Isnin, 31 Oktober 2011

Apa Kata Emak Saya Tentang ESP????

Salam...

Pagi tadi telefon emak... Menjadi rutin saya untuk telefon emak 2 kali sehari... iaitu sekali waktu siang dan sekali waktu malam... Biasanya waktu siang saya telefon ketika mengepam!!! hahaha... kerana pada waktu itu saya lebih santai dan seronok berbual dengan emak... dan juga salah satu cara mengelakkan mengantuk!!! Tentu ibu2 menyusu juga mengakui, waktu mengepam sangat mengantuk... kadang2 boleh terlelap... hahaha... dan jika saya telefon waktu malam, itu adalah masa untuk emak abah saya berbual dengan cucunya... heheh.... melalut sungguh tajuk dengan entry... mukaddimah panjang giler... huhuh

Ok, berbalik pada tajuk... ketika berbual, emak saya menyatakan bahawa dia sedang sakit perut... emak saya ni ada gastrik, kena mkn on time... selain itu, beliau juga memang tak boleh makan sebarangan... kiranya kena ada pantang sikit... kalau tak, boleh kena bisa hati... Kemudian dia kata, NI KALAU ADA SOYA KAU TU, MINUM MESTI CEPAT OK.... Oh rasa terkilan pula tak bekalkan beliau dengan 'SOYA' tu.... heheh, actually 'SOYA' itu adalah Energizing Soy Protein (ESP)!!!!

Sebenarnya, pernah sekali ketika dia datang rumah saya, dia alami sakit perut berkenaan... Kemudian saya bagi dia minum ESP yang saya bancuh suam (ESP tidak boleh dibancuh dengan air panas) . Tak lama kemudian, sakitnya mula reda... itu yang beliau teringat...  Sebenarnya, bukan saya taknak bekalkan... tapi saya terlupa nak bawa balik kampung.... Takpe mak, minggu ni Angah bawa balik yer... hheehhe

Jom kita lihat sekilas fakta mengenai ESP:

Sumber : Shaklee

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN ~Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy.  Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi

SIAPA PERLU PADA SOY PROTEIN INI ?

1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik

- Credit mamafaiz.com



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Khamis, 27 Oktober 2011

Bawak Apa Dalam Beg Besar-Besar Ni???? Heheh

Salam...

Rasa nak share pasal beg ni... Since masuk kerja bulan Julai 2010 yang lalu, saya memang tak lepas dari menggalas 1 beg ni... kalau yang dah tau tu, sekadar senyum jer... tapi sebenarnya lebih ramai yang tak tau... macam2 andaian diorang buat... tak kurang juga persoalan dan pertanyaan yang mengundang senyuman di bibir saya... heheheh

Kalau cakap beg pam, ader yang terus faham... tapi ader jugak yang tak faham... dah kena terangkan pulak... hahha... jenuh gak... bukan apa, kat ofis ni agak kurang orang yang buat macam yang saya buat... so diorang masih lagi tak biasa... takperlah... diorang tak salah... as long as ianya tak mengganggu MISI saya, itu dah cukup bagus....

Until now, dah setahun 3 bulan kendong beg ni... ader yang mula bertanya soalan lain... Eh, masih mengepam??? ader lagi ker susu?? byk ek susu?? untunglah ader susu.... dan macam2 lagi... Jawapan saya??? Senyum lebar.... heheh... apa tandanya?? BIARLAH RAHSIA....

Ok, panjang gak saya membebel dah ni... jom kita tengok, macam mana rupa beg yang saya bawa hari2 tu...

Ni rupa begnya.....

Dalamnya ader Cooler Bag Stylo Mama

Dalam Cooler Bag ada Ice Pack MLO & Stylo Mama

Taraaaa.... Ni hasil pam seharian di ofis

Ok, dah tau la kan, apa isi beg tu... heheh... nampak beg mmg besar.... atas cooler bag tu biasanya letak dompet atau bekal atau apa saja la nak isi (dah lama tak bawak handbag okehh)... hehehe.... side belakang pulak bawak set pam dan botol....

Khamis, 20 Oktober 2011

Buku Catatan EBM Syafi

Salam....

Kali ni nak share Buku Catatan EBM ni... Since peknen lagi dah buat... Semangat waja nak BF kan... heheh... So mesti kena ader rekod... Senang nak update stok... So takder la lalai sampai ader yang expired pun tak perasan... Dan juga dapat memantau prestasi dan hasil dari semasa ke semasa....


Muka Depan Buku

Isi Kandungan (sorry gambar kabur)

So anda semua pun boleh buat juga... Bagi saya, ianya amat memudahkan kerja... dan lagi, sgt seronok setiap kali membelek buku ini... Kenangan terindah memori perjalanan penyusuan Syafi.... Buku pun dah buruk sikit... akibat dibelek hari2 sepanjang setahun setengah ni... hehehe...

Rabu, 19 Oktober 2011

Apa Istimewanya Set B????

Pasti ada keistimewaannya... Kalau tak, takkan set ni sangat glamour kan??? Set B ataupun juga dikenali sebagai Set Ibu Menyusu ni mengandungi Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Alfalfa...Sehingga ke hari ini ramai ibu-ibu yang mendapat manfaat dan hasil yang cukup memberansangkan.... Tak percaya? jom kita ikuti testimoni di bawah ini:

Testimoni 1 : copy dari blog mamafaiz dan sumber asal dari blog Arissa

".........Saya masih ingat lagi tiba2 susu saya merundum dengan teruknya sebulan sebelum puasa. At that time Arissa terkena flu dan batuk..Huhu..Penat tau jaga budak kecik yang sakit..Lebih2 lagi flu sebab hidungnya tersumbat..Nak hembus tak reti..sedut pakai penyedut tu makin kuat pulak dia nangis...Masa tu saya seminggu2 tak cukup tido and rest...End up susu drop!!! Skali pump dpt 3oz jer..Minum air berkoyan2 dah..Makan nasik berkawah2 bnyk2.. Apa je petua untuk banyakkan susu saya dah buat..Tapi hasil nya tetap sama...Mood tosah cakap lah..Rasa nak lempang marah jer kalau orang bertanya itu ini...Masa tu risau sangat.. Dah nak berakhir ke zaman penyusuan ini???? Syukur kepada Allah, saya berjumpa dengan kawan maya baru saya skang dah jadi sahabat baik saya yang banyak membantu dan memperkenalkan saya dengan Shaklee Set B. Khas untuk ibu-ibu yang menyusu macam saya..Selepas seminggu consume Set B badan saya ni lembap kot tapi tak kisahlah..hehe hasil tenusu saya back to normal dan bertambah2 lagi...Hehe...Oh lupa....Semasa bulan puasa pulak, saya dapat menghabiskan sebulan berpuasa sbb tak period lg...woohoo..tayah ganti pose.. Mula2 mmg tak konfiden boleh berpuasa sebab masih fully bf Arissa..Tapi syukur Alhamdulillah...Niat baik saya diperkenankan Allah...Bukan sahaja saya dapat berpuasa penuh, dapat menyusukan Arissa, dapat buat stock hampir 30 x 3oz dan bertenaga jer..Ofismate saya pun hairan tau..Hehe...~.... "

Testimoni 2 :Kak Shida (customer Kak N) copy dari blog mamafaiz

"alhamdulillah sebenarnya nak cerita pasal penyusuan Firdaus yang dah mencecah 1tahun 3 bulan 5 hari, dulu Nabil menyusu selama 1 tahun 7 bulan ja..sbbnya masatu aku dah mengandungkan Firdaus 5 bulan. Walaupun mengandung aku tetap menyusudan mengepam macam biasa tanpa ada halangan alhamdulillah mungkin disebabkanpemakanan aku yang baik serta amalan pengambilan supplement shaklee yangmengikut jadual oleh N maka Nabil dapat juga menyusu walaupun aku mengandung.Aku mula kenal shaklee masa Nabil umo 4 lebih bulan...aku mmg mencari suplemnent yang boleh membantu aku kembali sihat sbbnya sejak bersalin anak sulong akuselalu demam dan selsema sampaikan doktor bagi pelbagai-bagai vitamin katanyaaku ni kekurangan vitamin dan darah huhuhuhuhu tapi tak nampak plak kesannya akumasih tak sihat somkmo sehinggalah aku jumpa N yang sangat aktif menulismengenai shaklee mellaui tulisan beliau lah aku bagaikan rasa perlu mencuba..alhamdulillah berkat usaha mengamalkan vitamin-vitamin shaklee serta doa akhirnya aku kembali sihat dan dapat menyusukan Nabil tanpa halangan,percaya tak mula-mula stok susu Nabil hanya ada 6 botol jer..lama kelamaan bertambah-tambah syukur sangat2. ..."

Secara umumnya, Vitamin-vitamin ini memberikan manfaat seperti berikut:


Full Pack Set B

Vita-Lea @ Multivitamin dengan formula zat besi : sangat perlu demi memastikan badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjamin kesejahteraan dan banyak lagi seperti di entry ini

B-Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh demi membantu tubuh bertenaga, otak lebih fokus, EMOSI LEBIH STABIL dan MENGURANGKAN STRESS dan wajah lebih berseri.

Vita-C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan kulit yang lebih cantik.

Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium bagi ibu-ibu menyusu dan sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU.

Walau bagaimanapun, set breastfeeding Shaklee bukan makjun ajaib yang boleh mengembalikan susu sesiapa sahaja. Ia merupakah supplement atau pelengkap bagi membantu usaha mengembalikan susu yang dibuat oleh ibu itu sendiri, iaitu:
  1. Mengepam dengan kerap, sekurang-kurangnya 3 jam sekali.
  2. Menyusui bayi dengan kerap, mengikut kehendak,menawarkan susu badan kpd bayi.
  3. Minum air yang banyak (apabila mengambil set ini kerana ia adalah vitamin dan mineral yang concentrated, memerlukan air yang banyak untuk melancarkan proses penyerapan dan sebagainya) iaitu sekurang-kurangnya 2-3L sehari.
  4. Banyak berdoa dan berhajat kepada Allah SWT..(for muslim).
Seorang ibu yang mahu mencuba set breastfeeding Shaklee haruslah melengkapkan pengetahuan tentang penyusuan dan teknik pengambilan supplement semulajadi terlebih dahulu, bagi mengelakkan rasa kecewa apabila tidak ada kesan, atau keadaan makin buruk.  Dapatkan konsultansi percuma daripada pengedar Shaklee sekiranya anda mengalami masalah selepas mengambil set ini.

So ibu-ibu di luar sana... macam mana? ingin mencuba Set B ni???? Hubungi saya Syuhada 019-7062362 / emel syuhada_wahi@yahoo.com untuk maklumat lanjut mengenai cadangan Vitamin, konsultasi, harga dll... bagi ibu-ibu yang mempunyai kekangan bajet, jangan risau... hubungi saya untuk rundingan... saya sedia membantu anda...

Isnin, 3 Oktober 2011

Apa Kelebihan Vitalea Iron Formula/Multivitamins?

Multivitamins dalam Shaklee dikenali sebagai Vita-Lea... Masa mula-mula dapat vitalea ni, aku termenung jap... aduh besarnye... hahaha.... tapi aku telan jugak... ok jerk... since sihat ni apa salahnya telan vitamin2 ni kan... sok2 kalo berpenyakit (harap2 dijauhkan la..) lagi la byk ubat nak telan mcm 2-3 org ofis mate veteran kat sini.. huhuh.... so sebelum dtg penyakit2 tu, baiklah kita mencegahnya dulu....

Okey, jom kita lihat, apa kebaikan yang ada pada Vita-Lea Shaklee ini... Di copy dari sini



Vita-Lea® Iron Formula - Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat


Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan.  Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

So apa lagi... jom kita makan Vita-Lea ramai2 yerk... anda berminat? dapatkannya dari saya dengan harga istimewa... Hubungi saya Syuhada di talian 019-7062362 @ emel syuhada_wahi@yahoo.com