Selasa, 17 Januari 2012

Bayi & Jaundis - Apa Yang Saya Perlu Tahu???


Sumber : Yahoo images
 Apa Itu Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan.  Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa Yang Menyebabkan Jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa.  Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah.  Ia proses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.  Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna.  Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan.  Keadaan inilah yang menyebabkan Jaundis.

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?

  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi yang kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya
    • Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve)
    • Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis Merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.

Apakah Tanda-tanda Bayi Dalam Bahaya?

Apabila bayi anda mengalami:
  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Ibubapa Sekiranya Bayi Mengalami Jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI

Apakah Masalah Jangka Panjang Daripada Jaundis?

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, bayi boleh mengalami:
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum (cerebral palsy)



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengalaman Sendiri : Saya berdarah O +ve

Anak Sulung : Syahmi

Syahmi lahir pada minggu ke-37 dengan berat 2.3kg sahaja.  Ketika nak discharge (Sabtu) dah ada tanda2 Jaundis.  Sepatutnya datang semula check up pada hari Isnin.  Tapi memandangkan tiada sesiapa yang boleh hantar ke klinik, so tunggu husband balik dari Lumut.  Hari Khamis husband sampai terus bawa ke klinik.  Jaundis dah tinggi, so klinik refer ke Hospital.  Di hospital, dijalankan ujian sekali lagi dan confirm warded.  Tinggal 2 malam di NICU menjalani rawatan phototherapy.

Anak Kedua : Syafi

Semasa mengandungkan Syafi, ada terbaca tentang Susu IgC Biodex (Susu Kambing) yang boleh mengelakkan Jaundis, (Selain kerap menyusukan baby).  Saya amalkan minum susu tu dari kandungan berusia 5 bulan.  Ketika itu ambil selang 2-3 hari sekali.  Ketika masuk ke minggu 36, saya mula kerapkan pengambilan kepada 1-2 hari sekali sehingga bersalin.  Selepas bersalin, saya minum sekali sehari.  Alhamdulillah, dengan kekerapan penyusuan dan izin Allah jua , Syafi bebas dari Jaundis.  Namun saya tidak pasti sama ada Susu IgC itu membantu mengelakkan Syafi dari mendapat Jaundis.  Walau apa pun, saya sebagai mama, hanya berusaha yang terbaik untuk anak saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan