Sabtu, 26 November 2011

Mengapa Saya Ambil Supplement???

Selalu saya cerita tentang kebaikan vitamin dan juga produk Shaklee... Tapi kali ini berbeza... Saya nak cerita sendiri tentang pengalaman saya dengan supplement....

Saya mula mengenali Shaklee ketika melawat blog seorang ibu menyusu... Dari situ, saya mengenali Blog mamafaiz ni.  Ketika itu sekitar November 2010.  Saya pun mula mengulangkaji blog ni... saya baca entry by entry mengenai kebaikan vitamin yang dikongsikan oleh Kak Cery... Akhirnya sekitar Disember saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Menyusu...

Mengapa saya mencuba set menyusu? Sedangkan ketika itu, saya tidak menghadapi masalah untuk supply susu untuk anak yang berumur 7 bulan... hasil pam harian mmg cukup untuk menampung kepeluan baby saya.. Malah kadang-kadang boleh simpan buat stok... Dan kalau anda nak tahu, ketika itu, saya juga memiliki stok lebih kurang 750 Oz dalam DF saya!!!


Stok dalam DF

Jawapannya adalah, kerana saya ingin mencuba!!! Untuk maintain milk production saya demi meneruskan perjalanan penyusuan yang masih jauh dan dalam masa yang meningkatkan kesihatan saya sendiri... Mengapa saya kata begitu??? Tentu ibu-ibu bekerja maklum, menguruskan keluarga, anak-anak, suami disamping bekerja dan menjalankan rutin harian rumah tentu amat meletihkan... Tentu ramai yang kata, "aku pun kerja, aku pun ader anak dan suami"... yer, saya tak nafikan semua tu dan memang ramai yang mengalaminya.... Namun bagi saya, apa salahnya saya keluarkan sedikit duit untuk kesihatan saya sendiri, dan secara tidak langsung dapat menguruskan rumah tangga dengan baik... Malah saya sendiri sedar, pemakanan seharian saya tidak mampu menampung keperluan mineral, zat dan nutrien harian saya... Yerlah, kebanyakkan amalan memasak kita terutama hidangan melayu telah memusnahkan sebahagian besar zat dalam makanan itu... Menggoreng, menggunakan suhu melampau, masakan berlemak dsb.  Oleh itu, mana mungkin kita mampu menampung keperluan nutrien badan kita...

Kesannya selepas saya mengamalkan vitamin-vitamin ni... Saya semakin bertenaga... Bangun pagi lebih ceria, tak mengantuk... proses penghadaman dan nyahtinja berjalan dengan lancar sekali... kat ofis pun saya segar jer.. takderlah layu2 nak tido... penyusuan berjalan dengan baik sekali dan production memang maintain.... hubungan suami isteri semakin baik kerana saya sentiasa 'bersedia berkhidmat'... hahhaha..... Malah masalah rambut gugur yang sering dialami oleh ibu2 yang melahirkan anak juga berjaya diselesaikan... Malah, saya yang dahulu agak kurang minum air masak, kini menjadikan air masak peneman setia... bukankah itu juga satu kelebihan dan kebaikan???

Ramai yang persoalkan, perlu ke vitamin untuk ibu menyusu??? Jawapan saya memang perlu... tapi bukan kerana penyusuan semata-mata, ia adalah untuk kesihatan diri kita sendiri... bukan bermakna setelah berhenti menyusukan anak kita tidak perlu lagi vitamin-vitamin ini... ia seharusnya diteruskan demi menjaga kesihatan kita... Ia dinamakan set penyusuan bagi memudahkan ibu-ibu menyusu memilih vitamin yg diperlukan... kerana tidak semua vitamin sesuai diambil oleh ibu menyusu... bukan kerana wajib diambil oleh semua ibu menyusu... saya dan Group Euphoria hanya berkongsi apa yang kami makan dan apa yang kami rasa... kami tidak memaksa semua orang untuk membeli dan makan vitamin... kerana kesihatan kita tanggungjawab kita, bukan orang lain....

Sejak dari itu, saya memang berazam untuk meneruskan pengambilan vitamin ini... dari segi kos, memang nampak macam mahal sket... sebab kita kira harga untuk sebulan, 2 bulan, 3 bulan... tapi cuba kita bahagikan kepada hari... nilainya tak setinggi mana... saya jamin setakat vitamin basic seperti untuk penyusuan, nilai harian lebih kurang RM3-4, manakala untuk Set optimum lebih kurang RM5-6... mahal ker??? Harga itu adalah untuk Vitalea (Multivitamin), B-Comp, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix (Kalsium/Magnesium) & Soy Protein... Cuba bayangkan, untuk kalsium kalau kita minum susu segar, sekotak dah harga RM4.++.. tu baru kalsium... macam mana dengan vitamin-vitamin lain???... so, fikir-fikirkan lah sendiri dan nilailah sendiri yer...


Jadi, tentu sekali anda boleh nilai sendiri... mana satu yang terbaik dan mana satu yang menjadi pilihan anda... Tidak mengapa berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan yang berpanjangan... Pilihan di tangan anda.....


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Khamis, 24 November 2011

Susu Memancut Selepas Mencuba Eu-Four Pack!!! Ruam Anak Hilang Dengan Herbal Blend!!!

Salam....

Kali ni saya nak share testimoni dari customer saya yang berada nun jauh di selatan tanah air, Mersing Johor... Namanya Azianna... Saya panggil Ana... Ana juga merupakan rakan satu sekolah dulu... jumpa semula di FB walaupun hakikatnya masing2 tak jauh pun... Sama-sama bekerja di Putrajaya... Tapi buat masa ni Ana berada di kampung... Jom ikuti apa kata Ana...



Apa yang Ana makan? Ana ambil Eu-Four Pack seminggu yang lalu... Kemudian Ana beli Herbal Blend Multipurpose Cream untuk ruam anaknya.... Rupa-rupanya, ruam tu disebabkan susu yang melimpah ruah hasil consume Eu-Four Pack... Huhuhuh...

Apa yang terdapat dalam Eu-Four Pack??? Eu-Four Pack terdiri daripada Vitalea, Vita-C, B-Complex dan Ostematrix... Best kan... anda bila lagi nak mencuba???

Apa pula Herbal Blend Multi-Purpose Cream???


  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
Credit

Ini pula antara testimoni Herbal Blend Multi-Purpose Cream ini.... diambil dari Group Customer Shaklee....


*** Setiap testimoni ini adalah pengalaman pengguna dan hasil setiap individu mungkin berbeza. Sila dapatkan maklumat lanjut dari pengedar anda dan jika perlu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.***


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Selasa, 22 November 2011

Sintetik vs Semulajadi.... Vitamin Shaklee Adalah Semulajadi!!!

Selama ni saya sendiri tidak tahu dan ambil tahu mengenai vitamin sintetik dan semulajadi... Bagi saya, semua vitamin sama sahaja... Yang bezanya adalah Jenama dan Harga... Rupa-rupanya segala fahaman dan anggapan itu salah... saya menyedarinya setelah saya mengambil Vitamin Shaklee.... dari situ barulah saya faham mana yang lebih baik....


Pic : Credit
 Jom kita ikuti 5 perbezaan Vitamin Sintetik dan Vitamin Semulajadi yang dipetik dari mamafaiz.com dan sumber asalnya dari Mommy Lyna @ mysuperkids.net 


1. Penghasilan

 -Vitamin natural - dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik - dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


2. Keserasian dgn badan

-Vitamin natural - dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik - walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.


3. Harga

-Vitamin natural - tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik - biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.


4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural - mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik - oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.


5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural - tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik - mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Jadi, tentu sekali anda boleh nilai sendiri... mana satu yang terbaik dan mana satu yang menjadi pilihan anda... Pilihan saya tentulah semulajadi... Tentu sekali Shaklee... Tidak mengapa berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan yang berpanjangan daripada berjimat cermat untuk sesuatu yang memberikan kebaikan sementara dan dalam masa yang sama terselit keburukan... Pilihan di tangan anda.....



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Isnin, 21 November 2011

Penawar Keputihan Dan Rahsia Keintiman Wanita???

Ada sesetengah wanita memang tidak lari dengan masalah keputihan.  Bezanya sama ada ianya sedikit atau banyak? biasa atau bahaya?

Jom kita lihat sekilas fakta mengenai keputihan yang saya ambil dari Laman Dato' Dr. Hamid Arshat

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir dengan tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan. 

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut, menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan sekiranya lendir berkenaan bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.  Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian, di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan.


OK, apa kata kita lihat testimoni salah seorang ahli group kami mengenai keputihan dan penawarnya ALFALFA!!!! yang saya copy dari blog mamafaiz.com



Amacam??? Best tak testimoni beliau??? Best kan... huuhuhu.... Ok, jom kita lihat pula 19 khasiat daun ALFALFA!!!! juga dari blog mamafaiz.com




19 Khasiat Daun ALFALFA :

  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
  19. Milk Booster bagi ibu menyusu
AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE

PERBEZAAN ALFALFA JENAMA SHAKLEE:

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Khamis, 17 November 2011

Jom Kenali Vitamin2 Shaklee Secara Ringkas!!!

Salam...

Wah ayat... Secara ringkas!!... Jangan salah faham... bukan suruh faham ringkas2 jerk... tapi ni kira point2 simple untuk anda kenal dulu vitamin2 berkenaan... yerla, kalau saya nak terangkan satu persatu setiap satu vitamin dalam 1 entry... aduh... jenuh menaip sampai esok pun tak siap... belum campur edit-mengedit lagi... tambah gambar dll... huhuhu... so ini adalah sekilas fakta jer.... Ada antaranya yang saya dah pernah publish entry khas untuk vitamin-vitamin berkenaan... InsyaAllah, jika ada kelapangan masa, lain kali akan saya terangkan satu persatu setiap vitamin itu dengan lebih jelas lagi....





Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Rabu, 16 November 2011

10 Kebaikan Kalsium... Pilihan Saya Adalah OsteMatrix!!!!

Seringkali saya dengar, orang mengabaikan Kalsium... Saya memang sentiasa ambil kalsium setiap hari... Sebelum ni, saya minum susu... tak kiralah jenama apa... tapi saya tau, ianya tidak mencukupi... apatah lagi ketika menyusukan anak... Sehinggalah saya terbaca, sekiranya ibu yang menyusukan anak tidak mengambil kalsium  dengan mencukupi, kalsium dari tulangnya akan diserap oleh darah untuk digunakan oleh tubuh badan.... akibatnya, tulang menjadi rapuh dan berisiko untuk menghidapi Osteoporosis!!!! Oh, seram dengar...


Oleh itu, saya telah memilih Ostematrix Shaklee... Kenapa??? kerana ia dilengkapi dengan Magnesium dan Vitamin D... kenapa pentingnya Magnesium dan Vitamin D??? Kerana Magnesium membantu menggabungkan Kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan Vitamin D merangsang penyerapan Kalsium... dan oh ya... Sejak saya mengamalkan pengambilan Ostematrix sebelum tidur... tidur saya menjadi lebih lena dan saya dapat bangun pagi dengan lebih mudah, segar-bugar dan ceria... Kalau time Period datang, badan pun tak letih... Mood pun lebih baik... susu pun Alhamdulillah tak drop... Sungguh seronok...

Jom kita lihat kebaikan Kalsium yang saya ambil dari Organicfacts.net


Antara manfaat kalsium yang paling penting adalah membantu dalam mengekalkan kesihatan tulang, gigi, mencegah kanser kolon, mengurangkan obesiti, dll. Kita memerlukan kalsium dari lahir hingga ke usia tua. Ketika bayi, kalsium diperlukan untuk tulang dan pertumbuhan gigi. Semasa remaja kalsium sekali lagi penting untuk menyokong pembangunan tulang, manakala apabila kita tua, tulang kita cenderung untuk hilang ketumpatannya dan lemah, dengan itu memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Dengan pemakanan kita yang tidak mengikut diet harian yang sempurna, kita sering mengelak dari kelompok makanan yang kaya kalsium seperti produk tenusu yang menyebabkan kita kekurangan kalsium. Laporan mengatakan keadaan kekurangan kalsium akan terus meningkat, terutamanya wanita yang mengamalkan diet kalori rendah untuk langsing sering menghadapi masalah osteoporosis. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil kalsium yang cukup, bersama-sama dengan vitamin D dan magnesium dan K2 sepanjang hidup anda.

Kalsium membentuk 2% daripada jumlah berat badan manusia dewasa. Kalsium dijumpai dalam badan manusia sebagai deposit di dalam tulang dan gigi dalam kuantiti besar. Kesan kalsium juga hadir dalam sistem peredaran darah.

Kalsium boleh didapati dalam susu dan produk susu seperti keju dan yogurt. Selain itu, kacang, ikan salmon dalam tin, bijian dan kekacang juga sumber kalsium yang baik. Selain susu yang popular sebagai sumber kalsium, brokoli juga boleh meningkatkan tahap kalsium dalam diet anda dengan baik. Susu separa skim atau seluruh skim mempunyai kandungan kalsium yang hampir serupa. Ikan seperti salmon dan sardin, sayur-sayuran berdaun hijau termasuk brokoli, bayam, jus, bijirin, oren, tiram, kacang soya, badam, kacang hijau, dan ricotta juga sumber-sumber yang kaya dengan kalsium.

Gejala-gejala-Kekurangan Kalsium:
Menyedari kekurangan kalsium dalam badan adalah agak mudah. Berdebar-debar, tekanan darah tinggi, osteoporosis, gigi longgar dan penyakit gusi, insomnia, kekejangan prahaid, tetany, tekanan darah tinggi dan apabila otot anda sakit dan gerenyet, atau anda tiba-tiba kekejangan juga menunjukkan kekurangan kalsium. Sering kali, ramai kanak-kanak mengalami penyakit riket, tulang menjadi lemah dan fleksibel, mereka mempunyai kaki bengkok, dada tenggelam dan rusuk manik, mereka tidak dibekalkan dengan kalsium mencukupi dari kelahiran itu sendiri. Oleh itu, bekalan kalsium adalah amat penting di kalangan kanak-kanak dan remaja yang semakin meningkat kerana ia boleh mengurangkan risiko osteoporosis pada usia tua. Penyakit tulang ini adalah perkara biasa dalam satu daripada setiap tiga wanita dan seorang lelaki pada setiap 12 orang, di atas umur 50 tahun.

10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan. 
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
* Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.

Oh, banyak sungguh rupanya kebaikan kalsium ini... Nekad, selepas ini tidak akan lalai dan leka lagi untuk memastikan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari seisi keluarga... Kerana saya sayang keluarga saya...

Anda bila lagi mahu berubah??? Kalau anda memang seorang orang susah nak minum susu... takkan nak makan keju hari2 kan... so apa kata anda ambil Ostematrix ni.... lagi pun, dengan Ostematrix, kalsium anda dijamin dapat diserap dengan lebih sempurna dengan bantuan Magnesium dan Vitamin D... jika sumber kalsium lain, belum tentu ianya dapat diserap dengan sempurna kerana anda perlu memastikan diet harian anda juga dilengkapi Magnesium dan Vitamin D....



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Selasa, 15 November 2011

Master In Breastfeeding Dalam Genggaman... Alhamdulillah!!!

Alhamdulillah... Syukur ke Hadrat Ilahi.... Dengan limpah kurniaNya serta izinNya dan rezeki dariNya... Akhirnya berjaya jua diriku menggenggam Master In BF bersama anakku Syafi... Impian yang sering dalam bayangan dan ingatan sejak Syafi di dalam kandungan lagi... Hari ni, genap 1 tahun 6 bulan Syafi menyusu denganku, dan hanya minum SUSU IBU sahaja...

Alhamdulillah ... Terima kasih Ya Allah...

Memulakan fasa ini (1 tahun - 1 tahun 6 bulan) ni, awal2 lagi telah diberikan ujian dari Allah... sedikit ujian kesihatan yang Allah berikan telah menyebabkan susu sangat merudum seperti di Entry ini... Sejak dari itu, stok tidak pernah lagi bertambah... cuma Alhamdulillah... dari merudum teruk, dapat juga naikkan semula production hingga mencukupi untuk bekalan harian... namun ada kalanya terpaksa juga mencuri stok yang tinggal tak banyak mana... Tapi Alhamdulillah, setakat ini masih ada stok walaupun tidak sebanyak dulu.... Tidak mengapa, sekurang2nya masih ader back up utk seminggu dua jika ada emergency...

Kini perjuangan akan diteruskan untuk menuju dan menggapai PhD pula... Bagi melengkapkan perjuangan penyusuan SUSU IBU selama 2 tahun untuk Syafi... Harapanku semoga ianya berjaya ku laksanakan dan dapat memenuhi HAK Syafi yang perlu ku sempurnakan.

Ya Allah.... Berikanlah Aku Kesihatan Yang Baik..... Murahkanlah Rezeki SUSU IBU Untuk Anakku SYAFI...... Dan Permudahkanlah Perjalanan Penyusuanku Ini..... Amin...

Rabu, 9 November 2011

Baru Perasan Yang Rambut Tak Gugur Macam Dulu Lagi!!!!

Salam...

Pagi tadi hubby tegur....

"Rambut sayang sekarang dah tak gugur lagi kan..." saya senyum jer...

Mesti anda di luar sana ada juga yang mengalami keguguran rambut.  Ada yang sikit, biasa-biasa sahaja... Malah tak kurang juga yang agak kronik... Apatah lagi bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin... pasti akan alami perkara ini... Kata orang tua-tua, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal....

Dulu saya juga tak terkecuali alami masalah keguguran rambut yang agak serius... Bangun tidur, rambut ader jer kat bantal... Bila mandi... byk yang jatuh ke lantai bilik air.... bila sikat, tak payah cakap la... penuh sikat tu... sisir rambut guna jari pun rambut boleh gugur... kat lantai bersepah2... memang merimaskan... lebih2 lagi hubby la... dia pernah tegur ckp rambut saya ni bersepah2 kat lantai... huuhuhu... risau gak sebenarnya... sampai rasa mcm tinggal sikit jer rambut ni.... kepala pun rasa mcm nak botak dah... huhuhu...


So saya try makan Zinc Complex Shaklee. Mula-mula saya makan selang sehari... Tak lama kemudian baru saya perasan yang rambut saya dah tak gugur mcm dulu... ader juga la gugur... tapi tak sebanyak dulu la... kalau dulu sekali sikat tu lebih la 20 helai... tp sekarang kalau ader pun, 1-2 helai jer la yang sangkut kat sikat tu... so sejak tu saya dah kurangkan mkn kepada sekali @ 2 kali jer seminggu... suka sangat dengan kesannya...




Jom kita lihat sekilas fakta mengenai Zinc yang diambil dari organicfacts.net & Zinc-QuickFacts

What is zinc and what does it do?

Zinc is a nutrient that people need to stay healthy. Zinc is found in cells throughout the body. It helps the immune system fight off invading bacteria and viruses. The body also needs zinc to make proteins and DNA, the genetic material in all cells. During pregnancy, infancy, and childhood, the body needs zinc to grow and develop properly. Zinc also helps wounds heal and is important for proper senses of taste and smell.

 

How much zinc do I need?

The amount of zinc you need each day depends on your age. Average daily recommended amounts for different ages are listed below in milligrams (mg):

Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg

Sumber Zinc


Sumber Penting: sumber makanan penting zink termasuk produk berasaskan daging. Produk-produk lain seperti tiram, turnips, kacang, oat, kacang tanah, badam, bijian gandum penuh, biji labu, akar halia dan kacang kemiri.



Gejala Kekurangan: Tanda-tanda kekurangan zink termasuk:

  • Terencat pertumbuhan
  • Tekanan darah rendah
  • Tulang terbantut
  • Hilang selera makan
  • Hilang deria bau dan rasa
  • Kemurungan, kulit kasar
  • Penurunan berat badan
  • Kulit pucat
  • Cirit-birit
  • Keguguran rambut
  • Keletihan
  • Bintik putih di bawah kuku.

 

Kebaikan: manfaat kesihatan yang paling penting zink adalah seperti berikut :

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser .
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut .
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
So bagi anda yang mengalami keguguran rambut, bolehlah mencuba Zinc Complex.  Selain itu, Zinc juga amat baik untuk proses penyembuhan luka... Sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang, atau mereka yang baru lepas menjalani pembedahan.  Zinc juga amat bagus untuk kesuburan.



Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**

Jumaat, 4 November 2011

Beza EBM Ketika Makan Shaklee Dgn Ketika Belum Makan Shaklee.....

Salam semua...

Kali ni sajer nak share... ni hasil EBM masa awal2 makan SHAKLEE dulu.... Bulan Disember 2010... Memang nampak perbezaan warna EBM berkenaan... saya bukan nak ckp lebih semata-mata kerana saya distributor... sebab waktu tu pun, saya belum jadi distributor... tapi tergerak nak ambil gambar untuk kenangan... tapi tak sangka pula ianya berguna hari ni... hehehe...


Kiri - EBM dgn SHAKLEE
Kanan - EBM tanpa SHAKLEE
Mungkin dalam gambar ni perbezaan warna tak begitu ketara... Tetapi realitinya mmg berbeza... kalau sebelum tu, warna EBM jernih sikit... ala2 air kanji beras gitu... tetapi setelah mengamalkan SHAKLEE, EBM jadi pekat berkrim... warna pun cantik jer... sendiri tengok pun rasa berselera... huhuhu.... yang penting layer lemak lebih tebal berbanding yg sebelumnya...

So kepada ibu-ibu yang menyusukan anak, anda boleh berfikir sendiri, menilai sendiri... yang mana menjadi pilihan anda? EBM yang cair @ EBM yang pekat dan berkrim untuk anak anda...


Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat, Konsultasi Lanjutan dsb....

Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi


** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Pevent any disease**