Jumaat, 13 Februari 2015

~ NUTRIENT UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN ANDA MEMBESAR ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Hari ni nak share tentang Nutrient untuk bayi dalam kandungan anda membesar dengan sihat.. Sebenarnya saya google tentang kandungan Vita-Lea Iron Formula bila saya terjumpa info Nutrient untuk bayi dalam kandungan ni dalam web Baby Center ni.. Sangat menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua.. 

Nak tau sebab apa?? SEBAB SEMUA NUTRIENT UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN MEMBESAR INI TERDAPAT DI DALAM VITA-LEA IRON FORMULA!! Maka, bagi pendapat saya, ia adalah pilihan yang amat TEPAT dan BIJAK untuk ibu-ibu hamil ambil..

Ok, jom lihat apakah Nutrient yang bayi dalam kandungan anda perlukan..


KalsiumManfaat kepada bayi anda: Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.


KromiumManfaat kepada bayi anda: Mengawal tahap gula dalam darah; merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.


TembagaManfaat kepada bayi anda: Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah


FluoridaManfaat kepada bayi anda: Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal


Asid FolikManfaat kepada bayi anda: Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.


IodinManfaat kepada bayi anda: Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf.


Zat besiManfaat kepada bayi anda: Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi. 


MagnesiumManfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi yang kuat, mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah, membina dan membaiki tisu-tisu 


ManganManfaat kepada bayi anda: Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat 


Asid PantotenikManfaat kepada bayi anda: Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak. 


FosforusManfaat kepada bayi anda: Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.


PotasiumManfaat kepada bayi anda: Membantu aktiviti otot dan kontraksi, metabolisma tenaga dan fungsi saraf. 


RiboflavinManfaat kepada bayi anda: Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat. Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda. 


ThiaminManfaat kepada bayi anda: Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf. 


Vitamin AManfaat kepada bayi anda: Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah. 


Vitamin B6Manfaat kepada bayi anda: Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat. Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf. 


Vitamin CManfaat kepada bayi anda: Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi. 


Vitamin DManfaat kepada bayi anda: Membantu membina tulang dan gigi.


ZinkManfaat kepada bayi anda: Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran. 



Selain sangat bermanfaat untuk bayi di dalam kandungan, tentu sekali ia juga amat bermanfaat untuk ibunya.. Bagi ibu hamil yang memang mengamalkan Vitalea sebagai multivitamin harian dapat meningkatkan HB, InsyaAllah..


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan