Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Isnin, 19 Januari 2015

~ 1ST DAY SEKOLAH SYAHMI DAN SYAFI ~

Assalam dan Selamat Petang..

Hari isnin lepas 1st day sekolah kan.. Mula la rutin harian nak hantar dan jemput anak2 dari 3 tempat berlainan.. Fuhh.. berpeluh jugak ni.. hihihi.. 

Abang Syahmi dah masuk darjah tiga.. So takde masalah dah.. Cuma Abang Syafi ni 1st time la tadika.. last year masuk jugak tadika.. tapi sekejap.. 3 jam sehari je..

Mama risau juga sebab Syafi ni macam pendiam, tapi dia cepat sentap.. kuat merajuk sikit.. kena lembut2 sikit dengan dia.. Masa hantar tu berdebar jugak kot dia taknak masuk ke, nangis ke kan.. Tapi Alhamdulillah mudah sangat.. Sampai je sekolah, terus masuk..

Tengah hari, sebelum ambil abang dari sekolah singgah tadika Syafi sekejap.. Jumpa cikgu.. Tanya Syafi ok tak.. Cikgu kata ok.. tengah tidur.. Ok, mama lega.. 

Petang ambil dia, tanya dia macam2.. So far dia kata dia suka.. So mama senang hati.. Dah seminggu pun sekolah.. so far ok.. Harap2 berterusan..


Syafi ni kalau nak suruh bergambar memang payah sikit.. susah nak senyum, susah nak beri kerjasama.. Walau muka macam muncung, masam tapi dia tak buat hal.. elok je masuk dalam kelas.. hihihi

Khamis, 27 November 2014

~DAFTAR SHAKLEE FREE??~

Assalam.. Salam sejahtera..

Nak tak saya cadangkan macam mana nak Daftar Shaklee Free?? Mungkin masih ramai yang tak tahu kan??

Ok, saya ada beberapa pilihan untuk anda..





Sebenarnya tidak terhad kepada set-set kat atas ni je.. Tak kisah kalau anda ada vitamin pilihan sendiri.. Asalkan pembelian anda melebihi 200UV (RM650+-), anda layak untuk dapat membership secara percuma!!


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 13 November 2014

~ PENCAPAIAN SYAHMI ~

Assalam.. Selamat petang..

Pagi tadi sempat pergi perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah Syahmi.. sebelum cerita result tu, cerita mukaddimah dulu yer.. hihihi..

Masa masuk darjah 1, Syahmi kelas ke-5 dari 5 kelas.. Papanya agak kurang setuju memandangkan Syahmi dah pandai membaca Melayu, English dan simple Math.. Mungkin masa saringan linus untuk menentukan kelas tu Syahmi ni banyak main.. So duduk di kelas ke-5.. Saya tenangkan papanya kata mungkin memang budak2 lain lagi advance..

Keputusan2 Syahmi dari segi ujian ok, kebanyakkan A.. Tapi penilaian menggunakan Band mengelirukan saya.. Saya sendiri tak tau sejauh mana prestasi sebenarnya sampai la akhir tahun..


Sebelum naik sekolah Darjah 2, saya hubungi sekolah untuk mengetahui kelas Syahmi.. Amat terkejut dan terkedu apabila diberitahu yang Syahmi naik ke kelas Pertama!!.. Melompat 4 kelas.. dari kelas Kelima ke kelas Pertama!!

Semasa peperiksaan awal tahun, prestasi Syahmi agak merosot.. Dia dapat tempat 33/34 di dalam kelas dan 82/153 dari darjah 2.. Cikgu kata kalau berterusan mungkin dia akan turun kelas tahun hadapan.. Malah ada cikgu2 lain yang beritahu guru kelas Syahmi bahawa kemungkinan menaikkan Syahmi terus ke kelas pertama adalah terlalu drastik dan takut memberi tekanan pada Syahmi.. Tambahan pula Syahmi dah kurang bimbingan masa belajar kerana Papa takde.. Masa darjah satu Papa yang selalu mengajar dia.. Bila Papa kerja jauh, saya tak banyak masa nak ajar.. dan Syahmi tak boleh belajar sendiri tanpa pengawasan.. Biasalah budak lelaki.. heheh..

Saya mula lebihkan masa untuk mengajar dia lebih dari sebelumnya.. Beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir tahun, saya ubah cara ajar.. Sebab Syahmi senang leka dan bosan kalau buat latihan.. Jadi saya ambil pendekatan untuk memberikan 1 ujian dalam masa sejam setiap malam untuk subjek yang berbeza.. Kemudian saya akan tanda kertas ujian tu.. Jika ada salah saya akan terangkan kepada dia apa jawapan yang betul dan cara nak buat/jawab.. Alhamdulillah.. dia boleh terima cara ini..


Hari ni, saya rasa gembira.. Walaupun Syahmi bukan best student, tetapi pencapaian beliau meningkat dengan banyak sekali.. Waktu guru kelasnya beritahu, dia sendiri teruja.. Dia sendiri percaya Syahmi mampu buat..

Alhamdulillah.. Syahmi dapat tempat 5/34 di dalam kelas dan 11/153 dari darjah 2.. Bagi saya itu cukup buat saya bangga dan puas hati.. 

Nampaknya saya kena teruskan sesi pembelajaran seperti itu untuk Syahmi.. Dan perlu juga cipta beberapa cara baru supaya dia tidak bosan..



Jumaat, 7 November 2014

~ PENCUCI BAJU BEBAS KIMIA ~


Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih

Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa Klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya


Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • 1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebeoh cerah berseri


Mesra Alam
  • Ramun Semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 21 Oktober 2014

~ PERLUKAH HANDPHONE UTK PELAJAR SEKOLAH?? ~

Assalam dan selamat petang..

Saje nak share perbualan dengan anak bujang saya iaitu Syahmi.. Syahmi ni umur 8 tahun, darjah 2.. Saya pernah beritahu dia, mama akan bagi henfon bila abang sambung belajar nanti, iaitu umur 18 tahun.. hihihihi.. Dia tak kata apa.. Lama dah saya cakap mcm tu.. Tapi baru2 ni lain pula... Dia selalu ckp nak henfon... ada beberapa situasi tentang telefon ni..

Situasi 1

Syahmi : Mama kata nak bagi henfon bila abg habis belajar.. tapi umur 18 tahun kan abg belajar lagi.. masa tu kan abg belajar kat universiti.. Mama bagi umur 21 lah.. masa tu abg dah habis belajar..
Mama : Ok..

Situasi 2

Masa ni dia main kat luar, ada kawan2 dia yang ada henfon..

Syahmi : Mama, kenapa mama kata tunggu umur abg 18 tahun baru nak bagi abg henfon? bagi lah sekarang..
Mama : Abg nak buat apa dgn henfon tu??
Syahmi : ...... (diam je)
Mama : ...... (senyum je)

Situasi 3

Masa Kafa sekolahnya tutup, saya tumpangkan dia di rumah pengasuh. Jadi anak pengasuh tu sebaya dia, dah ada henfon.. diorang dah kawan dari baby lagi.. Balik rumah petang tu..

Syahmi : Mama, Ahmad (bukan nama sebenar) tu dah ada henfon.. abg pun nak jugak..
Mama : Abg nak buat apa dgn henfon tu??
Syahmi : ...... (diam lg)
Mama : ...... (senyum je)
Syahmi : Papa kata kan nak bagi hadiah kalau abg dpt A periksa ni.. Ok, kalau abg dpt semua A (11A) abg nak henfon..
Mama : Abg tanya la papa..


Heheh, macam2 ragam.. 

Kadang2 saya perhati budak2 ni guna telefon hanya semata2 untuk main game, tengok facebook, twitter, ambil/share gambar/video yg bukan2.. bukan yang berfaedah pun.. saya pun tak tau mcm mana nak elak dari dedahkan awal sangat henfon kepada anak2..


Anda ada pendapat atau pengalaman nak share??

Rabu, 8 Oktober 2014

~ PROMOSI BUY 6 FREE 1 - ESP ~

Assalam.. Morning semua..

Short entry today.. nak bagi tahu anda Promosi Buy 6 Free  1 bulan ni jer.. Best tau..


Lain2 info tentang ESP boleh klik link ni yer - ESP


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 


Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Khamis, 18 September 2014

~ FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESUBURAN??


Sebenarnya, ada banyak faktor yang mempengaruhi kesuburan ni.. Jom lihat gambar di bawah ni..



Jadi, bagi pasangan yang merancang untuk hamil, anda perlu pertimbangkan faktor-faktor ini.. Dapat buat semuanya lagi bagus kan.. Tapi kalau tak mampu, cubalah sebahagiannya..

Ini adalah salah satu usaha.. Jika belum ada rezeki menimang cahaya mata, sekurang-kurangnya anda telah berubah menjalani hidup dengan lebih baik dan lebih sihat..

Bagi umat islam, doa senjata utama.. Berdoa dan mintalah dengan Allah seiring dengan usaha-usaha lain.. InsyaAllah, sampai masa Allah makbulkan permintaan anda..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

 SYUHADA : 019-7062362
  
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 3 September 2014

~ BONUS UNTUK MAK ~

Assalam.. Selamat petang..

Hari ni saya nak cerita sikit salah satu sebab kenapa saya sayang dengan Bisnes Shaklee ni..

Saya mula kerja pada umur 20 tahun.. Muda lagi.. kerja di Putrajaya, bandar yang serba serbi mahal, tapi gaji lepas tolak KWSP cuma RM700 je.. 

Ditakdirkan pula jodoh saya cepat.. heheh.. saya berkahwin setahun setengah selepas kerja.. Saya dan suami PJJ.. so kebanyakkan perbelanjaan kami double.. takdelah di tahap kesempitan, tapi cukup2 untuk kami..

Saya memang beri mak saya duit, tapi ikut keadaan kewangan.. saya beri ikut mampu.. kadang2 RM50.. Kadang2 RM100.. Waktu raya je lebih sikit.. RM300 ke.. 

Saya selalu berangan nak beri duit banyak pada ibu bapa saya.. tapi saya tak mampu.. Kenapa saya nak beri banyak?? Sebab kami dari keluarga sederhana.. Mak suri rumah.. Ayah sgt penjimat dalam urus duit.. So mak saya ni selalu pendam kemahuan dia untuk kepentingan keluarga kami.. Disitulah saya berazam nak beri kesenangan itu pada mak.. nak beri dia kebebasan berbelanja apa yang dia nak..


Saya bertuah bertemu dengan Shaklee.. Sangat2 bertuah.. Macam2 kelebihan yang saya dapat, tp saya nak cerita tentang impian saya ni..

Sejak saya dapat 4 angka dengan Shaklee, saya dah mula beri duit lebih kepada mak.. belanja itu ini yang dia nak.. pergi shopping dgn dia saya bayar.. sehinggalah sekarang saya mampu berikan duit bulanan 4 angka kepada mak ayah saya.. Alhamdulillah..

Yang paling saya rasa happy, InsyaAllah awal tahun depan mak nak pergi umrah.. InsyaAllah saya dapat hantar mak pergi hasil tabungan saya dalam akaun Tabung Haji mak saya.. Benar.. sgt terharu.. (nak nangis dah ni..)

Kalau saya tak buat Bisnes Shaklee ni, belum tentu saya dapat nak tampung perbelanjaan mak nak ke sana dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah.. 

Terima kasih Ya Allah.. Kau berikan aku rezeki melalui Shaklee..


Mak saya adalah orang yang menyuruh saya join Shaklee satu ketika dulu.. Dia jugalah yang sentiasa mendoakan saya berjaya dalam Bisnes ini selain suami saya..

Terima kasih Mak..