Sebelum tu, jom baca entry terdahulu..
1. Anak Kurang Berat Badan??
2. Faktor Kurang Berat Badan Kanak-kanak
Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
| |
---|---|
Nasi / bubur | Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin |
Roti | Ditambah marjerin / mentega kacang / keju |
Biskut kraker | Ditambah marjerin / mentega kacang / keju |
Susu | Ditambah serbuk coklat / aiskrim |
Telur | Ditambah susu / minyak / marjerin / keju |
Kentang – dilenyek / dibakar | Ditambah susu /minyak / marjerin |
Berapa banyakkah harus anak saya makan?
- Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
- Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
- Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
- Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Contoh Menu Berkalori Tinggi Untuk Kanak-Kanak berumur 1-3 tahun dan 4-6 tahun
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
Selamat mencuba ya ibu-ibu.. :-)
Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
emel : syuhada_wahi@yahoo.com
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan