Kali ni aku nak citer sikit-sikit mengenai persiapan ilmu BF. Untuk BF dengan berjaya, InsyaAllah, memerlukan ilmu yang bukan sedikit... Malah sehingga sekarang, setelah Full BF Syafi selama 15 bulan, aku masih lagi menimba ilmu, memperbaiki mana-mana yang mungkin silap...
Menimba ilmu BF ini aku buat sejak aku tau aku pregnant lagi... Sejak tu aku mula mencari info di blog2 seperti di Entry Ini. Bukan sedikit ilmu yang perlu diketahui.... Yang paling penting, konsep penyusuan itu sendiri... kalo dari situ pun dah tak tau, susah la untuk meneruskan perjuangan penyusuan itu sendiri...
Antara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu yang ingin BF anak adalah:
~ Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
~ Faedah Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
~ Fisiologi Penyusuan Bayi Berlaku
~ Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu
~ Teknik Penyusuan Yang Betul
~ Cara Pengendalian Perahan Susu Ibu
~ Cara Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Bekerja @ Jika Terpaksa Berpisah Dengan Bayi
~ Masalah-Masalah Penyusuan Susu Ibu Dan Cara Pengendaliannya
~ Pemakanan Ibu Sihat Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi
~ Peranan Suami Dan Keluarga Dalam Menyokong Susu Ibu
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU (SI) SECARA EKSKLUSIF
Mengapa Penting Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif & Mengapa Jangan Campur SI Dengan Air Masak/Kosong/Susu Formula(FM)?
* Penyusuan Secara Eksklusif adalah bayi yang diberikan SI sahaja tanpa makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
* Bahan pelindung penyakit yang terkandung dalam SI bertindak dengan menyalut usus bayi. Air masak/kosong/FM akan menghakis saluran tersebut. Bayi tidak akan mendapat perlindungan.
* Bayi juga terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan FM
* Bagi akan kurang kerap menyusu & menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu. Bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan-bahan pelindung penyakit dari SI.
Kepentingan Penyusuan Menurut Islam:
Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
* Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu jika ia mampu.
Kepentingan Kandungan SI
Sumber : di sini |
Sumber : Mercola.com |
* Zat dan Vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi
* Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan
* Melindungi bayi dari penyakit
* Zat berubah mengikut keperluan bayi
* Kandungannya berbeza antara individu, waktu, peringkat kandungan, semasa penyusuan dan payudara:
~ Susu pramasa berbeza dengan susu 'cukup bulan', kurang Laktosa, lebih
Protein, Laktoferin, IgA dalam kolostrum (membantu mencegah alahan
dan jangkitan), lebih sesuai dengan keperluan bayi pramasa.
* Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung dari penyakit
* Mengandungi faktor tumbesaran
* Tiada pencemaran
* Mengandungi enzim
Kepentingan Ibu Dan Anak Bersama Setiap Masa (Rooming-In)
*Membolehkan ibu menyusukan anak pada bila-bila masa siang/malam dan memudahkan ibu membangunkan bayi sekiranya bayi tidur terlalu lama.
* Merangsang pengaliran dan pengeluaran SI.
* Membolehkan bayi mendapat cukup SI.
* Mengurangkan jangkitan.
* Mengeratkan lagi kasih sayang diantara ibu dan bayi.
Setakat ini dahulu... aku akan sambung di lain entry untuk point-point berikutnya...
p/s : Info di atas (tidak termasuk gambar) adalah berdasarkan Buku Penyusuan Susu Ibu, Unit Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WPKL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan