This time aku nak cerita tentang Breast Pump (BP) pilihanku...
Since mengandungkan Syafi, aku mula search tentang BP... merata2 website, kedai2... aku survey... tak lupa juga testimoni2 orang yang dah guna pelbagai jenama BP ni... Aku minat dan mengimpikan untuk memiliki Medela Freestyle (FS)... lebih-lebih lagi hands free.... sambil drive pun leh ngepam tau... huhuhu.... tapi harganya hanya mampu buat aku tersenyum kelat... :-( ...
Medela Freestyle (FS) Gambar dari Google |
Aku mahukan BP yang mempunyai ciri2 berikut.... hehehe...
~ Double Pumping (jimat masa apatah lagi di pejabat)
~ Boleh Guna Elektrik & Bateri (senang kalau takder elektrik, leh guna bateri jer)
~ Ringan (mudah nak usung ke hulu ke hilir, takder la penat sgt..)
~ Mampu Milik (dlm range budget lah.. hehe)
~ Suction Yang Baik (tak sakit)....
Itu adalah antara ciri2 BP yang aku nak... So FS dah terkeluar dari list sebab di luar budget... Huhuhu, sedih...
So setelah puas survey selama berbulan2 (heheh, lama tu...), tanya pendapat kawan2 tentang BP2 yang terpilih.... akhirnya, tatkala masuk usia kandungan 7 bulan aku pun telah membuat keputusan untuk membeli BP ini.... :-)
Ameda Lactaline Personal Breastpump Gambar dari Google |
Hak Milikku Bersama Hasilnya Di Pejabat Ketika Syafi Berusia 4 Bulan |
Reason kenapa aku beli dengan kedai ni???.... Sebab ketika aku nak beli tu (diulangi, ketika itu yer...) kedai ni yang paling murah sekali... RM599.00 (harga pam shj + 2pcs botol Ameda).... at that time, every single cents count ok... heheh.... yer la, bukan setakat tu jer aku nak beli kan... aku beli sekali Set Cooler Bag (Stylo Mama Cooler Bag + Ice Pack + 8pcs botol Stylo Mama), 10pcs Bumble Bee Storage Bottle dan Buku Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya.... Total pembelian ketika itu adalah RM751.51..... Postage adalah FREE cos beli lebih dari RM300... So mmg banyak nak kena beli.... lom lagi persiapan sikit2 utk Syafi kan... walaupun barang2 Syahmi masih boleh digunakan, tp belikan juga la sikit2 benda baru i.e. baju dsbnya..... yang besar2 mcm Stroller, Carseat, Baby Cot, Bath Tub dll tu guna Syahmi punyer jer....
Setelah kandungan 39 minggu, tiba2 aku terfikir utk beli lagi storage botol dan ice pack... hahaha... so aku order lah lagi 20pcs botol dan 3pcs icepack... oh, aku sgt2 bersyukur aku beli lagi botol2 tu... cos mmg tak cukup... heheh....
Tips:
1. Beli BP ikut kemampuan dan ciri-ciri yang kita perlukan dan testimoni pengguna.
2. Survey harga dari pelbagai sumber i.e. website, kedai dll.
3. Banding harga dari pelbagai sumber i.e. website, kedai dll termasuklah perbandingan antara belian secara pakej atau berasingan. Contohnya mcm aku, aku tak beli pakej kerana aku rasa lebih mahal berbanding kalau beli asing....So aku beli BP shj, tetapi Cooler Bag aku beli Set cos lebih murah.
4. Elok untuk mempunyai 2 Set Cooler Bag (cooler bag + icepack) iaitu 1 utk bawa ke ofis dan 1 lagi utk ke umah Baby Sitter (BS) atau Nursery. Terpulang kepada masing2.
Ok, sampai sini dulu.... Kita sambung next entry....