Isnin, 30 Mei 2011

Mei Yang Penuh Dugaan...

Salam...

Dalam last entry, aku ada mention yang aku dah mula tak sihat... dan sampai saat ini aku masih belum sembuh sepenuhnya... 16hb yang lepas aku MC sampai seminggu... mmg tak larat langsung... takder selera nak makan n minum... makan 2 sudu pun keluar balik.... My bb Syafi yang dah baik hari tu pun, demam semula dan ditambah pula dengan batuk dan selsema... dah 2 kali tertangguh utk injection 1 tahun....

Oh yer, bercakap tentang umur Syafi setahun.... Alhamdulillah... aku berjaya menyusukan Syafi dengan SUSU IBU SEPENUHNYA selama setahun... dan dari itu, aku dah berjaya dapat Degree in BF.... Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberikan rezeki susu utk Syafi dan memberi peluang aku menyusukan Syafi selama ini... Selepas ini cabaran untuk ke Master in BF pulak... iaitu sampai 1 tahun 6 bulan.... Mudah2an aku berjaya....

Dalam meneruskan perjuangan menyusukan anak ini, aku sedang dilanda ujian... Akibat dari demam yang menyebabkan 3 perkara ini (Antibiotik, takder selera mkn & minum)...susu aku jadi kering... bayangkan, sehari suntuk tak menyusukan anak dan tak pam, my B tak bengkak langsung... mmg susu takder... sedih nak menyusukan anak, tp susu takder... end up, aku terpaksa menggunakan stok EBM yang sedia ada... Nasib baik aku ader stok EBM.... sekarang ni 24 jam Syafi bergantung pada EBM... dan EBM yang ader skrg ni hanya mampu bertahan untuk 2 minggu jer lagi... Sedih sangat2... hasil pam tak boleh nak cover... 1 hari, 24 jam, hasil pam yang aku dapat hanya 7-10oz sahaja... itupun dah termasuk sekali sesi Power Pumping... Sekali sesi kadang2 dapat 1oz, kadang2 2oz... Sedangkan Syafi guna 35oz sehari... Memang betul2 hebat dugaan dalam BF journey aku bulan ini... InsyaAllah, aku akan cuba untuk up kan balik hasil susu aku... Mudah2an aku dapat terus menyusukan Syafi dengan SUSU IBU SEPENUHNYA sehingga dia berusia 2 tahun.... Ya Allah... bantulah aku, Murahkanlah rezeki SUSU buat anakku Syafi...

Sekarang ni demam aku mmg dah ok... tp batuk masih ada... boleh kata teruk juga... suara pun dah macam Ella...sekarang kalau batuk, menangkap ke tulang rusuk... sakit sgt2 tulang rusuk aku setiap kali batuk... Syafi pun batuk2... tak dapat aku bayangkan kesakitan dia... aku sendiri rasa terseksa... apatah lagi dia yg sekecil itu... malam2 kami sama2 batuk, tidur mmg tak lena langsung...

Ya Allah, kau sembuhkanlah kami... Semoga kami dapat jalani hidup hari2 dengan lebih bertenaga dan sihat... Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan