Rabu, 20 April 2011

Testimoni Customer

Jom baca apa kata customer-customer mengenai Shaklee....

**********************************************************

Cik Nor
Beliau mengalami sakit kaki selepas terjatuh.  Beliau makan OmegaGuard, Vita-B Complex, Vita-C, OsteMatrix dan Vita-E Complex.  Katanya kaki dah tak sakit, nak sembahyang pun senang... dah tak sakit lagi... kemudian beliau kata beliau rasa lebih bertenaga, dan tak letih walau pun buat kerja dari pagi sampai petang... Selain dari itu, beliau kurang rasa lapar dan dalam masa 2 minggu consume, berat beliau telah turun sebanyak 2kg... Beliau juga ada kesan kulit mengelupas akibat percikan minyak ketika masak, dan kini kesan itu telah berkurangan...

**********************************************************

Seronok dengan testimoni yang macam ni... rasa kembang setaman jerk... hahaha... ye la, kita mengharapkan customer dapat kesan yang baik dari vitamin yang kita syorkan... sekiranya tidak, tentu mereka tak puas hati dan kita juga rasa bersalah... betul tak...

Anda bila lagi??... jom dapatkan Vitamin anda dengan saya... Jangan segan2 untuk hubungi saya Sue di talian 019-7062362 @ emel syuhada_wahi@yahoo.com

Ahad, 17 April 2011

Keistimewaan Shaklee....

Ok... seperti yang aku cakap (erk, ckp ke? korang ader dgr suara tak??? hahah).... ni aku letak plak KEISTIMEWAAN SHAKLEE.... aku amik kat Laman Web Rasmi Shaklee Malaysia... Baca ek, jgn tak baca... tp panjang sket... alah sket jerk... takder berjam-jam korang baca... unless korang eja satu persatu.... hehehe...


KEISTIMEWAAN SHAKLEE
Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Khamis, 14 April 2011

Apa Itu Shaklee???

Salam...

Mesti korang perasan, header aku ni ader tulis Shaklee kan?? Kenapa yer... heheh.. jom kenali Shaklee...

Shaklee merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.
Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.
Ini sedikit intro untuk Shaklee ni... Next entry nanti aku cerita tentang KEISTIMEWAAN SHAKLEE pula yer...

Selasa, 12 April 2011

Sudahkah Anda Menjalani Ujian Pap Smear???

Hah, jawab pertanyaan ku itu... hehehe... Aku jawab ok... DAH!!!!.... hahah, teruja bagi tau... baru jer lagi pun... bulan lepas... Meh aku citer sket kat korang ok.... Semua tulisan aku ni bukan ayat2 kenyataan perubatan tau... ni ayat aku sendiri ikut apa yg aku tau serba sikit...

Siapa yang perlu buat?

Ok, Ujian Pap Smear ni perlu dilakukan oleh wanita yang pernah/telah melakukan hubungan seks... Dalam erti kata lain, bagi kita sebagai orang islam ni mestilah yang dah kawen kan... tp kalo dah lepas kawen pun tak buat hubungan seks, baik korang rujuk kat pejabat agama.. hahah... gurau okeh....

Nak buat bila?

Waktu yang disarankan pulak adalah 2 minggu selepas hari pertama period..... lebih kurang hari ke 16 ke atas..... tp jgn pulak nak dekat2 next period.... dan lagi satu, korang kena 'puasa' dari bersama dengan hubby atleast sehari sebelum buat ujian... aku suruh hubby aku puasa 2 hari... hahaha.... aku taknak hasil yang tak accurate... for my own good right???..... Rasionalnya, supaya vagina kita betul2 bersih dan sampel yang diambil mmg betul2 sampel dinding serviks...... takmo lah ader saki baki darah or 'protein' plak... (korang tau maksud aku)... hahah... nanti hasil tak tepat...

Keputusan?

Keputusan ujian akan diperolehi dalam masa 2 bulan... Sekiranya ok, keputusan ujian akan di pos kepada korang... namun jika sebaliknya, doktor akan hubungi korang personally... jeng3... aku pun masih nebes nih...

Kekerapan?

Untuk pertama kali, ujian perlu dilakukan sebanyak 3 kali berturut2 selama 3 tahun iaitu setahun sekali.... selepas itu, memadai dilakukan setiap 2 tahun sekali...

Ok, meh aku citer lak pengalaman aku buat ujian ni hari tu.....

Aku datang nak buat ujian dengan penuh semangat masa hari ke 9 dlm period cycle... sekali silap daa.... huhuhu... takleh wat, takut masih ader saki baki darah....tunggu turn sikit punyer lama... last2 balik jer la... tp oleh kerana hari Rabu, aku pun dgn rajinnya join ceramah SUSU IBU kat klinik tu... ala, sejam jerk... so aku buat appointment semula pada hari ke 18... kalo di Klinik Putrajaya, korang pergi kat bhgn Ibu mengandung n kanak2 yer... kalo korang tunggu giliran kat sini sorang diri, mesti orang ingat korang mengandung... orang takkan sangka korang nak wat pap smear punyer... hahah..

Kemudian, bila dah dapat kad, aku carik la tempat duduk betul2 depan bilik No. 14 (Bilik Rawatan Pap Smear & Perancangan Keluarga)... Sekejap jer tunggu dah kena panggil... org pertama pulak tu... nampak sgt masih ramai orang tak wat Pap Smear ni kan..kan..kan... Aku masuk,  dan....

Nurse : Pandang aku
Aku : Nak apa2 ker? (aku tanya kot2 dia nak tgk apa2 dokumen i.e. buku check up mengandung dulu ke... heheh)
Nurse : Puan datang untuk apa?
Aku : Oh, saya nak buat Pap Smear.
Nurse : Pernah buat?
Aku : Tak
Nurse : Ok, ujiannya mcm ni... bla.. bla.. bla.. (dia terangkan apa dia akan buat)
Aku : Ok...
Nurse : Puan isi alamat kat sini (kat envelop)... kalo takder apa, kita akan pos keputusan pd puan... sekiranya ada apa2 Doktor akan hubungi puan... keputusan dalam 2 bulan...
Aku : Ok
Nurse : Ok, puan baring dulu, tanggalkan bra dan seluar dalam...
Aku : Ok..
Nurse : Puan tau dari mana tentang ujian ni..
Aku : (sambil baring) Saya dah tau lama... tapi tak tergerak nak buat... skrg tergerak nak buat.. untuk kebaikan diri sendiri juga...

Pastu nurse datang, check breast... pastu dia kata, puan tgh tunggu hari untuk period yer... aku ckp tak... cos aku yakin lambat lagi... maybe dia rasa breast aku keras sket (sebenarnya dah masa utk ngepam... hahaha)

Nurse : Ok, puan naikkan kaki, buka kaki mcm nak bersalin tu... punggung letak jgn angkat yer... relaks jer... (korang yang pernah bersalin normal mesti tau, hah, ni sebijik la mcm tu keadaannya...)

Pastu dia bual2 tanya pasal keluarga aku, suddenly aku rasa ader benda masuk... ader la dlm seminit dua... pastu selesai... lah sekejap jer... TAK SAKIT LANGSUNG!!!... korang rasa macam 'waktu make love' tu jer... tu yg aku rasa la... hahaha... maybe sbb aku relaks jer...

Aku : lah, tak sakit pun...
Nurse : mmg pun puan, tp org dah terbiasa dgr kata sakit...
Aku : Leh sy tgk benda alahnya...
Nurse : Kalo puan tgk pun, mesti puan takut... sebab tu saya tak tunjuk n saya ajak bual2...
Aku : takper... saya ok jer....

Then nurse tu tunjuk aku....

Sumber : yahoo
Lebih kurang mcm ni la... tp plastik... bukan besi camni... pastu rasanya tak sebesar ni... heheh... yang ni plak, apa yang dia buat sebenarnya....

Sumber : yahoo
Ok, nurse tu cakap, nanti balik ofis, cerita la dgn kawan2... suruh diorang buat... so korang gi la buat yer, bg yg tak pernah buat tu... utk kebaikan korang jugak... baik cegah dari awal... cos kanser serviks ni kurang simptom... n kdg2 pengidapnya tak perasan... bila dah tau, dah kritikal... tak dapat nak diselamatkan....

Kalo korang byk duit, boleh la gi amik vaksin kat spital swasta... yg mcm budak2 tingkatan 1 dpt skrg tu... ader 3 dos, 3 kali injection... kos dlm lingkungan RM800-RM1000...

Ok, tu jer entry panjang lebar aku ni... harap korang tak bosan yer....

Isnin, 11 April 2011

Hak Sesama Manusia

Salam...

Pagi tadi, sambil-sambil aku bersiap tu, aku ader dengar ceramah pagi kat tv... tv mmg terpasang jer... so sambil-sambil aku kemas beg, kemas EBM dan bubur Syafi, kejut abang Syahmi suruh mandi, ke hulu ke hilir tu, aku dengar la... so topik pagi ni adalah tentang hak sesama manusia.

Sebenarnya, hak sesama manusia ni banyak... tapi yang hendak dikupas oleh ustaz berkenaan (aku lupa saper dia... busy kan... tak tgk pun, dgr jer...) adalah 5 hak... dan aku sempat dengar 2 jer... sebab lepas Syahmi siap mandi, automatik dia tukar channel 611... hahahha.... Ok, apa dia 2 hak yang aku sempat dengar tu?

Pertama sekali mengenai salam... ya, kita mungkin amalkan ucapan ini... mungkin kepada kenalan shj, atau tatkala berpisah dgn anak (ni aku buat tiap2 pagi lepas hantar Syahmi ke sekolah)... tatkala datang ke rumah orang atau pulang ke rumah sendiri... Sebenarnya banyak adab dan hukum berkaitan memberi salam seperti ini namun yang ingin ustaz itu tekankan adalah mengenai hak manusia itu.... di mana, sekiranya seseorang itu memberi salam kepada kita, wajib kita menjawab salamnya... ini kerana, orang berkenaan telah mendoakan kita melalui salamnya, maka adalah menjadi hak mereka untuk kita mendoakan mereka semula...


Sumber dari : Google
                                                 
Yang kedua adalah mengenai bersin... mulanya aku gelak gak... tp aku akui kebenarannya... nak tau kat mana letaknya hak manusia dengan bersin tu? tatkala seseorang itu bersin di depan kamu, kemudian dia mengucapkan Alhamdulillah, maka wajib bagi kita yang mendengarnya menjawab (tasymit) dengan membaca Yarhamukallah (Semoga Allah merahmatimu).... dan orang yang bersin tadi disarankan menjawab dengan salah satu ayat berikut:

Yahdikumullah wa yushlih baalakum (mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada kalian dan memperbaiki keadaan kalian).

- Yaghfirulahu lanaa wa lakum (mudah-mudahan Alah mengampuni kita dan kalian semua).

- Yaghfirullaah lakum (semoga Allah mengampuni kalian semua).

- Yarhamunnallah wa iyyaakum wa yaghfirullaahu wa lakum (semoga Allah memberi rahmat kepada kami dan kamu sekalian, serta mengampuni kami dan mengampuni kalian).

- Aafaanallah wa iyyaakum minan naari yarhamukumullaah (semoga Allah menyelamatkan kami dan kamu sekalian dari api neraka, serta memberi rahmat kepada kamu sekalian).

- Yarhamunnallah wa iyyaakum (semoga Allah memberi rahmat kepada kami dan kepada kalian semua).

Kita tidak diwajibkan menjawab (tasymit) sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan Alhamdulillah @ bersin lebih dari 3 kali @ membenci tasymit @ orang bukan islam @ bersin ketika khutbah Jumaat @ berada di tempat terlarang mengucapkan Kalamullah seperti tandas....

So apa kata korang? mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi sedikit peringatan buat korang semua dan juga diriku... dan sekiranya korang bersin, jgnlah pula membaca Alhamdulillah di dalam hati... kerana dgn itu, korang tidak mendapat hak korang @ doa orang untuk korang...

Sabtu, 9 April 2011

Buntu

Dah banyak kali aku nak buat entry baru... tiap kali tu jugak la, berkali-kali aku tukar tajuk... tau naper? aku takder idea sebenarnya... hahaha... ni lah yang aku tak nak... mcm hangat2 tahi ayam jerk.. huhuh... InsyaAllah aku akan rajinkan diri gak untuk update...

Kalau aku takder depan laptop ni, rasanya mcm2 idea yang keluar nak post kat sini... tp... biler aku nak wat entry jer, semua tu hilang... entah ke mana....serba tak kena... hmmm... tu lah, takder bakat menulis, tp gatal gak nak menulis kan... ni lah akibatnya....

Aihh, ntah apa2 lak aku membebel ni... ok la, sambung next entry.... hopefully akan ada info yang bermanfaat utk aku share... yer tak? huhuhu.... Till then... Adios...

Khamis, 7 April 2011

My 1st Entry

Welcome....
Entry yang sangat simple... Baru nak berjinak2 menulis... hahaha... sebenarnya aku sgt ler pemalas nak mereka-reka ayat ni... so ayat-ayat kat sini semua ikut sedap hati aku nak menulis lah... Harap2 pembaca tak kesah...

Sebenarnya lama dah nak buat blog ni... tapi dulu kat ofis ni takleh nak bukak blog (hahah, kantoi berblog kat ofis)... Eh tak eh... sekarang dah ader broadband... heheh.... So aku leh la berblog dari rumah (sempat ke???) hahahha..... tu lain citer....

Aku pernah ader fotopages (fp)... tapi dah bertahun berkubur macam tu jer... tu sebab la tak terbuat2 blog ni... aku takut jadik mcm fp aku dulu... :-D... harap2 rajin ler aku update blog aku ni... kalo tak dpt tiap hari, tiap minggu la... takpun tiap bulan... hahaha... jgn sampai setahun sekali udah ler....

Kepada pembaca (kalau ader la).... Selamat membaca yer... Jgn lupa tinggalkan komen juga... huhuhu... Kalo korang suka, jemputlah dtg lagi... tp kalo tak suka, aku mintak maaf byk2 la eh... aku tulis takder kena mengena dgn org lain melainkan aku... so pada yg suka, terima kasih... pada yg tak suka... korang leh tinggalkan blog aku ni...

Okeh, selesai sudah My 1st Entry....