Selasa, 29 Mei 2012

~ Vitamin C Shaklee ~

Salam ceria semua... Mulakan hari anda dengan senyuman... :-). Kali ni nak cerita tentang Vitamin C Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C 500mg. 

 


Apakah Vitamin C? 

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.  Ia juga merupakan co-factor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C.   Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg adalah Vitamin C dengan pelepasan berperingkat iaitu dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan jam demi jam.  Itulah keistimewaan yang terdapat pada Vitamin C Shaklee..


Apakah fungsi Vitamin C?
  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
  • Pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting.
  • Untuk metabolisma asid folik, tairosin, dan phenylalanine.
  • Boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
  • Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, olehyang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Mengurangkan "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan "high-density lipoproteins" (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C?
  • Lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan
  • Bengkak gusi
  • Hidung berdarah
  • Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
  • Anemia

Siapakah yang perlukan Vitamin C?
  • Perokok (kerana Vitamin C dapat membersihkan darah dari logam berat dan mengelakkan buah pinggang rosak).
  • Penghidap Darah Tinggi (kerana Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat).
  • Orang yang stress kerana ia boleh memusnahkan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang mengalami gusi/hidung berdarah.
  • Orang yang tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Selsema kerana Vitamin C meningkatkan antibodi badan.

Sumber-sumber Vitamin C
  • Buah-buahan (buah beri, buah-buahan sitrus, avocado, black currants, anggur, lemon, mempelam, oren, betik, nenas, strawberri)
  • Sayur-sayuran (sayuran hijau, asparagus, sawi hijau, kacang peas hijau, bayam, kobis bunga, kubis,bawang, tomato dan selada air)
  • Sumber haiwan (hati anak lembu, hati lembu, tiram, telur ikan kod, hati ayam dll)

Info :

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Tumpuan Vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya, jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan Vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.  Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkin. Satu lagi punca kehilangan vitamin C dalam makanan adalah larut lesap, iaitu vitamin yang larut air melarut dalam air masakan, kemudian dibuang tanpa gunanya. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama; kajian menunjukkan bahawa brokoli  kelihatan lebih mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding jenis sayur yang lain.  Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari. - wikipedia

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb....


Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Selasa, 15 Mei 2012

Saya Sudah Grad Hari Ini!!!


Mood saya hari ni sangat2 baik.... Sangat2 happy.... Alhamdulillah, dengan izin Allah jua serta sokongan suami, mak, abah, keluarga, pengasuh, bos dan rakan2 saya akhirnya berjaya juga melengkapkan Penyusuan Susu Ibu selama genap 2 Tahun.  Hari ni saya dah grad... saya dah dapat genggam PhD in Breastfeeding.... Cuma bezanya, takder sijil, takder konvo, dan tak dpt title Dr.... huhuhu.... Tapi saya tetap bangga... saya sedar, tidak semua orang berjaya mengharunginya, tp yang penting, saya dah berjaya!!!! Alhamdulillah....

Jom saya cerita sikit.....

Saya mula pasang niat nak Full BF anak since saya gagal buat pada anak pertama, Syahmi... Sejak itu saya nekad untuk Full BF anak kedua.... Boleh baca di sini

Bagi ibu yang bekerja macam saya, kos persiapan untuk penyusuan memang agak tinggi... Tapi saya tak kisah kerana saya rasa ianya sangat2 berbaloi kerana saya bakal menyediakan susu yang paling BERKHASIAT & PALING MAHAL DI DUNIA.... memang la kita akan terasa sikit masa mula2 nak keluarkan duit.... tapi bila selama 2 tahun tak perlu mengeluarkan duit tiap2 bulan untuk susu formula, Oh... senangnya hati saya....

Nak beli pam, tak semestinya yang mahal... terpulang pada keselesaan, keperluan dan budget individu... Saya memilih pam ini.....

Inilah dia anakanda saya yang bertuah itu....



Sepanjang menyusukan dan membuat stok, saya ada buat buku khas untuk update stok-stok EBM....



Kenangan Gambar stok EBM.... mana yang sempat ambil jer....




Dalam perjalanan penyusuan, tidak sah kalau tidak mengharungi cabaran dan dugaan.  Cuma setiap orang tidak sama... bagi saya pula.... Inilah dugaannya ..... Dalam tempoh itu, saya kehabisan 100 botol stok EBM = 500oz.... huhuhu

Semasa tempoh penyusuan juga, saya ambil vitamin... Saya ambil vitamin bukan kerana saya ada masalah susu tak cukup atau drop ketika itu... tapi saya ambil kerana kesihatan dan untuk diri saya sendiri.... Ini sebabnya saya ambil vitamin....  saya makan vitamin-vitamin ini....



Alhamdulillah... kini saya boleh menarik nafas lega.... Saya sudah sempurnakan HAK PENYUSUAN 2 TAHUN untuk anakandaku SYAFI....



Hari ni, 15 Mei 2012, jam 2.06am.... Syafi genap berumur 2 tahun.... SELAMAT HARI LAHIR sayang.... Mama doakan Syafi menjadi anak yang Soleh, Beriman, Bertanggungjawab, Terpuji, Cerdik, Pandai, Cerdas, Cergas, Lembut Hati, Berani dan sentiasa menjadi Penawar hati mama (Syafi bermaksud Penawar/Yang Menyembuhkan).... Mama halalkan Susu Mama buat kamu DUNIA & AKHIRAT...

pssssttt...... saya masih lagi bawa beg pam yang sama sejak pertama kali saya membawanya ke ofis 2 tahun yang lalu... hihihi... masih tidak terfikir untuk wean off....



Selasa, 8 Mei 2012

GLA Complex - Hadiah Untuk Wanita

Oh, lama sungguh menyepi dari update blog ni kan... Kalau tinggalkan rumah, dah bersawang dah... huhuhu... May dah menjelma... sekejap jer rasa... Pejam celik pejam celik, kita dah sampai bulan kelima dalam tahun 2012... terasa sangat cepat masa berlalu sekarang ni... dan bulan ni juga ada satu MISI saya yang akan tertunai INSYAALLAH.... Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH SWT.... Amin....

Ok, sempena bulan May ni... tak sah kalau tak dikaitkan dengan Hari Ibu, Hari Guru... Dan semestinya ada anak-anak yang mencari hadiah sebagai penghargaan untuk Ibu/Mak/Mama/Mummy/Umi dll.... Suami yang ingin memberi penghargaan kepada Isteri yang menjadi Ibu kepada anak-anak mereka.... Tidak lupa juga mungkin anda ingin hadiahkan untuk kakak, adik, tunang, teman wanita dll tak kiralah siapa orangnya yang bergelar wanita.... Offer bulan ni sangat sesuai dijadikan hadiah untuk mereka... Apakah ia?

~ GLA COMPLEX ~


Jom Lihat 15 Kelebihan dan Khasiat GLA Complex ni....

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
  4. Membantu dalam menangani menopous
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangani Ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan Imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-cot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf

Lihat pada kebaikan serta fungsi GLA ini sahaja sudah mampu membuatkan wanita tersenyum... Kecantikan dengan wanita umpama isi dengan kuku... memang tidak dapat dipisahkan... GLA ini sangat2 sesuai... Selain itu, terdapat segelintir wanita yang mengalami senggugut serta ketidak selesaan ketika kedatangan haid... inilah masanya untuk berbakti kepada mereka untuk meringankan kesakitan mereka...

Tahukah anda.....

Antara Vitamin yang disyorkan sebagai rawatan kepada senggugut adalah, Kalsium (1200mg/hari), Magnesium, Vitamin E (400IU/hari), Vitamin B6, Manganese, Tryptophan dan Gamma-Linolenic Acid (GLA) - Sumber wikipedia


Lagi mengenai GLA :

PROMOSI TERHAD BULAN NI SAHAJA... SO JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMILIKI GLA COMPLEX DENGAN HARGA ISTIMEWA!!!!

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....

SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**