Isnin, 15 Disember 2014

~ HAPPY 8TH BIRTHDAY ABG SYAHMI!! ~

Assalam..

Alhamdulillah.. Hari ni Abang Syahmi dah 8 tahun.. Dah besar.. Tahun depan dah nak masuk Darjah 3.. Nak cerita sikit la tentang kelahiran Syahmi ni..


Sejak kahwin saya dan suami tinggal berjauhan.. Saya di Putrajaya dan suami di Lumut.. Suami balik 2 minggu sekali.. adakalanya sampai 1-2 bulan sekali bergantung kepada tugas pelayaran kerana ketika itu, suami bertugas di dalam kapal..

So sepanjang kehamilan saya hadapi sendiri.. Pergi check up, pergi beli barang, pergi keje, pergi sana sini semua sendiri.. Masa tu saya kerap kena cramp or kejang dari pinggang ke kaki.. Sakitnya hanya yang pernah alami je tau.. Memang tak boleh bergerak.. Sedih.. Sebab sorang-sorang.. (Masa tu tak kenal Shaklee lagi.. hihihi)

Pagi 15 Disember 2006, saya sedar jam 4.30am.. Tersedar sebab sakit perut.. Pergi toilet.. Tak nak pun membuang.. Lepas tu keluar bilik air.. Nak sambung tido tapi tak boleh sebab sakit datang lagi.. Pergi toilet lagi.. Tapi masih taknak membuang.. Cuma perasan ada tanda coklat2.. Terfikir juga.. Takkanlah tanda kot.. baru 37 minggu..

Sakit perut berulang2.. Memang tak boleh tidur dah.. Call hospital, mereka suruh datang.. So saya call kawan baik saya Watie minta dia temankan ke Hospital.. Saya mandi dan bersiap2 macam nak pergi keje tu.. Kemudian drive kereta ke Putrajaya ambil Watie.. Masa tu lebih kurang jam 6.00 pagi..

Jam 6.20 sampai rumah Watie dan terus ke Hospital Putrajaya.. Nak dijadikan cerita, saya tak tau mana Wad Bersalin.. Sebab belum survey.. Ingat nak survey minggu tu lah lepas hubby balik.. So saya park kereta di parking awam dan berjalan ke Kecemasan untuk tanya Wad Bersalin.. Nak ke Wad Bersalin tu kena naik tangga.. Hahah.. gagahlah naik dengan contraction tu..

Sampai Wad Bersalin jam 7.00 pagi.. Ketika tu hubby telefon.. Dia tanya dah nak bersalin ke?? Saya kata taklah.. Nak check jer.. Sebab masa tu saya sendiri tak tau lagi bersalin ke tak.. Hubby kebetulan pagi tu ada exam.. So dia masuk exam dia..

Kemudian saya daftar kat Wad Bersalin.. Kemudian check tekanan, check air kencing semua tu.. kemudian dalam jam 8.00 pagi doktor datang check bukaan dah 3cm.. So doktor pecahkan air ketuban.. Yang kelakarnya boleh tanya doktor tu..

Saya : "Saya bersalin hari ni ke doktor?" Hahah.. 
Doktor : "ye lah.. puan bersalin hari ni.. Bagi tau suami puan untuk daftar wad"
Saya : "Suami saya takde.. dia kat Lumut"
Doktor : "Habis tu puan datang dengan sape?"
Saya : "Saya datang dengan kawan"
Doktor : "Ok, nanti saya bagi tau kawan awak"

Watie yang tolong daftarkan wad.. Kemudian saya minta dia kembali ke pejabat dulu.. Kesian dia nak tunggu.. Belum tentu lagi saya bersalin bila.. Doktor pun dah call beritahu suami saya.. Thank you so much Watie..

Contraction semakin kerap.. Kemudian dalam jam 11.20 doktor check bukaan dah full.. Mereka buat persiapan.. Kemudian saya start meneran.. Waktu saya nak teran tu, waktu tu jugalah pinggang saya sakit.. Tak tahan rasa.. tapi kuatkan jugalah nak bagi baby keluar.. tak ingatlah bape kali teran.. tapi sekejap je.. 11.36 pagi lahirlah putera sulung.. Papa tak sempat sampai..  

Nama : MUHAMMAD HAZIQ SYAHMI BIN AZMAN
DOB : 15 DISEMBER 2006, JUMAAT, 11.36 AM
POB : HOSPITAL PUTRAJAYA

Papa sampai jam 1.30pm.. Dah selamat semuanya.. Dah nak pindah wad pun.. Hihihi..

Now dah 8 tahun berlalu.. Abang Syahmi dah besar.. Dah ada 2 adik pun.. Mama harap Abang Syahmi akan jadi seorang abang yang penyayang, menjadi contoh dan tauladan terbaik untuk adik2.. Semoga jadi anak yang Soleh, Beriman dan Bertaqwa kepada Allah, menuruti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNYA.. Menjadi anak yang mendengar kata, Terpuji, Cerdik, Pandai, Mulia, Bijak, Berani sesuai dengan nama yang Mama dan Papa berikan.. InsyaAllah.. Amin..

Mama, Papa, Syafi dan Alisha sayang Abang Syahmi..



Terima kasih Atuk, Nenek, Paklong dan Maklong sebab tolong belikan kek dan KFC.. Nanti Mama dan Papa balik kita celebrate kat Legoland pulak yer..

Happy 2nd Birthday untuk Aqilah juga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan