Jumaat, 9 Januari 2015

~ BEKALAN DARAH KRITIKAL!! : JOM DERMA DARAH ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Akibat dari banjir yang berlaku di negara kita sekitar penghujung bulan Disember 2014, bekalan darah di hospital-hospital terutamanya di sekitar Pantai Timur adalah kritikal.. Oleh yang demikian, Pusat Darah Negara akan mengadakan KEMPEN DERMA DARAH pada hari Sabtu dan Ahad ini.. 


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Di bawah ini saya sertakan kriteria-kriteria untuk penderma..  Bagi yang memenuhi kriteria tersebut, saya sarankan kita derma.. Jika tidak mampu nak derma wang ringgit, sekurang2nya dermakan apa yang Allah pinjamkan ini untuk membantu insan yang memerlukan.. InsyaAllah, Allah ganti dengan darah yang lebih baik.. 


KRITERIA PENDERMA DARAH

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.


10. Untuk penderma wanita:

  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.

11. Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Untuk maklumat-maklumat lain tentang DERMA DARAH ni boleh ke link INFORMASI


      

1 ulasan:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    BalasPadam