Credit : amazon |
Bagaimanapun, sesetengah nasihat khas boleh diberikan:
1. Asid Folik (= folates = Vitamin B9)
Amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum persenyawaan. Asid folik diperlukan bagi menutup tiub saraf (neural tube). Ia dengan itu menghalang spina bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad, tembikai, dan humus. Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee) ditambah dengan asid folik. Vita-lea (Multivitamin) dan B-Complex Shaklee dilengkapi dengan Asid Folik @ Folate
2. Kalsium dan Zat Besi
Amat diperlukan oleh fetus yang cepat membesar. Wanita mengandung perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian). Wanita seringkali diberikan pil zat besi kerana ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada kekurangan sel darah merah). Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup vitamin D. Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah untuk berjemur setiap hari selama 10-15 minit. Namun dengan keadaan atmosfera serta lapisan ozon kita sekarang ni, kita tidak digalakkan untuk berjemur direct di bawah pancaran cahaya matahari. Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik. Kalsium (Ostematrix) Shaklee dilengkapi Vitamin D bagi meningkatkan kadar penyerapan Kalsium.
3. Vitamin B-Complex
Pengambilan Vitamin B-Complex mestilah lengkap dengan kelapan-lapan jenis vitamin B. Salah satunya, Vitamin B6 atau yang dikenali juga sebagai piridoksin. Wanita hamil memerlukan vitamin B6 sejumlah 1.9 miligram yang membantu untuk membentuk antibodi, sel darah merah, dan neurotransmiter. Menurut kajian, pengambilan vitamin B6 akan membantu mengurangi rasa mual - muntah pada beberapa wanita, tetapi tidak pada semua wanita. Untuk mengatasi rasa mual - muntah saat kehamilan, dos vitamin B6 yang diperlukan adalah lebih besar, dimana dos yang disyorkan iaitu 10mg untuk 3-4 kali sehari. Vita-lea (Multivitamin)Shaklee mengandungi 1mg B6 dan B-Complex Shaklee mengandungi 13.5mg B6.
Vitamin B6 juga boleh diperolehi daripada berbagai variasi makanan seperti pisang, cereal, kentang, ikan, ayam, gandum, jagung, kacang-kacangan.
4. Vitamin C
Vitamin C bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga amat baik dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Seringkali ibu-ibu yang mengandung menghadapi masalah apabila selsema kerana banyak ubat yang tidak boleh diambil ketika mengandung. Vitamin C amat baik untuk bakal ibu yang mahu mengelakkan diri daripada selsema. Ia mampu meningkatkan sistem pertahanan ibu sepanjang mengandung dan selepas daripada itu. Sebaiknya bakal ibu perlu mempelbagaikan sumber vitamin C. Selain pengambilan vitamin C melalui supplements sama ada dalam bentuk kapsul, tablet atau affervesent perkara yang penting ialah kepelbagaian melalui sumber makanan. Ambillah buah-buahan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Jika boleh pastikan pengambilan vitamin C seharian melebihi 85mg tetapi kurang daripada 2000mg. Vita-C Shaklee adalah 500mg bagi setiap tablet.
Vitamin C boleh ditemui di dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti lada benggala hijau, broccoli, tomato, kentang putih dan manis (sweet potato), buah-buahan jenis citrus seperti oren, strawberry dan kiwi.
5. Lemak
Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron. Dengan itu pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina. Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi antara risiko dengan kebaikannya: ikan 2 atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa. Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang asli dan bebas pencemaran logam berat, merkuri dan kadmium dan merupakan minyak ikan terbaik dunia.
6. Fluorine
Fluorine membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi: sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini fluorine pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan (tetapi awas dos tinggi adalah beracun!). Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine. Sesetengah wanita mengandung mengalami edema, dan diberitahu untuk mengurangkan pengambilan garam.
Vitamin Shaklee yang disyorkan bagi ibu hamil adalah seperti berikut:
Trimester Pertama (0-12 minggu)
Trimester Kedua dan Ketiga (13-40 minggu)
Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
FB : Syuhada Wahi
emel : syuhada_wahi@yahoo.com
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**
sy pernah dgr dr kwn² tentang produk nie..produk ni direct selling ke..??? ade ke jual di pasar² raya..??? ape kabaikan nye.??sy sedang hamil igt mcm nk amek produk nie..
BalasPadamHuda : boleh emel saya di syuhada_wahi@yahoo.com. Saya akan terang dengan lebih lanjut. :-)
BalasPadamMaking Money - Work/Tennis: The Ultimate Guide
BalasPadamThe way you 바카라 사이트 would expect from betting on the tennis matches https://septcasino.com/review/merit-casino/ of tennis titanium earrings is to bet on the player you like most. casinosites.one But you also need a หารายได้เสริม different