Jumaat, 18 Julai 2014

~ PESAWAT MH17 TERHEMPAS - SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA ~

Seawal 2.30 pagi saya terjaga dari tidur kerana terdengar wassup masuk.. Officer bertanyakan tentang bos.. mcm pelik, sebab pagi2 tu tanya.. Kemudian baca wassup group ofis.. Barulah tahu, pesawat MH17 terhempas melibatkan penumpang dan krew seramai 295 org.. Berkemungkinan semuanya terkorban.. Allahuakhbar.. termenung seketika..

Terus bangkit dan mula google berita.. banyak gambar dan video yang telah dikongsikan oleh media antarabangsa.. Facebook pun ramai dah update.. diorang ni tak tidur2 lagi ke..

selepas 1 jam baca itu ini, saya bangkit.. ambil wuduk.. solat sunat.. kemudian sambung tidur.. jam 5 nak bangun sahur pula.. 

Foto
SERPIHAN pesawat MH17 yang ditemui di lokasi terhempas. FOTO Reuters

Salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan kepada penumpang dan krew MH17.. Pemergian mereka di bulan yang mulia.. Redha walau teramat sukar..


"Daripada ALLAH Kita Datang Dan Kepada ALLAH Kita Kembali"


Marilah sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban.. Semoga mereka ditempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman.. InsyaAllah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan