Selasa, 12 Mac 2013

~ Kalsium Dan Wanita ~

Bagi saya, Kalsium adalah salah satu vitamin yang penting untuk wanita.. Kerana apa?? sebab wanita sering kehilangan kalsium dari badan mereka berbanding lelaki.. Bagaimana ia hilang?? Ketika mengandung, kalsium diserap oleh janin untuk tumbesaran mereka.. Ketika menyusui anak, kalsium diserap dari ibu untuk disalurkan kepada anak melalui susu ibu, ketika haid, kalsium juga diperlukan lebih dari keadaan biasa.. Maka memang tidak hairanlah mengapa wanita sering dikaitkan dengan Osteoporosis..


Kita boleh cuba mengelakkan dari mendapat Osteoporosis dengan mengambil jumlah kalsium yang mencukupi setiap hari sama ada melalui diet harian ataupun suplemen..

Pengambilan Kalsium Yang Dicadangkan ialah :

~ Bayi 0-5 Bulan - 300mg/hari (Susu Ibu), 400mg/hari (Susu Formula)
~ Bayi 6-11 Bulan - 400mg/hari
~ Kanak- Kanak 1-3 Tahun - 500mg/hari
~ Kanak- Kanak 4-6 Tahun - 600mg/hari
~ Kanak- Kanak 7-9 Tahun - 700mg/hari
~ Remaja 10-18 Tahun - 1000mg/hari
~ Dewasa Lelaki 19-65 Tahun - 800mg/hari
~ Dewasa Wanita 19-50 Tahun - 800mg/hari
~ Dewasa Lelaki Lebih 65 Tahun - 1000mg/hari
~ Dewasa Wanita Lebih 50 Tahun - 1000mg/hari
~ Wanita Hamil - 1000mg/hari
~ Wanita Menyusu - 1000mg/hari


Ok nak share tentang topik ni....

 KERAP HAMIL JEJAS TULANG - Kosmo Online, 8 Mac 2013

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Baca Artikel Penuh Di Sini


So apa tunggu lagi.. Jom order cepat2 sempena PROMOSI HEBAT OSTEMATRIX (BUY 6 FREE 1) bulan ni.. Buat stok pun bagus.. Tulang kita ni nak pakai seumur hidup.. Nak berikan yang terbaik untuk anak, kita pun kena la jaga kesihatan kita juga, yer tak.. Esok lusa anak naik pentas time konvo boleh la kita join lompat2.. hehehe...


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma dsb....


Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan