Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Saje nak share dengan anda semua..... Nak tau gak macam mana anda uruskan duit anak-anak (maksudnya duit2 yang orang beri pada mereka).... Simpan ke? Guna untuk mereka ke? Guna untuk anda ke? hehehe... atau bagaimana?....
Bagi saya, sejak anak sulung saya iaitu Syahmi lahir lagi saya dah fikir macam mana nak buat dengan duit mereka... Prinsip saya, saya takkan gunakan duit mereka walau sesen pun... So kalau mereka dapat duit orang bagi hatta singgit pun saya simpan juga... siap ader rekod siapa yang bagi dan jumlahnya... hihihi... rekod ni penting untuk saya keep track jumlah semasa supaya senang untuk saya simpan....
Bagi anak-anak saya, sejak berumur 2 bulan ke atas (kadang2 terlajak juga ikut kesempatan diri.. hehehe) saya akan bukakan mereka 2 akaun... iaitu SSPN dan Tabung Haji.... kenapa 2 akaun ni???
SSPN ni persiapan utk pelajaran akan datang mereka... since PTPTN mewajibkan peminjam mesti ada akaun SSPN, so saya buatlah awal2... ader orang kata, kenapa nak mengajar anak berhutang (PTPTN)... jawapan saya, saya bukan nak ajar mereka, tp ini lebih kepada persiapan masa depan... yerla, kita mmg mengharap anak kita akan cemerlang di dlm pelajaran dan boleh dapat biasiswa, tp kena fikir juga jika mereka tak berapa bernasib baik untuk dapat biasiswa, so bolehla guna kemudahan PTPTN ni.... lagi pun deposit bulanan minimum RM20... so sebagai ibu bapa, kita punya kelebihan dan lebih fleksibel untuk menentukan jumlah peruntukan simpanan bulanan bagi setiap anak... sudah pasti, kami juga perlu ada simpanan sendiri....
Tabung Haji pula, kebanyakkan duit yang mereka dapat saya akan masuk ke akaun ini... Antaranya duit raya yang kami bagi setiap tahun yang dapat dari saudara mara, duit atuk nenek bagi atau dari mana2 jua yg mereka dapat, saya akan masukkan dalam akaun ini. Saya pilih TH sebab saya yakin dengan TH ni.. Lagi pun TH dah siap2 potong Zakat, so tak perlu fikir2 or susah2 nak bayar zakat macam kalau kita simpan kat tempat lain kan... lagi pun senang nak simpan... saya guna transfer online jer... sama mcm SSPN tu... so tak perlu nak pergi kaunter... pergi setahun sekali jer utk update buku... jimat masa di situ...
Simpanan saya pula ada di KPF dan TH dan juga di aset2 saya dan suami... jom share anda pula bagaimana..
Kalau nak belikan apa2 untuk anak2, kami guna duit sendiri.. Duit mereka biarlah simpan untuk mereka.. Saya anggap kami pemegang amanah sahaja kepada duit2 mereka ni.. Sampai satu masa nanti, saya akan serahkan kembali duit itu kepada mereka.. Bila masanya tu, hanya kami je yang tau..
Kalau nak belikan apa2 untuk anak2, kami guna duit sendiri.. Duit mereka biarlah simpan untuk mereka.. Saya anggap kami pemegang amanah sahaja kepada duit2 mereka ni.. Sampai satu masa nanti, saya akan serahkan kembali duit itu kepada mereka.. Bila masanya tu, hanya kami je yang tau..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan