Salam... Jom kita baca sikit tentang tulang kita...
TULANG
Bagaimanakah tulang terbina?
Pembentukan tulang manusia dimulai pada saat masih janin dan umumnya akan bertumbuh dan berkembang terus sampai sehingga 35 tahun. Sekiranya dari awal proses pertumbuhan, banyak kalsium ada dalam darah maka tulang akan terbentuk dengan baik. Sebab tu Kalsium yang mencukupi amat diperlukan oleh ibu yang hamil dan menyusu kerana bayi dalam kandungan hanya bergantung pada Kalsium yang disalurkan oleh ibu untuk pembentukan tulang yang sihat. Begitu juga bayi yang menyusu dari ibunya. Bayi pasti akan mendapat kalsium yang mencukupi dari SUSU IBU. Jadi ibu perlu menggantikan Kalsium yang telah diserap ke dalam SUSU IBU tadi untuk kegunaan badannya sendiri.
Pada usia 0 - 30/35 tahun, proses ini dinamakan modeling kerana pada masa ini terbentuknya model tulang seseorang. Ini bermakna tulang kita tidak sama antara satu sama lain. Kerana itulah kita mempunyai rupa paras yang berbeza.
Mencegah
Pada usia 30 - 35 tahun, pertumbuhan tulang sudah selesai, waktu ini disebut remodeling di mana modeling sudah selesai tinggal proses penggantian tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih muda. Setelah pembentukan tulang selesai, maka akan terjadi penurunan jisim tulang. Hal ini boleh dicegah dengan menjaga kandungan kalsium setelah tercapainya puncak jisim tulang.
Dengan mengambil kalsium 800 - 1200 mg sehari, jisim ini boleh dipertahankan. Untuk mencegah penurunan jisim tulang, di mana penurunan ini akan mengakibatkan berkurangnya kepadatan tulang dan tulang akan mengalami osteoporosis. Osteoporosis lebih baik dicegah dengan cara pengambilan kalsium yang cukup setelah usia 30 atau 35 tahun.
Kesimpulan
Dalam proses pembentukan tulang, tulang mengalami regenerasi iaitu penggantian tulang-tulang yang sudah tua dengan tulang baru yang masih muda, proses ini berjalan seimbang sehingga terbentuk puncak jisim tulang. Setelah terbentuk puncak jisim tulang, tulang masih mengalami penggantian tulang yang sudah tua dengan tulang yang masih muda. Tetapi proses ini tidak berjalan seimbang di mana tulang yang diserap untuk diganti lebih banyak daripada tulang yang akan menggantikan, maka terjadi penurunan jisim tulang. Apabila keadaan ini berjalan terus menerus, akan terjadi osteoporosis.
Sumber : www.utusan.com.my
SUSU
KEBAIKAN pengambilan susu terhadap tubuh manusia sememangnya tidak dapat disangkal, apalagi kajian membuktikan ia makanan lengkap yang mengandungi semua nutrien diperlukan untuk kesihatan optimum bagi pelbagai peringkat umur, daripada golongan kanak-kanak hingga orang dewasa. Susu mengandungi zat bermanfaat, antaranya kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain diperkaya dengan vitamin A, vitamin B, zink, riboflavin, potassium, sodium, zat besi dan sulfat.
Susu berada dalam kategorinya yang tersendiri kerana ia mengandungi mineral penting yang tidak dapat digantikan oleh kumpulan makanan lain. Pengambilan susu sejak kecil dan sepanjang hayat membolehkan seseorang itu memiliki tahap tulang yang kuat serta kesihatan tubuh badan keseluruhannya.
Susu sama juga seperti makanan lain mengandungi gula semula jadi di dalamnya dalam bentuk laktosa selain bentuk gula lain seperti fruktosa, sukrosa dan sirap pejal yang semuanya bergabung untuk memberi tenaga kepada mereka yang meminumnya.
Menepis tanggapan sesetengah orang, susu tidak menggemukkan walaupun ia diberi tambahan gula dan kajian menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan susu dan makanan bersusu tampil lebih langsing berbanding mereka yang tidak minum susu
Kajian juga menunjukkan pengambilan susu sebagai sebahagian diet untuk mengawal kalori berjaya mempercepatkan pengurangan berat badan, terutama di kawasan abdomen, sekali gus merendahkan risiko penyakit memandangkan pertambahan lemak di kawasan terbabit sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.
Oleh itu, kepercayaan bahawa gula tambahan dalam susu mampu menggemukkan adalah tidak berasas memandangkan penyumbang masalah berat badan berlebihan bukan berdasarkan hanya satu jenis makanan tetapi ia disumbangkan oleh lebihan gula dalam keseluruhan pemakanan lain yang diambil secara tidak terkawal.
Malah kajian menunjukkan pengambilan susu secara berterusan mampu mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat kencing manis jenis dua, iaitu masalah yang sudah lama membelenggu masyarakat, termasuk kanak-kanak.
Sumber : www.hmetro.com.my
Bagi mereka yang tidak minum susu pula bagaimana ya? Sebenarnya, masih banyak lagi sumber kalsium dalam makanan kita untuk menampung keperluan kalsium harian kita. Antaranya ialah biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan), kekacang, makanan laut seperti tiram, udang halus, ikan bertulang lembut seperti sardin, bayam, gandum penuh, kailain, brokoli, sayuran hijau, roti dll. Namun begitu, pengambilan Kalsium juga perlu disertai dengan Vitamin D dan Magnesium kerana Magnesium diperlukan untuk menggabungkan Kalsium ke dalam tulang dan Vitamin D pula diperlukan untuk penyerapan Kalsium dengan lebih baik. Selain itu, agak sukar untuk memastikan pengambilan Kalsium harian kita mencukupi antara 1000-1300mg kerana kita sendiri tidak tahu jumlah Kalsium yang ada dalam makanan2 seharian kita.
Oleh itu, selain mendapatkan kalsium dari sumber makanan harian, anda juga boleh mendapatkan makanan tambahan Kalsium untuk memenuhi keperluan harian tubuh badan anda. Ostematrix Shaklee adalah Kalsium yang dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D. 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium, 100mg Magnesium dan 100 IU Vitamin D.
Lagi tentang Kalsium - 10 kebaikan kalsium
Bulan ni ada promosi Ostematrix ni.... Kalau anda nak tahu apa promosinya, sila hubungi saya yer...
Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb....
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
FB : Syuhada Wahi
emel : syuhada_wahi@yahoo.com
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan