Pagi aku bangun macam biasa untuk bersiap gi keje... bila dia sedar dari tidur, tgk aku takder, dia nangis.. aku pun masuk bilik dan nak nyusukan dia since breast pun dah penuh cos dia kurang minum malamnya... tapi aku terkejut kerana dia taknak menyusu... siap berpaling muka bila aku selak baju nak bagi... aku suakan juga nenen ke mulutnya, tapi dia taknak hisap... aku dah mula tak sedap hati... siap aku pun nangis sama tgk dia ngamuk tu...
Aku hantar dia ke rumah pengasuh berbekalkan EBM seperti biasa... kemudian, dalam kol 10.00am aku telefon pengasuh tanya sama ada dia nak menyusu atau tidak... pengasuh kata dia menyusu mcm biasa... ini tambah menguatkan firasatku bahawa ader sesuatu yang tak kena... aku plan nak minta tolong hubby pengasuh, tetapi aku nak tgk dulu sama ada malamnya dia dah nak atau tidak...
So balik dari rumah pengasuh aku bawa dia ke dalam bilik.. kemudian gurau2 dgnnya sambil nak nyusukan... sebelah kanan dia reject terus... tp sebelah kiri dia minum sikit... aku ingat, bila nak tidur mlm nanti mungkin ok sket.... tapi rupa2nya tak... nak bawa rumah pengasuh untuk berubat, hujan lebat pulak... so bersengkang mata la aku menjaga/memujuk syafi untuk tidur kerana dia meragam dan menangis sepanjang malam... aku dah cuba bagi susu dalam botol/cawan, tapi dia taknak... bagi air msk pun dia taknak....
Esok pagi (Selasa) aku hantar ke rumah pengasuh mcm biasa... kat rumah pengasuh aku tak risau cos dia menyusu mcm biasa... So malamnya, pengasuh kol, kata hubby dia tak dpt nak tolong.... So diorang suggest jumpa member diorang (Abg Lan)... So aku pergi rumah Abg Lan dgn pengasuh n hubbynya... Abg Lan ubatkan Syafi dan bekalkan air utk kami.... Kata Abg Lan, mmg Syafi ader diganggu...
So, balik dari rumah Abg Lan, aku ambil air tu then sapu ke muka, ubun2 dan kepala Syafi dan bagi dia minum sket.... Aku pun minum sket dan sapu di breast... lepas tu aku bawa Syafi masuk bilik dan nyusukan dia... Alhamdulillah!!!! Dengan Izin Allah... Syafi menyusu seperti biasa!!! ... Gembiranya rasa hati aku sampai mengalir air mata kerana Syafi dah kembali seperti sedia kala... Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah...
Ni la buah hati mama....
Gambar ketika berusia 3 hari |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan