, bisnes pertama saya.. Suka duka semua ada.. Tapi, saya sangat bersyukur masih lagi bertahan sehingga kini hasil sokongan semua, family, kawan2, upline, downline, sideline, customer dll.. Syukur Allah masih memberi rezeki melalui Shaklee..

Antara pengalaman manis :


  • Customer semakin sihat
  • Customer semakin sembuh dari penyakit
  • Customer mengandung asbab mengambil Set Kesuburan (antara kenangan paling manis)
  • Dapat bantu ekonomi keluarga
  • Dapat hantar mak buat umrah
  • Dapat bantu suami downpayment beli rumah, tanah
  • Dapat bawa family bercuti
  • Dapat beri mak ayah duit lebih banyak setiap bulan
  • Terima award
  • Dapat pakej percutian
  • Dapat pergi majlis ilmu bersama rakan Shaklee
  • Dll
Semua pengalaman ini akan sentiasa terpahat di dalam ingatan saya.. InsyaAllah saya akan teruskan perjuangan dalam bisnes Shaklee ni.. Semoga saya dapat bantu lebih ramai lagi untuk lebih sihat dan berjaya asbab Shaklee.. InsyaAllah..

Free VIP Trip Ke Kota Kinabalu - 2013

Free VIP Trip Ke Kota Kinabalu - 2013

Majlis Recognition - 2014
National Conference - 2014
Sunway Resort 
Hotel & Spa

Free VIP Trip Ke Sunway Resort Hotel & Spa - 2014

National Conference - 2014
Sunway Resort 
Hotel & Spa

Recognition & Award - 2014

Free VIP Trip Ke Sunway Resort Hotel & Spa - 2014
Mak Pergi Umrah - 2015

Dinner - 2015

Majlis Ilmu - 2015
   
Free VIP Trip (Lawatan sekitar KL) - 2015

Recognition & Award - 2015

Gambar2 kenangan sepanjang 5 tahun bersama Shaklee.. Banyak lagi.. Tapi cukuplah saya share yang ni je di sini.. Hihihi..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
nded to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 27 Mei 2015

~ SHAKLEE MESRA ALAM ~

Sentiasa Mesra Alam

Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Kami terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green.

Kami sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral™ yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Kami telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.



Syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral®

Perintis produk pencuci rumah yang tidak beracun dan biorosot.





















Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Ahad, 24 Mei 2015

~ SHAKLEE BERKESAN ~

Sentiasa Berkesan
Kami Menjamin Keberkesanannya

Bukti Saintifik & Klinikal
100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007

Kami menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.  Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Penjelajah Bertaraf Dunia & Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Istimewanya Shaklee, kami memastikan produk yang dikeluarkan itu berkesan supaya dapat membantu anda meningkatkan tahap kesihatan dengan lebih baik.  Setiap produk yang dikeluarkan akan melalui pelbagai ujian klinikal yang dikendalikan oleh tidak kurang dari 65 orang Saintis Shaklee..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 14 Mei 2015

~ SHAKLEE SELAMAT ~

Keselamatan dan Standard Kami
Tiada Tandingannya


Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk kami Always Safe.

Kami telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Kami menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.



Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Kami hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.

Produk kami tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.

Kami bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.

Ini adalah yang Shaklee janjikan untuk anda.. Produk kami bukan produk pasar malam.. Tetapi produk yang telah diuji oleh BARISAN BERPULUH SAINTIS kami untuk memastikan ia selamat diambil oleh pengguna..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 12 Mei 2015

~ SHAKLEE PELIHARA ALAM SEKITAR!! ~

Kadangkala, anda melakukan sesuatu kerana ianya menguntungkan perniagaan anda. Dan kadang kala, anda melakukan sesuatu hanya kerana naluri anda mengatakan bahawa anda perlu melakukannya. Sejak 50 tahun lalu, Shaklee telah mempelbagaikan usahanya untuk menerajui inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta menyokong usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan sosial.

Shaklee, yang ditubuhkan pada 1956, ialah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral dan berjaya mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 daripada segala aktivitinya bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar.



1910s
  • 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia.

1950s
  • 1956 Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan sebuah syarikat berteraskan Living in Harmony with Nature® yang komited membangunkan produk-produk yang dapat meningkatkan kesejahteraan insan dan bumi ini.

1960s
  • Shaklee memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, salah satu pencuci tidak beracun dan biorosot.
  • Shaklee memperkenalkan Instant Protein/li>

1970s
  • Shaklee memperkenalkan salah satu detergen pakaian biorosot pertama di dunia tanpa fosfat, nitrat atau borat.

1980s
  • 1985 - Shaklee terpilih oleh Wild Dolphin Project sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Stenella. Wild Dolphin Project komited untuk mengkaji habitat ikan lumba-lumba, dan hubungan dengan Shaklee ini terjalin teguh selama 21 tahun.
  • 1986 - Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan luncur anjing persendirian ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh seorang penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic bernama Will Steger.
  • 1987 - Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.
  • 1989 - Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, serta menanam lebih sejuta pokok di Asia dengan kerjasama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.
  • 1989-90 - Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan trans-Antartik yang diketuai oleh Will Steger. Ia merupakan penyeberangan Antartika yang pertama dengan berjalan kaki, yang meliputi kawasan seluas 3,700 batu. Berikutan ekspedisi ini, Steger membentangkan beberapa isu berkaitan kutub dan persekitaran di hadapan Kongres, serta menjadi salah seorang pengasas Center for Environmental Education (Pusat Pendidikan Persekitaran).

1990s
  • 1990 - Basic-H®, pencuci Shaklee yang tidak beracun dan mudah biorosot, terpilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Bumi yang pertama.
  • 1991 - Shaklee memperkenalkan Basic-D®, salah satu detergen tanpa fosfat yang pertama untuk mesin pencuci pinggan mangkuk automatik.
  • 1992 - Shaklee Cares®, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, telah ditubuhkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka semula jadi seperti taufan dan puting beliung.
  • 1995 - Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk Projek Artik Antarabangsa ketiga, yang diketuai oleh Will Steger. Ini adalah aktiviti pertama menyeberangi permukaan Lautan Artik seluas 2,500 batu. Ekspedisi ini memberikan maklumat yang amat bernilai tentang isu persekitaran dan perubahan landskap kutub kepada jutaan kanak-kanak sekolah di seluruh dunia.
  • 1996 - Produk pencuci mesra alam Shaklee dipilih oleh Ocean Alliance dan Whale Conservation Institute untuk digunakan di atas Odyssey, sebuah kapal penyelidikan yang mengumpul data mengenai bahan-bahan cemar di seluruh lautan dunia. Hubungan ini berterusan hingga ke hari ini.
  • 1998 - Shaklee menjadi Charter Partner dalam program Climate Wise anjuran EPA Amerika Syarikat, yang mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara agresif.

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 11 Mei 2015

~ NAK VITALEA FREE?? ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Nak tau tak, Dr. Forrest C. Shaklee merupakan individu yang mencipta multivitamin pertama di dunia.. Ia dikenali sebagai VITALIZED MINERAL.. Ia telah dicipta pada tahun 1915.. Sekarang ni dikenali sebagai VITA-LEA Iron Formula.


Sekarang ni dah 2015.. Ini bermakna dah 100 tahun usia multivitamin ciptaan Dr. Forrest C. Shaklee ni.. Dah lama tu.. Masih lagi bertahan sehingga kini..

Alhamdulillah.. Sempena ulang tahun yang ke 100 ni kan, Shaklee nak bagi FREE je Vita-Lea ni.. Seriously??? Bertuahnyaaaa...



Ok, kalau nak tau macam mana nak dapatkan Vita-Lea ni secara PERCUMA, boleh hubungi saya yer.. Gerenti u all mesti sukaaaa...


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 20 Januari 2015

~ DARI 700 JADI LEBIH 70,000 DALAM 3 TAHUN!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak berkongsi satu pelaburan dengan anda semua.. Pelaburan yang sangat menguntungkan.. Saya sendiri merasainya.. Yang penting HALAL, InsyaAllah.. Dari 700 saya telah GANDAKAN duit saya lebih 100 kali ganda iaitu lebih 70,000 dalam masa 3 TAHUN sahaja..

Jom.. saya nak ajak anda renung sebentar.. Dengan bermodalkan 700..

Jika anda labur di dalam ASB dengan kadar keuntungan bonus + dividen 9% setahun.. 

700 x 9% = 63 (tahun pertama)
763 x 9% = 68.67 (tahun kedua)
831.67 x 9% = 74.85 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 906.52

Jika anda labur di dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) dengan kadar keuntungan bonus + dividen 15% setahun.. 

700 x 15% = 105 (tahun pertama)
805 x 15% = 120.75 (tahun kedua)
925.75 x 15% = 138.86 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 1,064.61

Tapi, saya gunakan 700 saya untuk saya labur di dalam Bisnes Shaklee.. Dan keputusan saya tepat sekali.. 

Jumlah keuntungan saya selepas 3 tahun ialah 100 kaliganda atau 10,000% dari jumlah pelaburan.. 

Jumlah terkumpul duit saya selepas 3 tahun ialah = 70,000 !!

So, anda nampak tak beza di situ?? 

Saya buat bisnes ni hanya PART TIME.. Saya bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.. Saya ada 3 orang anak.. Tapi masih boleh buat bisnes ini.. Maknanya anda juga boleh.. Lebih-lebih lagi suri rumah.. anda boleh jadikan bisnes ini sebagai platform untuk menambah pendapatan keluarga sambil2 melayan anak dan menguruskan rumahtangga.. Ramai yang telah buktikannya.. Hanya tunggu anda untuk bertindak..

MULAKAN & BERTINDAK SEKARANG !!

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 11 November 2014

~ BONUS NAIK?? ~

Assalam.. Salam sejahtera..



Hari ni saya nak cerita sikit tentang BONUS.. Dalam Shaklee ni memang macam-macam bonus yang saya terima.. Bonus Tunai, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Bonus Pangkat.. Tu belum masuk dengan Bonus Kesihatan, Bonus bantu orang, dll.. Haaa.. macam2 kan..

Tapi kali ni kan, saya nak share tentang kenaikan BONUS je.. 

Saya ni kerja kerajaan.. Umum tau tiap2 tahun ada kenaikan gaji kan.. dari T1 kepada T2, T3, T4 dan seterusnya.. Masa mula2 saya berkhidmat, kenaikan TAHUNAN saya cuma sekitar RM45.. Kemudian beberapa tahun selepas itu ada pelarasan gaji.. So kenaikan TAHUNAN saya naik kepada RM90.. Beberapa tahun kemudian ada pelarasan pangkat.. So sekarang ni kenaikan TAHUNAN saya adalah RM145.. Alhamdulillah..

TAPI.... Dalam Shaklee, saya bukan merasa kenaikan secara TAHUNAN.. Tetapi BULANAN.. Yaa.. BULANAN.. Awal2 dulu, kenaikan BULANAN saya cuma 2 angka sahaja.. Tetapi kini kenaikan BULANAN saya stabil 3 angka.. pernah juga capai 4 angka SEBULAN.. Alhamdulillah..

2-3 hari lagi InsyaAllah BONUS SHAKLEE saya masuk.. Saya dapat KENAIKAN BONUS RM815.19!! Alhamdulillah.. Ohhh.. dah macam gaji saya ketika mula2 kerja 10 tahun dulu.. Hiihihi

Dalam bisnes ni, berapa kenaikan yang kita nak adalah bergantung kepada usaha kita sendiri.. Kalau kita nak kenaikan banyak, kita kena usaha dengan lebih gigih.. usaha LEBIH DARI BIASA..


USAHA YANG BIASA..
HASILNYA BIASA-BIASA SAHAJA..
USAHA YANG LUAR BIASA !!
HASILNYA JUGA LUAR BIASA !!


Bagaimana dengan anda?? Jangan tunggu lagi.. Takkan hanya nak melihat orang lain menggapai impian?? Mengorak langkah ke depan?? Meningkatkan taraf hidup??


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut.. 

 SYUHADA : 019-7062362
  

Isnin, 10 November 2014

~ SHAKLEE ONLINE ~

Assalam.. Salam sejahtera..

Sejak Shaklee Malaysia lancarkan sistem online pada Oktober 2013, ianya sangat memudahkan Pengedar2 Shaklee seluruh Malaysia.. Mana taknya, semua urusan boleh dilakukan di hujung jari.. Tak kira hari bekerja ke, hari cuti umum ke, cuti khas ke.. Tak kira kat bandar ke, kat hujung kampung ke, kat hutan ke... JANJI ADA CAPAIAN INTERNET.. hihihi..

Kalau offline dulu, waktu closing sangat huru hara tau.. Branch sesak, telefon sibuk sentiasa, fax pun sangkut.. Ada cucu sampai tengah malam masih di branch penangan hari closing tau.. Sekarang nak closing jam 11.59 malam pun rileks lagi.. Hihihi..

Haa.. ni CONTOH SISTEM ONLINE...

**Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Meh saya terangkan sikit2:

1. Member Message


Member Message adalah ruang di mana maklumat2 yang Shaklee nak sampaikan kepada semua pengedarnya seperti Promosi Produk, Insentif, Seminar, Produk Talk dll.  Selain melalui online, Leader/Pemimpin akan dapat maklumat ini melalui SMS..


2. Genealogy Inquiry


Genealogy ni kami panggil GE.. Dulu masa offline, kena tunggu 15hb baru boleh check.. Kena call atau pergi branch.. Kalau pergi branch boleh la print.. tapi kalau call ni kenalah bg ID satu2 yang kita nak check GE.. Sekarang mudah jer.. Nak check setiap hari ke, setiap jam ke, setiap minit ke, setiap saat ke.. ikut suka kan.. hihihi..


3. Bonus Inquiry


Bonus Inquiry ni pun salah satu yang ditunggu2.. Dulu masa offline, kita memang takkan tau la berapa bonus dapat melainkan bila bonus dah masuk.. memang sentiasa berdebar2 nak tau dapat bonus berapa.. Tapi sekarang ni, setiap hari isnin akan diupdate bonus semasa.. dan selepas 25hb update hari2.. Bagus dapat tengok bonus semasa kita ni.. Semakin menuju hari closing semakin bersemangat kita berusaha.. Sebab apa?? sebab nak tengok bonus meningkat dari hari ke hari sampai la closing.. hihihi..


4. UV Transfer


UV transfer ni gunanya untuk transfer UV (Unit Volume) untuk downline2 yang mana ada ambil stok dengan kita.


5. Online Enrollment


Online Enrollment ni untuk daftarkan 'anak' atau downline baru..  Mudah sangat.. minta details pada mereka, kemudian key in.. lepas submit automatik kita akan dapat No. ID untuk mereka.. sangat mudah.. Mereka juga akan menerima sms dan emel No. ID dan password online mereka.. Dan mereka boleh terus shopping guna Shaklee Online ni..


6. Shopping


Shopping ni salah satu feberet saya.. Dulu order guna emel/faks atau pergi branch.. Tapi sekarang senang sangat.. Klik2, kemudian bayar.. mudah sangat.. Penghantaran 3-5 hari bekerja.. Bergantung pada syarikat penghantaran.. Shaklee guna Citylink dan Gdex.. Nak guna shopping ni kena ada Kad Kredit/Debit.. Selain untuk shopping, kita juga boleh monitor pembelian kita.. Shaklee akan update Tracking No. di sini.. Selain order untuk stok sendiri, kaedah ini juga boleh digunakan untuk pengeposan direct ke pelanggan.. Tukar alamat penghantaran je.. Mudah kan??


Ok, rasanya tu je yang penting.. yang lain2 tu jarang bukak pun.. hihihi.. Haa.. kat bawah ni contoh kalau kita Shopping Online.. Ni resit online namanya.. boleh print sendiri kalau nak failkan.. kalau tak print terus pun ada je dalam rekod ni..

**Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Mudah kan nak buat bisnes ni?? Tak susah pun.. Takde modal?? No problem.. Tunggu pelanggan bayar dulu, kemudian baru order ke Shaklee.. Yang jauh tu minta Shaklee poskan jer.. Haa.. kan senang tu..

Jumaat, 10 Mei 2013

~ SIDE INCOME 4 ANGKA DENGAN BISNES SHAKLEE!! ~

Saya mula mengenali Shaklee pada penghujung 2010.  Teruja dengan kebaikan produknya dan testimoni pengguna, saya mencuba. Alhamdulillah, Shaklee sesuai dengan saya. So bermulalah episod saya menyertai Shaklee pada Mac 2011 di bawah Kak Cery (upline saya) yang kini bergelar Masters (Pangkat tertinggi dalam Shaklee).

Semasa Majlis Masters Celebration Kak Cery (upline saya)

Saya join asalnya hanyalah suka-suka. Memang niat buat side income, tapi target sekadar RM200-300 sudah memadai iaitu untuk menampung keperluan suplemen saya setiap bulan. Dalam erti kata lain, dapatlah makan suplemen free tiap-tiap bulan.. Dan target saya tu memang tercapai. Setiap bulan saya dapat income seperti itu.

Awal tahun 2012, bonus saya mula meningkat. Mungkin kerana orang ramai dah mula mengenali dan yakin dengan produk Shaklee. Ketika itu saya dah dapat bonus double iaitu RM400-600 setiap bulan. Saya semakin seronok.

Bulan Jun 2012, saya menyertai National Conference (NC) Shaklee di One World Hotel atas jemputan upline saya. Majlis yang meriah meraikan leader-leader yang lahir dalam Shaklee pada cycle yang lalu iaitu Mac 2011-Feb 2012. Paling teruja apabila melihat upline sendiri turun naik pentas ambil award disamping beliau diraikan di atas pencapaian beliau menjadi Masters.

Sebahagian Ahli Group Kami Yang Menerima Award Pada NC 2012

Latarbelakang Poster Kak Cery Sebagai Masters Di NC 2012

Bermula dari situ, saya juga berazam untuk sama2 naik pentas pada NC yang akan datang iaitu pada tahun ini. Alhamdulillah, bulan itu juga saya naik pangkat Supervisor dan buat pertama kalinya merasa bonus 4 angka. Saya bersyukur sangat-sangat. Tak pernah saya sangka bisnes yang asalnya saya join hanya sekadar suka-suka tetapi kini saya mampu dapat sebanyak itu. Sejak itu saya nekad utk terus efektif dan menjana pendapatan yang lebih tinggi, setinggi upline saya yang kini merasa bonus 6 angka. Yer, beliau kini merasa bonus 6 angka SETIAP BULAN.

Alhamdulillah, setelah cycle Mac 2012-Feb 2013 berlalu, saya dapat naik satu lagi pangkat iaitu Senior Supervisor pada bulan Oktober 2012 dan terus efektif yang mana melayakkan saya untuk mendapatkan penghargaan dari Shaklee..




Kiri : Surat Penerima Award. Alhamdulillah merasa naik pentas walau 1 award. Saya bukan artis nak dapat naik pentas ambil award kan. Tapi saya berpeluang dengan Shaklee. Target untuk saya naik pentas bersama-sama upline saya tercapai.

Kanan : Surat jemputan Dinner tema 'The Stars Nite' khas untuk meraikan penerima-penerima Award.

Bawah : Surat yang menyatakan saya layak untuk menyertai National Incentive Trip Kota Kinabalu. Memang la setakat KK tu boleh pergi sendiri, saya pun pernah pergi. Tapi kali ni lain. Trip VIP Full Sponsored by Shaklee. Duduk hotel mewah. Layanan Tip Top. Sape nak bagi kan?? Free jer. 


Alhamdulillah.. dengan hanya menjadikan Shaklee sebagai part time bisnes saya untuk mendapatkan side income, saya merasa semua ini. Kalau harap kerja hakiki sekarang saya ni semata-mata, saya takkan merasa semua ni, semua layanan ni. Bila saya jadi Masters nanti, layanan yang saya dapat lagilah superb, kocek dah tentunya tebal. Hahaha, impian mesti ada. Target masa depan tu.. 

So, anda di luar sana yang sedang baca entry saya ni, apa lagi yang anda tunggu? Tak nak ke merasa apa yang saya rasa, apa yang saya dapat? Sesiapapun boleh buat. Dalam group saya, pelbagai latar belakang kerjaya ada, Jurutera, Doktor, Peguam, Guru, Pegawai Bank, Pegawai Kerajaan, Jururawat, Kerani, PA, Surirumah dan banyak lagi.. Jangan risau, tunjuk ajar akan diberikan 24/7. Anytime. Anywhere. Boleh coaching depan2, online, FB, Wassup, Call, SMS, Emel. Macam-macam lagi la..

Coaching Santai Dengan Upline

Anda NAK BONUS 4 ANGKA seperti saya DAPAT TIAP2 BULAN?
Anda NAK FREE VIP TRIP macam saya?
Anda NAK DAPAT AWARD dan DIRAIKAN seperti saya?

Saya dan Anda juga BOLEH DAPAT INCOME 5-6-7 ANGKA
Saya dan Anda juga BOLEH DAPAT FREE VIP INTERNATIONAL TRIP
Saya dan Anda juga BOLEH DAPAT FREE VIP UMRAH
Saya dan Anda juga BOLEH DAPAT CAR BONUS


Hubungi saya jika anda sudah bersedia untuk mengubah hidup anda kepada masa depan yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.  Saya bersedia untuk melangkah lebih jauh bersama-sama anda.  Mulakan langkah anda DARI SEKARANG!!

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya...

SYUHADA (ID 853876)
Call/SMS : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**