Isnin, 16 Februari 2015

~ SIDE EFFECT SHAKLEE - DAPAT NOTIS CP500 DARIPADA LHDN!! ~

Assalam dan Salam Sejahtera..

Lunch hour macam biasa saya akan uruskan anak sekolah dan KAFA.. Kebetulan masa kat rumah, posmen datang hantar surat.. Masuk dalam Post Box je.. So sebelum nak hantar Syahmi pergi KAFA, Syahmi ambilkan surat..


1st impression muka terkejut sebab dapat surat dari LHDN dengan tertulis di muka depan..

CP500
NOTIS BAYARAN ANSURAN


Haaa.. Maunya tak berdebar2 jantung ni dapat Notis kan.. Rasa tak sabar2 nak sampai ofis.. Nak bukak surat dan baca isinya.. 

Dah baca konfius pulak.. Aik, nape nak kena bayar ni pulak.. Bukan ke boleh potong gaji jer.. Kenapa nak kena bayar sendiri pulak ni.. So bukak web LHDN untuk tau dengan lebih lanjut..

Image result for lhdn

**********************************************************************************

Skim Ansuran CP500

Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan Mac setiap tahun.

Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut. Bagi individu yang tidak menerima pada penghujung bulan Februari setiap tahun, boleh membuat semakan pengeluaran CP500 di cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di tanpa tol 1-800-88-LHDN (5436).

Pembayar cukai yang menerima notis ansuran CP500 dan tidak bersetuju dengan amaun yang ditetapkan, mereka boleh memohon untuk membuat pindaan arahan bayaran ansuran tersebut melalui Borang CP502. Borang CP502 kebiasaanya dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkaitan.

Semakan terhadap jumlah ansuran yang telah dibayar dan amaun cukai kena di bayar, tidak termasuk cukai untuk pendapatan pengajian, jika ada.Sekiranya ansuran tidak mencukupi, jumlah yang terkurang perlu dibayar semasa penghantaran BNCP pada tahun berikutnya.Sekiranya jumlah ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dbayar, pembayar cukai boleh membuat tuntutan bayaran balik di atas lebihan bayaran itu.


**********************************************************************************

Ok, faham la sikit2.. So maksudnya yang potong gaji khas untuk penggajian.. Yang ni untuk side income @ Shaklee ni lah.. Sebelum ni bukan tak bayar.. Cuma sebelum ni bayar terus semua bila isi e-filing tu.. Tapi ni LHDN dah buat anggaran sendiri berapa kita kena bayar dan bayar secara ansuran 2 bulan sekali..

Yang bagusnya - Tak perlu pening kepala nak keluarkan duit selepuk banyak2 bulan Jun 2016 nanti..

Yang kurang bagusnya - Nak kena bayar 2 bulan sekali.. Kalau lupa mcm mana?? Hahahah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan