Dalam entry yang lepas saya ada share tentang Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesuburan dari segi persekitaran, pemakanan, gaya hidup seseorang..
Tapi kali ni saya nak share masalah2 kesihatan dalaman yang biasa dihadapi oleh lelaki yang mempengaruhi kesuburan..
1. Air mani tidak normal
Air mani yang normal adalah jernih keputihan dan ada kalanya sedikit kelabu. Kadang kala air mani bewarna kuning. Ini disebabkan beberapa faktor iaitu:
- Pemakanan mengandungi banyak sulfur
- Disimpan terlalu lama di dalam testikal
- Proses penuaan
- Jangkitan kuman pada kelenjar prostat
- Bercampur dengan air kencing
Antara cara mengatasinya adalah dalam masa sebulan kurangkan makanan mengandungi sulfur, lakukan hubungan intim sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dan minum air secukupnya.
Jika masalah tidak berkurangan / sakit / demam / berbau busuk, segera berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan. Air mani yang tidak normal mengurangkan peluang untuk menghamilkan isteri.
2. Masalah pada buah zakar (testis)
Testis adalah tempat / kilang penghasilan sperma. Sekiranya terdapat masalah pada testis seperti jangkitan / kanser / atau luka, ia akan memberi kesan kepada penghasilan sperma yang berkualiti.
3. Hypogonadism
Hypogonadism adalah keadaan di mana badan tidak menghasilkan testosteron yang cukup - hormon yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan lelaki semasa akil baligh - atau tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sperma atau kedua-duanya.
Anda mungkin dilahirkan dengan Hypogonadism atau ia boleh berkembang di kemudian hari daripada kecederaan atau jangkitan. Sesetengah jenis Hypogonadism boleh dirawat dengan terapi gantian testosteron.
Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Jadual Makan, Konsultasi Percuma Mengenai PRODUK SHAKLEE..
Jangan Lupa Hubungi Saya Ya.....
SYUHADA : 019-7062362
FB : Syuhada Wahi
emel : syuhada_wahi@yahoo.com
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration**
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan