Khamis, 26 Januari 2012

~ Hak Seorang Ibu ~

Tahukah anda bahawa....

  • Sejurus selepas melahirkan bayi, ibu mempunyai hak untuk terus meminta bayinya ke sisi untuk SENTUHAN KULIT KE KULIT dalam masa SATU JAM KELAHIRAN (skin to skin contact).

  • Ibu mempunyai HAK untuk menyusukan bayinya SECARA EKSKLUSIF tanpa dipengaruhi oleh pihak lain kecuali sebab perubatan.

  • Seorang BAYI BERHAK untuk mendapatkan makanannya yang terbaik iaitu SUSU IBU SAHAJA dari lahir sehingga berumur 6 bulan.

Credit : varietyhealthyfood.com

KETAHUI HAK ANDA
SEBAGAI SEORANG IBU YANG BIJAK!!!


Hak 1 : Penyusuan Eksklusif : Hanya Susu Anda Sahaja Untuk Si Manja
Sebagai ibu yang bijak, pastinya anda membuat keputusan untuk memberi SUSU IBU kepada bayi sepenuhnya tanpa air masak atau susu formula sehingga dia berumur 6 bulan.  Ini dinamakan PENYUSUAN EKSKLUSIF.  Di hospital, suarakan keputusan dan hak anda kepada jururawat dan doktor yang akan menyambut kelahiran bayi anda.

Hak 2 : Sentuhan Kulit Ke Kulit
Pastikan bari diletakkan ke dada anda sejurus selepas bersalin sama ada bersalin normal atau pembedahan caesarean.  Sentuhan kulit anda ke kulit bayi sekurang-kurangnya selama 30 minit ini membantu memulakan penyusuan dan mewujudkan ikatan istimewa bersama anda dan si manja.

Hak 3 : 24 Jam Sehari Waktu Bersama
Anda boleh meminta si manja untuk sebilik bersama anda 24 jam sehari.  Penyusua SUSU IBU akan lebih mudah kerana anda sentiasa di sisi si manja.  Sekiranya bayi perlu dirawat, minta supaya rawatan dilakukan di bilik bersama anda atau dipisahkan tidak lebih 2 jam.

Hak 4 : Dibantu Memulakan Penyusuan
Jangan segan atau takut untuk meminta pertolongan daripada jururawat dalam mengajar cara menyusu yang tepat, teknik memerah susu dengan tangan serta penggunaan breast pump sama ada sewaktu sebelum atau selepas kelahiran kerana ia adalah hak anda.

Hak 5 : Lindungi Bayi Anda
Bayi tidak memerlukan sebarang air/susu formula/puting tiruan/botol susu selepas kelahiran.  Pastikan bahan-bahan ini tidak diberi kepada bayi anda tanpa kebenaran anda dan pasangan anda.

Hak 6 : Dibekalkan Maklumat Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
Kumpulan sokongan ini bersedia membantu anda sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan penyusuan.


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Semua Ibu Digalakkan Menyusui Anaknya Dengan SUSU IBU Sahaja
Dari Lahir Sehingga Berumur 6 Bulan
Dan Meneruskannya Sehingga Berumur 2 Tahun. 
Makanan Pelengkap Perlu Diberikan Mulai Umur 6 Bulan.


Sumber : Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan