Assalam.. Selamat petang..
Pagi tadi sempat pergi perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah Syahmi.. sebelum cerita result tu, cerita mukaddimah dulu yer.. hihihi..
Masa masuk darjah 1, Syahmi kelas ke-5 dari 5 kelas.. Papanya agak kurang setuju memandangkan Syahmi dah pandai membaca Melayu, English dan simple Math.. Mungkin masa saringan linus untuk menentukan kelas tu Syahmi ni banyak main.. So duduk di kelas ke-5.. Saya tenangkan papanya kata mungkin memang budak2 lain lagi advance..
Keputusan2 Syahmi dari segi ujian ok, kebanyakkan A.. Tapi penilaian menggunakan Band mengelirukan saya.. Saya sendiri tak tau sejauh mana prestasi sebenarnya sampai la akhir tahun..
Sebelum naik sekolah Darjah 2, saya hubungi sekolah untuk mengetahui kelas Syahmi.. Amat terkejut dan terkedu apabila diberitahu yang Syahmi naik ke kelas Pertama!!.. Melompat 4 kelas.. dari kelas Kelima ke kelas Pertama!!
Semasa peperiksaan awal tahun, prestasi Syahmi agak merosot.. Dia dapat tempat 33/34 di dalam kelas dan 82/153 dari darjah 2.. Cikgu kata kalau berterusan mungkin dia akan turun kelas tahun hadapan.. Malah ada cikgu2 lain yang beritahu guru kelas Syahmi bahawa kemungkinan menaikkan Syahmi terus ke kelas pertama adalah terlalu drastik dan takut memberi tekanan pada Syahmi.. Tambahan pula Syahmi dah kurang bimbingan masa belajar kerana Papa takde.. Masa darjah satu Papa yang selalu mengajar dia.. Bila Papa kerja jauh, saya tak banyak masa nak ajar.. dan Syahmi tak boleh belajar sendiri tanpa pengawasan.. Biasalah budak lelaki.. heheh..
Saya mula lebihkan masa untuk mengajar dia lebih dari sebelumnya.. Beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir tahun, saya ubah cara ajar.. Sebab Syahmi senang leka dan bosan kalau buat latihan.. Jadi saya ambil pendekatan untuk memberikan 1 ujian dalam masa sejam setiap malam untuk subjek yang berbeza.. Kemudian saya akan tanda kertas ujian tu.. Jika ada salah saya akan terangkan kepada dia apa jawapan yang betul dan cara nak buat/jawab.. Alhamdulillah.. dia boleh terima cara ini..
Hari ni, saya rasa gembira.. Walaupun Syahmi bukan best student, tetapi pencapaian beliau meningkat dengan banyak sekali.. Waktu guru kelasnya beritahu, dia sendiri teruja.. Dia sendiri percaya Syahmi mampu buat..
Alhamdulillah.. Syahmi dapat tempat 5/34 di dalam kelas dan 11/153 dari darjah 2.. Bagi saya itu cukup buat saya bangga dan puas hati..
Nampaknya saya kena teruskan sesi pembelajaran seperti itu untuk Syahmi.. Dan perlu juga cipta beberapa cara baru supaya dia tidak bosan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan