Selasa, 20 Januari 2015

~ DARI 700 JADI LEBIH 70,000 DALAM 3 TAHUN!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak berkongsi satu pelaburan dengan anda semua.. Pelaburan yang sangat menguntungkan.. Saya sendiri merasainya.. Yang penting HALAL, InsyaAllah.. Dari 700 saya telah GANDAKAN duit saya lebih 100 kali ganda iaitu lebih 70,000 dalam masa 3 TAHUN sahaja..

Jom.. saya nak ajak anda renung sebentar.. Dengan bermodalkan 700..

Jika anda labur di dalam ASB dengan kadar keuntungan bonus + dividen 9% setahun.. 

700 x 9% = 63 (tahun pertama)
763 x 9% = 68.67 (tahun kedua)
831.67 x 9% = 74.85 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 906.52

Jika anda labur di dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) dengan kadar keuntungan bonus + dividen 15% setahun.. 

700 x 15% = 105 (tahun pertama)
805 x 15% = 120.75 (tahun kedua)
925.75 x 15% = 138.86 (tahun kedua)

Jumlah terkumpul duit anda selepas 3 tahun ialah = 1,064.61

Tapi, saya gunakan 700 saya untuk saya labur di dalam Bisnes Shaklee.. Dan keputusan saya tepat sekali.. 

Jumlah keuntungan saya selepas 3 tahun ialah 100 kaliganda atau 10,000% dari jumlah pelaburan.. 

Jumlah terkumpul duit saya selepas 3 tahun ialah = 70,000 !!

So, anda nampak tak beza di situ?? 

Saya buat bisnes ni hanya PART TIME.. Saya bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.. Saya ada 3 orang anak.. Tapi masih boleh buat bisnes ini.. Maknanya anda juga boleh.. Lebih-lebih lagi suri rumah.. anda boleh jadikan bisnes ini sebagai platform untuk menambah pendapatan keluarga sambil2 melayan anak dan menguruskan rumahtangga.. Ramai yang telah buktikannya.. Hanya tunggu anda untuk bertindak..

MULAKAN & BERTINDAK SEKARANG !!

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Isnin, 19 Januari 2015

~ 1ST DAY SEKOLAH SYAHMI DAN SYAFI ~

Assalam dan Selamat Petang..

Hari isnin lepas 1st day sekolah kan.. Mula la rutin harian nak hantar dan jemput anak2 dari 3 tempat berlainan.. Fuhh.. berpeluh jugak ni.. hihihi.. 

Abang Syahmi dah masuk darjah tiga.. So takde masalah dah.. Cuma Abang Syafi ni 1st time la tadika.. last year masuk jugak tadika.. tapi sekejap.. 3 jam sehari je..

Mama risau juga sebab Syafi ni macam pendiam, tapi dia cepat sentap.. kuat merajuk sikit.. kena lembut2 sikit dengan dia.. Masa hantar tu berdebar jugak kot dia taknak masuk ke, nangis ke kan.. Tapi Alhamdulillah mudah sangat.. Sampai je sekolah, terus masuk..

Tengah hari, sebelum ambil abang dari sekolah singgah tadika Syafi sekejap.. Jumpa cikgu.. Tanya Syafi ok tak.. Cikgu kata ok.. tengah tidur.. Ok, mama lega.. 

Petang ambil dia, tanya dia macam2.. So far dia kata dia suka.. So mama senang hati.. Dah seminggu pun sekolah.. so far ok.. Harap2 berterusan..


Syafi ni kalau nak suruh bergambar memang payah sikit.. susah nak senyum, susah nak beri kerjasama.. Walau muka macam muncung, masam tapi dia tak buat hal.. elok je masuk dalam kelas.. hihihi

Khamis, 15 Januari 2015

~ CARA-CARA ATASI GUSI BERDARAH ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Anda ada masalah gusi tak? Bengkak gusi ke.. Gusi berdarah ke.. Sakit gusi ke.. Kalau ada kan, itu mungkin disebabkan anda kekurangan Vitamin C..

Beberapa bulan lepas saya juga ada alami gusi berdarah.. Bila gosok gigi mesti berdarah.. Masa tu saya cuma makan 1 biji Vitamin C sehari.. Tu pun kadang2 terlupa juga.. Hahah

So, bulan lepas kan Promosi Vitamin C.. Saya beli stock untuk diri sendiri lebih sikit.. Lepas tu start makan 2-4 biji sehari.. ikut suka.. kadang2 2 biji.. kadang2 3 biji, kadang2 4 biji.. Alhamdulillah dah tak berdarah lagi gusi.. 

Vitamin C ni larut air dan mudah musnah.. So badan kita ni sentiasa perlukan Vitamin C sebab badan tak boleh hasilkan Vitamin C.. Kita perlu dapatkan Vitamin C dari makanan seharian.. Cuma masalahnya apa yang kita makan tu tak membekalkan Vitamin C yang mencukupi.. Sebab apa?? Sebab kebanyakkannya telah musnah sepanjang proses dari dituai sampailah waktu kita makan.. Oleh kerana Vitamin C larut air dan mudah musnah dalam suhu yang tinggi, maka kebanyakkannya dah musnah dalam masakan.. 

Sustained Release Vita-C ni unik tau.. dilepaskan secara berperingkat selama 5 jam di dalam badan.. Maknanya, selepas kita makan, setiap sejam akan dilepaskan 100mg sahaja.. So bila 100mg tu musnah kerana suhu, air, stress dll, tak perlu risau... sebab jam berikutnya lagi 100mg dilepaskan untuk keperluan tubuh.. So katakan kita makan 4 biji, iaitu sebiji setiap selang 5 jam, bermakna selama 20 jam tubuh kita mempunyai Vitamin C yang mencukupi..





Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 14 Januari 2015

~ TANDA-TANDA MIGRAIN? PENING KEPALA? LETIH? LESU? INSOMNIA? ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Meh nak ajak anda renung sekejap.. Cuba check balik atau ingat balik, anda ada tak tanda-tanda seperti di bawah ini??


Haa.. kalau ada tanda-tanda tu semua memang elok sangatlah AMALKAN VIVIX ni sebab Vivix bagus untuk MENINGKATKAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH.. Sebab apa?? Sebab Vivix :

  • Membaiki & Melindungi Sel
  • Pertahanan Sel
  • Meningkatkan Tenaga Pada Sel
  • Meningkatkan Keupayaan Sel

Haa.. itulah manfaat utamanya.. SEL YANG SIHAT, MENJADIKAN TUBUH BADAN YANG SIHAT..

Sempena Promosi bulan ni memang elok sangatlah kan nak mula ambil Vivix ni.. Kalau ambil 2 botol dpt FREE MEMBERSHIP terus.. Rugi sape tak ambil peluang.. Hihihi


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 13 Januari 2015

~ PENCUCI BOTOL SUSU TANPA BAHAN KIMIA ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak share tentang DISH WASH yang merupakan salah satu pencuci dari Get Clean Home Care System.. Haa.. Get Clean Home Care System ni lengkap dah.. Ada Pencuci Baju, Pelembut/Pewangi, Pencuci Pinggan Mangkuk, Pencuci Serbaguna Lantai/Bilik Air/Dinding/Kereta dll.. Yang paling penting ialah SEMULA JADI SELAMAT, TIADA TOKSIK, TIADA KIMIA, MESRA ALAM.. Beli 1 set ni FREE SPRAY BOTTLE dari Shaklee..

Tapi kali ni nak fokus kepada DISH WASH.. Dish wash ni digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk.. Bagi ibu2 yang ada anak kecil, boleh guna Dish Wash untuk CUCI BOTOL.. SELAMAT.. Tak perlu risau ada bahan kimia ke apa.. Dah la takde bahan kimia, BERSIH BERKILAT segala daki2, kerak2 susu tu semua.. tak payah asyik nak tukar puting susu lagi kan.. kecuali la kalau dah koyak atau lebih 3 bulan.. tu memang kena tukar la kan..

Dish Wash ni murah je.. lebih kurang dengan pencuci botol di pasaran tu.. Tapi yang beza ia SEMULAJADI dan SELAMAT.. Bagi yang ada ALERGI SABUN tu kan, sesuai sangat la guna DISH WASH ni.. Kemudian ia pekat.. guna sikit je dah mencukupi.. 1 botol tu TAHAN BERBULAN2 tau.. LAGI JIMAT!!



Ok, jom baca info tentang DISH WASH ni..


Dish Wash Concentrate
Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan
Kod Produk:00255 (473ml)


Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja.  Masih tidak percaya?

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki


Tahukah Anda?

  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.


Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

Selamat

  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya


Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama


Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 9 Januari 2015

~ BEKALAN DARAH KRITIKAL!! : JOM DERMA DARAH ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Akibat dari banjir yang berlaku di negara kita sekitar penghujung bulan Disember 2014, bekalan darah di hospital-hospital terutamanya di sekitar Pantai Timur adalah kritikal.. Oleh yang demikian, Pusat Darah Negara akan mengadakan KEMPEN DERMA DARAH pada hari Sabtu dan Ahad ini.. 


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Di bawah ini saya sertakan kriteria-kriteria untuk penderma..  Bagi yang memenuhi kriteria tersebut, saya sarankan kita derma.. Jika tidak mampu nak derma wang ringgit, sekurang2nya dermakan apa yang Allah pinjamkan ini untuk membantu insan yang memerlukan.. InsyaAllah, Allah ganti dengan darah yang lebih baik.. 


KRITERIA PENDERMA DARAH

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.


10. Untuk penderma wanita:

  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.

11. Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Untuk maklumat-maklumat lain tentang DERMA DARAH ni boleh ke link INFORMASI


      

Khamis, 8 Januari 2015

~ 12 KEBAIKAN BAWANG PUTIH YANG ANDA PERLU TAHU SELAIN PENGUAT ANTIBODI ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Nak cerita tentang Kebaikan Bawang Putih ni.  Banyak sangat kebaikannya. Cuma kita sahaja yang mungkin tidak tahu. Sebelum ni memang tahu bawang putih ni bagus untuk tingkatkan antibodi. Tapi rupanya banyak lagi kebaikannya.. Jom baca..




12 Kebaikan Bawang Putih

1. Mengurangkan Risiko Angin Ahmar. Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

2. Mengurangkan Risiko Kanser. Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

3. Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus. Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Mengandungi Iodin. Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

5. Meningkatkan Sistem Imunisasi. Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

6. Anti Inflamasi. Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan anti inflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arthritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

7. Melindungi Tanaman. Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. Hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat. 

8. Membantu Sistem Pencernaan. Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

9. Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh. Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

10. Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.  Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

11. Menyuburkan Rambut.  Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

12. Membersihkan Jerawat. Bawang putih merupakan remedi semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteria. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.

Haaa.. banyak kan kebaikan atau manfaat bawang putih ni.. Hebat ciptaan tuhan.. Cuma 1 je masalahnya, tak ramai yang sanggup makan bawang putih ni mentah2.. Kalau masak pun setakat dah hiris halus2 dalam masakan tu boleh la telan kan.. tapi kalau masak sampai hilang rasanya, khasiat pun turut hilang sama..

Tapi takpe, sekarang kita dah ada option tau.. Shaklee memang tau bawang putih ni banyak manfaat kesihatan.. Sebab tu la Shaklee keluarkan produk Garlic Complex ni.. So tek perlu risau rasa pedar nak telan bawang putih ni.. Rugiiii kalau kita tak manfaatkannya..






Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Rabu, 7 Januari 2015

~ HB RENDAH BAHAYA?? ATASINYA SEKARANG!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak kongsikan sikit tentang ANEMIA yang saya ambil dari Berita Harian Online. Jom baca.

Anemia boleh ragut nyawa wanita, anak lemah mental.

“ANEMIA boleh menyebabkan kekurangan kalsium ketika mengandung.” - Wanita 1

“Kalau anemia masa hamil, anak boleh cacat.” - Wanita 2

LUAHAN dua wanita itu menerusi paparan slaid mengenai hasil tinjauan rambang wanita tempatan ketika bengkel’ Kehamilan dan Anemia : Lebih Lazim daripada yang Anda Jangka - Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera, di ibu negara, baru-baru ini amat mengejutkan.

Apa tidaknya, kenyataan mereka yang dibentangkan pada program anjuran Merck Consumer Healthcare itu turut membuktikan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat mengenai masalah anemia kekurangan zat besi ketika hamil biarpun ada di antara mereka sedang mendukung bayi berusia kurang setahun.

Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian?

Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.

Pic Credit
Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya.

Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

“Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Pic Credit
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.

“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan.

“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.

Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.


Info dari : Berita Harian Online (10 Mei 2012, Siti Nur Almizan Aripin)





Bagi yang ada masalah Anemia ni, saya cadangkan untuk ambil Vita-Lea with Iron Formula dan diambil bersama-sama Vita-C.  Sebab apa?? Sebab Vitamin C mampu meningkatkan serapan Zat Besi..

Bagi saya, sangat berbaloi jika kita belanja sedikit duit untuk kesihatan diri kita dan kandungan kan..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 6 Januari 2015

~ PROMOSI HEBAT TAHUN BARU 2015 ~

Assalam dan salam sejahtera..

Lately Shaklee sangat bermurah hati.. Promosi berganda2 setiap bulan.. Kalau dulu, setiap bulan hanya 1 produk yang ada promo.. Tapi bulan lepas ada 3 produk promo iaitu Vita-CVitamin E, dan Collagen Powder.. Selain daripada itu Shaklee turut sumbangkan Mealshakes untuk mangsa banjir yang bernilai RM2.3 juta.. Woww..

Ok, nak share promo bulan ni pulak..



Tentunya Vivix adalah vitamin yang paling ditunggu-tunggu untuk promo.. Sebab Vivix ni best sangat tau.. Formulanya hanya Shaklee je ada.. Sangat eksklusif..

Rugi sangat la kalau anda tak ambil peluang promo Vivix ni..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Jumaat, 2 Januari 2015

~ SELAMAT DATANG 2015 ~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sungguh masa berlalu.. Tahun 2014 yang lalu meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis dalam hidup.. Hal-hal peribadi, biarlah menjadi Kenangan Indah, Pengalaman, Pengajaran yang berguna untuk saya tempuh hari-hari mendatang.. Tapi, kenangan-kenangan bersama Shaklee rasa tak best kalau saya tak kongsi kan..

MAC 2014

Bulan Mac setiap tahun sejak 2011 merupakan ulangtahun saya dengan Shaklee.. bukan sebagai pengguna, tetapi sebagai Pengedar yang sah.. Alhamdulillah kini hampir 4 tahun saya bersama Shaklee dan masih lagi meneruskan bisnes ni.. Saya memang sayang sangat bisnes ni.. Ia banyak merubah hidup saya..

JUN 2014

Seperti tahun2 sebelumnya, bulan Jun adalah bulan yang dinanti-nanti oleh setiap Pengedar Shaklee kerana pada bulan inilah kami diraikan secara besar-besaran.. Kalau tahun 2013, National Trip kami di bawa ke Kota Kinabalu selama 3 hari 2 malam FULLY SPONSORED, kali ni National Trip diadakan bersekali dengan National Conference.. Jadi tahun ni saya dapat 1 bilik di HOTEL 5 BINTANG Sunway Resort Hotel & Spa selama 3 hari 2 malam FULLY SPONSORED by Shaklee.. Alhamdulillah.. Pada majlis tersebut saya MENERIMA 6 AWARDS, diundang menghadiri GALA DINNER UNTUK 2 MALAM dan MASUK PERCUMA ke Taman Tema Sunway Lagoon untuk 2 orang..

OGOS 2014

Urusan pembelian lot tanah kami telah selesai.  Alhamdulillah, selain menggunakan Slip gaji dan Penyata bank, PENYATA BONUS SHAKLEE banyak membantu untuk apply loan dengan bank.. Beli tanah lot je mampu duduk bandar mahal ni.. Kena kumpul duit pulak nak bina rumahnya..

NOVEMBER 2014

Alhamdulillah rezeki Allah pinjamkan untuk kami.. Kali ni urusan pembelian rumah kami pula selesai.. Seperti urusan tanah tu, urusan loan bank untuk rumah ini juga dibantu dengan PENYATA BONUS SHAKLEE.. Alhamdulillah loan lulus.. Rumah dalam proses untuk disewakan..

DISEMBER 2014

Duit bonus bulan ni memang dah niat nak bawa keluarga ke Legoland.. Janji dengan anak kena tunaikan.. So 29 Disember hari tu dapatlah pergi.. Alhamdulillah.. 

Selain daripada perkara-perkara di atas, banyak lagi yang saya dapat dari bisnes Shaklee ini.. 
  • Saya dapat MEMBERI LEBIH KEPADA MAK ABAH saya.. Boleh katakan lebih 5 kali ganda dari dulu.. Alhamdulillah.. itu adalah antara matlamat saya cari income lebih..
  • Alhamdulillah, dapat kumpul duit untuk MAK SAYA BUAT UMRAH InsyaAllah bulan Februari ni..
  • Saya dapat BERKENALAN DENGAN RAMAI ORANG YANG HEBAT dari seluruh Malaysia.. Malah dari Brunei juga..
  • Saya DAPAT BANYAK ILMU hasil bacaan dan sharing sesama pengedar.. Ilmu yang mungkin kalau saya tidak buat bisnes ni saya sendiri tak ambil tahu..
  • Selain ilmu dunia, ILMU BISNES, ILMU AKHIRAT juga yang saya dapat..
  • Dapat TINGKATKAN DIRI dari segi PEMIKIRAN, TINDAKAN, AMALAN KEROHANIAN dll..
Alhamdulillah.. Bersyukur sangat Allah pertemukan saya dengan Shaklee..


Khamis, 1 Januari 2015

~ PENGEDAR SAH SHAKLEE DI PUTRAJAYA ~

Assalammualaikum.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Dah masuk tahun baru 2015.. Masuk tahun baru, Azam pun baru kan.. Untuk memulakan tahun baru ini saya nak memperkenalkan diri saya semula.. Nak mengingatkan anda semua siapa saya.. Kiranya nak 'refresh' la.. hihih




Saya Syuhada, lebih dikenali dengan nama Syuhada Wahi.. Saya suka letak sekali nama ayah saya untuk urusan saya.. Nama FB, Blog, Emel mesti saya gunakan nama tu.. Tapi secara ringkasnya boleh panggil saya Syuhada..

Saya tinggal di Putrajaya.. Sebab itu lah saya kata saya Pengedar Shaklee di Putrajaya.. Jadi bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan berdekatan sini boleh dapatkan produk Shaklee terus dengan saya.. Jangan risau, InsyaAllah stok sentiasa ada.. Tak perlu nak tunggu berhari-hari untuk barang sampai ke kan.. Order hari ni, hari ni boleh dapat.. Bergantung keadaan la kan.. Takdelah hari ni order jam 11.00 malam, malam ni juga dapat kan.. Hihihi..


Selain Putrajaya, anda juga boleh dapatkan Produk Shaklee dari saya secara COD jika anda tinggal di Manjung/Lumut.. Bisnes Partner saya akan hantarkan.. Manakala di Sekitar Gugusan Felda Tenggaroh, Mersing pula, boleh dapatkan Produk Shaklee daripada emak saya.. InsyaAllah..


Selain (Cash On Delivery) COD, saya menggunakan perkhidmatan POS LAJU untuk urusan pengeposan barang ke seluruh Malaysia.. Jadi tidak menjadi masalah kalau anda ada di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Labuan.. Malah kalau anda tinggal di luar negara pun boleh diuruskan, InsyaAllah..


Kepakaran saya adalah :


  • SET KESUBURAN - Beberapa orang customer yang mengambil Set Kesuburan telah hamil dengan izin Allah..
  • SET KEHAMILAN - Saya dah rasainya sendiri. Memang berbeza dengan kehamilan terdahulu. Tiada masalah kesihatan, HB sentiasa cantik, urin ok, tiada kencing manis, darah tinggi, berat terkawal (saya hanya naik 9kg sepanjang kehamilan), tiada alahan, tiada cramp/kejang, sentiasa bertenaga, Alhamdulillah.. Malah pelanggan yang berjaya hami juga meneruskan Set Hamil..
  •  SET BERPANTANG - Berdasarkan pengalaman saya sendiri, pengalaman pelanggan2 saya dan pengalaman pengguna-pengguna Set Berpantang Shaklee adalah terbaik.. Sangat berbeza semasa berpantang dengan anak2 sebelum ini.. Boleh baca di SINI untuk Pengalaman Berpantang saya.
  • SET PENYUSUAN - Saya berjaya menyusukan anak kedua saya dengan SUSU IBU sahaja sehingga berumur 2 tahun 6 bulan.  Dan sekarang sedang menyusukan anak ketiga saya yang berumur 21 bulan dengan SUSU IBU sahaja.. Tanpa susu formula..

Ok, itu kepakaran saya.. Namun begitu, saya juga boleh memberi konsultasi tentang masalah lain dan juga semua Produk Shaklee..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**