Isnin, 21 November 2011

Penawar Keputihan Dan Rahsia Keintiman Wanita???

Ada sesetengah wanita memang tidak lari dengan masalah keputihan.  Bezanya sama ada ianya sedikit atau banyak? biasa atau bahaya?

Jom kita lihat sekilas fakta mengenai keputihan yang saya ambil dari Laman Dato' Dr. Hamid Arshat

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir dengan tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan. 

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut, menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan sekiranya lendir berkenaan bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.  Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian, di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan.


OK, apa kata kita lihat testimoni salah seorang ahli group kami mengenai keputihan dan penawarnya ALFALFA!!!! yang saya copy dari blog mamafaiz.com



Amacam??? Best tak testimoni beliau??? Best kan... huuhuhu.... Ok, jom kita lihat pula 19 khasiat daun ALFALFA!!!! juga dari blog mamafaiz.com




19 Khasiat Daun ALFALFA :

  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
  19. Milk Booster bagi ibu menyusu
AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE

PERBEZAAN ALFALFA JENAMA SHAKLEE:

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan