Selasa, 12 Mei 2015

~ SHAKLEE PELIHARA ALAM SEKITAR!! ~

Kadangkala, anda melakukan sesuatu kerana ianya menguntungkan perniagaan anda. Dan kadang kala, anda melakukan sesuatu hanya kerana naluri anda mengatakan bahawa anda perlu melakukannya. Sejak 50 tahun lalu, Shaklee telah mempelbagaikan usahanya untuk menerajui inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta menyokong usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan sosial.

Shaklee, yang ditubuhkan pada 1956, ialah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral dan berjaya mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 daripada segala aktivitinya bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar.



1910s
  • 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia.

1950s
  • 1956 Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan sebuah syarikat berteraskan Living in Harmony with Nature® yang komited membangunkan produk-produk yang dapat meningkatkan kesejahteraan insan dan bumi ini.

1960s
  • Shaklee memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, salah satu pencuci tidak beracun dan biorosot.
  • Shaklee memperkenalkan Instant Protein/li>

1970s
  • Shaklee memperkenalkan salah satu detergen pakaian biorosot pertama di dunia tanpa fosfat, nitrat atau borat.

1980s
  • 1985 - Shaklee terpilih oleh Wild Dolphin Project sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Stenella. Wild Dolphin Project komited untuk mengkaji habitat ikan lumba-lumba, dan hubungan dengan Shaklee ini terjalin teguh selama 21 tahun.
  • 1986 - Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan luncur anjing persendirian ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh seorang penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic bernama Will Steger.
  • 1987 - Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.
  • 1989 - Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, serta menanam lebih sejuta pokok di Asia dengan kerjasama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.
  • 1989-90 - Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan trans-Antartik yang diketuai oleh Will Steger. Ia merupakan penyeberangan Antartika yang pertama dengan berjalan kaki, yang meliputi kawasan seluas 3,700 batu. Berikutan ekspedisi ini, Steger membentangkan beberapa isu berkaitan kutub dan persekitaran di hadapan Kongres, serta menjadi salah seorang pengasas Center for Environmental Education (Pusat Pendidikan Persekitaran).

1990s
  • 1990 - Basic-H®, pencuci Shaklee yang tidak beracun dan mudah biorosot, terpilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Bumi yang pertama.
  • 1991 - Shaklee memperkenalkan Basic-D®, salah satu detergen tanpa fosfat yang pertama untuk mesin pencuci pinggan mangkuk automatik.
  • 1992 - Shaklee Cares®, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, telah ditubuhkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka semula jadi seperti taufan dan puting beliung.
  • 1995 - Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk Projek Artik Antarabangsa ketiga, yang diketuai oleh Will Steger. Ini adalah aktiviti pertama menyeberangi permukaan Lautan Artik seluas 2,500 batu. Ekspedisi ini memberikan maklumat yang amat bernilai tentang isu persekitaran dan perubahan landskap kutub kepada jutaan kanak-kanak sekolah di seluruh dunia.
  • 1996 - Produk pencuci mesra alam Shaklee dipilih oleh Ocean Alliance dan Whale Conservation Institute untuk digunakan di atas Odyssey, sebuah kapal penyelidikan yang mengumpul data mengenai bahan-bahan cemar di seluruh lautan dunia. Hubungan ini berterusan hingga ke hari ini.
  • 1998 - Shaklee menjadi Charter Partner dalam program Climate Wise anjuran EPA Amerika Syarikat, yang mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara agresif.

Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut,
Jadual Makan & Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE.. 

 SYUHADA : 019-7062362

** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan