Memaparkan catatan dengan label Myself. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Myself. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2016

~ BAGAIMANA SAYA URUSKAN DUIT SIMPANAN ANAK2 ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Saje nak share dengan anda semua..... Nak tau gak macam mana anda uruskan duit anak-anak (maksudnya duit2 yang orang beri pada mereka).... Simpan ke? Guna untuk mereka ke? Guna untuk anda ke? hehehe... atau bagaimana?....

Bagi saya, sejak anak sulung saya iaitu Syahmi lahir lagi saya dah fikir macam mana nak buat dengan duit mereka... Prinsip saya, saya takkan gunakan duit mereka walau sesen pun... So kalau mereka dapat duit orang bagi hatta singgit pun saya simpan juga... siap ader rekod siapa yang bagi dan jumlahnya... hihihi... rekod ni penting untuk saya keep track jumlah semasa supaya senang untuk saya simpan....

Bagi anak-anak saya, sejak berumur 2 bulan ke atas (kadang2 terlajak juga ikut kesempatan diri.. hehehe) saya akan bukakan mereka 2 akaun... iaitu SSPN dan Tabung Haji.... kenapa 2 akaun ni???


SSPN ni persiapan utk pelajaran akan datang mereka... since PTPTN mewajibkan peminjam mesti ada akaun SSPN, so saya buatlah awal2... ader orang kata, kenapa nak mengajar anak berhutang (PTPTN)... jawapan saya, saya bukan nak ajar mereka, tp ini lebih kepada persiapan masa depan... yerla, kita mmg mengharap anak kita akan cemerlang di dlm pelajaran dan boleh dapat biasiswa, tp kena fikir juga jika mereka tak berapa bernasib baik untuk dapat biasiswa, so bolehla guna kemudahan PTPTN ni.... lagi pun deposit bulanan minimum RM20... so sebagai ibu bapa, kita punya kelebihan dan lebih fleksibel untuk menentukan jumlah peruntukan simpanan bulanan bagi setiap anak... sudah pasti, kami juga perlu ada simpanan sendiri....


Tabung Haji pula, kebanyakkan duit yang mereka dapat saya akan masuk ke akaun ini... Antaranya duit raya yang kami bagi setiap tahun yang dapat dari saudara mara, duit atuk nenek bagi atau dari mana2 jua yg mereka dapat, saya akan masukkan dalam akaun ini.  Saya pilih TH sebab saya yakin dengan TH ni.. Lagi pun TH dah siap2 potong Zakat, so tak perlu fikir2 or susah2 nak bayar zakat macam kalau kita simpan kat tempat lain kan... lagi pun senang nak simpan... saya guna transfer online jer... sama mcm SSPN tu... so tak perlu nak pergi kaunter... pergi setahun sekali jer utk update buku... jimat masa di situ...

Simpanan saya pula ada di KPF dan TH dan juga di aset2 saya dan suami... jom share anda pula bagaimana..

Kalau nak belikan apa2 untuk anak2, kami guna duit sendiri.. Duit mereka biarlah simpan untuk mereka.. Saya anggap kami pemegang amanah sahaja kepada duit2 mereka ni.. Sampai satu masa nanti, saya akan serahkan kembali duit itu kepada mereka.. Bila masanya tu, hanya kami je yang tau..

Khamis, 1 Januari 2015

~ PENGEDAR SAH SHAKLEE DI PUTRAJAYA ~

Assalammualaikum.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Dah masuk tahun baru 2015.. Masuk tahun baru, Azam pun baru kan.. Untuk memulakan tahun baru ini saya nak memperkenalkan diri saya semula.. Nak mengingatkan anda semua siapa saya.. Kiranya nak 'refresh' la.. hihih




Saya Syuhada, lebih dikenali dengan nama Syuhada Wahi.. Saya suka letak sekali nama ayah saya untuk urusan saya.. Nama FB, Blog, Emel mesti saya gunakan nama tu.. Tapi secara ringkasnya boleh panggil saya Syuhada..

Saya tinggal di Putrajaya.. Sebab itu lah saya kata saya Pengedar Shaklee di Putrajaya.. Jadi bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan berdekatan sini boleh dapatkan produk Shaklee terus dengan saya.. Jangan risau, InsyaAllah stok sentiasa ada.. Tak perlu nak tunggu berhari-hari untuk barang sampai ke kan.. Order hari ni, hari ni boleh dapat.. Bergantung keadaan la kan.. Takdelah hari ni order jam 11.00 malam, malam ni juga dapat kan.. Hihihi..


Selain Putrajaya, anda juga boleh dapatkan Produk Shaklee dari saya secara COD jika anda tinggal di Manjung/Lumut.. Bisnes Partner saya akan hantarkan.. Manakala di Sekitar Gugusan Felda Tenggaroh, Mersing pula, boleh dapatkan Produk Shaklee daripada emak saya.. InsyaAllah..


Selain (Cash On Delivery) COD, saya menggunakan perkhidmatan POS LAJU untuk urusan pengeposan barang ke seluruh Malaysia.. Jadi tidak menjadi masalah kalau anda ada di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Labuan.. Malah kalau anda tinggal di luar negara pun boleh diuruskan, InsyaAllah..


Kepakaran saya adalah :


  • SET KESUBURAN - Beberapa orang customer yang mengambil Set Kesuburan telah hamil dengan izin Allah..
  • SET KEHAMILAN - Saya dah rasainya sendiri. Memang berbeza dengan kehamilan terdahulu. Tiada masalah kesihatan, HB sentiasa cantik, urin ok, tiada kencing manis, darah tinggi, berat terkawal (saya hanya naik 9kg sepanjang kehamilan), tiada alahan, tiada cramp/kejang, sentiasa bertenaga, Alhamdulillah.. Malah pelanggan yang berjaya hami juga meneruskan Set Hamil..
  •  SET BERPANTANG - Berdasarkan pengalaman saya sendiri, pengalaman pelanggan2 saya dan pengalaman pengguna-pengguna Set Berpantang Shaklee adalah terbaik.. Sangat berbeza semasa berpantang dengan anak2 sebelum ini.. Boleh baca di SINI untuk Pengalaman Berpantang saya.
  • SET PENYUSUAN - Saya berjaya menyusukan anak kedua saya dengan SUSU IBU sahaja sehingga berumur 2 tahun 6 bulan.  Dan sekarang sedang menyusukan anak ketiga saya yang berumur 21 bulan dengan SUSU IBU sahaja.. Tanpa susu formula..

Ok, itu kepakaran saya.. Namun begitu, saya juga boleh memberi konsultasi tentang masalah lain dan juga semua Produk Shaklee..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 19 Disember 2014

~ 10 TAHUN 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'!! ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap je rasa.. Alhamdulillah, tanggal 14 Disember 2014 genaplah saya berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun.. Nak cerita sikit la tentang kerja saya ni..

Saya habis belajar hujung bulan Mei 2004.. Tapi sebelum kami habis belajar tu, sebenarnya kami telah DILAMAR oleh JPA untuk sign kontrak bekerja dengan kerajaan.. Alhamdulillah.. Percaturan Allah sungguh baik untuk hamba2nya.. Ketika saya masih lagi risau tak dapat kerja selepas belajar, Allah dah aturkan rezeki untuk kami..

Kenapa kontrak?? Sebab kami perlu mula kerja sehari selepas habis peperiksaan semester akhir!! Uishh.. Gila kot.. nak angkut barang keluar asrama lagi, nak carik rumah sewa lagi.. So kami sepakat untuk mintak extend 2 minggu.. Nasib baik JPA setuju.. hihih.. Kami ditawarkan kontrak sebab kami tak dapat result lagi.. Kalau terus tetap pastu kantoi exam kan dah susah tu.. Haaa.. bila dah dapat result baru la kami ditawarkan tetap..

So kami lapor diri 14 Jun 2004.. Menyewa di Flat Hijau (Apartment Putra Harmoni).. Kami serumah Saya, Izah, Watie, Iza dan Honey.. Tapi semua dah kahwin dan pindah rumah la kan..

15 Disember 2014, Isnin lepas sempatlah kami berjumpa semula.. Ala2 reunion dan gathering.. Tak bermaksud lepas pindah kami tak pernah jumpa.. Cuma kali ni tujuannya nak raikan sempena 10 tahun kami kerja.. Saya masih lagi setia dengan Jabatan saya sejak mula lapor diri dulu.. Bos pun baru sekali tukar.. Orang lain dah berkali-kali tukar bos.. hihihi..




Kami cuma bertiga yang dapat jumpa.. dari kiri Izah, Saya dan Watie.. Iza sekarang menetap dan kerja di Johor.. Honey pulak masa ni balik kampung.. So tak dapat join.. Maybe lain kali boleh jumpa lagi..

Baru 10 tahun.. Masih berbaki 30 TAHUN dalam perkhidmatan yang nak dihabiskan.. Fuhhhh... Berpeluh dahi.. hahaha.. Plan asal nak pencen awal.. Mungkin 5-10 tahun awal.. Kalau dapat pencen lagi 3-5 tahun pun lagi bagus kan.. Kita tengok dulu macam mana..


Selasa, 15 Mei 2012

Saya Sudah Grad Hari Ini!!!


Mood saya hari ni sangat2 baik.... Sangat2 happy.... Alhamdulillah, dengan izin Allah jua serta sokongan suami, mak, abah, keluarga, pengasuh, bos dan rakan2 saya akhirnya berjaya juga melengkapkan Penyusuan Susu Ibu selama genap 2 Tahun.  Hari ni saya dah grad... saya dah dapat genggam PhD in Breastfeeding.... Cuma bezanya, takder sijil, takder konvo, dan tak dpt title Dr.... huhuhu.... Tapi saya tetap bangga... saya sedar, tidak semua orang berjaya mengharunginya, tp yang penting, saya dah berjaya!!!! Alhamdulillah....

Jom saya cerita sikit.....

Saya mula pasang niat nak Full BF anak since saya gagal buat pada anak pertama, Syahmi... Sejak itu saya nekad untuk Full BF anak kedua.... Boleh baca di sini

Bagi ibu yang bekerja macam saya, kos persiapan untuk penyusuan memang agak tinggi... Tapi saya tak kisah kerana saya rasa ianya sangat2 berbaloi kerana saya bakal menyediakan susu yang paling BERKHASIAT & PALING MAHAL DI DUNIA.... memang la kita akan terasa sikit masa mula2 nak keluarkan duit.... tapi bila selama 2 tahun tak perlu mengeluarkan duit tiap2 bulan untuk susu formula, Oh... senangnya hati saya....

Nak beli pam, tak semestinya yang mahal... terpulang pada keselesaan, keperluan dan budget individu... Saya memilih pam ini.....

Inilah dia anakanda saya yang bertuah itu....



Sepanjang menyusukan dan membuat stok, saya ada buat buku khas untuk update stok-stok EBM....



Kenangan Gambar stok EBM.... mana yang sempat ambil jer....




Dalam perjalanan penyusuan, tidak sah kalau tidak mengharungi cabaran dan dugaan.  Cuma setiap orang tidak sama... bagi saya pula.... Inilah dugaannya ..... Dalam tempoh itu, saya kehabisan 100 botol stok EBM = 500oz.... huhuhu

Semasa tempoh penyusuan juga, saya ambil vitamin... Saya ambil vitamin bukan kerana saya ada masalah susu tak cukup atau drop ketika itu... tapi saya ambil kerana kesihatan dan untuk diri saya sendiri.... Ini sebabnya saya ambil vitamin....  saya makan vitamin-vitamin ini....



Alhamdulillah... kini saya boleh menarik nafas lega.... Saya sudah sempurnakan HAK PENYUSUAN 2 TAHUN untuk anakandaku SYAFI....



Hari ni, 15 Mei 2012, jam 2.06am.... Syafi genap berumur 2 tahun.... SELAMAT HARI LAHIR sayang.... Mama doakan Syafi menjadi anak yang Soleh, Beriman, Bertanggungjawab, Terpuji, Cerdik, Pandai, Cerdas, Cergas, Lembut Hati, Berani dan sentiasa menjadi Penawar hati mama (Syafi bermaksud Penawar/Yang Menyembuhkan).... Mama halalkan Susu Mama buat kamu DUNIA & AKHIRAT...

pssssttt...... saya masih lagi bawa beg pam yang sama sejak pertama kali saya membawanya ke ofis 2 tahun yang lalu... hihihi... masih tidak terfikir untuk wean off....



Selasa, 15 November 2011

Master In Breastfeeding Dalam Genggaman... Alhamdulillah!!!

Alhamdulillah... Syukur ke Hadrat Ilahi.... Dengan limpah kurniaNya serta izinNya dan rezeki dariNya... Akhirnya berjaya jua diriku menggenggam Master In BF bersama anakku Syafi... Impian yang sering dalam bayangan dan ingatan sejak Syafi di dalam kandungan lagi... Hari ni, genap 1 tahun 6 bulan Syafi menyusu denganku, dan hanya minum SUSU IBU sahaja...

Alhamdulillah ... Terima kasih Ya Allah...

Memulakan fasa ini (1 tahun - 1 tahun 6 bulan) ni, awal2 lagi telah diberikan ujian dari Allah... sedikit ujian kesihatan yang Allah berikan telah menyebabkan susu sangat merudum seperti di Entry ini... Sejak dari itu, stok tidak pernah lagi bertambah... cuma Alhamdulillah... dari merudum teruk, dapat juga naikkan semula production hingga mencukupi untuk bekalan harian... namun ada kalanya terpaksa juga mencuri stok yang tinggal tak banyak mana... Tapi Alhamdulillah, setakat ini masih ada stok walaupun tidak sebanyak dulu.... Tidak mengapa, sekurang2nya masih ader back up utk seminggu dua jika ada emergency...

Kini perjuangan akan diteruskan untuk menuju dan menggapai PhD pula... Bagi melengkapkan perjuangan penyusuan SUSU IBU selama 2 tahun untuk Syafi... Harapanku semoga ianya berjaya ku laksanakan dan dapat memenuhi HAK Syafi yang perlu ku sempurnakan.

Ya Allah.... Berikanlah Aku Kesihatan Yang Baik..... Murahkanlah Rezeki SUSU IBU Untuk Anakku SYAFI...... Dan Permudahkanlah Perjalanan Penyusuanku Ini..... Amin...

Selasa, 16 Ogos 2011

~ My Birthday ~

Salam...

15 Ogos 1984, hari Rabu jam 6.40 pagi aku selamat dilahirkan.... Dan semalam 15 Ogos 2011, genap usia aku 27 tahun.... 3 tahun lagi angka depan akan berubah kepada 3!!! Oh no!!! I'm getting old... hahahah... semua orang akan tempuhi saat yang sama... so terima ajer lah kan... kalo usia kita tu tak berganjak setiap tahun, kita pun takkan tempuh pengalaman2 baru dan tidak dapat merasai semua kenangan2 itu... so ader baiknya juga usia kita berubah dari tahun ke tahun...

Di usia 27 tahun ni, alhamdulillah.... aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia oleh Allah untuk bersama insan-insan tersayang disekelilingku.... Aku kini telah memiliki sebuah keluarga kecil sendiri bersama suami dan juga kurniaan terindah dua orang putera kesayanganku Syahmi dan Syafi... Syukur Ya Allah, Kau masih lagi memberi kesempatan kepadaku untuk melihat anak-anakku membesar... Masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada kedua orang tuaku.... Masih dapat meneruskan perjuangan menyusukan anakku dengan Susu Ibu sepenuhnya....Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah...

Aku takderlah buat apa2 celebration pun... cuma masa balik kampung hari tu, mak ader minta kakak ipar aku buatkan kek untuk aku dan adik bongsuku Alia.... Kitorang share birth date... lain tahun jer... heheh... dia sambut yang ke 18 tahun... Tapi hadiah dari hubby mestila ader kan... hehehe... Hubby bagi hadiah ni...


Sumber : Yahoo

Kebetulan hp aku rosak... aku mmg tak beli lagi... masih survey lagi... yang penting mesti ader kamera depan... senang nak video call dengan mak abah kat kampung... boleh atuk nenek tgk cucunya kat sini kan... lg pun video call aku dengan mak free jer... heheh... So, Thank You So Much Abg.... Love U So Much... heheh...


pssst : Terngiang2 lagu CH618 tu... It's today my special day.... I'm so happy....happy...happy.... today.... heheh..